Tuesday, December 28, 2010

Gua Rockers Bai..Gua Ganas!!!

okeh..

terasa nak mem'parody' plak malam ni..

kata-kata di atas biasa didengar daripada geng2 rock kapak, pemuja muzik rock...

"Hidup Biar Rock!" (suara serak2 basah sambil gaya ganas2)

"Gua Rockers Bai...Gua Ganas...Gua bukan mat bunga beb...Gua xde hati dalam taman" (biasa dituturkan sambil bermuka bengis, ala2 Hulk Hogan nak belasah Mick Foley dalam acara Cage)





Tapi...benarkah???






Jom kita layan beberapa lagu rock Malaysia yg popular di zaman kegimalangan mereka...



















dan banyak lagi tapi aku malas nak boh byk2..korang cariklah sendiri..

Monday, December 27, 2010

Harimau Malaya Tidak Lagi Semput!

  1. Hari ini berlangsung satu lagi perlawanan bersejarah dalam catatan doktrin perjuangan Harimau Malaya. Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala AFF Suzuki telah pun berlangsung dengan jayanya antara Pasukan Malaysia menentang jiran setempat Indonesia. Hakikatnya seandainya Belanda Laknatullah dan Inggeris Laknatullah tidak membahagi-bahagikan tanah jajahan melalui Perjanjian Apekenama Aku Dah Lupa Dah, kita dan Indonesia sebenarnya adalah satu entiti. Inilah natijahnya seandainya kita berketuakan orang-orang yang lebih kecut telurnya daripada kecutnya kismis-kismis kering. Baiklah, kita tinggalkan dahulu sejarah yang telah tidak dapat diubah itu.
  2. Peminat-peminat Malaysia sebenarnya sudah lama dahagakan skuad yang mampu membuatkan adrenalin kita teruja bila mereka beraksi di padang, yang mampu membuatkan lobang hidong kembang semangkuk kerana dipuji pihak luar kerna aksi yang menghiburkan di atas rumput dan juga keboleharapan para pemuja sokan no 1 tanah air untuk berjalan sambil mengepak dan membuka dada seluas-luasnya semasa berjalan melintasi kawasan-kawasan utama pelancong luar sambil memakai jersi Pasukan Negara. Ya, telah lama kita dirundung kegelapan. Entah di mana silapnya. Apakah mungkin silap di pihak pengurusan yang terus diterajui oleh Sultan Bola sambil di bantu oleh para politikus yang lebih handal membodek daripada menggelecek. Atau apakah mungkin kerna sifat para pemain itu sendiri, yang sungguh materialistik walaupon mereka tahu setiap kali beraksi mewakili negara mereka adalah harapan penduduk Malaysia. Bukan sekali dua kita disajikan dengan khabar-khabar pemain negara yang menagih elaun yang kadangkala tidak masuk akal. No money no talk!
  3. Jika ditelusuri sejarah bola sepak Malaysia, kita sebenarnya adalah satu pasukan gergasi di rantau Asia suatu masa dahulu. Ya, peringkat Asia bukan Asean okeh. Di kala zaman kegemilangan dahulu, Jepun tu pemain Malaysia selamba je perkotak-katikkan, umpama menggulung ikan salmon dalam sushi dan menanti masa untuk di masukkan ke dalam tembolok. Korea Selatan? Dengan selamba je pasukan Malaysia mengsayur-sayurkan mereka umpama menghanjing ucapan "An nyoung ha seh yo" dengan ucapan "Dah makan sayor?". Tetapi dalam tempoh 3 dekad, Malaysia terus merudum jatuh dan hilang daripada peta landskap gergasi bola sepak Asia. Ya, Harimau Malaya telah sempot pabila turun ke gelanggang.
  4. Kita punya lagenda bola sepak yang begitu digeruni suatu masa dahulu. Siapa yang tak kenal dengan Santokh Singh, Ghani "Raja Bola Sepak" Minhat, Mokhtar "Super Mokh" Dahari, Arumugam "Tangan Panjang" (sekadar menyebut nama2 lagenda yang hebat). Oh, tapi tidak termasuk Serbegath "Shebby" Singh, kerna aku seperti tidak merasa beliau layak duduk sebaris dengan para lagenda tersebut melainkan kehebatan beliau menjadi pengulas di ESPN Malaysia. Pasukan Malaysia yang terhebat seakan pupus setelah berakhirnya generasi Super Mokh dalam kesebelasan Malaysia. Selepas itu muncul pula generasi Harimau Malaya seperti Mazlan Wahid, Azman "Clubbing Boy" Adnan, Affendi "Speedy Gonzalez" Julaihi, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan beberapa orang lagi yang aku x dapat nak ingat nama-nama mereka. Ketika generasi mereka inilah, Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Sultan Bola Sepak Malaysia pernah menggantung aksi pasukan kebangsaan selama beberapa bulan ( xingat tahun bila) dek kerana aksi mereka yang begitu mengecewakan di atas padang. Itulah saat puncak zaman kegelapan Bola Sepak Harimau Malaya.
  5. Para peminat bola sepak Malaysia seakan sudah putus asa dengan Harimau Malaya. Apa gunanya menyokong pasukan yang hanya menjadi lubuk bila beraksi di atas padang. Apa maknanya bersorak memberi sokongan sehingga anak tekak keperitan pabila lebih banyak kalahnya daripada menangnya. Kamonlah brader, sape yang sukakan kekalahan! Kalau sekali dua kalah itu tak mengapa. Tapi kalau dah setakat sekali dua seri, apa kejadahnya tu?! Nak dapatkan kemenangan bagaikan suatu perkara yang mustahil. Pabila kalah, mulalah menyalahkan penyokong kerna tak bersifat patriotik kerna begitu lancar mencemuh, mengeji dan juga mempersendakan pasukan kebangsaan. Cis pigidah! Lu tak pandai main nak salahkan takde motivasi luaran pulak. Alangkan Pasukan England pon kena hantam kalau prestasi merudum, inikan pulak prestasi yang x naik2 macam tuuutttt...
  6. Tetapi semua itu seakan berubah. Zaman kegelapan bola sepak Malaya seperti seakan berlalu. Zaman Renaissance seakan telah muncul. Untuk menyamakan K.Rajagobal dengan Leornado Da Vinci mungkin agak keterlaluan tetapi hasil didikan beliau seakan mula membuahkan hasil. Seawal 2009, prestasi Harimau Malaya dilihat telah meningkat sedikit demi sedikit. Bermula dengan kejayaan tewas 2-3 kepada pasukan Sang Setan Merah. Diikuti dengan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA selang beberapa bulan berikutnya. Kemudian disusuli pula dengan layak ke pusingan kedua di Sokan Asia Guangzhou dan kini yang terbaru kejayaan menerajang sebelah sayap Sang Garuda di pusingan pertama Perlawanan Akhir Piala Suzuki di Bukit Jalil. 
  7. Walaupon pada awalnya Sang Garuda berjaya mematuk2 Harimau Malaya di pusingan awal sehingga menyebabkan Sang Harimau berubah menjadi Sang Anjing Bawahan (underdog) kerna tewas 1-5 di Laman Keramat Persatuan Sepak Bola Indonesia, namun kini kelihatan Sang Harimau telah bangkit daripada kesemputan. Ada beberapa komen daripada para penganalisis yang tak bertauliah tetapi telah lama mengikuti perkembangan permainan Harimau Malaya semenjak dua menjak ini yang mengatakan punca utama kekalahan kepada Sang Garuda dalam perlawan pembukaan adalah kerana Sang Harimau seakan mahu bereksprementasi gaya permainan baharu. Tetapi malangnya harganya terlalu tinggi dan menyebabkan kekalahan besar dan seterusnya menimbulkan kemaluan yang besar juga. Tetapi biasalah, dalam R & D tak semestinya kita akan sentiasa berjaya.
  8. Aku berkesempatan menonton perlawanan tadi secara langsung di Kedai Mamak Mohideen depan Petronas. Dan bila aku sampai sahaja Malaysia berjaya mendapat gol yang pertama. Dan kemudian terus menambah 2 lagi bijik gol dan terus memadamkan egois2 Wak2 Kertu dan Embak2 Ayu yang begitu yakin Malaysia akan dibelasah lagi. Terus terang aku katakan, aku memang teruja dengan kejayaan Sang Harimau Malaya merodok gawang Sang Garuda sebanyak 3 kali. 3 kali tu beb. Dan aku lagi teruja melihat suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipenuhi lautan penyokong tempatan. Aku juga begitu bangga melihat begitu banyak kibaran Jalur Gemilang di kawasan penyokong. Ya! Inilah yang telah kita lama nantikan. Semangat bola sepak telah seakan kembali meresap ke segenap pelusuk rongga warga Malaya. Bola Sepak kita, Wajah Kita!
  9. Aku mengharapkan agar Sang Harimau Malaya akan dapat meneruskan rentak dan ritma sang juara pabila bertandang ke sangkar Sang Garuda Rabu nanti. Kembalikan maruah bola sepak Malaysia! Apalah sangat nak dibandingkan Gonzalez "Uruguayan" pasukan Nasional Indonesia jika kita ada Safee "Slayer" Sali dan Nor Shahrul Idlan Talha yang bisa mengucar-kacirkan pertahanan Indonesia. Waduh pak. Mereka ini macam ribut, bikin ribut sama kami sampai gawat jadinya......Ya Ampunnnnnn!!!!!!!
  10. Dan jikalau anda mahu menunjukkan semangat dan sokongan kepada Sang Harimau Malaya, jom sertai pertandingan ini di sini. Untung2 anda berpeluang menjadi pemenang dan mendapat sehelai Jersi Malaysia Percuma. Jersi Golok? Apa kelas! Jersi dari Butik lah der.....


P/s: Aku tau Zaquan x main, tapi saja je aku letak gambor dia...nampak mcm bergaya, bermutu dan berkeunggulan je poster ni..hahahahah

Thursday, December 16, 2010

For The Rest Of My Life by Maher Zain (with lyrics)



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart


P/s: Lantak korang nak pikir ape. Sukati akulah nak post bende ni..hahaha

Wednesday, December 15, 2010

Bola Sepak dan Menghanjing

  1. Izinkan aku untuk menge'post' ala2 Che' Det lagi untuk posting kali ini. Tajuk kali agak klise dan mungkin kasar bagi sesetengah orang. Tapi apa ada hal, filem kita wajah kita. Eh..apada aku melalut..hahaha..
  2. Baiklah. Kita kembali ke studio bersama Hasbullah Awang. Bola sepak dan lelaki memang x dapat dipisahkan. Ibarat perempuan dan beg tangan Luis Vutton Chow Kitnya, ibarat perempuan dan mekap berjam2 lamanya, ibarat perempuan dengan aktiviti bergosipnya, begitulah juga lelaki dengan bola sepak. Amat sukar untuk dipisahkan. Bak kata Ramlee bin Puteh, Bagai Irama dan lagu,Andai dipisah Lagu dan irama ,Lemah tiada berjiwa.Hampa.
  3. Aku amat yakin, golongan lelaki majoritinya meminati sukan bola sepak ini. Seperti juga aku, seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan, turut meminati perlawanan bola sepak. Aku akui, terdapat segelintir lelaki yang tidak meminati sukan bola sepak ini. Namun boleh dikatakan kes2 seperti ini amat terpencil, sama terpencilnya seperti kes Perwakilan UMNO yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin peringkat bahagian tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, komisen mahupun lobang2 projek untuk menambahkan kekayaan dan menanam niat untuk berkhidmat kerana Allah dan masyarakat Melayu.
  4. Baiklah, kita tinggalkan dahulu lelucon parti kucup2 keris itu. Aku telah meminati sokan bola sepak ini semenjak masih belum akil baligh lagi. Seingat aku seawal umur 8 tahun. Ketika itu, pasukan utama dan kegilaan aku sudah pasti Selangor FC. Siapa yang x kenal dan ingat nama2 gah seperti Azman Adnan, Josip Biskic, Assrof Hanafiah, Yap Kam Choon, Azlisham Ibrahim, Ismail Ibrahim, Mehmet Durakovic dan ramai lagi star2 dan bintang2 negeri Selangor . Tidak dilupakan legenderis Ken Warden dan juga Dato' Aini Taib. Aku memang respek dengan cara pengurusan Dato' Aini Taib. Masa bawah pengurusan beliau, Pasukan Selangor memang orang kata berada dalam zaman keemasan. Sama seperti zaman keemasan bola sepak Portugal era2 Figo, Gomez dan beberapa orang lagi keturunan askar Feringghi. Sehingga kini aku masih meminati pasukan Selangor FC lagi. Cuma aku pernah tawar hati dengan pasukan Selangor FC selepas dia bertukar pengurusan dulu. Masa tu aku rasa pasukan Perak Lintau FC pon lebih klaseman. Hahaha...
  5. Bola sepak dan menghanjing. Sewaktu era zaman belum mumaiyiz aku, aku tidaklah terlibat secara langsung dalam arena hanjing-menghanjing ni. Antara sebab2nya ketika itu mungkin, pertama fikiran aku masih lagi suci,mulus dan tidak ternoda dengan anasir2 dendam kesumat lagi...hahaha. Mungkin bagi aku masa tu bola sepak hanyalah sebahagian daripada hiburan, dan masih lagi belom meresap menjadi satu fahaman, ideologi mahupun pegangan hidup (gila babi ayat aku x bley blah btol..haha).
  6. Menginjak ke zaman awal remaja, aku mula kenal apa itu Bola Sepak Yang Overrated, Liga Perdana Inggeris (sebab apa aku kata overrated, sebab liga negara yang paling top di dunia ni x pernah membantu pembangunan bola sepak England diperingkat antarabangsa. Bukan nak cakap apa, tengok jelah prestasi pasukan England di peringkat Piala Dunia mahupun Piala Eropah. Paras2 prestasi Perak Lintau FC dalam Liga Estet jugak kut..hahaha...aku yakin akan banyak orang Malaysia yang marah dengan kenyataan aku ni sebab hampir lebih separuh peminat bola sepak di Malaysia ni menyokong pasukan England. Baguslah tu. Sokonglah sangat. Penat Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut bukak kuntau, silat bermatian-matian lawan penjajah Inggeris, anak cucu depa bermatian-matian mempertahankan orang Inggeris..hahaha..aku xpe..aku sokong Italy. Italy x jajah Tanah Melayu..kira oklah tu...hahahaha.Fine, this is parody). Aku mula kenal apa itu Manchester United. Ya. Manchester United FC. Glory-glory Man Utd......Kelab yang menjadikan setan merah sebagai sebahagian daripada maskot pasukan tersebut. Aku mula jatuh hati dengan pasukan Manchester ni mungkin kerana ketangkasan Peter Schemeicel menjaga gawang daripada dibolosi Robbie Fowler. Mungkin juga dengan ketepatan 'Daud' Beckham menjaringkan gol dari jarak lebih separuh padang, dan mungkin juga aku terpesona dengan kehebatan, ketajaman, kegangsteran (sape bley lupa die terajang ala2 kung fu fan Crystal Palace dulu tu!) King Eric a.k.a Eric Cantona. Aku meminati Manchester United FC sejak daripada awal remaja sehingga sekarang. Jangan tanya kenapa aku sokong Manchester United tapi x sokong Liverpool ke, Arsenal ke, Chelsea ke. Mungkin masa proses transisi ke remaja aku dulu dorang punya die hard fan x datang menemui aku lebih awal untuk membawa ke jalan perjuangan mereka. Mungkin. Semasa tempoh awal remaja aku juga aku masih belom menjadikan acara hanjing-menghanjing ini sebagai pakej dalam menonton dan menyokong pasukan bola sepak.
  7. Semasa zaman awal kolej pon aku rasa x banyak berobah dengan zaman sekolah menengah aku. Maklumlah, mungkin masa tu aku masih lagi tertakluk dengan undang-undang juvana dan masih belom mengambil kisah dengan acara hanjing-menghanjing ni. Aku mula terlibat secara agresif dalam acara hanjing-menghanjing setelah aku tahu bahawa Melaka Sentral tu baru dibukak rupanya. Ya. Setelah menginjak ke umur sweet twenties gitu..hahaha..Ketika ini semakin terserlah semangat keasobiyahannya. Kau geng setan, aku geng Gunners, dia geng Carlsberg(dulu lah, sekarang depa dah tuka pakai banker) dan sebagainya. Tapi jangan risau, seandainya anda adalah penyokong2 kelab bukan mainstream seperti Northwich City FC, anda x akan dihanjing2kan sebab tahap rivalry anda sangatlah rendah.
  8. Ketika era ini, boleh dikatakan bahang hanjing-menghanjing memang hangat. Terutama bermula August sampai May. Sesi menghanjing akan mengambil masa dan tempat, sebelum, semasa dan selepas perlawanan. Antara ayat klise2 menghanjing ialah" Weh jomlah tengok bola. Apa takut kalah ke team ko?","Ek eleh, 1-0 je dengan kelab Northwich FC?","Ko tengok striker team ko tu, bola depan gol pon x dapat score. Baik bagi Alex Ferguson main jelah","Bajet turun Ronaldo bley menang besar ah?","Ko igt team aku xde keeper ke?" dan sebagainya....hahahahaha. Kadang2 bleh panas gak telinga beb...hahaha. Sesi menghanjing ini biasanya terlibat dikalangan rakan2 setempat dan juga kenalan2 lama sahaja.
  9. Tetapi kadang2 acara menghanjing ni bley menjadi acara menghanjing secara berjemaah. Bagaimanakah itu? Aku pernah terlibat jugak secara langsung dengan acara menghanjing secara berjemaah ini. Salah satunya di kedai mamak (biasa ah tgk bola kedai mamak, ada skrin besar beb sambil layan megi goreng memang layannnnn...). macam biasa ah mamak ni memang port geng setan merah. Aku x igt match MU lawan mana ntah masa tu. Masa match tu MU dah bolos 1 bijik dan masa dah nak abis. Adalah satu table ni bukan penyokong MU dan telah mula membuat suara2 menghanjing secara volume nyaring, senyaring tiupan vuvuzela. Time tu fan2 MU memang dah xdpt nak kata apa. Nak dijadikan cerita, MU dapat gol penyamaan. Pe lagi fan MU pon bersorak. Tapi geng2 vuvuzela ni masih x nak kalah dan masih lagi bervuvuzela. Elok je masa kecederaan, MU score lagi sebijik...wahahaha..bertempik weh dalam kedai mamak tu. Time bukan takat vuvuzela je, kompang, rebana bahkan segala macam bunyi dikeluarkan untuk membalas hanjingan geng2 vuvuzela tu...hahahaha..masak geng2 vuvuzela tu..kena menghanjing secara berjemaah dan tanpa toma'ninah.
  10. Tapi mengikut pengalaman aku, kawan2 aku yang menjadi ahli2 menghanjing ni semuanya profesional. Menghanjing, menghanjing gak. tapi xdelah smp putus saudara, gaduh lebam2, tarik mulut muncung panjang ngalahkan jambatan pulau pinang lama2. Paling2 kuat telinga berasap pon 3 jam. Pastu abih dah lah. Bagi aku hanjing-menghanjing dalam bola sepak ini dah jadi macam asam garam, rencah untuk menambahkan lagi keindahan bola sepak itu sendiri. Bayangkan, anda pergi tgk bola ramai2, lepas abis match masing senyap dan buat2 macam xde benda terjadi. Gile apa. Ingat ni baru abis kuliah kelas Dinamik ke semua otak serabut je nak mandom2 keluar kelas. Bak kata Nora Danish dalam sitkom Puteri.."Yang penting kita Enjoy!!"
  11. Ah satu lagi. Kepada para isteri yang suaminya muram sepanjang malam selepas pulang dari kedai mamak tengok bola, xpe. Itu fenomena biasa. Mungkin beliau baru sahaja di'hanjing' oleh teman2 sebab Martin Skrtel score gol sendiri dan menyebabkan pasukannya kalah. Xpe. Seandainya anda seorang isteri yang solehah dan caring, anda mungkin boleh mencuba untuk menenangkan hati suami anda dengan mengungkapkan ayat2 seperti " Xpelah bang. Sekurang2nya Skrtel dah score gol utk Liverpool satu tadi bang" ataupun "Xpe bang. Berusaha lagi bang. Tabahkan hati bang. Diorang tu memang macamtu bang. xpe bang. Ayang ade. Ayang akan tetap menyokong abang. Biarlah pasukan kesayangan yang ayang sokong tu duduk kat no 2 dalam hati ayang ni. Bagi ayang, abang tetap no 1, Barcelona no.2.". Tapi kalau anda nak biarkan beliau menyendiri dulu pon xpe. Percayalah, beliau dah biasa sebenarnya!

Sunday, December 12, 2010

Apa Nikmatnya Hari Minggu Bagi Aku....

  1. Untuk post kali ni aku nak buat posting style ala-ala Tun M. Pakai nombor2 gitu...aww...ahaks....
  2. Apa nikmatnya hari minggu bagi aku? Semenjak dah bergelar pekerja ni, nikmat hari tanpa kerja itu begitu dirasai. Memang berbeza keadaan berhari minggu antara sewaktu bergelar pelajar, 'penanam anggur' dan juga kutu industri ini.
  3. Dulu masa aku belajar di salah sebuah sekolah agama yang terkenal di seantero Pekan Kelahiran Leftenan Adnan aku begitu menyukai hari Jumaat dan Jumaat malam Sabtu. Kenapa? Kerana selesai sahaja solat Jumaat, petang tu dah bebas..ya..bebas..Bebas daripada kena pergi kelas Prep...hahahaha..Lepas tu jumaat malam sabtu tu memang best. Bley tgk TV dekat bilik TV. Bley makan nasi lemak bila2 masa. Boley main kejar2, bola sepak, sepak terajang raga, main ping pong x kisah dalam dorm ataupon di dewan makan. Dan yang paling aku suka sebenarnya sebab xde kelas Prep dan esoknya Sabtu adalah cuti...yihaaa..hahaha. Kadang2 kalau rasa bosan, bolehlah menjelma menjadi batman n robin, menerobos pintu pagar sekolah di ceruk hujung padang dan 'fly'ing without wings...gi CC main counter strike ke..gi Restoran makan nasi Orang Kaya ke..atau yang lebih extreme boleh pegi Power Glide mengasah ketajaman dan ketepatan tujahan..hahaha
  4. Bila dah berjanggut skit aku kene merantau ke negeri orang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Semasa ni aku dah boleh digelar pelajar kolej. Tapi xdelah gaya hidup aku macam yang dibawakan oleh Norman Hakim dalam drama melayu tahun 90-an tentang budak2 Melayu yang belajar di kolej swasta. Maklumlah, aku cuma belajar di kolej tajaan kerajaan je. Sewaktu belajar di kolej ni aku suka gak dengan malam minggu. Biasanya aktiviti malam minggu ini akan dipenuhi dengan acara-acara di luar jangkauan akal seperti bermain Liga Karom sampai jari lebam sambil menjerit2 menghanjing pihak lawan, ataupun acara merayau2 antara blok melawat bilik2 rakan2 seperjuangan, ataupon acara menghabiskan duit biasiswa tajaan kerajaan Barisan Nasional dengan melepak di cyber cafe sambil bermain game counter strike, star craft ataupon yang sewaktu dengannya, ataupon juga acara lepak kat surau dengan budak school mate sorang aku ni sambil bercerita, mengutuk bekas2 rakan2 sekolah menengah (hahahaha) bertemankan gigitan nyamuk, pancaran sinaran sang rembulan dan alunan irama sang cengkerik. biasanya aktiviti yang terakhir tu hanya bertahan sampai pukul 12 lebih je sebab masa tu ada sorang pak guard india yang begitu dedikasi akan meronda kawasan dan menghalau budak2 yang x paham bahasa pulang ke asrama seperti gembala kambing menghalau kambing2nya pulang ke kandang..hahahaha
  5. kemudian bila dah jadi mahasiswa, malam minggu pon kadang2 x bosan. kadang2 main kad sampai subuh, xpon lepak tgk dvd dan cd cetak rompak yang dibeli di Plaza Hang Tuah sampai lebam, kadang2 pegi mandi Air Panas di Gadek. Ataupon merayau2 di sekitar Mahkota Parade sambil melihat gelagat amoi2, pelancong2 mat saleh dan juga anak melayu yang mengalahkan mat saleh lagaknya...rambut lebih karat daripada rambut mat saleh..hahaha...ataupon kalau  malas nak keluar lepak kat umah sewa sambil melayan cerita2 bersiri Korea, Jepun mahupun Hollywood....Nikmat betul malam minggu masa tu...
  6. bila bergelar penganggur, hari2 aku rasa masa berlalu dengan begitu perlahan...sebab hari2 aku x kisah dan aku rasa macam bercuti..malam minggu atau hari minggu masa ni paling nikmat bila ada teman2 yang x abis belajar lagi, ataupon teman2 yang dah berkerjaya pulang ke kampong halaman sambil lepak di kedai mamak, melayu ataupon kopitiam..ber hu-ha hu-ha, menonton bola sepak sehingga menitisnya embun jantan ke bumi..hahaha..itulah nikmatnya hari minggu masa menjadi penganggur..
  7. dan kini setelah bergelar kutu industri. hari minggu aku akan terasa sangat nikmat bila x payah keje ari sabtu dan ahad. biasanya hari2 ini aku akan penuhi dengan aktiviti seperti membasuh baju, menonton filem hindustan ataupon saja2 merehatkan diri di atas tilam yang empuk setelah seminggu bertungkus-lumus menyiapkan amanah yang telah diletakkan di atas pundak, batu jemala patik ni...hahaha..kalau bosan ajak kawan2 lepak minum2 sampai kembong x kira petang atau malam...hahaha..Nikmat berhari mingguu....
  8. Nikmat berhari minggu untuk orang bergelar laki orang? Jangan tanya aku. Sebab aku x tau dan aku masih lagi bujang trang tang tang...hahahaha

Tuesday, December 7, 2010

Ada Apa Dengan Rabu



Esok hari Rabu.
Hari Rabu biasanya akan ada meeting M&E (Mechanical & Electrical).
Meeting ini biasanya bermula jam 0930 GMT+8  dan berakhir dalam jam 1000 GMT+8 jugak.
Tujuan asal meeting ini dijalankan adalah untuk menambahbaik keberkesanan fungsi tugas kedua2 jabatan ini.
Segala masalah boleh disuarakan dalam meeting ini.
Kadang2 gaduh2 manja, tinggi2 suara serak2 basah tu menjadi adat dalam meeting.

Selalu hari Rabu memang aku terkejar2 waktu pagi.
Nak kena turun plant, bagi morning briefing dulu.
Pastu kena naik atas ber meeting.
Tapi apa ada hal.
Kerja jadi kuli memang macam ni.
Akulah Kutu Industri..............

5 Fakta Tentang Aku

Post kali ini aku nak berkongsi fakta tentang diri aku. Oleh sebab ada beberapa juta fakta, maka aku nak kongsi 5 fakta dulu.


  1. Aku memang seorang yang anti dengan minyak Petronas. Bukan x patriotik, tapi aku hendak menjadi seorang pengguna yang bijak dalam hal kepenggunaan. Persetankan dengan semangat partriotik. Ada apa dengan patriotik seandainya kualiti yang disediakan untuk para rakyat adalah tidak berbaloi. Aku hanya akan mengisi minyak Petronas dalam keadaan yang sangat terdesak. Itupun aku hanya akan isi cukup-cukup untuk aku sampai ke stesen minyak kegemaran aku yang seterusnya iaitu Shell.(Ini hanya berkuatkuasa apabila aku familiar dengan tempat tersebut. Biasanya kalau aku x familiar dengan tempat tertentu, aku akan pastikan kereta aku diisi secukupnya oleh minyak Shell.) Aku bercakap atas fakta dan pengalaman. Dah  2 tahun aku pakai minyak petronas tapi ternyata prestasinya sangat mengecewakan. Ok. Segala prebandingan aku buat dengan menetapkan parameter yang serupa. Dalam kes ini, parameter yang aku gunapakai dan dah ditentusahkan oleh Ketuanan Wong Lanang adalah jarak dari point A ke B dan juga cara pemanduan. Pengalaman yang membuatkan aku serik gila oink-oink adalah semasa menjadi seorang 'tukang Fotostat' di UKM pada tahun lepas. Ada sekali aku saja isi guna minyak Petronas dan hasilnya amat mengecewakan. Sekiranya dengan kuantiti yang sama, jarak yang sama dan kelajuan yang lebih kurang aku akan dapat lebih seandainya aku gunakan minyak Shell. Entahlah, ada orang cakap minyak Primax Petronas dikurangkan sedatif dan membuatkan minyak itu lebih mudah termeruap dan menyebabkan pembakaran x lengkap serta mengurangkan kecekapan minyak itu sendiri. Aku pon x tau btol ke x, maklumlah keje pon jadi pomen jalanan je, belaja x tinggi. Mungkin ada jurutera Kimia yang boleh terangkan fenomena ini. Sehingga posting ini di tulis, aku tetap memilih minyak Shell. Shell, lebih kilometer!
  2. Aku x suka nak menggunakan visor a.k.a pelindung muka kalau naik motorsikal, melainkan keadaan sangat mendesak seperti kat depan aku ada lori bawak pasir dan pasir dia plak jatuh2 dan halus2 (pedih wei kalau naik motor pastu mata masuk pasir, walaupun kelajuan ko masa tu hanya 40 km/j). Ataupun semasa hujan gerimis yang agak lebat tapi masih belum kategori lebat lagi. Bayangkan ko bawak motor pastu x pakai visor pastu bawak plak agak laju (ala 50km/j je pon) dan gerimis2 tu menampar2 pipi ko. Pedih + Sakit woo...Aku mula menyedari keinginan aku untuk tidak mengenakan visor ketika menunggang motor sejak tahun 2006 kut. Perasaan yang aku alami kalau aku pakai visor adalah, aku terasa bagaikan terkurung, kekurangan oksigen dan tamparan angin yang menyamankan. Sebab tu aku x suka pakai visor. Aku mahu bebas!
  3. Aku suka bawak full throttle kalau bergerak menuju ke opis pagi2. Setakat jalan olak lempit tu, jangan harap aku nak bawak moto bawah 60km/j waktu pagi. Paling syiok kalau dah lepas jambatan flyover area Petronas Olak Lempit. Memang full throttle punya. Kadang aku terasa macam bawak Ducati saat memotong kereta2 mewah yang kadang slow dan nyusahkan orang. Tetapi keadaan ini tidak akan terjadi seandainya keadaan tengah hujan ataupun lepas hujan lebat dan jalan raya basah. Sayangi nyawa dan ingatlah orang yang tersayang.
  4. Kalau time balik keje plak aku paling suka bawak slow-slow. Slow-slow pon dalam 40km/j ke atas gaklah. Dah kalau slow sangat kena hon siput ngn mamat belakang plak kang..hahaha..Apesal aku suka bawak motor secara slow dan sentimental serta blues kalau waktu balik keje? Aku punya sukalah..hahaha..Actually bukan apa, waktu petang ni biasanya suasana dah redup, pastu jalan plak x pernah nak reti lengang. Lagipun kesian kat moto aku, pagi2 dah jadi Ducati petang2 ni kasilah can jadi cam Harley, easy riding beb..hahaha
  5. Aku memang anti dengan lori babi kat tengah jalan kalau aku naik motor. Nak tau ada lori babi kat depan kita ke x senang je. Dalam jarak 2KM dah bley bau dah die punya bau babi. Kalau ari hujan lagi dasat, 5KM pon dah boleh bau dah! Yang aku menyampah bukan apa, babi ni Najis Mughalazhoh a.k.a Najis Berat. Leceh nak sucikan diri. Lagipon pakaian tu aku nak wat semayang nanti. Yang aku tensen tu asal pagi nak gi keje je mesti lori babi ni jalan. Asal lori babi ni jalan je, mesti aku nak pegi keje waktu pagi. X bley ke dorang jalan waktu malam2 ke, tengah malam ke...adoiyai..Aku kalau ada lori babi memang konpom aku x jarak jauh gila. Lantaklah pagi tu aku dah lambat ke, ape ke, yang penting x nyusahkan aku. Aku hanya akan potong lori babi tu dekat jalan yang 3 Lane je. Tu pon aku akan amik lane paling kanan, kalau lane sebelah sana xde kerete memang aku dah konpom makan lane tu. Nyusahkan tol lori babi ni. Bukan aku anti, tapi mungkin pihak berwajib perlu bertindak lebih tegas. Contohnya mewajibkan penggunaan lori tertutup semasa operasi menghantar babi di atas jalan raya ke, menetapkan waktu tertentu untuk lori ni bergerak atas jalan raya ke dan sebagainya. Kesianlah sikit kat orang Islam yang menunggang motor dan x mampu membeli kereta ni!

Monday, December 6, 2010

Happy New Year!

1432 tahun dahulu, Penutup Segala Kenabian, The Great Muhammad bin Abdullah telah mengetuai penghijrahan kaum Muslimin Mekah menuju ke Kota Yathrib ataupun Kota Madinah Al-Munawarah. Peristiwa ini terjadi kerana ingin meneruskan usaha menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini.

Dalam kedinginan malam yang mencengkam sehingga ke tulang hitam (sape2 yang pernah belajar Geografi mesti tahu perubahan cuaca di padang pasir memang extreme), para Muslimin berangkat meninggalkan kota Mekah untuk menyelamatkan diri daripada seksaan Kaum Kafir Quraisy yang masih belum terbuka hati untuk memeluk Islam dan semakin menjadi2 penyeksaan. Mereka meninggalkan Mekah dengan hanya membawa ketakwaan dan keimanan yang tinggi. Segala harta benda, kemewahan ditinggalkan begitu sahaja di Mekah. 

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, mereka akhirnya tiba di Madinah dan disambut dengan penuh kemesraan oleh saudara seagama mereka yang telahpun berbai'ah kepada Rasulullah S.A.W sebelum itu. Rasulullah kemudian mempersaudarakan golongan pilgrimage daripada Mekah yang dikenali sebagai Muhajirin dengan penduduk Madinah yang dikenali sebagai Ansar.

Kenapa mereka ini disebut sebagai Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar. Haa..yang ni aku tau camne nak terjemahkan sebab masa kelas Bahasa Arab Tinggi untuk sessi terjemahan ni aku x sempat menghilangkan diri sebab Ustaz aku dah ready depan pintu dengan rotan panjang. Gila ko kalau kene rotan tu mau berbirat woo..

Muhajiirin ini adalah bahasa arab. Kata terbitan daripada Hijrah. Muhajirin ini adalah jama' muzakar salim (kalau aku x silap) bagi root word Muhajir yang bermaksud Orang2 yang berhijrah. Manakalah perkataan Ansar disini adalah perkataan Bahasa Arab yang merupakan terbitan daripada perkataan Nasoro yang bermaksud pembantu. Jadi Muhajirin adalah orang yang berhijrah dan  Ansar adalah orang yang membantu. hohoho...

Beberapa Fakta Tentang Peristiwa Hijrah 1431 tahun yang dahulu yang aku tahu:

  1. Semua kaum muhajirin berhijrah secara sembunyi kerana bimbangkan keselamatan diri masing2 daripada ancaman ganas kaum kafir Quraisy kecuali seorang insan yang bernama Umar Ibn Al-Khattab. Di khabarkan Umar dengan selamba berhijrah ke Madinah berdua(dengan untanya) di waktu Siang sambil jalan terang-terangan meninggalkan kota Mekah dan tiada sorang pon yang berani menghalang beliau. Hilang akal apa dorang nak halang Umar Al-Khattab yang terkenal dengan kebengisan, ketegasan, kepahlawanan dan juga kehebatan bermain pedang. Silap haribulan bercerai kepala daripada badan!
  2. Ketika Rasulullah tiba di Madinah semua orang berebut menawarkan tempat tinggal untuk Baginda berteduh. Disebabkan Baginda hendak menjaga hati para Ansar, lalu Baginda pon mengambil keputusan untuk menginap di rumah yang unta Baginda akan berhenti dan duduk. 
  3. Abdul Rahman bin Auf, salah seorang tabi'n memang terkenal dengan kehebatan beliau berniaga secara bersih, cekap, amanah, telus, dan mematuhi syarat syariah (Syariah Compliances). Ketika tiba di Madinah, terdapat seorang Ansar yang dengan bermurah hati ingin membahagi 2 jumlah harta yang dimiliki olehnya tetapi Saidina Abdul Rahman menolak, sebaliknya beliau meminta untuk ditunjukkan di mana pasar (tempat orang berjual beli) dan terus menuju ke sana untuk mencari rezeki.

Sempena kedatangan Tahun Baru Islam yang ke 1432, aku mengucapkan Selamat Tahun  Baru. Semoga kita semua memperoleh perlindungan rahmat-Nya dan kasih-sayang-Nya supaya kita dapat berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik..


Amin...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PTPTN: Permohonan Pertukaran Pinjaman (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%)

Hari ini hari Isnin. Biasanya hari isnin orang kerja, tetapi aku saja ambil cuti. Sebab kesucian dan kenikmatan malam minggu aku telah diragut sebab kena stayback kat kilang, monitor budak2 ni selesaikan masalah breakdown (ini adalah antara cabaran yang perlu anda hadapi apabila telah memilih jalan hitam untuk menjadi seorang pomen. Bersiap siaga untuk memastikan keadaan mesin tip top x kira masa agar bos kita yang mengamalkan model bisnes ala-ala kapitalisma sentiasa dapat membuat untung..hahaha)

Hari ini juga aku hendak menyemak baki hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara. Ya, aku menjadi seorang mahasiswa yang berhutang sejurus menggenggam segulung ijazah kepomenan. Padan muka aku. Dulu masa belajar asik main-main dengan hati dan perasaan gadis-gadis benda-benda x berfaedah, sekarang kan dah jadi orang yang berhutang. Pesanan kepada adik2 yang membaca posting aku ni, PTPTN: Jangan Pilih Jalan Hitam. Belajau rajin2, kalau dapat CGPA mencecah langit, warna2 yang berterbangan (result with flying colors omputih cakap), anda x akan menjadi mahasiswa yang berhutang macam aku ni sebab anda boleh convert status pinjaman kepada biasiswa..hahahahaha

Kali ni, aku tergerak untuk menyertai Skim Baru MLM Gelang Super Ajaib AC Mizal PTPTN yang sedang ditawarkan iaitu Skim Penukaran Pinjaman (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%). Sebenarnya aku dah pernah terbaca hebahan skim ini dalam surat khabar Lidah Rasmi Kerajaan 1Malaysia Utusan Malaysia dalam 2 bulan lepas kut. Tapi aku x berapa amik port sebab dalam hebahan tu untuk batch peminjam tahun 2004 akan mula pada awal Disember 2010. Ya dan kini ia telah pon diaktifkan dan kita kena ambil peluang ini dengan sebaiknya bukan macam Khairil Muhaimin Zambri tahan bola pon x pandai sampai terlepas can nak jaringkan gol dalam match Piala Suzuki antara Malaysia dan Thailand 4 Disember lepas.

Pertama sekali, apakah itu Ujrah 1%? Secara jujurnya aku pon x tau apa makna Ujrah tu, almaklumlah nama je Sekolah Agama tapi aku dulu agak gemar menghilangkan diri semasa sesi kelas Bahasa Arab Tinggi di sekolah, jadi aku pon x tau apa makna Ujrah tu. Tapi yang aku konfom tau 1% kat hujung tu. Ya. Aku pasti dengan skim baru ini aku akan dapat mengurangkan kos membayar bunga ala-ala riba' caj perkhidmatan seperi sekarang ini. Seandainya dalam skim 3% ni aku wajib membayar lebih kurang Rm32.50 bulanan maka aku yakin seandainya aku berjaya dalam skim baru ujrah 1% aku akan membayar lebih kurang. Berapa? Aku malas nak kira sebab aku tengah bercuti semasa tulis post ni, aku bila cuti automatic kepala otak aku akan dalam mode anti-number kecuali yang melibatkan wang2 belanja..hahaha...

Ok. Bagaimana hendak menyertai skim ini? Sonang je tu jang! Pertama sekali korang kena pegi ke laman web rasmi PTPTN di sini. Jangan risau, untuk waktu sekarang ni PTPTN ada buat satu pengumuman khas.


Ok. seperti yang dapat dilihat, terdapat beberapa link untuk membantu para penghutang menyertai skim baru ni. Anda boleh klik2 link2 tersebut. Tapi untuk memudahkan kehidupan anda, aku dengan murah hati telah meng'ekstrak' beberapa maklumat penting kedalam bentuk gambar agar anda senang nak lihat.

Di bawah ini adalah gambar untuk flow chart bagaimana anda hendak menyertai skim ini. Sejujurnya, pihak PTPTN memang telah menjalankan tugas dengan baik kerana aku dapat memahaminya dalam tempoh yang singkat. Syabas PTPTN. Beginilah yang kita mahukan. Sebagai Agensi Kerajaan anda telah menjalankan tugas dengan baik.



Kalau ikut flow, die mintak peminjam untuk pergi ke halaman ini untuk mengemaskinikan maklumat diri peminjam. Apabila anda dah klik Link tersebut, paparan yang lebih kurang macamni akan terpacul depan skrin komputer anda.


Anda hanya perlu mengisi maklumat diri anda. Seterusnya satu laman akan memberitahu yang anda perlu memeriksa maklumat yang telah dihantar menerusi alamat e-mail yang telah anda masukkan sebelum itu.

Apabila anda telah klik link yang dihantar melalui email itu, anda akan dikehendaki untuk mengemaskini maklumat diri anda. Setelah anda yakin dengan semua maklumat yang diminta, dengan tanpa was-was sila klik butang Ya di penjuru kiri bawah sekali. Berikut adalah contoh borang yang perlu anda isi untuk tujuan pengemaskinian.




Anda kini hampir selesai. Kalau mengikut flow chart anda kini sudah memasuki step yang ketiga, step pemprosesan. Untuk step yang seterusnya aku akan update bila dorang dah anto surat tu.




Di sini aku lampirkan sekali Frequently Asked Questian a.k.a FAQ a.k.a Soalan-soalan Lazim




So, aku harap panduan ini dapat membantu korang semua sedikit sebanyak. Lepas dah siap sampai stage ni, rajin2lah cek e-mail. Kalau ikut dalam kenyataan di atas, surat tawaran Ujrah akan dihantar pada setiap 10hb setiap bulan. Sape2 ade info lebih bley gak kalau nak kongsi. Sharing is caring maaa.....

P/s: Insya allah aku akan update next stage kalau aku dah siap nanti...

Orang Lain Ngeblog Engko Pon Nak Ngeblog!

Hahahahahaha....mari gelakkan diriku sendiri...

Orang lain ngeblog ko pon sibok nak ngeblog. Ape kes? Nak jadi lalang?

O yeah..suka ati akulah nak jadi lalang. Sekurang-kurangnya lalang dapat juga menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis di kala matahari mekar mengembang....

Sebenarnya dunia blog dan aku bukanlah sesuatu yang baharu. Aku sendiri telah menerjunkan diri dalam arena berblogging semenjak penghujung tahun 2007. Ya tahun 2007. Tika itu aku menggunakan platform wordpress dan masih wujud ketika ini. Dan aku telah menye'set'kan blog tersebut kepada super private kerna terdapat beberapa posting luahan hati tahap2 taman astakona yang bisa meruntun jiwa insan2 yang akan membacanya. Aku pon risau kalau David Teo dan Ahmad Idham dapat membaca posting2 masa lampau dan sisi feminin di sebalik kemaskulinan aku tu dorang berebut nak jadikan skrip cerita cintan cintun. Bukan apa, aku x nak diriku di eksploitasi oleh orang dalam showbiz ni. hahaha

Jangan risau, blog idea kreatif aku Dunia FM masih lagi releven tapi cuma agak slow motion macam enjin Campro generasi pertama semasa mendaki bukit di tahap kecerunan melebihi 10%. Bukan apa, aku tengah xde idea beb. Ingat senang ke nak hasilkan idea2 kreatif berkonsepkan interaktif tu? X pe2..jangan risau..aku sekarang ni tengah usha projek yang kalau berjaya boleh menjadikan aku kaya raya...MLM ke? Kejadah apa aku nak join MLM? Tengok post pertama aku pon aku dah ban geng2 perjuangan MLM...MLM ni skim menipu orang je..x caya ko tengoklah..mana ada skim MLM yang mampu bertahan lebih 5 tahun tanpa melalui proses rebranding?

Cukuplah ngobrolan aku kali ni...

Kenapa Aku Tak Suka MLM?

Kenapa aku x suka MLM? Kenapa pulak aku x boleh x suka MLM?

Seiring dengan peningkatan umur, seiring dengan kemajuan teknologi informasi, seiring dengan kesedaran Islamik yang sangat susah untuk aku tambah dalam diri aku ini, aku mendapati bahawa MLM ini adalah suatu cabang bisnes yang jahanam.

Sejak dari zaman makan ais krim coklat kadang-kadang terjatuh atas baju sekolah rendah dan menjadi comot sampai mak aku kadang-kadang marah sebab beliau x suka tengok anak-anaknya comot sampailah ke zaman pandai menghabiskan masa lepak-lepak di kedai mamak berjam-jam sehingga embun jantan mula membasahi ubun-ubun, terlalu banyak produk MLM yang sebenarnya telah muncul di 1Malaysia ini.

Sebut sahaja model-model bisnes seperti Hai-o, DCL, CNI, Vemma, Amway, Luxor, gelang ajaib Ac Mizal dan bermacam-macam lagi wadah perjuangan membebaskan bangsa melayu dan muslim daripada belenggu kemiskinan dan kesesakan di hujung bulan, ini semua adalah model-model yang bermazhabkan MLM yang diasaskan oleh As-Syeikh Al-Jahanam Ponzi.

Tidak dinafikan, terdapat ramai bangsa Melayu yang telah berjaya merubah kehidupan dengan menceburi bidang jualan bertingkat2 (multi level marketing). Daripada menunggang motosikal Honda EX5 generasi pertama yang sudah cabuk dan keras kusyennya sehingga terasa peritnya tulang punggung menanggung hentakan ketika melanggar bonggol (sekadar mengambil contoh model EX5, kepada pemilik2 EX5 jangan risau, aku x melabelkan anda sebagai pejuang MLM seluruhnya), kini mampu membeli Mercedes Benz mata belalang yang anggun lagi eksklusif dan pastinya punggung tidak lagi sakit apabila melalui bonggol (terima kasih kepada para jurutera yang telah pecah kepala dan mencari rezeki bersungguh-sungguh merekabentuk suspensi dan juga kontur kusyen yang mematuhi ciri-ciri ergonamik yang tinggi). Daripada hanya mampu menyewa rumah pangsa kos rendah di tingkat 15 yang kadang-kala lifnya beroperasi dan mengakibat kelelahan yang kronik dan juga kesakitan di sendi kerana terpaksa mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke puncak, kini sudah mampu memiliki bukan hanya satu, tapi mungkin beberapa rumah berstatus 'suite' di kawasan-kawasan hartanah berstatus elit seperti Bangsar, Damansara dan banyak lagi yang sudah pastinya mempunyai lebih daripada sebuah lif yang jarang sekali rosak, siap berhawa dingin lagi. Ini antara bukti yang menunjukkan bangsa Melayu juga mampu berjaya dalam model perniagaan ini!

Benar, dalam Islam sendiri menegaskan 9/10 punca rezeki itu sendiri daripada perniagaan. The Great Muhammad SAW sendiri dulu berniaga. Pepatah Arab juga ada menyebut ' Man Jadda Wa Jaddin'. Maksud dia korang cari sendiri. Saja aku x nak bagi maksud die dalam bahasa UMNO. Ops silap, maksud aku bahasa Melayu sebab antara hobi aku adalah menyusahkan orang lain..hahaha. Bersandarkan kepada contoh perenggan di atas, benarlah mereka2 ini telah mendapat hasil daripada perniagaan dan usaha keras mereka. Alhamdulillah atas segala rezeki yang dikurniakan-Nya. TETAPI, pernahkah mereka terfikir tahap kehalalan perniagaan mereka itu?

Berbalik kepada tajuk utama, kenapa aku x suka MLM?

Pertama, pada pendapat aku pejuang-pejuang wadah MLM ini begitu menuysahkan, menyampah, sampah masyarakat, rasa nak bagi makan Selipar Crocs cetak rompak aku yang berharga RM30.00 selepas sesi tawar-menawar gagal dengan mamat penjual itu. Mengikut pengalaman aku, pejuang-pejuang wadah MLM ini akan sedaya upaya meracun, mendorong, memotivasikan diri ini agar menyertai mereka. Aku akui, kebanyakan pejuang-pejuang wadah MLM ini mempunyai semangat daya juang yang tinggi, mungkin mereka begitu terkesan dengan bait-bait lirik lagu Semangat Perjuangan Harmoni dendangan kumpulan rock XPDC. Mereka ini sanggup bertandang ke rumah walaupon semasa Hari Raya nak nampak kain sampin/ tudung Wardina mereka di rumah kita amat susah. Kerana apa mereka sanggup bertandang? Kerana mereka telahpon diresapi dengan semangat perjuangan yang meluap-luap untuk mencari ahli Barisan Bawahan atau nama komersial lagi elegennya 'Downline'. Mereka ini amat memerlukan para Downline kerana mereka telah terpengaruh dengan gaya hidup serta kemewahan para Stokis Daerah (ini adalah modal2 promosi oleh para orang barisan atasan ataupon Upline yang masih belom mampu menayang Mercedes Mata Belalang yang menaja mereka). Ya, prinsip MLM adalah kalau kau x cari downline jangan harap ko nak jadi kaya macam Stokis Daerah ko! Selain itu, mereka ini pantang jumpa dengan kita di mana-mana. Kadang-kadang masa menjamah makan tengahari berlaukkan ayam goreng berempah pon, mereka akan mempromosikan produk mereka. lagi2 kalau ada produk baru. Dikhabarkan produk baru ini lebih berkualiti serta mampu meningkatkan metabolisma, antibodi, stamina, minda serta meningkatkan prestasi di atas dan juga di bawah ranjang. Aku memang pantang kalau orang kacau masa aku makan. Ikutkan hati nak je aku pinjam tauke kedai tu penguli tepung untuk aku hentak2 kepala mamat x paham bahasa ini. Namun disebabkan telah terpengaruh dan terkesan dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan juga lagu tema kempen itu dendangan isteri Dato' K, aku pendamkan niat itu sambil buat-buat x endah. Ini adalah sebab pertama, mereka ini sungguh Annoying!

Kedua, mereka ini kalau berkata-kata memang hebat dan sungguh lancau (ini adalah sebutan yang seiring dengan pronanisasi orang Melaka bagi perkataan lancar. Kalau ular dorang sebut ulau jadi kemungkinan besar lancar mereka akan menyebut lancau...ekeke..gurau je orang Melaka.). Ayat-ayat klise " ko x teringin ke nak dapat duit sambil goyang kaki? bukan setakat goyang kaki, bahkan masa korek telinga pon duit akan masuk jugak", "ko tengok kereta buruk aku tu, sikit masa lagi nak tukar jadi Mercedes Mata Belalang tu. Aku bukan apa, aku x nak senang sorang2. aku nak ajak member baik aku untuk senang sama2" dan bermacam-macam lagi akan didendangkan semasa proses mentarbiah kita agar menyertai wadah perjuangan mereka. Aku x kisah kalau dorang nak mengarang ayat-ayat perjuangan tapi apa yang buat aku bengang, sama bengang masa tengok Liga Perdana Inggeris match Manchester United tapi kalah, bila mula provok sebab x nak join mereka2 ini. Bengang beb. Ayat2 menghanjing kadangkala lebih dahsyat daripada tahap kenajisan anjing itu sendiri yang telah terang2 najis mughalazhoh. Sukati akulah nak join ke xnak. Duit aku, aku punya sukalah. Taulah desperate nak carik downline sebab dah 18 bulan 3 minggu 4 hari joint x dapat2 pulangan seperti yang dijanjikan skim MLM ini. Maaf teremosi. Aku memang macamni. Mudah emosi. Maklumlah orang kata dalam hati ada taman....hahaha

Sebab ketiga, mereka2 ini kalau dah berjaya die punya tahap bongkak, sombong, ujub, takbur mengalahkan ketinggian bangunan Menara Warisan yang bakal dibina oleh kerajaan 1Malaysia. Aku pernah terbaca dalam satu luahan hati seorang marhein dalam surat khabar, beliau ini pernah menghadiri satu seminar anjuran peserta MLM yang boleh dikatakan berjaya setaraf2 dengan stokis Negeri. Dalam seminar itu si pemberi ceramah ini telah menuturkan ayat lebih kurang macamni..."saya sekolah dulu x tinggi tuan2 dan puan2. Tapi tengok sekarang saya telah berjaya. Apa guna belajar tinggi2 sampai universiti, tapi tiap-tiap bulan sengkek..." Ini adalah contoh mamat yang celaka. Kau x sedar ke ko dapat pakai kereta Mercedes Mata Belalang tu atas usaha siapa? Atas usaha para jurutera, designer yang belajar tinggi2 untuk menghasilkan kereta yang berkualiti. Nak harapkan ko? Huh! Cis. Teremosi lagi. Apa banyak sangat ke taman dalam hati aku ni? Konpius btollah...hahaha..Ni sebab ketiga kenapa aku benci MLM, orang dia berlagak nak mampos!

Sebab keempat, meluat aku tengok gambar kipas2 duit sambil tunjuk muka 'stim', kononnya anda memang dah berjaya. Hallooo....Lim Goh Tong yang kaya raya tu pon x pernah tangkap gambar sambil kipas2 duit. Ni sebab keempat, pejuang-pejuang wadah MLM ini sangat tinggi tahap 'mencapub'nya atau dalam bahasa Melayu penuhnya mencari publisiti. Adakah ini juga merupakan antara taktik pemasaran sebab anda tidak berjaya meracun ramai orang untuk menjadi downline anda?

Sebab kelima, para pejuang MLM ini sebenarnya boleh tahan gak kalau bab2 kencing orang ni. Kencing orang disini bukanlah suatu perbuatan membuang air kecil secara terus ke atas orang-orang lain tapi hanyalah sekadar literasi kepada perbuatan menipu orang. Pejuang2 MLM ini kebiasaannya modus operandinya akan membawa carta-carta yang bercorak-corak dan berwarna warni yang kebanyakannya akan membentuk suatu geometri iaitu segitiga. Akan dicanangkan seandainya kita duduk tempat ini, dan kita cari orang lain duduk bawah kita, dan orang bawah kita cari orang lain untuk duduk bawah dia dan seterusnya sampai infiniti, kita cuma tunggu duit sahaja. Ko bayangkan kalau satu kepala ko dapat komisen RM 100, kalau infiniti kepala berapa banyak pulak komisen ko dapat? Bayangkan Mercedes Mata Belalang...bayangkan...............Wak LU!!! Mana boleh infiniti nak cari orang bawahan? Kalau satu dunia dah join skim ni dan orang dah abis, lepas tu aku plak duduk dekat line paling bawah, camne aku nak cari orang bawahan? camne aku nak dapat komisen infiriti nak beli mercedes mata belalang? camne? Wak Lu!! x kan aku nak kena berkomunikasi dengan makhluk planet zargus (tu pon kalau wujud) untuk ajak dorang join skim ni? Wak LU betollah! Kencing kuatlah lu ni mat!
Cilake...teremosi lagi plak aku..ni dah kronik ni...kena jumpa doktor untuk konfomkan berapa banyak taman dalam hati aku ni....asik emosi je...hahahaha

Aku cuma dapat lima sebab je untuk kali ini untuk topik Kenapa Aku Tak Suka MLM. Sebab yang lain mungkin akan datang bergantung kepada tahap kekronikan annoying level yang bakal aku terima nanti. Di harap agar para pejuang2 MLM x cari aku lepas ni. Tak larat aku nak beli selipar Crocs cetak rompak banyak2!