Thursday, October 24, 2013

Friso

  1. Sejak pertama kali saya mendengar lagu iklan susu Friso di talibesen, saya sudah tertarik.
  2. Bahkan semasa sedang menonton drama bersiri kesukaan saya yang bertajuk "Kampung Girl" lakonan Nad Zainal yang chomel dan Akim AF yang semakin mantap berlakon, apakala lagu ini disiarkan semasa slot iklan, sepantas kilat saya meng"Shazam" dengan harapan saya dapat mencari tajuk dan penyanyi lagu tersebut. Namun hampa.
  3. Namun sejak beberapa minggu lepas, saya berjaya mengdonlod lagu ini daripada Youtube hasil perkongsian orang lain.
  4. Lagu ini di cipta khas untuk tujuan pengiklanan susu Friso Gold di Asia sahaja. Ini bermakna jika anda menonton iklan susu Friso Gold di Estonia mahupun Kepulauan Vanuatu, anda tidak dapat mendengar lagu ini di mainkan di talibesen.
  5. Saya kagum dengan susunan musiknya, lantunan suara penyanyinya yang dipercayai bernama Bai Ann, seorang penyanyi kelahiran Taiwan. Bait-bait liriknya disusun indah dan penuh makna. Pendek kata, dapat di rasa keikhlasan,ketenangan dalam lagu ini.
  6. Saya dengan ini ingin berkongsi lagu ini dengan kalian yang sudi singgah di blog hamba ini.


Sunday, October 20, 2013

omnomnomnom

Sabtu semalam saya dan abah serta adik perempuan saya melawat wak@uncle saya yang mendapatkan rawatan di tingkat 8 HTAR Klang.

Saya memang yang telah dididik dengan kesantunan dan keperluan budi bahasa yang tinggi pun bersalam dan bertanya khabar dengan wak saya yang berbaring di katil sepital sambil ditemani anak beliau merangkap sepupu saya. Setelah abah saya mengambil kerusi dan berngobrol dengan wak saya itu, saya pun menjarakkan sedikit diri saya yang tidak tuff macam Aaron Aziz ni sambil mata meliar menjelajahi pelusuk² wad. Agak ramai manusia ada di situ sementelah waktu melawat masih belum tamat.

Secara tiba-tiba perut saya berasa lapar pula walaupun beberapa jam sebelum itu baru melantak juadah nasi minyak berlauk di rumah sepupu saya yang berkahwin di Kuala Selangor serta diikuti sesi melantak lagi di rumah tunang sepupu saya yang berada di Ijok sempena majlis bertunang sepupu saya. Ajaibkan perut saya, saya tidak pasti bagaimana sistem pencernaan saya bekerja sehingga begitu effisien. Mungkin faktor luaran seperti cuaca dingin dek hujan yang turun menjadi antara pemangkin kecepatan makanan dalam perut saya diproses untuk menjadi tenaga bagi memastikan suhu badan saya tidak sejuk. Ah, persyaitankan semua itu, yang penting perut ini harus di isi.

Dengan senyap-senyap, saya pamitan menuju ke lif untuk turun ke Ground floor. HTAR bukanlah tempat asing bagi saya. Saya sudah boleh menghafal kedudukan Hospi Mart dan kantinnya. Malah rumah mayatnya pun saya dah tahu lokasinya.

Sesampainya saya di Ground Floor, pantas langkah diatur tanpa culas menuju ke Hospi Mart. Hospi Mart ni lebih kurang macam kedai runcit lah. Hampir macam macam ade di sini untuk dijual. Tapi burger bakar Abang Burn xdelah. Maklumlah, burger bakar kan tinggi kandungan kalorinya. Amat berbahaya jika dijual secara terbuka di hospital yang ada pesakit darah tinggi, sakit jantung serta kencing manis.

Setelah melilau-lilau barang seminit dua, rasa macam x seronok pulak. Mengambil keputusan ke kantin untuk melihat apa yang ditawarkan di sana. Sesampainya saya di kantin, tengok² ramainya orang dalam tu tengah makan. Terdapat ramai juga misi-misi yang comel-comel sedang menjamu selera di meja-meja yang terdapat di dalam kantin ini. Nah, sekarang saya sudah tahu jam berapa ada ramai misi-misi comel bercanda jika saya berasa bosan ketika di HTAR ini. Benarlah kata Ketua Ulamak Muda UMNO, ini semua ketentuan tuhan. Ketentuan tuhan yang membawa saya ke kantin yang dipenuhi gadis-gadis misi-misi yang chumil-chumil. Terima kasih tuhan!  Walaupun misi33 Selangor kecundang lagi tahun ini, tapi misi-misi chumil masih ada. Hahaha

Masih tiada juadah yang dapat membantu saya memenuhi nafsu lapar. Saya mengambil keputusan kembali ke Hospi Mart. Sesampainya saya di sana, saya tuntas menggapai setin Nescafe Latte sejuk dan menuju ke pengukus pau. Nampak menggoda pulak pau panas ittew. Titew pown ambik penyepit, lepas tuw titew ambil plastik, lepas titew ambil plastik, titew pown bukak tray pengukus ittew, titew pown tapaw sebijiw pau ayam. Titew sukew....Ah dah kenapa tertaip macam budak² baru nak up dekat fesbuk ni? Dasyum!

Lepas bayar, saya pon menghenyakkan punggung untuk di kerusi yang disediakn di ruang menunggu kawasan Jabatan Hasil di ground floor. Iyelah, adab makan antaranya ialah duduk. Tidak elok makan sambil berjalan, apatah lagi sambil berlari-lari anak. Menikmati pau panas bersama nescafe sejuk semasa hujan, memang tiada tara asyiknya. Alhamdulillah tuhan, ketentuan-Mu mengizinkan hamba-Mu ni omnomnom menghilang lapar. Usai makan dan minum, saya membelek-belek tablet sambil melayari Fesbuk. Banyak newsfeed hapdet pasal pemilihan UMNO. Ah, parti hunus-hunus keris tikam-tikam kawan sebab nak dapat tahta ni kalau setiap tahun ada perhimpunan mesti ada saja ceritanya. Saya dulu di matriks Kolapilah tiap-tiap pagi ada perhimpunan xkecoh pon. Cuma sekali tu saja kecoh sebab Lecturer-lecturer saya buat "morning raid" kantolkan kawan.kawan saya yang ponteng perhimpunan pagi dan memaksa mereka berhimpun di padang berjemur.  Lagi-lagi page Saya Sayang TDM, x abis-abis nak upkan anak Madey jadi NP nak gantikan sepupu najibul razauqe. Katanya meleis x berani berubahlah, anak uncle hussein bertahan sbb rasuahlah. Mereka ni memang lantang bercakap pasal rasuah, tapi bila rasuah x pandai pulak berpantang. Entahlah, ketentuan Tuhan barangkali.

Beberapa ketika, adik perempuan saya menghantar sms kata dah nak balik. Saya pun bergegas menuju ke lif untuk naik kembali ke tingkat lapan. Ketentuan Tuhan lagi barangkali, bersama-sama saya dalam lif adalah dua orang pegawai perubatan UD41. Seorang melayu ayu bertudung kulit putih macam emma maembong, seorang lagi amoi. Dua-dua membawa bersama-sama bungkusan waffle dalam balutan kertas. Oleh kerana saya tertolak ke belakang lif, maka saya dapat memerhatikan gelagat kedua-dua gadis tersebut dengan jelas. Dalam kesesakan lif naik dari ground floor ke tingkat 8, saya perhatikan kedua-duanya begitu asyik mengunyah makanan. Omnomnom dalam lif. Saya juga perasan gadis melayu itu masih belum menyarung sebarang cincin belah rotan, kerat 18 mahupun berlian 22 karat di semua jari jemarinya yang runcing. Niat di hati ingin cuba bertegur sapa dengan beliau, mana tahu boleh dapat nombor telefon. Bolehlah kami ber We Chat di kemudian hari sambil bertuka-tukar sticker. Tetapi bila mengenangkan kata-kata ustazah yang mengajar saya dahulu, tidak elok bercakap sambil mengunyah makanan, maka saya pendamkan sahaja hasrat itu kerna saya perhatikan beliau dan kawan beliau begitu asyik menikmati juadah. Maklumlah, tidak manis seorang gadis bercakap sambil mengunyah di khalayak. Kalau di rumah sendiri lainlah.

Tiba-tiba juga perasaan kasihan menebak di hati saya yang penuh taman ini. Sibuk sangatkah bekerja sebagai seorang doktor kerajaan? Sehingga terpaksa makan walau dalam lif? Saya yang bekerja sebagai seorang pomen di kilang buat minyak pon masih mampu menikmati juadah sambil duduk, walau macamana sibuk mengalahkan bangla sekalipon, walaupun hanya mengunyah sebiji karipap mengalas perut. Saya yakin doktor gadis muda itu masih dalam tugas, berdasarkan pemakaian kot putihnya. Tatkala sampai di tingkat 8, saya perhatikan gadis berdua itu sudah habis omnomnom dan tatkala terbukanya pintu lif, mereka kabur begitu pantas. Bila saya keluar sahaja dari pintu lif, dua sosok itu sudah lenyap. Langsung tiada bayang mahupun kertas pembungkus waffle yang tertinggal.

Peristiwa ini menjadikan saya lebih menghormati kakitangan-kakitangan kerajaan yang begitu dedikasi bekerja. Saya tahu, bekerja sebagai doktor kerajaan memang mencabar dan memenatkan. Lebih-lebih lagi menjadi doktor di HTAR ini. Macam-macam cerita saya dengar.Walaupun terpaksa omnomnomnom dalam waktunyang singkat, tapi tetap cekal bekerja. Bersabarlah wahai pegawai perubatan UD41 yang satu lif dengan saya itu, andai ada ketentuan Tuhan di masa depan, mungkin kita dapat beromnomnom dengan sempurna walaupon hanya di kantin HTAR.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 9, 2013

Ceng ceng ceng ktang ktang...serrrrrr.....




  1. Sebenarnya salah satu minat saya adalah memasak.
  2. Tetapi kerana kemalasan saya menghampiri infiniti, acapkali saya lebih rela pandu kereta menuju ke kedai mamak , melayu yang berhampiran kalau saya duduk berkeseorangan di rumah pabila lapar.
  3. Memasak sebenarnya adalah satu seni.
  4. Seni kulinari.
  5. Seni memasak ni pula ada dua bahagian. Satu seni mengtransformkan apekejadah yang di campak kedalam kuali kepada sesuatu yang bisa merangsang tunas-tunas rasa di lidah menjadi asyik. Satu lagi seni adalah seni menghias makanan.
  6. Saya tidak berbakat dalam seni menghias makanan. Kerana pada saya apalah ertinya kecantikan suatu makanan itu pabila darjat sebenarnya hanya boleh dihakimi oleh tunas-tunas rasa yang jujur.
  7. Mungkin suatu hari nanti kalau saya nak bukak kedai makan sendiri saya akan memaksa diri mempelajari seni menghias makanan.
  8. Pabila memasak, saya lebih suka spontaniti. Tidak terlalu terikat dengan senggat-senggat sekatan. Ini bukan macam nak memeriksa kelegaan antara bearing dan shaft. Kena pakai tolok skru mikrometer bagai nak memastikan dalam lingkungan 10 mikron. Dalam memasak, pada saya yang paling penting adalah kelarasan pancaindera. Tunas rasa, deria hidu, ketajaman penglihatan perlulah bergerak seirama. Sebagai contoh, jika kita ingin memasak sambal nasi lemak, tunas rasa perlu peka untuk memastikan cili cukup masak, lobang hidung juga boleh mengenalpasti aroma yang terbit daripada cili yang dah masak atau belom serta dari sudut visualiti, kesan biasan cahaya yang terjadi pada permukaan sambal yang menggelegak sudah hampir masak atau belum. Awas, kegagalan memastikan sambal nasi lemak cukup masak boleh menyebabkan berak-berak.....Berak-berak kerana memakan sambal cili yang masih mentah lebih azab daripada berak-berak kerana memakan sambal cili yang pedas...hahaha
  9. Memasak memberi kegembiraan kepada diri saya. Bunyi seretan sudip dan permukaan kuali yang menerbitkan bunyi ceng ceng ceng seakan irama musik Kitaro pada telinga saya. Bunyi ktang ktang mengetuk sudip untuk menjatuhkan makanan yang terlekat pada sudip bagaikan, bagaikan....err..tak tau nak memetaforakan apa..
  10. Kebanyakan kemahiran memasak saya pelajari dengan menebeng + menyibuk masa arwah emak saya memasak sewaktu saya remang-remang remaja dahulu. Mungkin pada masa itu kandungan DHA, acid folate dalam darah saya sangat tinggi sehingga membolehkan sel-sel otak saya berkembang dengan cerdas untuk menyerap segala yang dipelajari melalui visualisasi..
  11. Kegagalan dalam memasak? Banyak kut..tapi paling saya xboleh lupa percubaan pertama memasak nasi goreng sendiri semasa lepas-lepas SPM. Oleh kerana kekurangan pengalaman, saya telah menghasilkan nasi goreng yang tawar hebeh...abih kena perli dengan bapak saya..hahaha...akhirnya nasi goreng tersebut menjadi baja kompos di belakang rumah ....selepas itu saya mula membaiki kesilapan dan sekarang alhamdulillah....nasi goreng saya boleh dimakan..hahaha...
  12. Setakat ini saya lebih banyak memasak masakan jawa-jawa...menyimpan azam untuk cuba membuat juadah-juadah mediteranian, eropah mahupun juadah-juadah luar yang macam dalam tv, tapi bila mengenangkan renyah nak menyediakan bahan-bahannya, terus saya lebih suka ke Manhattan Fish Market, Secret Recipe, Nandos mahupun Restoran Nasi Arab yang bersepah-sepah kat Selangor ni..saya hanya suka memasak, tidak suka menyediakan bahan-bahan, serta membasuh kuali..hahaha
  13. Saya juga cukup teruja apabila menonton filem-filem yang temanya memasak. Seperti filem Love's Kitchen lakonan Claire Forlani, filem Hindi Cheeni Kum lakonan Amitabh Bachchan dan cerita-cerita lain yang saya x ingat tajuknya. Saya rasa menjadi seorang Chef itu bergaya dan ada auranya yang tersendiri...bila menonton-nonton cerita sebegini, seakan memberi inspirasi pada diri untuk membuka sebuah restoran sendiri...namun setakat ini insipirasi itu masih kekal sebagai mimpi, yang masih x tahu bila nak diterjemah menjadi realiti, diri ini sendiri pun x pasti...
  14. Mungkin satu hari nanti kalau saya dah bosan jadi pomen, saya akan cuba membuka restoran sendiri, bertemakan Victorian hiasan seni dalamannya.
  15. Mari layan video klip zizang ni....