Friday, December 28, 2012

medikal cekap

Aku menulis post ini pada waktu ini kerna aku xdpt nak tdo walau dah lama golek2 atas tilam.
Semalam aku buat medikal cekap, follow up. Doktor positif paru2 aku dah bertambah baik dan tidak menunjukkan tanda2 ase jangkitan lagi.
Lalu kami pon berbincang kenapa aku masih lagi terasa sesak nafas.
Satu kemungkinan aku ade problem dgn flux...something related with the digestion system mendd ntah..jargon btol..aku manale reti sgt system2 bdn manusia, system hydraulik aku mahir le...
And then alu bertanya, adekah fobia juga boleh menyebabkan sesak nafas berlaku? Aku pon ceritalah aku gagahkan diri masuk kilang jugak petang jumaat lepas siap pakai faxe mask tapi still masih rasa sesak nafas jugak..
Doktor pon cakap ya. Perasaan fobia pada sesuatu boleh menyebabkan sesak nafas. 
Aku fobia weh nak masuk kilang skrg ni. Takut sakit balik cam aritu.
Aku rasa aku fobia ni. Doktor cakap jugak, antara tanda2 fobia ni susah nak tdo malam, otot akan menggeletar, pernafasan terganggu...
Aku rasa 2 drpd 3 dah jadi kat aku skrg ni...
Pening aku skrg ni...tensen @.@...


























Korang pernah nonton drama korea bertajuk secret garden lakonan ha ji won dan hyun bin?
Dalam drama ni watak hyun bin digambarkan fobia dalam lif. Ada satu babak die berada dalam lif, tetiba badan berpeluh, rasa sesak nafas dan hampir mati...
Masa tu aku tertanya2, ape kaitan fobia dgn sesak nafas?
Sekarang aku tahu....akulah hyun bin! @.@...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, December 27, 2012

puang

Pada pandangan peribadi aku, gadis/wanita/perempuan ni ade 2 jenis wajahnya.

Satu cantek. Cantek disini aku definasikan sebagai cantek menarik tertarik ko mmg da bomb, hot dan sebagainya. Biasanya type A ni suka bermekap tebal, tayang iphone, lepak2 kat starbuck, chick2, uptown gurl. Biasanyalah. Tapi ade gak type A yg cantek dan humble. Biasanya 1 dalan 10.

Dua ayu. Ayu ni pada definasi aku cantek + sedap mata memandang. Biasanya type B ni walau x bermekap tebal tetap terserlah keayuannya. Type B ni mmg spesis rare pd aku, sama rare mcm pemimpin UMNO yg menyokong hudud. Dan type B ni biasanya sgt susah nak diayat.

Sekianlah saja pendapat hamba.anda boleh bersetuju untuk setuju ataupon bersetuju untuk tidak setuju.

Published with Blogger-droid v2.0.6

ikongsi

I baru je termenelaah gambar2 dan video2 lama i masa sekolah menengah dulu,
X sangka i sekurus tu dulu,
Ikongsi ape rahsia i x sekurus tu dulu ye sekarang ni,
Senang je,
I lapar i rasa nak makan i pegi je beli.

































Jilaka, terharu aku tgk gambar2 lama........

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, December 24, 2012

fobia ke trauma?

Sejak sakit lambat benor nak sembuh (skrg pon x baik lagi sepenuhnya), ku jadi fobia utk masuk ke plant tempat aku keje ni. Jumaat lepas aku cuba beranikan diri dtg ke kilang + sbb boss aku cuti raya xmas dah mggu ni takut x sempat jumpe, baru nak masuk pintu pagor je dah rasa cam nak muntah...wasap2 yang terbit tu memualkan aku...nasib baik aku pakai face mask, kuranglah sikit inhalation ke peparu aku ni.

Bila dah fobia, secara automatik aku akan lebih selektif dan pemikiran x dapat fokus. Secara automatik juga menjadikan prestasi kerje aku merudum dan seterusnya menjejaskan nama aku.

Perlukah aku berhijrah lagi? Kalau korang ade pendapat leh sharekan. Thanks.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, December 21, 2012

burung apa?

Aku skrg guna tulisan ini jenis utk android sikatmadu aku..dah setengah tahun jugak ah...kamu2 pakai tulisan jenis ape?

Apa kaitan burung apa dengan ini post? Xde kaitan..macam bik mama bukan menteri pertahanan tapi rasmikan kapal tentera..kan xde kaintan tu..hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, December 20, 2012

Passion8


  1. Ah ya. Keputusan PMR 2012 telah diumumkan. Maka bercemperalah pelajar-pelajar ke sekolah masing-masing mengambil keputusan. Ada yang gembira, sedih, kecewa, terkejut, pergi sekolah amik result dgn kawan2 sebab nak isap okok dalam perjalanan je dan juga ada yang Aiman (x kisah).
  2. Aku dulu amek result satu keluarga. Dapat result 8A you..tapi bukan straight A's sebab sekolah aku kena amik Bahasa Arab, wajib. Apa yang x dpt A tu? Biarlah Rahsia kata Latuk Siti..hahaha..Gua dulu lepas dapat result terus moral down beb...sepanjang perjalanan balik rasa dunia ini sudah kiamat (masa tu belom kecoh 21122012 dunia kaput)...padahal 8A tu, memember aku ada yang dapat x byk A pon gembira x terkata macam terlepas hukuman mati akibat dituduh memijak gambar First Lady of Malaya. Mungkin ekspetasi (ini ada pencemaran Bahasa melayu) aku masa tu nak dpt straight As sangatlah tinggi, setinggi harapan Ah Jib Gor diberi mandat selepas PRU13 ni..untuk mengambil hati aku, arwah mak aku ajak abah aku singgah Warta (sekarang dah xde Warta kt Bandar Baru Bangi ni, dah jadi Giant), maka beliau pon membelikanlah aku sehelai baju melayu yang bagi aku amatlah mahal pada masa itu. Kainnya sedap dan selesa dipakai, sulamannya cantik menarik tertarik. aku masa tu buat x tau je, mak aku yang bersungguh2 pilih baju tu...yelah..orang tgh moral down kan..macam orang putus tunang..hahaha
  3. Jika ada kalangan keluarga anda yang tidak mendapat keputusan 'warna yang terbang' dalam PMR kali ini, janganlah dipandang rendah keupayaan mereka. Mungkin pasiion8 mereka bukan pada bidang akademik. Sape kate budak yang xdapat keputusan cemerlang, gemilang, terbilang UMNO terus mara untuk rakyat malaysia tidak mampu berjaya dengan sangat cemerlang dalam kehidupan.Yang penting passion.
  4. Aku dulu sangat meminati bidang IT, komputer dan sebagainya. Kira kalau dapat benda2 ni semua boleh lupa waktu makanlah. Lepas SPM dah start berjinak2 dgn coding2 website (masa tu pakai frontpage jew..titew tater tuit nak beli cd cetak rompak software yang banyak2 tuw..nyampah x baca ayat itu tadi..tite pon nak jadi Boboiyot gak skali skala..wakaka).Aku dulu siap bercita-cita nak melanjutkan pelajaran di menara gading dalam bidang IT. Namun atas racunan sepupu sepapat, pakcik makcik di skeliling yang mengatakan graduan IT xde masa depan yang cerah, tgk berapa ramai menganggur sekarang (sekarang itu adalah 10-15 tahun lepas, benar masa itu graduan IT amat susah nak bekerja dalam bidang tersebut, mungkin keadaan semasa yang kurang peluang, x macam sekarang.) aku pon memilih bidang kejuruteraan.
  5. Setelah hampir tiga tahun bersepak terajang main minyak, sepana, ratchet, impact hammer, mandi minyak, pukul 4 pagi orang telepon kena masuk kilang,terantuk kepala pada steel beam dan banyak lagi, aku rasa macam passion8 aku dah semakin menurun.
  6. Dan kini yang terbaru, aku dan sorang insan bercadang hendak memeriahkan lagi industri IT di malaysia ini lagi. Kami ada satu projek tapi untuk sementara waktu, kami bercadang untuk membuat pilot website dulu untuk melihat keberkesanan dan kelicinan arah tuju matlamat projek kami.
  7. Sudilah kiranya anda pembaca belog saya sekali lagi menyokong saya. Insya allah kalau saya jadi jutawan macam mark zukerberg, saya akan belanja anda makan siput escagort. Kalau anda tidak lalu untuk makan siput escagort, xpe saya belanja siput sedut masak lemak cili api...meleleh lah pulak salive ni terkenang2 siput sedut masak cili api yang manthop...
  8. Dibawah ni saya nak kongsi salah satu material yang ada dalam website baru itu, sudilah kiranya anda menggunakan perkhidmatan kami yang percuma ini ye...

  9. nama website itu www.ikongsi.com..kongsi-kongsi mari bicara....eh itu lirik lagu kongsi gelap..tapi saya bukan ahli kongsi gelap..saya cuma ahli kumpulan wang simpanan pekerja sahaja..haha

Friday, December 14, 2012

membaca diari mimpi

Korang pernah terbaca diari orang lain? Aku pernah, adalah beberapa kali..hua hua hua..walaupun ade yg berkata diari itu benda private seseorang, tapi kenapa ade yg letak sepah2? Mcm nk pomot org lain baca je catatan kehidupan ko...antara diari yg plg best adelah sorang kakak ni tmpt aku keje, aku terbaca diari die sebab masa tu aku sorang2 dok ofis + tatau nak buat memde + diari tu diletak bersama buku2 bacaan awam + haritu hari ahad dan beliau x bekerja...sedih gak baca catatan harian die..kisah makan hati dgn mentua, kisah suami dia, kisah anak kecik dia...mmg xkusangka begitu besar dugaan yg beliau alami walaupon selalu je beliau ceria dalam ofis kami (tapi die ni garang gak...selalu gak aku kena dgn die ni..hahaha..seb baik ade brader yg selalu bekap aku)...aku memang xde diari khusus pasal kehidupan2 ni..managemeny diary adelah...sok planning nak watpe, lusa meeting ape, projek bile patut due, audit berapa aribulan...yg tu aku catatlah dl, diari..plus mgkn aku ni lelaki kut...lelaki ni biasa jarang nak buat2 diari ni..x mcm gegurl2 kan..kan?..,wahaha

####################################################

Malam td aku tdo bermimpi. Bukan mimpi basah. Mimpi ni mcm citer korea. Kisahnya bestfren aku masa kat kolej dtg dgn bini baru die, maksudnya beliau baru kawen dan aku xpergi majlis beliau, bile tgk muka bini die je aku rasa macam watdehek...ni ke bini dia. Masa mimpi tu emosi aku rasa macam sedih + tergezut + xdpt diceritakan..why must her! Why? Kalau dlm citer korea konpom bekground lagu sendu sayu leleh pny...tup2 aku terjaga dr mimpi tgk jam pkl 745 pagi...mmg aku plan nak EL pn arini...dlm mamai2 tu puas aku cuba relatekan mimpi aku dgn alam realiti...pikir pny pikir sape ye gadis itu dn yg mana satu...akhirnya dpt...gadis yg baru aku kenali dlm setahun ni..setakat sms2 dn chatting bodo2 je..xde pon pikir nak serius2..tapi kenapa aku sentap gile dalam mimpi tu? Ni mesti kes aku xbasuh kaki pastu terpijak taik cicak kering masa nak tdo ni...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, December 9, 2012

3 Pagi

3 pagi datang lagi,
Enakkah kalian dibuai mimpi?,
Empukkah bantal dan tilam yang ditiduri?,
Syukur masih berasa nikmat Ilahi...

3 pagi datang lagi,
Apa khabar warga kota batu besi?
Masih tegarkah berdansa sana sini?
Masih waraskah pasca Martini?
Syukur masih berasa nikmat Ilahi...

3 pagi datang lagi,
Terima kasih bapak-bapak polisi,
Yang bertugas penuh dedikasi,
Moga berkekalan integriti,
Syukur masih berasa nikmat Ilahi...

3 pagi datang lagi,
Apa masih ramai yang sejadah di dahi?
Memakmurkan sepertiga malam sepi?
Mencari i'zzah dan ghaffar Ilahi?
Walau selalu lalai lupa diri?
Dalam mencari kehidupan yang bererti?
Untuk duniawi mahupun ukhrawi,
Syukur masih berasa nikmat Ilahi.

3 pagi datang lagi,
Semalam dan kini,
Esok pun pasti akan datang lagi,
Selagi mentari masih kekal terbit di posisi,
Syukur masih berasa nikmat Ilahi...

Friday, December 7, 2012

long time oledi

Long time oledi feeling no blogging. Last week admitted to one of the medical centre in shah alam. Almost 5 days juga la...kuar2 tgk bil boleh bikin heart atack jugak kalau kena bayar sendiri...sib baik kompeni cover...lenjan je habis2an..haha..seblom ni kompeni dah lenjan tenaga aku umpama bangla diperah2 bekerja..

Ni pon tgh tggu doktor nak folo up medical check up masa tulis post ni. Last time doktor diagnosis dan treat as pneumonia. Anda tahu apa itu pneumonia? Setahu saya ia adalah penyakit yg boleh mambawa maut, seandainya lambat dirawat...semoga aku kembali sihat, maklumlah nak merasa gak keindahan rumah tangga...cewah...sepupu2, wak2 yg dtg melawat aku kat wad semua bahan dgn ayat yg lebih kurang "kiye saket arek jaluk bojo kiye"...memandangkan aku tgh sakit, terpaksalah senyum2 manis sehingga menampakkan lesung pipit di pipi aku yang menambahkan kemanisan senyuman aku lagi...har har har...

Semalam tgk pesbuk..terperasan gambor puan idealis dgn puan bunga tayar...ghopenye puan bunga tayar pon dok kola pilah dulu ye..sebilik dgn puan idealis ghopenya...adakah anda semua kuliah hayat? Saya dulu kuliah hayat juga tapi lepas orientasi masuk kuliah fizikal sebab xminat nak jd dokter (plus sebanarnya pemalas nak mampus nak baca buku biologi yg tebal2 mcm kamus dewan tu)..tapi saya suka tgk gadis2 dari kuliah hayat..sebab majoritinya cantet2..hahaha...

Tapi kalau aku jadi dokter mesti best kan? Leh aku buat bisnis sampingan dengan menjual MC, ubat batok dan sebagainya...mesti byk untung kan?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 21, 2012

Shit!


  1. Arini gua pegi sepital kerajaan. Nak amik MC sebab malas gi keje. Ye. Sile jgn tiru mcm saya. Jumpe dokter buat muka seposen kata cirit birit. Tapi mmg btol pon gua sakit perot pagi tadi.
  2. Ditakdirkan, gua dapat doktor yang sama yang check gua sebab x sihat mggu lepas.
  3. Mggu lepas gua memang betol x sihat, siap buat bloodtest, urinetest dan juga x-ray.Dah macam buat medical cekap nak masuk keje DOktor cakap ade infection dalam lung gua belah kanan.
  4. Sembang2 dgn doktor tadi, tercakap plak yang tmpt gua keje skrg ni byk gile taik burung
  5. Teros doktor mcm x puas hati kenapa x bagi tahu info ni mggu lepas sambil beliau mendakwa beliau dah tanya gua mana tmpt gua keje. Gua pon x puas hati cakap balik memang gua dah bitau die nama tmpt gua keje skrg.
  6. Doktor pn bitau ni mungkin punca utama gua kena infection dalam paru2 gua.
  7. Kalau korang nak tau, tmpt gua keje mmg byk gile taik burung. Gua pn xtau kenapa burung2 tu suka lepak kat tmpt gua keje skrg sambil qadha' hajat secara berjemaah.
  8. Jilaka tol. Sedasat2 tmpt lama gua dulu, yg environtment berdebu macam musim jerebu, gua x pernah x sihat sampai dekat 4 minggu. Tmpt keje skrg ni boleh plak buat sakit camni.
  9. Secara jujur, gua dah igt dgn jelas kedudukan dekat Jabatan Pesakit Luar sepital kerajaan tmpt gua. Smp brader yg ditugaskan utk amik darah pon dah kenal gua. Mana xnya, tiap minggu muka gua je yg amik darah. Gua bet makcik cleaner tu pon dah perasan kehadiran muka gua yang iras2 macam penasyid kumpulan Brothers tu.
  10. Ada juga gua resign bulan depan ni. Duit boleh dicari, tapi masalah kesihatan jangan mengada2 nak gi cari!

Tuesday, November 20, 2012

R.D.T

R.D.T stands for Rehat dalam tenang a.k.a R.I.P (rest in peace)

R.D.T utk kematian semangat saya dalam kareer saya...........






















































Sok kena gi keje..Dafak tol...

Tuesday, November 13, 2012

krisis

Aku rasa aku sedang menghadapi krisis kendiri yg terpaling dasat setakat ni.
Pernah dengar pepatah diluah mati bapak ditelan mati mak?

O god. Please guide me!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 9, 2012

kebetulan?

Kadang2, sesuatu perkara walaupon org kata mcm x logik, tapi kalau dah berlaku beberapa kali mesti ko akan tergetus untk percaya juga kan?

Tahun 1999, aku berada di asrama. Demam kuat sampai x pergi sekolah 2-3 ari, dekat seminggu baru nak sembuh. Alih2 ptg jumaat, sepupu aku yang dah besar dtg jemput aku, kata nenek aku telah meninggal dunia.

Tahun 2004, aku xberapa sihat juga seminggu sebelumnya. Masa ni dah belaja kat melaka. Hujung jumaat tu x sabor2 rasa nak balik kampong walauoon badan rasa x sedap. Rupe2nya ari ahad hari terakhir paman aku yang bongsu melihat dunia.

Tahun 2012, lebih kurang sekarang ni. Dah dekat seminggu demam x baik2. MC mcm amek cuti sekolah semniggu. Alih2 hari ini, dalam jam 4 ptg dapat khabar makcik aku pulak meninggal. Innalillahi wa innailaihi rajiun,

Ketiga2 persona diatas adalah antara org yg paling rapat dgn aku selain mak pak adik beradik aku. Kehilangan mereka benar2 buat aku terasa. Mungkin ini hanya kebetulan, atau mungkin tuhan mmg nak memberi petunjuk kepada aku. Wallahualam.....

Seandainya anda membaca habis post ini, terima kasih seandainya anda sudi meluangkan seminit menyedekahkan alfatihah kepada insan2 di atas semua.

Alfatihah......

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 7, 2012

menyalakan api dalam hujan.

3 tahun lepas, aku begitu teruja untuk menjawat jawatan aku skrg ni. Ketika pertama kali mendapat peluang bekerja dalam bidang yang aku timba ilmu di menara gading, aku begitu teruja. Aku siap bertekad utk menjadikan diri aku seorang yg plg power dalam jabatan yang aku jaga, senang citer kalau aku xde ditmpt keje, kalau ade kerosakan sgt susah utk mereka2 merectifynya. Dan aku rasa aku hampir berjaya setelah berusaha selama 2 tahun setengah, sehingga aku mula merasa demotivasi. Pada asalnya aku merasakan faktor utama demotivasi aku adelah kerna tahap kenaikan yg tidak brp asyik secara tahunan. Dan alhamdulillah aku berjaya melompat kapal dengan harapan lebih uang lebih motivasi. Tetapi kebelakangan ini aku mula merasakan bahwa faktor uang bukanlah penggerak utama aku untuk meneruskan jalan kareer aku skrg ni. Ntahlah, keghairahan itu seakan telah ilang, seumpama api yang terpadam disiram ayer ujan. Mungkin aku perlu bertapa di sesuatu tempat untuk memuhasabah diri?

#############################################

Masuk arini dah hari kesepuluh aku tidak sihat. Aku ni kalau badan x sihat mulalah rasa senang je didekati geng2 kekasihku seru ni. Aku mula sedar benda ni sejak aku dok asrama masa zaman2 remaja dulu. Pernah terdengar org kata, waktu kita xsihat ni, badan jadi lemah maka mudahlah geng2 ni menggangnam style kita. Terbaru malam tadi, sedap2 tgh tido, tetiba terasa memang ade bende yang dok perhati diriku yang kerdil ini dalam kegelapan itu. Tersentak dari peniduran, sambil segala bulu roma meremang2 tahap dasat. Gagahkan jugak diri tgk jam dlm henpon, dafak getus hatiku, baru pukul 130 pagi, lambat lagi nak azan subuh biar cepat2  makluk2 ni menggelijat cari toilet. Last2 wat derk sambil purak2 xde bende2 tu walau bulu roma menegang2 mcm bagi signal ade sesuatu di situ. Nasib baik aku tido dalam keadaan suci daripada hadas besar dan najis mughalazoh.

##############################################

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, November 5, 2012

Wassap doc?


  1. Dah cukup seminggu aku demam.
  2. Minggu lepas MC 3 ari, kredit leave 1 hari seteng. Arini MC sehari. Terbaik belom konfom dah 4 ari MC.
  3. 2 kali amik darah kat sepital, risau gak kena dengue. Nak2 skrg ni musim ujan, byk ayor bertakung memang mudahlah nyamuk2 aedes tu berkemandirian selepas bersenggama.
  4. Aku baru tau arini, ghope2nya fungsi stateskop yg doktor tu guna adalah untuk cek kondisi peparu pesakit. Patutlah dok suruh tarik nafas hembus nafas. Aku igt buat dgr degupan jantung. Dup dap, dup dap.
  5. Tulah dulu elok dapat sains hayat gatal tukor sains fizikal. Kan dah x jadi dokter.

Thursday, November 1, 2012

Jimi Pelikat

Lately, aku rasa gadis sabahan, yang bile bercakap dengan dialek sabahannya, sangat seksi, walaupon tidak berpakaian seksi.

Pertuturannya yang membuatkan aku rasa mereka seksi.

Apakah ini hanya ilusi optik sebab aku terkena jangkitan virus yang menyebabkan aku demam hampir seminggu?

Atau perlukah aku kumpul duit untuk ke sabah lagi tahun depan, dan kali ini mencuba nasib di kaki gunung kinabalu dan perasan macam akashah dalam dejavu di kinabalu?

Apakah?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 27, 2012

dua puloh satu hari.

Last wednesday, semasa tgh smoking dalam ruang smoking di plant, bos aku join sekali dgn supplier. Mereka pon dok sembang pung pang pung pang, antara isunya adalah kenaikan harga 20 sen sekotak rokok Dunhill.

Entah camne, boleh plak topik menjurus kearah cara berhenti rokok. Antara ayat yang bos aku cakap adalah, dalam tempoh 21 hari straight, kalau x smoking directly, kesan nikotin yang berada dalam badan akan hilang. Dan secara kimianya, perokok akan berjaya berhenti sebab ketagihan oleh nikotin dalam badan telah ilang. Kalau berjaya melepasi tempoh 21 hari ini, dan tetiba perokok kembali merokok, maka itu adalah disebabkan kelemahan tenaga batin mengawal syahwat psikologi perokok itu terhadap rokok. Dan bos aku tambah jugak lagi, biasanya perokok yang cuba berhenti byk yang terkandas pada hari ke 14 (minggu kedualah lebih kurang).

Hmm..dua puluh satu hari ye....bolehlah diusahakan ramdan tahun depan (kalau kawen lagi cpt aku quit smoking.(ayat2 tipikal smokers bujang bile disuruh berenti rokok)...hahah)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 25, 2012

Membebel


  1. Semalam aku dikehendaki menghadiri training berkenaan HACCP. Apa itu HACCP? HACCP adalah singkatan kepada Hazard Analysis Critical Control Point.
  2. Tahukah anda, produk-produk makanan yang hendak dieksport ke Eropah perlu ada sijil HACCP?
  3. Senang cerita, HACCP ini adalah salah satu kawalan keselamatan dalam makanan a.k.a Food Safety.
  4. Kalau anda rajin, masa shopping makanan/minuman di pasaraya belek2 lah label tu. Kalau ada HACCP insya allah selamatlah makanan dan minuman anda. HACCP ni setiap tahun kena diaudit untuk menentusahkan sijil anda laku. Kalau failed maknanya HACCP anda akan ditarik.
  5. Pemberi latihan tersebut seorang yang berpengalaman dan kelakar. ANtara contoh yang sangat menarik bagi aku adalah, katakanlah anda ingin membeli jajan macam DingDang yang ade ceklat dan juga mainan dalam itu. COntoh mainan itu adalah Ultraman. Adakah mainan itu dikira bendasing kepada makanan anda? Secara undang-undang HACCP, adakah makanan anda adalah selamat? Ada 2 jawapan. Jika pada label kotak ada dinyatakan "Percuma Mainan Ultraman" didalam bungkusan, itu tidak salah dari segi undang2 HACCP. Tetapi jika tidak, maka anda boleh saman Syarikat itu kerna ada bendasing dalam makanan anda.
  6. Oh ya. dalam HACCP ada 3 jenis kategori utama food hazard iaitu chemical, biological and physical.
  7. DI sessi petang pula, ada satu lagi perkara yang menyebabkan aku benar2 terbangun dari lena yang panjang. Trainer tu berkata, kebanyakan manusia sekarang hanya sekadar mencari penyelesaian kepada masalah. Itu sebenarnya teknik yang salah. Beliau berkata kita sepatutnya mencari akar kepada masalah tersbut, baru masalah xkan berulang. Beliau memberi contoh bahawa nenek moyang kita telah lama mempraktikkan perkara ini tetapi cuma kita sahaja yang x sedar. X percaya? Cuba anda nyanyikan lagu Bangau Oh Bangau. Masalah utama adalah Bangau kurus, root cause kepada Bangau kurus adalah Ular.
  8. Kesimpulannya, aku cuti pada eve of eiduladha, sebab x puas hati kena keje 7 hari seminggu, minggu lepas...hahahahaha...

Saturday, October 6, 2012

Ba Nga Ke Ye Te



 Banyak yang dapat diekstrak daripada video ini. Satu, bait-bait liriknya yang begitu bermakna.

 Dua, penggunaan tulisan jawi (Ingat! Jawi bukan Bahasa! Jawi adalah tulisan, Bahasa adalah Melayu!). Di saat begitu ramai anak melayu yang tidak mengenal tulisan jawi pada masa kini. Bagi aku tulisan jawi adalah antara sumbangan terbesar nenek moyang kita, dalam usaha mendidik anak-anak bangsanya lebih mudah membaca Al-Quran. Asimilasi huruf-huruf hijaiyah dalam kehidupan seharian sedikit sebanyak membiasakan kita dengan Al-quran.

 Tiga,pembikinan video klip yang awesome, ringkas dan direct to the point. Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak terbang ke pantai Malibu mahupun Florida membikin video2 yang kononnya urban. Ops! Sape lettew yang shoot video kat sana yew?

 Empat, bangkitlah. Jika melayu itu sanggup bersusah payah menghafal bentuk-bentuk huruf Korea yang banyak bulat2 (pengaruh K-Pop semakin kuat di kalagan rumaja melayu sekarang)apalah salahnya membaca sisipan Utusan Melayu yang hanya beberapa helai sahaja tinggal pada setiap hari isnin di Utusan Malaysia.

Tuesday, September 25, 2012

shut down

We are having major shut down for one of our plant for JKKP inspection on next thursday started from last week.

Everything need to be done very fast. I'm very grateful with my ayat manis skill convincing supplier to send in items for spare and replacement due to very2 urgent situation, even without purchase order yet...wahaha..sib baik shuy down, kalau x bernanah telinga dengar bos aku leter beli barang xde PO dah ade DO..

Everyone was so stessed including the new kid on the block a.k.a me...can you imagine how busy and stressed we are, we need to carry out major maintenance in the planned time plus need to attend any operation breakdown on other plants which is happening almost everyday?

Toniteeeeeeeee...we are young....so we set the world on fire.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 23, 2012

Nak jadi Abang Nara

Hye uols. Che' nak jadi abang nara jap. Nak tepek citer2 retis malaysia kita yaw. Che' ade terbaca kat paper mana entah pasal ucapan tahniah kepada anak dara pakcik amzah ni. jadi juara kut kalau x silap dalam satu competation. jalang2 kek youtube jumpe bideo ni. omak aih sore beliau, osem tu. no wonder petlah beliau jadi juara. ok noks..tata

Thursday, September 20, 2012

inspira

Apekah yang memberi inspira-si anda dalam ngeblog?

Bagi aku, aku mula menaiki kereta inspira buat pertama kali semasa bekerja di tempat lama. Masa tu member aku baru beli kereta inspira. Apa yang aku suka pasal inspira ni pasal sound system die. Ade additional function tuned by arkamys (kut kalau x silap). Die punye output masyallah, enak banget. Tapi kalau x activate arkamys tu, sumpah, sound system kancil aku lagi best rasanya.

Baiklah, kembali kepada pangkal jalan. Terima kasih kerna terus membaca posting ini walaupun aku memang suka mengarut. I love you my preng preng preng bunyi motor jipang jiran sebelah rumah cik bedah.

What inspired you in blogging? Cewah cakap london plak. Mentang2 duke and duchess of cambridge baru lepas datang malaysia makan nasi lemak 1malaysia kan?

Bagi aku, ade seorang mamat ini yang membuatkan aku gemar ngeblog. Aku mula mengenali blog beliau semasa tahun 2007. Zaman aku muda remaja. Lepas baca kisah hidup beliau, aku terus semangat setup satu blog. Tahukah anda aku ada blog dalam platform wordpress. Alamat blog tu adalah ejaan nama kedua aku gabung nama bapak aku tanpa bin, tetek wordpress tetek com.

Haaa...ko terus type kan kat address tu? Pastu xleh access sebab set private kan? Kan? Memang aku sengaja buatkan private. Banyak sangat kisah2 yang kalau aku baca sendiri pon membuatkan aku blushing sendirian dengan kekurangmatangan gaya penulisan aku zaman2 tu.
Ape? Ko x teringin pon nak type address belog aku tu? Xpe, aiman x kisah pon.

Alkisahnya, mamat tu setart ngeblog seawal tahun 2000 lagi. Di zaman tu manalah orang tau sangat pasal belog2 ni. Zaman tu paklah pon belom setup warkahuntukpm dot com dot my lagi, apatah lagi belog 1malaysia garapan ah jib gor. Xde. Zaman tu orang lebih gilakan mirc daripada blogging. Ala, mirc yang ade channel #kampong, #mamak dan bla2 lagi.

Mamat tu orang banting. Java. Tinggal di provinsi berdekatan kilang lama aku kerja. Melanjutkan perjalanan kehidupan di fukushima, jepang. Even tagline die pon dari bangladesh ke fukusima. Ok, aku tipu kamu. Dari tempat tinggal die ke fukusima.

Aku memang layan abis citer2 die masa aku mula2 terdrop by kat blog die pada tahun 2007 itu. Aku siap download koleksi tahunan die yang telah beliau garapkan dalam bentuk pdf. Asyik gile aku baca koleksi post2 die, kalah gaya aku baca jurnal 3 helai yang pensyarah aku bagi masa suruh csri bahan utk letak dalam Fyp aku.

Cerita bagaimana kesusahan beliau semasa zaman remaja, kisah hidup beliau di jepang, kisah hidup die di bangthing, kisah hidup die lepas grad, kisah hidup die masa awal2 cari keje, pendek kata semua tentang dielah. Even sehingga dia bertugas sebagai ekspatriat di majapahit sekarang ni pon masih aku ikuti.

Aku xtau kenapa aku masih setia follow belog beliau sehingga hari ini. Nak kata ade gambar2 seksi zarina anjoluie lalucah tunjuk lurah payudara macam dalam belog2 hiburan picisan xde plak. Nak kate die ade update cerita sensasi rita rudaini dan laki die x abis2 gaduh dalam twitter sampai ke sudah macam dalam belog beautiful nara xde plak. Ntahlah, sukar untuk aku describe kenapa aku suka follow belog beliau. Mungkin perasaan cinta dan suka itu tidak memerlukan sebab kut?(oh my ahadiat akashah lagi!)

Baiklah, aku nak share alamat belog beliau. Iaitu bluehikari.net. Beliau dikenali sebagai rudy. Kalau xsilap kisah die pernah masuk dalam surat khabar beberapa tahun lepas.

Oh ya, aku bertindak sebagai silent reader belog beliau sahaja. Aku tidakla berahi memberi komen2 posto belog beliau. Baiklah, jari pon dah letih. Aku pon permisi dulu.

Sebagai ucapan penggulungan, agak2 boleh x kalau aku nak buat tag2. Lama gak x tag2 dalam posto belog ni. Asik main tag2 gambar kat fesbuk je..mwahaha...jadi, aku ingin ngetag kamu2 yang ade dalam beloglistbaku kat sebelah dengan tajuk 'what inspired you blogging'. Mwahahahahahahaha....jawap jgn x jawap.

Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamulaikum warhmatullahiwabarakatuh....




Teettty....transmission end

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 19, 2012

kodok ngorok rokotok rokotok dipinggir kali rikitik rikitik


  1. Tahukah anda, aku rasa frozen yogurt cap Snogart lebih enak daripada Tutti Frutti. Aku rasa Tutti Frutti punya lebih 'keras' dan membuatkan aku lebih 'gerok' kalau makan. Kirenya macam hisap rokok marlboro lah. Ade yang suka Marlboro merah (keras), ade yang suka Marlboro light (kaler putih, lembut). Padahal dua2 pon ade racun tikus dan menghasilkan asap bile dibakor. Ape? Gerok tu mende? Sila cari orang java untuk ketahui maksudnya.
  2. Tahukah anda, ade orang cakap sumber minyak mentah dalam perot Malaysia akan habis menjelang 2016. Kira depleted lah. Kalau korang main Red Alert 2, korang train seorang engineer, korang capture oil rig yang ade dalam map, korang akan terus dapat minyak sebagai sumber kewangan anda untuk terus membina Kirov, Nuklear Silo, Weather Control Device, dan juga seorang Yuri! Tapi tu dalam game Red Alert 2 lah, kat alam nyata ni sumber itu akan habis dan bukan renewable.
  3. Tahukah anda, aku rasa Ayam Penyet Nusantara punya ayam penyet lagi besor daripada Ayam Penyet Wong Solo punya ayam penyet. Berapa punya banyak ayam penyetlah. Mana nak makan Ayam Penyet Nusantara? Silalah pergi ke Shah Alam, di sekitar Jakel berdekatan Unisel. (Orang pempuan mesti tau punya mana lokasi Jakel ni)..eh..Jakel ke Gulatis ek? Ntah aku x berapa amik port sgt, yang pasti kedai kain, dan berhampiran Unisel Kampus Shah Alam.
  4. Tahukah anda, APTB adalah singkatan kepada Apa Pon Tak Bley!. Manakala UMNO pula adalah singkatan kepada United Malays National Organization, sebuah pertubuhan bangsa Melayu paling dominan di Malaysia sekarang ini. Pelik juga kenapa dorang tak guna nama PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) walaupon ketuanya seorang Melayu. 
  5. Tahukah anda PAS adalah nama singkat bagi Parti Islam Se-Malaysia. Kenapa pakai PAS bukan PIS? Sebab kalau dalam ejaan jawi, Parti Islam Se-Malaysia jadi PAS. P untuk huruf 'Pa' bagi PArti, A untuk huruf "alif" bagi ejaan Islam dan S untuk huruf "Sin" bagi Se-Malaysia. Sebab tu bukan PIS tapi PAS. Apa? Nak pakai PIS jugak? Alaa..kasilah can dorang pakai PAS, sedangkan PEKEMBAR boleh pakai UMNO.
  6. Tahukah anda, aku suka dengan lagu Stacy yang bertajuk PElangi Senja? Gila babas jiwang aku rasa lagu ni....hahaha

Monday, September 17, 2012

kucalana

Lama x ngepost. Nak kena halau tarantula yang tengah menganyam sawang kat blog ni jap..syoh..syoh...

Hari ni cuti carry forward hari malaysia. Awal aku bangun pagi ni, mungkin sebab hari isnin dan body aku dah automatik set hari keje. Dari pago aku rasa macam x best je. Macam ada benda yang buat semak dalam pala otak. Cuba utk tido dgn harapan kesemakan akan hilang. Bangun2 masih lagi rasa semak.

Petang lepas angkat jemuran, amik kunci keter terus jadi posmen jap. Ngantor kad jemputan fuad khai kepada kawan2 yangbtelah diamanahkan. Siap tugasan ingat nak melepak sekitar banting jew...tup2 amik keputusan merayap ke bandar baru bangi. Nak mencari ketenangan kononnya...cewah..ayat ahadiat akasyah betol..xbleh blah...

Maka aku pon memandulah ke bandar baru bangi. Sengaja memilih jalan bangi lama, jalan yang bengkang bengkok tu, yang lalu kat MINT tu...memang layan jalan tu, layan bawak keter sambil ambil lap kat selekoh2 tu....rasa macam bawak AE86 plak..bezanya aku x pandai lagi buat teknik apongan a.k.a drift...keter banyak plak petang tadi, jadi x berapa nak inzallah masa layan lap tu...best woo layan lap..adrenalin rush...body lebih alert...surrrrr....

Sampai bangi dah dekat senja..perot rasa lapor plak..amik keputusan pekena steak...pergi kat Muslim steakhouse Wadihana...order sirlion plus white coffee...layan.....nak order t-bone x cukup sen plak..next timelah..hahhaaa...lepas makan gi solat maghrib kat masjid alhasanah a.k.a masjid hijau bandar baru bangi...alhamdulillah..kutemu damai di bangi ni...hahaha...ahadiat akasyah lagi...

Telah aku perasan, kalau aku rasa semak jew, kalau aku jengjalan kat bangi ni mesti semak tu ilang...ni kalau carik bini orang area sini pon ok gak ni kut..wakkakaka...bandar baru bangi khususnya, mampu memberikan aku ketenangan..aku pn xtau kenapa...hahaha...

Balik tadi pon amik route yang sama...malam keter x banyak, tapi faktor jumlah lux yang kritikal membuatkan aku memandu biasa2 sahaja..xbleh nak ikutkan sangat jiwa muda bawak keter laju2...hahhaa..

Jadi, ada apa dengan bandar baru bangi? Apakah ada sesuatu yang tidak diketahui oleh diri ini yang telah dijanji oleh Al-Maliki? Biarkan misteri otu terus misteri...

Oke, enuff with ahadiat akasyah's wannabe. Tata. Thanks for reading yaw...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 24, 2012

Nafsu Serakah


Nafsuku membuak-buak nak masuk meminang makhluk di atas tu......Arghh...Sabar2...

Wednesday, August 15, 2012

cimb clicks

Pagi tadi aku bukak website cimb clicks menggunakan laptop company beserta activated vpn, aku activekan vpn sebelum tu sebab nak cek slip gaji dalam website intranet. Slip dah kuar tgk cimb clikcs mana tau duit dah masuk. Hampa, duit x masuk lagi...

Beberapa minit pastu, aku dapat panggilan daripada satu nombor yg aku x kenal..aku angkat tepon dan kedengaran suare org pempuan yang bual bicaranya agak cemas....die tanya aku ade log in cimb clicks aku x pagi tadi, adekah aku berada di luar negara..aku cakaplah ye aku ade login tapi aku berada di malaysia...die mcm x percaya, aku terangkan aku log in guna laptop company..siap tanya nama company, asal usul company mana lagi....aku pon cakaplah...kemudian barulah die puas hati....

Intipatinya, die dapat detect akaun aku diakses melalui internet protokol luar negara..aku suspect vpn aku sebab ghase server mcm dok kat kota singa...pastu die siap tanya aku pernah dapat email dari cimb x, tanya pasal update biodata dan password, aku pn jawablah mmg ade tapi aku boh layankan je semua itu...

Setelah bebrapa sesi soal jawap, maka drama itu pon berakhir...kesimpulannya, cimb mengambil tindakan pro aktif dalam menangani isu internet banking fraud yang semakin menjadi2 kebelakanagn ini..syabas inspektor sahab atas dedikasi yang ditunjukkan...

Akhir kalam, semoga gaji aku masuk malam ni, di kala malam tujuh likur mengabil tempatnya....amiinnn....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 11, 2012

dejavu wak lu

Beberapa hari lepas aku bermimpi bertemu dgn ex bos aku, dalam mimpi tu kami berbual2, berbincang2 mcm biasa kami lakukan.

Somehow, 2 ari lepas aku dapat info dari member aku, department yang aku lead sebelum ni telah dibubarkan....apekah?

Mungkinkah ini yang dinamakan dejavu wak lu?!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 7, 2012

Stranger Petronas




  1. The latest 2012  Hari Raya ads by Petronas.
  2. Macam2 perasaan aku ada masa tgk video ni.
  3. Standing ovation for this ads.
  4. Ok, gua nak cari tisu jap...

Thursday, August 2, 2012

2 Agustus 2012


  1. 2nd day in plant.
  2. My assistant team leader bawak I jalan2 ronda kilang.
  3. Ahhh..bau semerbak minyak sawit yang diproses kembali memenuhi rongga2 hidung aku...terkenang masa buat praktikal kat kilang kelapa sawit 6 tahun lepas...bezanya kali ni aku jaga kilang refinery..
  4. Tapi tetap xleh lawan harum semerbak bau kelapa sawit yang baru sahaja dimasak dalam strelizer sebelum ke proses pemerahan minyak sawit mentah...tu yang paling aku suka tentan pemprosesan minyak sawit....
  5. Ok..babai

Agustus 2012


  1. 29 Julai 2012 petang ke malam,aku mendapat panggilan daripada sahabatku Zamri OC mengatakan binik beliau telahpon di admit kan ke hospital Klang untuk sessi kelahiran.
  2. Aku ketika itu sedang berfoya2 dgn kawan universitiku dari Key El di Klang...wakaka..namun ketika malam hari dalam perjalanan pulang ke Megalopolis Kancuhng, aku singgah le sebentar di Hospital Klang.Maka bermulalah satu lagi pengalaman baru aku melepak di Hospital tetengah malam untuk menanti sebuah kelahiran. Aku ngn zam beserta beberapa bakal bapak yang menunggu di luat labor room berborak2lah dari jam 11.00 malam sehinggalah segalanya selesai sekitar jam 2 pagi lebih kut baru aku ngn zam gerak pulang.
  3. Ade beberapa insiden yang membekas di lubuk sanubari sisi kalbu maskulin aku ni. Sebelum ini aku sering membuat lawak antarabangsa di kalangan kengkawan, kalau seandainya satu hari nanti ditakdirkan binik aku nak terberanak, aku berharap agar aku kena outstatiion..hahaha...bukan ape, gua takut darah weh, kut kalau kena masuk labor room sekali kang x pasal2 doktor tu sibuk nak rectifykan aku dari kepengsanan..Tetapi pada pagi 30 Julai itu, ketika aku sedang tercatuk2 duduk di kerusi menanti di luar labor room itu sambil zam menguruskan urusan seri paduka baginda beliau bersama2 binik dan anak baru die, adelah beberapa orang wanita yang baru lepas selamat melahirkan di tolak keluar dari labor room secara berdedai2, dan apakala setiap katil yang ditolak oleh nurse2 shift malam yang bagi aku genit2 itu, mereka melaungkan nama wanita2 itu sambil melihat ke arah tempat aku dan beberapa orang lelaki lain yang menduduki kerusi tempat menunggu diluar itu. Mungkin nurse2 itu menyangka kami2 ini antara laki2 kepada wanita2 itu...Apa yang dapat aku perhatikan, bagaimana redup mata yang terpancar daripada wanita2 yang terlantar di atas katil yang ditolak itu ketika melihat ke arah kami, suatu pandangan yang begitu mengharapkan sokongan daripada insan yang bagi mereka sebagai tempat menumpang kasih, berpaut di kala kelemahan, namun mereka itu sedikit hampa kerana insan yang diharapkan tiada di situ. Oleh yang demikian, aku pon telah berazam untuk mengubah jadual mencari kerja outstation kepada tercatuk2 di luat bilik menunggu labor room sepital seandainya suatu hari nanti binik aku kena melahirkan...tu pon kalau aku sempat kawen sebelum dunia ni kiamat lah...benarlah kata orang2, wanita itu lemah sebab tu lelaki perlu kuat (okeh..abaikan kalau rasa ayat aku ni mengarut..hahaha)
  4. 30 Julai 2012 juga merupakan hari terakhir kerja aku bersama syarikat yang lebur2 besi tu. Setelah 2 tahun 7 bulan menabur bakti di sana, akhirnya aku mengambil keputusan membuka lembaran baru dalam karier. Aku mula menghantar notis pada 28 May 2012. HOD aku menerimanya namun beliau meminta aku memikirkan lagi sminggu. Lepas seminggu, aku tegar dgn keputusanku, maka surat itupon dipanjangkan kepada Production manager. Lantas beberapa drama pon bermula. X pernah2 beliau mengambil berat tentang aku, terus tetiba jadi macam caring gile. Beliau bersungguh2 mahu menahan aku daripada meninggalkan mereka. Beliau berjanji untuk bertemu Plant Manager, HR Manager dan ntah berapa banyak lagi manager ntah....konon2 nak counter terrrorist offer aku lettew. Ade 2 perasaan ketika drama ini berlansung yang benar2 membekas dihatiku, satu gua tidak menyangka yang gua ni begitu penting dan valuable bagi mereka2 ini, kedua, kesal jugaklah, bile gua dah nak blah barulah segala macam prosuder, recommendation bagai boleh dibuat, time buat annual appraisal xde plak si plant manager ni sibuk2 nak recommend aku bagai...akhir kalam, gua nekad nak blah, HOD gua pon rela melepaskanku walau sayu dihati, yang gua x berapa berkenan ngn Production Manager ni, leh plak macam x puas hati sebab aku reject die punya counter offer, sukahati aku leh nak reject2....mwahahaha...
  5. Hari terakhir gua kat plant tu, sedih gak nak blah rasanya. Yelah, 2 tahun gua bergelumang dan bersosial dengan staff2 tu..dah macam ahli keluarga dah aku rasa....Gua paling terhutang budi dgn HOD gua, beliau banyak membantu dan membentuk aku sehingga aku berjaya menjadi apa yang aku ada sekarang ni....walaupon beliau telah berusaha sedaya upaya nak naikkan gaji aku lebih2, namun tetap terikat dengan sistem quota bangang nyusahkan orang company aku ni...Terima kasih yang tak terhingga aku rakamkan kepada HOD aku itu atas jasanya itu...
  6. dan 1 agustus semalam, aku secara rasmi melaporkan diri di company baru aku ni. seawal lepas subuh aku dah gerak gi HQ kat subang jaya, nasib baiklah pose, kalau x dah berbatang2 rokok kut aku isap masa sangkut kat exit persimpangan kewajipan tu. Alhamdulillah, company baru aku ni looks promising and good for my portfolio. Kalau ikut apa yang HR officer tu brief masa induction tu, company baru aku ni yang nombor 2 paling establish di benua eropah, ntoh ye ntohkan idok nanti2 lah gua research lagi pasal company baru ni. Hari ni jew adew 9 orang executives level yang joint the company, among 9, 8 located at HQ dan aku sorang jew located kat site....macam2 division ade, yang sama division ngn aku tadi cuma ade sorang jew mamat india tu...shanker..shankel..camtulah lebih kurang nama die...pung pang pung pang sampai tengahri, maka masing2 pon di hantar ke workstation masing2, aku jew yang kena travel balik banting, report kat site manager plak...memandangkan bulan ramdan, dan aku pon memang semulajadinya pemalas, maka aku pon sengaja melambatkan2 perjalanan sambil tidur2an kat surau kejap semasa dalam perjalanan ke plant...kalau bos tanya kenapa lambat sampai, aku dah plan nak cakap jalan jammed boss pastu saya singgah semayang jap..mwahahaha...sampai plant, adelah sikit2 safety briefing, sesi ice breaking skit2, sesi kemas2 meja skit, sesi bagi2 barang, baju skit, pastu dalam kol 3 gua pon gi klinik..kena amik injcetion Typhoid Immunisation..ini adalah compulsory jika anda bekerja dalam bidang food processing, kata plant manager aku itu...lepas tu dia pon cakap aku leh teros balik lepas dapat injection..gi klinnik amik injection x sampai 15 minit siap, terus aku balik..kol 4 petang aku dah sampai rumah...hahahaha....tapi serius, gua rasa lain macam jew lepas kena inject tu, mungkin badan gua tengah nak adapt terhadap virus yang dilemahkan itu sambil bekerja membina profil sistem imunnisasi baru..terus gua rasa macam nak demam dan tangan gua sampai sekarang masih lagi rasa sengal2 kat area bekas suntikan...sampai je rumah aku terus tombang..sampai dekat nak buka baru adik aku kejutkan..serius aku x sedar amende pon...
  7. Esok scond day, terus gi plant, Jumaat plak nak kena lik HQ amik laptop dan sebagainya, Sabtu ahad isnin cotii..yeeebedauduaudaufaufauufa yahuuu....minggu depan konfirm gua kena struggle balik nak blaja process plant dan sebagainya..maklumlah nak confirm on time....xmau duduk probation lenglama...hahahaha...
  8. Okeh...terima kasih kerana sudi membaca catatan seorang marhaen ini...Kthanksbai...

Saturday, July 28, 2012

Kah Kah Kah Kah....



 one word, DESPERATE!


























 k thx bai!

Wednesday, July 25, 2012

Back In Time



 OST francais terbaru Lelaki Seragam Hitam III a.k.a Men In Black III. Pitbull ghopenye yg nyanyi lagu ini..Layan lagu ni sambil sangkut kat jammed Kesas agak layan gak ah..hahaha Kalau kome dok tgk lagi MIB III leh le coba tgk. Aku dah tgk dari satu sampai tiga. Bagi aku ketiga lagi best daripada kesatu lagi best daripada kedua.... Layannnn....

Monday, July 23, 2012

1Ramdhan

Selamat berpuasa uols.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

mabul-icious

Salah satu gambar yg sempat aku snap semasa di mabul island dari chalet kami


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 3, 2012

punch cvt gearbox

Keter aku pakai gearbox ni.


Keter saga flx cvt pon pakai gearbox ni.


Apa yang aku perasan, gearbox cvt ni akan menghasilkan bunyi yg agak berdesing semasa dalam proses mengundur. Bunyi mcm kapal terbang nak berlepas tetapi dalam aras desibel yang tidak membahayakan telinga manusia.


Ini adalah karakter geabox itu sendiri. Jadi kepada pemilik kereta 'thundercat' ni yang dilengkapi gearbox cvt ini, usah risau..lupe mana ntah aku baca forum pasal isu ni tapi engineer proton itu sendiri yang menerangkan.


Tunggu masa nanti nak tukor myk gearbox ni. Org kata mahal skit myk gearbox cvt ni...ahahaha....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 1, 2012

Sayangi Selangor, Yakini BN





 The Lyrics:

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Merah, kuning, putih warnanya
Negeri indah maju dan jaya
Kemakmuran yang dibina
Kemegahan anak watannya

Selangor Negeri yang di sanjung
Selangor Daulat Yang Dijunjung
Sekian Lama, Aman Sejahtera
Rakyatnya Makmur Selamanya

Korus I
Sayangi Selangor Yakini BN
Dikau Menjamin Harapan
Sayangi Selangor Yakini BN
Dikaulah Masa Hadapan

Kita Semua Sehati Sejiwa
Kita Semua Seia Sekata
Seiring Jalan, Berpimpin Tangan
Rakyatnya Aman Sejahtera

Bersatu Kita, Bersatu Teguh
Bersatu Kita, Berpecah Roboh
Bersatu semua 1 Malaysia
Selangor Negeri Tercinta

Korus II
Sayangi Selangor Yakini BN
Dikau Menjamin Harapan
Sayangi Selangor Yakini BN
Dikaulah Masa Hadapan

Sayangi Selangor Yakini BN
Dikau Menjamin Harapan
Sayangi Selangor Yakini BN
Dikaulah Masa Hadapan

My Komen:


  1. Lagu ini memang rancak.
  2. Mereka siarkan lagu ini di media arus perdana bukanlah satu kesalahan dan tindakan tidak bermoral.
  3. Gile babi desperate nak rampas balik Selangor BN ni..puiih..

Saturday, June 30, 2012

satu lagi...

22 jun 2012, jumaat lebih kurang 430 petang waktu tidak standard Malaysia, rasmilah kami bersama.


Setelah menempuhi beberapa halangan, cobaan dan debaran.....


I luv u mucho2..muah2...










Hahaha...sila jgn muntah depan skrin anda semasa membaca post gedix ni.... :P


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 19, 2012

Keluarkan caruman terkumpul anda di KWSP pada umur 60 tahun

Sekarang isu ini tgh hangat. Sorang member aku hapdet status twitter beliau (ye haku pon hade twitter nox, cuma underground, kalau uols nax follows carilah sendiri yer di twitter) lebih kurang "kejadah hapa dah nak arwah baru leh merasa duit penat lelah sendiri?" KWSP (KWAP untuk pekerja gomen) merupakan lubuk duit kegemaran Kerajaan (baca BN sebab merekalah kerajaan sekarang ni) selain duit PETRONAS. Ko bayangkan berapa banyak Ringgit yang ada dalam KWSP dan KWAP tu nox. Minimum caruman 12% oleh majikan dan 11% oleh pekerja you. Kalau gaji kasar Jurutera JKR gred j41 Rm 2.5k darab dengan 5000 orang dah berapa jumlah terkumpul tu nox? Tu belum lagi kira gaji PTD, posmen, dokter, pekerja swasta yang lain. Satu yang aku nampak kalau jadi undang2 hanya leh withdraw all your savings by 60's, bermakna KERAjaan dah abiskan duit uols dan I byk2 dalam KWSP dan KWAP tu sampai x cukup, dgn harapan bila wajib umur 60 tahun sahaja, x ramai rakyat malaysia yang mampu bertahan dengan gaya hidup sekarang ni. Sekotak rokok 20 batang + asap rokok sana sini + asap karbon monoksida dari ekjos motokar + asap industri + kandungan Rare earth dalam iphone + Mc Value Lunch + Mc Value Dinner + ape celop bersenam buat sakit badan jew + jilaka apa aku nak naik tangga tinggi2 pegi ofis kalau ada lif x digunakan + (anda tambahlah sendiri...) Berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang mampu bertahan di masa hadapan. ini pendapat peribadi aku. menyebarkannya adalah dibawah tanggungjawab penyebar. Kthkbye

Thursday, June 14, 2012

Beler

Beler in javanese is malas pe malas sangat aku nak hapdet blog ni? Kthxbye

Monday, June 4, 2012

pengsan...

Adhoi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

Meleisia

Suatu malam yang hening, lebih kurang pukul 4 pagi di jalanan, dalam perjalanan pulang dari kilang menuju ke katil peraduan, aku sampai di salah satu lampu isyarat. Kebetulan masa aku tiba lampu isyarat baru sahaj bertukar merah. Jadi untuk menunggu kehijauannya menyerlah semula, memang mengambil masa.


Memandangkan aku warga malaysia, jadi secara automatiknya aku memang suka melanggar lampu merah bila berpeluang, lebih2 lagi ketika kejadian itu berlaku, begitu banyak faktor yang memnugkinkan aku melanggarnya. 4 pagi, jalan di jajahan megalopolis kancung land, tiada kereta dari arah bertentangan langsung dan arah yang lain, ketiadaan kamera pengawasan trafik, tiadanya anggota polis yang memantau, badan letih sebab attend breakdown, tangan dah nak kebas sebab kesejukan kena angin dinihari masa bawak motor, nah! Begitu mudahkan kalau aku nak langgar?


Tetapi, secara tiba2 aku teringat salah satu rancangan terbitan produksi jepun. Tentang satu permainan buru2 orang dalam parameter yang ditetapkan, siapa yang dapat tidak dapat didapati ditangkap oleh pemburu sehingga habis masa permainan, akan dapat sejumlah wang lumayan jugaklah. Apa kejadahnya cerita jepun tu dgn cerita aku tidak melanggar lampu trsfik merah pada jam 4 pagi?


Adelah seorang kontesten ni, beliau sedang dalam permainan, tibalah beliau di satu persimpangan yang ada lampu isyarat, dan ketika itu lampu isarat sedang warna merah. Dan aku kagum kerna beliau tidak melanggar lampu isyarat itu walaupon situasi jalannya sama macam aku, bezanya waktu bukan jam 4 pagi dan aku xde pemburu tgh kejor aku. Bilamana saja aku teringat, maka aku pon cubalah untuk menjadi warga malaysia yang mempraktikkan salah satu daripada rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang. Dan ketika sedang menunggu lampu menjadi warna bendera PAS, aku dapat lihat daripada cermin sisi kiri dan kanan beberapa cahaya lampu datang dari belakang, ada motor datanglah tu. Bila sahaja sampai dekat lampu isyarat, mereka membunyikan hon, pelik barangkali melihat seorang insan setia menanti lampu isyarat menjadi hijau di kala 4 pagi. Bila sahaja mereka melepasi aku, sekilas aku memandang, laa...budak2 baru nak up rupanya...naik motor honda ex5 je pon, dan aku sangsi duit minyak dorang pon masih disubsidi oleh perbadanan FAMA masing2,


X lama lepas tu, lampu pon hijau dan aku pon meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, aku terfikir, di Malaysia tanah tumpahnya darahku, bila orang mematuhi undang2 dipandang sinis, bila undang2 dilanggar, dianggap macho, brutal, trendy, stylo....


Oh Malaysiakuku.......


















P/s: lepas tu aku kembali menjadi warga malaysia sejati, sebab selalu aku lambat nak pegi keje..hahahhahaha....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 27, 2012

Esok

Esok aku akan melakukan sesuatu, Sesuatu yang baru, Sesuatu yang bakal menerbitkan sayu, Sesuatu yang membuatkan aku betul2 terharu, Oh Tuhan, berikanlah ku segeggan tabah dihatiku,

Saturday, May 19, 2012

myk dan gas

Dlm engineering, bidang ini yang menjanjikan antara pendapatan yang lumayan. Padanlah dengan risiko yang datang sekali.


Ini gambor insan2 yang mencoba nasib di open interview tadi (samalah dgn aku, 1st time gi open walk in interview) wakaka....mengikut anggaran, adalah dalam 2K yg hadir tadi...ni gambor dah dekat2 penghujung waktu...


Adelah jugak terserempak beberapa rakan2 lama dulu...hahahaha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

~~~~~~~

Merayau2 di mukabuku. Sambil ketik2 gambor2 rakan sekolah menengah posing2 dgn bayi2 masing2.


X sangka ternampak komen beliau. Beliau yang pernah bersada di persada dada hamba.


Tgk gmbor profile dah ade 2 junior.


We used to be friendlist in frenster, but not in fb. Samada aku, atau dia atau kami yang tidak pingin berfrenlistedndi fb.


Whenever ternampak gambor profile beliau, tetiba mcm2 kuar di kotakminda. But its all history, mcm liverpool fc yang sebok bangga dgn history kelab mereka. Terpikir gak, what will happen to us now if we really get along? Cewah..cakap bahasa bandar manchester plak..hahahah


Aku begini kini, beliau begitu juga.


Satu benda yang aku dok fikir, cenggana agaknya kalau kami terpaksa terserempak di upcoming reunion yang masih lagi dalam bendtuk draft dan proposal batch kami nanti? Its must be awkward for me since i'm the reason why we did not make up....wakakkakakaka....saat ini aku pon masih bernsb baik sebab x terserempak dgn beliau semasa majlis walimah dak2 sekolah kami ni...







Moral of the story, jangan jadi budak nakal okeh.....

















P/s : aku dah insaf skrg, cuma nakal2 skit je...wakakaka


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 7, 2012

malas

Arini aku rasa malas.


Malas nak gi keje.


Pepagi dah send msg kat bos kedua cakap hafday.


Malangnya terlajak bangun kol 2 ptg. Sambung one day teruslah.


Macam2 hal kat kilang yang buat aku fedap. Semua orang nak fakap je kejenye.


Oh ya, pagi tadi memang aku ade fenin2 lalat skit. Esok tulis borang cuti adelah alasan skit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 6, 2012

Number One




LAgu terbaru maher zain. menunjukkan apresiasi kendiri maher zain kepada bondanya. video klip die mengingatkan semasa aku kecik2 dulu. hobi aku antaranya masa kecik2 dulu adalah mencuri2 ambil dan makan kalau arwah mak aku buat kuih/biskut..especially karipap dan biskut coklat chip.. lagu ni membuatkan aku rindu ibu... haizz...

Thursday, May 3, 2012

ayang

Lokasi: satu tempat di selangor.

Masa: kol 1235 hari.

Suasana : kantin yang hingar bingar.

Drama: tuut..tuut...tuut.ttuuut....(bunyi telefon bimbit)


Pelakon utama : "hello bos....haa ye saye"


Bos pelakon utama: " aaa pelakon utama (kata ganti nama diri), power pack 1 bpl xde pressurelah...line nak jalan ni...boleh tolong tengok? "


Pelakon utama : " aaaaa....saya kat kantin ni bos...baru nak lunch"


Bos pelakon utama: "oh..ye ke?...camtu tolong arrangekan orang you ek..kthanksbye...." tuut..tuut...tuut..tuuut...(bunyi talian diputuskan)..


Pelakon utama: (dalam hati) " adhoii...mane nak cari dak2 ni..waktu lunch ni pon...mana dak2 online mekanikal ni? Coba nasiblah"


Pelakon utama pon membuat beberapa panggilan penting kepada sayap2 kiri dan kanannya..


Pelakon utama:(dalam hati)..ahh..jilaka..sorang pon xdpt dihubungi...

Nak x nak aku kena makan cecepat dan attend breakdown ni..ah jib gor betoiah...


Maka pelakon utama pon lekas2 membayar dan memakan secepat yang mungkin.....ayang goreng spesel yang dibelinya sebagai lauk makan terasa seperti tiada apa yang spesel...jiwa dan raganya serta pemikirannya telah berada di bpl, biar jasadnya terpaku di kantin menikmati ayang gorengnya....


Pity ayang gorengg......








Kisah benar yang telah diolah untuk kesesuaian siaran di khalayak...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 27, 2012

camwhore

Explorasi fungsi camera di tabku.


Bermain2 dengan fungsi metering dan fokus...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

Ombak Rindu


  1. Ok. Aku dah tgk ombak rindu.
  2. Tu pun lepas Aaron Aziz menang anugerah BPH sebab citer Ombak Rindu meletops dan Zed Zaidi bengang x menang ape2 sebab dah x fofular..haha..
  3. So, aku nak beri pendapat sendiri.
  4. Satu, Haris nampak macam otai gile di awal kemunculan, siap leh sound2 tokey kelab malam lagi. Tapi bile depan Mila selamba layu. Kena marah + maki camtu pon leh x hangin...peliks..
  5. Izah memang lawa sebab Maya Karin..lol
  6. Milah memang wujud di dunia ni. Namun kalau aku dapat pempuan camni memang makan Crocs Uptown akulah jawapnya, nak2 kalau kena scene meroyan kat set lakonan masa Haris kata nak reconsider perkahwinan..
  7. Mail, seorang yang setia tapi berfikiran terbuka. Aku yakin Mail tetap kangen sama Izah walaupon di akhir penceritaan dia kata dia ada bakal tunang. Mail ni kira kategori kena Friendzone dengan Izah.
  8. Kesimpulannya, ASTRO First memang menggalakkan cetak rompak. Aku donlod Ombak Rindu kat Youtube jr..lol

Wednesday, April 18, 2012

membebel

Wa rasa rege keter kat mesia ni mahal.

Keter murah ada tapi ciri2 keselamatan lak kurang.

Kesimpulannya,  wa yang dah keje dekat tiga taun berfikir byk kali nak sambar keter...

FTG


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 15, 2012

Pandangan Peribadi: Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)


  1. PROTON, siapa orang Malaysia tak kenal PROTON memang x cukup syarat menjadi seorang warganegara.
  2. PROTON adalah hasil cetusan buah fikiran mantan Perdana Menteri Malaysia ke -4, Tun Dr. Mahathir. Ditubuhkan pada tahun 1984. Mula mengeluarkan kereta pertama pada tahun 1985 (betulkan aku kalau silap sebab aku malas nak cari bahan..hahhaa) iaitu model Proton Saga, hasil usahasama dengan Mitsubishi Motors, sebuah syarikat kongolomerat automobil dari Jepun.
  3. Model-model awal PROTON lebih kepada rebadge, iaitu tukor lencana Berlian Tiga kepada lencana Bulan Bintang (lambang PROTON pada masa itu).
  4. Bermula di Shah Alam, PROTON terus menghasilkan model-model rebadge seperti Saga, Iswara, Wira. Harus diingat, ketika di awal2 penubuhan PROTON, tiada langsung Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan (R&D).
  5. Jabatan R&D PROTON hanya diwujudkan lebih kurang 10 tahun selepas penubuhannya (kalau silap sorrylah sebab aku memang malas..hahha). 
  6. Model pertama yang PROTON cuba untuk berdikari dan membuat sendiri kereta adalah model WAJA. Ya, PROTON WAJA.
  7. Pembangunan chassis, rekabentuk, dan segalanya bermula serentak, beserta dengan pembangunan enjin ciptaan sendiri iaitu CAMPRO.
  8. Dalam industri automotif, penentukur kehebatan sesebuah pengeluar kereta sebenarnya terletak pada keupayaan mereka membangunkan enjin mereke sendiri. Tanpa enjin sendiri, apalah ertinya menghasilkan kereta sendiri.
  9. Jika diikut kepada perancangan, enjin CAMPRO akan mula diperkenalkan melalui model WAJA. Namun kerana pembangunan enjin CAMPRO masih belum sempurna, terpaksalah WAJA disarung dengan enjin Mitsubishi dahulu.
  10. Benar diakui, PROTON tidak dapat lari daripada pandangan skeptikal masyarakat dengan kereta yang mahal tapi banyak masalah.
  11. Lihat sahaja model Iswara, berapa banyak model batch yang mengalami masalah karat pada badan? Waja, masalah power window menjadi trademark kepadanya.
  12. Lalu dimanakah kesilapannya? Adakah pada pegawai-pegawai QA yang membuat kerja sambil lewa?
  13. Kalau anda rajin menganggotai forum-forum perbincangan tentang dunia permotoran, banyak sumber mengatakan bahwa msalah utama adalah pada vendor2 PROTON tu sendiri. Kebanyakan vendor2 ni adalah kroni2 kepada sang teraju utama PROTON ketika itu. Walaupun barang yang dihantar tidak mencapat kualiti dan standard yang sepatutnya, namun sebab mereka2 ini ada "mutual understanding under the table", maka semua itu dipejamkan mata dan dipekakkan telinga. Sudahnya yang menjadi mangsa adalah pembeli yang telah berhutang dengan Bank.
  14. Namun bermula dengan peralihan kuasa daripada Dr. M kepada Pak Lah, di sini sebenarnya PROTON cuba untuk memperbaiki diri sendiri dan lari dari kepompong kegelapan serta pandangan skeptikal warga Malaysia.
  15. Walaupun Pak Lah sering dilabel sebagai Kaki Tidur oleh beberapa orang musuh politiknya, namun beliau memberi kuasa autoriti sepenuhnya kepada pengurusan PROTON untuk menentukan halatujunya. Beliau tidak menjadi 'tangan2 gelap yang berselindung disebalik proksi2 yang dilantik'.
  16. Turning point terbesar PROTON dalam usaha untuk melarikan diri daripada zaman jahiliah kepada zaman renaissance, adalah dengan melantik Datuk Syed Zainal (DSZ) sebagai 'kapla' dalam pengurusan PROTON. Dan Tengku Mahaleel tidak disambungkan kontraknya..wakaka..padan muka
  17. DSZ, seorang graduan dalam bidang kejuruteraan, menjadi jurutera dalam industri automotif (syarikat Jepun kalau x silap) dan juga dikhabarkan seorang yang tinggi ilmu agamanya. Jadi sudah tentu kebanyakan tindakannya berlandaskan konsep syariah.
  18. DSZ seorang yang amat dedikasi dan berpandangan jauh. Semasa di PERODUA sebelum ke PROTON, boleh dikatakan setiap hari beliau akan turun ke 'line' untuk meninjau sendiri masalah dan menambahbaik. Bayangkan seorang CEO turun padang, siapa x respek woo.....
  19. Ketika di PROTON, beliau mula untuk menaikkan semula nama PROTON, bermula dengan mencantas mana2 vendor yang tidak dapat membekalkan barang2 mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan.
  20. Model pertama di bawah tangan DSZ adalah Persona, diikuti dengan Exora, Saga, dan yang terbaharu P3-21A (ataupun namanya Preve)...
  21. Jujur aku cakap, banyak penambahbaikan dan kualiti pada model2 PROTON yang terkemudian. 
  22. Kesimpulannya, kepimpinan melalui tauladan.
  23. End
























(Sorry kalau rasa citer x best. Dalam pala hotak banyak nak taip, tapi aku dah malas plak nak taip..aku memang malas...)

Wednesday, April 11, 2012

Gantung

Sedap lagu ni. Komposisi lagu yang baik, Suara yang bersesuaian.. Ah..Makcik Melly Goeslow memang jarang sekali mengecewakan...

Monday, April 9, 2012

tahukah anda

Hujung minggu ini penuh dengan warna warni kehidupan.


Bermula dengan kebangangan abadi liverpool yang hanya mampu seri.


Diikuti dengan kemenangan manchester united ke atas queens park rangers.


Dan diakhiri oleh kekalahan manchester city di laman arsenal.


Kini manchester united mendahului manchester city dengan 8 mata.


Ya, 8 mata, nampak macam kecil anak. Tapi anda tidak tahu keramat pak alex memang berada pada maqamnya yang tersendiri.




Morale of the story: when you win a battle, doesn't mean you will win the war.




Just in case kalau anda tertanya2 kenapa kami peminat MUFC menghapdet status FB dengan ayat why always me secara tomakninah dan istiqomah pada malam tadi, ketahuilah ayat2 keramat itu kini menjadi meme kepada si pelontrnya kembali. Luka parah dibolosi 6 bijik gol dahulu masih belum hilang nanahnya...








In ferguson we trust....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 8, 2012

Sang petani

Bulan april ni memang penuh rahmat.

Satu, aku dilahirkan dalam bulan april ini, well said, kebanyakan orang power mmg dilahirkan dalam bulan april mcm aku..hahhaha..

Dua, banyak kengkawan aku yang dilahirkan dalam bulan april ni...

Tiga, beberapa orang sahabat baik aku mendapat junior dalam bulan april ni, antaranya encik posmen yang baru mendapat junior lelaki beberapa jam yang lalu, tahniah segala macam usaha dan teknik anda menyemai telah membuahkan hasil...ekekeke...









Post ni aku tulis sewaktu bersantai di mamak ali maju klia...bosan sebab xde teman lawan borak kerna member aku asyik berborak dgn meber die...wakaka...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 6, 2012

Kapitan

Seorang ketua lazimnya akan memberikan tugasan atau arahan kepada anak buahnya. Seorang ketua tidak akan meluahkan kemarahannya dengan sewwenang2nya tanpa sebab. Kebiasaannya kemarahan atau ketidakpuasan hati seorang ketua timbul apabila tugasan yang diberikan tidak dilaksanakan langsung.


Aku sebagai seorang yang mengetuai dan diketuai dalam organisasi aku kini, amat faham akan konsep ini. Apa juga amanah yang diberikan akan dilaksanakan sedaya bagus. Malahan sentiasa memberikan lebih apa yang dipinta. Kadangkala rakan sekerja tidak memahami konsep ini, kenapa ketua kami seakan bertindak tidak sekata. Begitu juga aku dengan anak buahku. Sesiapa yang dapat menyempurnakan tugasan pada masa yang ditetapkan dan membri lebih dari yang aku minta (mempunyai inisiatif kendiri) akan mendapat lebih penghargaan daripadaku selaku seorang ketua.




Simple says "no pai no gain!!"


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 29, 2012

Go mobile

Since i'm owning a what so called tablet, and it's mobile, so i'm trying to activating the mobile template for increasing easy surfing.

Hope it success yaw!

Wednesday, March 28, 2012

Burohan

Pekerja yang mahir dan berpengalaman adalah merupakan asset kepada sesebuah organisasi. Tidak boleh tidak, mereka ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan halatuju pembangunan organisasi di masa hadapan dan yang paling penting untuk memastikan kelancaran operasi organisasi itu sendiri.


Benar, kemahiran boleh dilatih. Boleh dikatakan semua orang boleh menjadi terlatih jika diberi latihan yang sewajarnya. Namun harus diingat, tidak semua orang berkeupayaan untuk menjadi benar2 terlatih dalam tempoh masa yang singkat. Kebolehan seseorang sangat berbeza. Ada yang hanya memerlukan beberapa bulan untuk mejadi mahir dan memenuhi standard yang dikehendaki dalam melaksanakan tugasan atau kerja yang diarahkan dan ada juga yang memerlukan hingga beberapa tahun untuk benar2 mahir. Harus juga perlu diambil kira tenaga, masa dan wang yang perlu dibelanjakan untuk melatih seseorang yang baru.


Dari sudut pengalaman, pengalaman adalah sesuatu yang menjadi hak milik mutlak seseorang individu. Mungkin orang kata pengalaman boleh diwarisi, diajar kepada orang lain tetapi sebenarnya, lain orang lain pengalamannya. Selain ilmu pengetahuan, tatacara (SOP) bertulis dalam melakukan pekerjaan, pengalaman menjadi salah satu elemen penting untuk mendapatkan kualiti dalam sesuatu tugasan dan pekerjaan. Di samping itu, pengalaman juga menjadi penentukur kecepatan sesuatu tugasan itu disempurnakan. Ingat, dalam apa jua perkara, elemen masa menjadi antara penentukur paling utama untung dan rugi.


Berapa ramai dan banyak pengurusan serta organisasi yang terlepas pandang akan perkara ini. Andai suatu hari nanti orang yang yang berpengalaman dan berkemahiran ini tidak lagi mampu berkhidmat bersama, tika itu keadaan sudah terlewat sebenarnya. Maka bersedialah untuk menerima apa jua hasilnya.





























Faker tol, increment naik ciput nak mampos!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 26, 2012

Guntingan

  1. Aku suka menikmati saat2 ketika menggunting rambut.
  2. Seronok.
  3. Boleh bawak ke tido woo.
  4. Lagi best kalau siap shaving lagi.
  5. Shaving kat kedai gunting ni best skit. Lebih cepat dan kemas mengikut fesyen yang aku inginkan.
  6. Nak harapkan aku shave dengan bergaya? Susah skitlah..haw haw haw..
  7. Di provinsi aku ni, ada satu kedai guntingan yang menjadi fevret aku. Glamor dengan nama Kedai Gunting Wak Samad. Sejak 1993 sehingga kini, aku masih tidak bosan guntingan disini. Sejak dari Wak Samad berambut hitam sampailah dah ada uban. Sejak dari lokasi kedai di depan market lama sebelah kedai pakcik jual batu nisan, sampailah pindah ke bazaar belakang taxi stand.
  8. Oh ya, semenjak dua menjak ni aku tidak berapa gemar berguntingan secara kerap. Rasa sayang plak kalau rerambut belum cukup panjang tetapi dah berguntingan...haw haw haw..

Thursday, March 22, 2012

Suatu ketika dulu...

  1. Suatu ketika dahulu, tidak perlu pergi begitu jauh. Cukup 7-8 tahun dahulu.
  2. Menikmati video klip lagu2 kegemaran amatlah susahnya pun.
  3. Di ketika itu, kenikmatan untuk menonton video klip lagu2 terbaru paling urban pun menerusi Saluran MTV yang perlu dilanggan melalui Syarikat Piring Satelit Dari Kroni, Untuk Kroni, serta Monopoli ataupun nama glemernye Astro.
  4. Terkenang masa zaman pembelajaran di awal2 tahun hingusan selaku pelajar kolej. Sesiapa PC atau laptop die yang ada banyak video klip lagu2 fofular dan agak latest, beliau adalah setaraf dengan Justin Bieber di kolej aku. Ataupun kalau terlalu melampau persamaan itu, bolehlah diumpamakan sebagai mamat paling cool.
  5. Kalau lepas coti semester, boleh dikatakan masing2 seperti seakan berlumba2 untuk mendapatkan material video2 klip terbaru sepanjang tempoh 3 bulan itu, supaya dapat show off kat kengkawan pabila masuk sem baru.
  6. Maka orang2 yang macam aku yang tidak mempunyai streamyx di rumah, menggagahkan diri membeli seberapa banyak DVD, atas tujuan untuk 'membakar' video2 klip itu untuk dijadikan khazanah dan koleksi greatest hits peribadi. Mungkin beberapa tahun lagi bila aku dah ada anak-anak, bolehlah bukak cerita sambil menikmati biskut merry cecah kopi panas, duduk bawah pokok ketapang atas pangkin "Anak-anak, lihat sini. Nilah koleksi klip2 video lagu kegemaran daddy masa memuda dulu"...Slurrrppp...ahh..(minum kopi panas)..Lalu menyambung kembali bicara yang terputus.."Untung korang zaman sekarang, nak tengok video klip cuma boleh layan MyTube je ...(zaman ni YouTube dah tidak popular kerana terikat dengan SOPA dan PIPA secara mutlak)...hahaha"
  7. Zaman awal2 2000-an ni dulu kualiti video klip x boleh terlalu memilih. Untung badan dapat kualiti yang cantek. x berapa untung kalu, dapat kualiti yang cam jahanam...hahaha...Bila ledakan YouTube dan teknologi digital audio visual yang makin canggih, maka kualiti video klip di YouTube juga semakin cantik dan osem..Full HD dan HD...beza FULL HD dan HD adalah pada jumlah resolusinya..Full HD adalah 1920 x 1080 manakala HD adalah 1080 x 720...Boleh dikatakan kebanyakan video klip terbaru dalam format ni..Kak ramlah ram pon dah menghasilkan video klip dalam bentuk ni yaww...x mainlah baju ada liplapliplap bentuk love kat dada lagi sekarrang ni..haha

  8. untunglah budak2 kolej zaman sekarang. bukan setakat video klip lagu2 je senang dapat dan tengok, koleksi2 drama melayu bersiri pon senang2 je dapat tgk kat utube macam citer Vanila Coklat, Vanila Sky, Aiskrim Vanila Coklat satu, Nur Kasih, Kasih ke Kasi? dan macam2 lagi....Lagi2 yang ada langgan Pakej Unifi..setakat streaming video klip jamal abdillah katak bawah tempurung tu, memang xde langsung lah buffering...hahaha
  9. Mengenang memori memang best. Lebih2 lagi utk orang sentimental macam aku ni. Bak kata member aku kepada aku " Ko ni muka dah ganas, tapi hati kristal".....
  10. Ouch!

Wednesday, March 14, 2012

Kondangan

  1. Sabtu, 10 Maris Tahun Messiah, aku memenuhi jemputan walimah bekas teman ex-Hamidians di Kajang.
  2. Ya, Kajang. Pekan yang penuh dengan kenangan Alma Matterku. Aku x pasti Kajang dah upgrade ke bandar ke belum, tapi pada pengamatan aku, ia masih lagi selayaknya berstatus pekan. 
  3. Di Malaysia ni, ada beberapa tempat yang bisa membuatkan kepala otak aku tenang dari segala keserabutan. Antaranya adalah Kajang dan Bandar Baru Bangi. Tak tahu kenapa, tapi aku senang bila berada di sini, lebih-lebih lagi Bandar Baru Bangi.
  4. Mungkin kedua-dua tempat ini menjadi antara saksi melihat perkembangan zaman remajaku.
  5. Aku menghabiskan lebih kurang 4 jam di pekan kajang pada hari tersebut. Termasuk 45 minit di tempat keramaian dan belen mengeteh di warung sate berhampiran...niat di hati nak melantak Sate Samuri (orang kata sate ni femes, wakaka) malangnya pada tarikh tersebut pakcik samuri enggak bikin bisnis. Perusahaannya lagi coti karna ada majlis walimah katanya (bedasarkan kepada notis yang ditampal pada kedainya..wakaka).
  6. Majlis walimah berlangsung di dewan MPKj, berhadapan stadium. Leh kira center of the Pekan Kajang's heart lah jugak..wakaka...kemudian lepas walimah seblom ngeteh, aku bercadang hendak nyucuk, maklumlah dalam wallet ada RM10 je wang tunai..wakaka..Maka menapaklah aku membelah pekan kajang. Malas woo nak bawak keter, jammed yang amat..baik jalan kaki lagi cepat..hehhee...
  7. Dalam misi mencari bank, aku pon mula membelah dan menulusuri kaki-kaki lima itu. Seriusly, tiada perubahan yang nyata berlaku. Kedai komik tempat aku baca free dulu masih di situ, KFC depan plaza metro tempat aku makan Deli Burger (ni paling murah kat KFC dulu..serius..sebagai seorang pelajar yang berbudget RM10 je sminggu, ni je aku mampu beli masa zaman belajo dulu...tu pon kena simpan sesikit..wakaka..sekarang dah pupus dah burger ni daripada menu KFC), tempat bermain snuker tu, masih ada lagi di situ..kedai apek meniaga barang2 elektrik tempat aku mengabiskan duit mak bapak aku bagi dulu dengan bermain PlayStation (game fevret main 2 orang dulu Tony Hawk Pro Skater..wakaka)..masih lagi setia di sana....cuma Plaza Metro je aku x jenguk Sabtu lepas sebab kejor masa..hahaha...seriusly, semacam tiada perubahan je pekan kajang ni..walau dah 10 tahun ku x merayap2 di sini...senang xiter aku susahlah nak sesat kat pekan kajang ni walau pada waktu ini...wakaka...
  8. Abis ngeteh petang2 siap bear-hug sesama teman lama, aku pon meluncur ke Bandar Baru Bangi. Niat nak melawat Plaza PKNS sebab masa datang terperasan ada banner Pesta Buku kat PKNS tu. (plus nak amik duit sebab xdapat nak cucuk masa kat Kajang..bengong punya MEPS system). Teserempak dengan Ustaz Don you...tapi aku xdelah gi dedekat..sebab ramai lagi makhluk2 di sekeliling beliau tgh snap2 picture gittew..wakaka..plus die pon nampak macam rushing..maklumlah..dah dekat nak bang Maghrib...aku je yg sibuk2 nak membeli-belah dakat2 nak maghrib..dusyum...hahaha
  9. Sempat gakah menyambar sebuah buku + CD ceramah ustaz azhar bersama zizan...walaupun aku tau leh tgk kat utube, tapi aku tetap nak beli gak...xtau kenapa..mgkn sebab kerna aura beliau sendiri kut..hehehe..
  10. balik solat gharib (orang Ganu cakap gini deh), terus shoot nak balik rumah di Megalopolis Kancung. Tengah2 jalan teringin nak tambah kalori dan lemak tepu dalam badan, call member jap ingat nak ajak lepak kat Mc D Kota Warisan...malangnya beliau berada diluar kawasan..terpaksalah melepak keseorangan sambil melayan blues..wakaka...waktu aku nak order kat kaunter, aku rasa macam nak menitis air mata kesyukuran dan kegembiraan, Mc D sekarang dah ada Mc Value Dinner yaw...terharu aku...hik hik hik...jimattt duit...thank you Mc D.....hehehe...maka berdinnerlah aku dengan 3ple cheese burger (ni pon aku rasa menu baru gak ni..dulu paling2 mahakarya pon doble cheese jew..wakaka)..
  11. Sampai rumah terus golek2..sambil main angry bird ..sekianlah sahaja catatan kembara Javanese (ada iras2 Kembara Borealis x?..ekekeke..jangan marah Irul....gurau2 je..hik hik hik..)..
  12. Ok thanks. Bye. Terima kasih kerna sudi membaca catatan ini...

Friday, March 9, 2012

Missing


2010 Batch Engineers Lineup. Consists of Mechanical, Electrical and Production Departments. Really missed this moment. From all of us in the picture, only 4 people still standing. Miss them all!


















P/S: Jangan contohi tindakan kami tidak memakai hard hat semata2 nak amik gambor di dalam plant.Ni kalau safety nampak mau kena saman ni...wakakaka

Wednesday, March 7, 2012

Awesome is really awesome
















This is awesome to me. Proposing via this way.
Cool dancers, song, choreography and yes..it is yess....
































































Agak kalau aku plan nak wat camni korang nak support x?...hahahaha

Tuesday, March 6, 2012

Once United, forever United





Salah satu official Manchester United FC supporters club di Malaysia....mwahahaha...





















































Tahukah anda, aku yang buat footage promo ni?

Hebatkan saya?..hahahahaha xbley blah nak mencapub....
























Pasni lehlah bukak kedai tangkap video orang kawen secara runcit-runcitan..muehehe

Tuesday, February 28, 2012

usai usia remaja

Lama x ngeblog secara aktif...hahaha...


Semenjak dua menjak ni bila aku lelepak ngn office mate antara topik yang hangat dibincangkan adalah usia memasing. Rasanya macam baru semalam kitorang berkenalan, pergi induksi sesama. Serius rasa macam baru semalam.


Dan masing2 kemudian seakan terkesima, dah menginjak usia bapak orang rupanya masing2!


Tapi perangai masih lagi sengal macam gila-gila remaja....















Hening..........


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 19, 2012

Sunday Morning

Wednesday, February 8, 2012

Capik

  1. Harini letih banget.
  2. Satu hari pasang mesin baru..hahha
  3. kol 6 lebih gak baru kerja2 major siap. naik opis. ingat nak tuka baju trus balik.masa masuk ofis sedor jam pukul 630. duduk sandor jap kat kerusi sambil menikmati hembusan kenyamanan pendingin hawa.
  4. tup2 tersedar jam dah pukoi 715 ptg. tertidur ghupenye. masa sedor tu kepala rasa weng + stone macam first time hisap rokok. ikutkan kepala nak lelap kejap lagi tapi pikir2 kang kut terlajak sampai kol12 malam kang naya je.dahlah area2 ofis aku ni leh tahan gak angkernye.
  5. last2 balik gak sambil kepala weng2.
  6. xpernah ayat aku terlelap kat ofis sebab kepenatan buat koje.
  7. bala..bala..

Tuesday, February 7, 2012

ego

Ego seorang lelaki.


Terkadang bukan aku x mahu menziarahnya, namun tatkala melihat keadaan dirinya serta merta hati menjadi sebak.


Sebak bukan sebarang sebak. Sebak yang bisa merobohkan empangan yang menahan takungan kolam air mataku ini.


Xkan aku nak mengalirkan air mata secara publicly. Aku kan lelaki. Lelaki memang mempunyai ego yang tinggi.





Semoga insan yang mengkhianati keluargaku mendapat balasan yang setimpal...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, February 3, 2012

Tempat Keje Saye..

Aku pasti, para pembaca setia (cewah..bajet ko abang Nara ke?..haha) blog aku sedikit sebanyak mengetahui di mana aku mencari rezeki ketika ini.

Aku mencari rezeki sebagai seorang pomen yang diamanahkan untuk mengepalai (dah macam Kapitan Yap Ah Loi plak..hahaha) pasukan Hidraulik dan Pelinciran (direct translation from English ok..hahaha). Aku bekerja dalam industri pembuatan, kategori industri berat (heavy industri). Tempat kerja aku menghasilkan besi plet (steel plate).

Baiklah, dalam industri penghasilan besi, terdapat 2 proses utama iaitu penghasilan Hot Rolled dan juga Cold Rolled. Kalau sesiapa yang perasan, pekerja tempat aku terbahagi kepada 2 uniform. Walaupon di belakang tertera nama company yang sama iaitu Syarikat Milik Tauke Cina, tetapi sebenarnya ada dua jenis warna iaitu warna biru Barisan Nasional dan juga satu lagi Biru Parti Keadilan Rakyat..lololol...

Geng baju biru Barisan Nasional adalah geng2 dari plant Hot Rolled manakala geng2 baju biru Parti Keadilan Rakyat pula dari plant Cold Rolled. Oh ya, setakat ini saya masih ditempatkan di plant Parti Keadilan Rakyat..lol..

Apakah yang membezakan Geng Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat...Well, geng barisan nasional bertanggungjawab untuk menghasilkan produk besi daripada proses yang paling asas sekali iaitu proses meleburkan besi untuk menghasilkan besi dalam bentuk cecair untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki. Kerja melebur besi ini amat bahaya yaww..jangan memain tau...setakat ni aku pernah dengar di plant Barisan Nasional sana tu satu kes pemandu lori yang meninggal waktu bekerja kerana tertimpa besi panas cair...aku x tipu..ini memang terjadi..cuba bayangkan besi cair panas merah menyala macam lava gunung berapi tu kena atas badan uols...huishhh...

Proses pertama adalah proses melebur bahan mentah. Di tempat kerjaku ini (well boleh consider plant jiran sebab plant ni terletak sebelah plant aku) mereka menggunakan Electric Arc Furnace, atau nama timang-timangan oleh pekerja2 dalam ini sebagai "Dapur"...Video di bawah adalah contoh penggunaan EAF dan juga apa yang sebenarnya terjadi semasa proses peleburan. Ambil nota ini bukan video dari tempat aku keje...



Amacam, stylista x?..lol...

Ada beberapa proses lagi tapi aku terus lompat ke proses Cold Rolled sebab aku x berapa mahir proses Hot Rolled..lol...

Proses Cold Rolling melibatkan besi daripada Hot Rolled. Antara proses yang dilakukan dalam Cold Rolling ialah merendam besi dalam asid, meleperkan besi melalui proses himpitan (tandem), merendam besi dalam Alkali, melalukan besi dalam proses Annealing (memanaskan besi dan menyejukkan besi untuk mengubahsuai ciri-ciri fizikal) serta proses Tempering...walaupun aku bertugas di bawah jabatan mekanikal, namun aku wajib mengetahui proses juga...lol..ini nasihat senior aku seawal minit pertama aku jadi pomen kat sini...Main reason?..supaya aku senang nak melakukan proses penyenggaraan nantinya pun...

Perbezaan utama dalam proses Cold Rolling ialah, proses cold rolling mementingkan kebersihan permukaan besi berbanding besi hot rolled...Dalam video di bawah ni adalah antara video proses p[enghasilan besi..kalau korang perasan ada besi yang kilat2 tu, haa..yang tu dah jadi cold rollled coil lah tu..hahaha
















Ok..saya dah malas nak menaip..saya memang begini..warm2 chicken dung omputih kata..hahaha..kalau anda ada persoalan tentang topik ini, sila tinggalkan nama, no telefon, no. pin card ATM, no. IC dan juga salinan payslip..insya allah ustaz akan layan sebentar lagi...

chow...






























P/S: kepada yang tau nama tempat keje aku, mintak jasa baik jangan dedahkan dalam ni, sebab I x nak publisiti yaww..I kan pemalu orangnya..ahaks...




























Ini adalah contoh Cold rolled coil. Satu gulung ni beratnya dalam 20 tonne. Ni kejadian tahun lepas coil  yang sedang diangkat oleh pemandu kren terjatuh dari jarak setinggi 6 meter. Mujur tiada orang lalu bawah kren tersebut waktu ini terjadi..huhuhhu

Tolonnggg..Api...

"Tolong..tolong..Api..api..."

"Siapa ada pemadam kebakaran?..cepat2.."

"Api dah marak tu...Cepatt..!!"


Api..api....




























































Hahaha..best tol lagu terbaru beliau ni..tu je sebenarnya aku nak post kali ini..

Daaa....