Thursday, August 25, 2011

Balik Raya

Amaran Kerajaan Malaysia. Sila jangan bawak kereta seperti dalam video di bawah ni...

Gile..Gear 4 dah 200km/h..gear 5 dah dekat nak outmeter....

Vtec just kick in yo~~~














Tunggang dengan selamat. Kurangkan prangg..ingat orang yg tersayang...muehehe

Monday, August 22, 2011

Raya Rage


  1. dah masuk 22 Ramdhan..
  2. bermakna sepanjang Ramdhan ni aku x pernah x tidoq kat opis masa ramdhan. 12.15 tutup lampu pasang dim light (dalam opis pon ada dim light..kelas ko wong..hahaha)..landing sampai kol 2.00...hahahahaah..kalah orang gomen ko...bukan aku sorang je buat..orang lain pon buat woo..hohoh
  3. tengah2 dekat nak raya bley plak dorang plan nak jalan production...jadah weeiii..aku dah mood raya....postpon lepas raya  cam x bley je...
  4. oh ya...aku paling annoying kalau lalu sebelah abang, pakcik yang berbau Gudang Garam mahupon Dunhill waktu siang hari di bolan pose....gua memang pandang rendah gile babi kat orang yg x pose sebab x dapat tahan rokok..Lameeeeeeee excuse weh...sama Lameee macam Bik Mama kata baginda menabung setiap bulan sbab nak beli cincin juta-juta....
  5. ok..sekian terima kasih untuk posting Monday Bluess..sok lusa aku citer plak kisah aku dan mereka bersama2 menghavockan rumah orang Bangkok....
  6. adiosamigosespelantos....

Wednesday, August 17, 2011

XOXO, Gossip Girl


  1. Gossip Girl weh... 
  2. Season 4 kat 8TV..hahaha 
  3. Minggu ni aku terlayan plak..dasyum...Cam biasa...penarik utama mestilah Serena van der Woodsen 
  4. a.k.a Blake Lively..dasyum~~~ 
  5. Actually, gue rasa gossiping ni kadang2 mereleasekan tension dan menjadikan kita lebih up-to-date...lulz.. 
  6. Aku baru je gossiping siang tadi..masa pergi purchasing department...hohoho 
  7. FYI..purchasing department ni byk gaks pempuan..hahaha... 
  8. Cam bese partner gosip gue..pung pang pung pang....gossip pasal perkembangan terbaru akaun syarikat, tentang supplier mana yang dah kena blacklist, gossip pasal department lain..gossip pasal decorative terbaru department purchasing sempena raya dan sebagainya... 
  9. Cam bulan lepas masa gossiping, dapatlah skit2 maklumat terkini tentang keadaan politik syarikat..kenapa Director ni x suka dengan Director ni..camne nasib Director yang tu bila take over jadi nanti...pung pang pung pang dan sebagainya... 
  10. Seriously, aku suka pergi department purchasing. melarikan diri daripada suasana hingar bunyi jentera dan bau minyak hidraulik....ahh...soothing..... 
  11. ah..oke...gua dah terasa macam Chuck Bass plak...dingin + kejam + macho + osem.... 
  12. tata..nak gi tackle 'Serena' plak...hahaha...dasyum~~~

    Sunday, August 14, 2011

    Sampul Duit Raya Harimau Malaya 2011


    1. Fenomena Harimau Malaya memang menjadi-jadi kebelakangan ini.
    2. Sampaikan sempena Hari Raya 2011 ni pon ada usahawan-usahawan yang menghasilkan Sampul Duit Raya Harimau Malaya 2011.
    3. Sebenarnya benda aku dah tau beberapa bulan lepas. Ada seorang ahli forumer tempat forum aku join bercadang nak buat sampul duit raya harimau malaya 2011 ni. Tapi beliau masih lagi di peringkat awal, iaitu survey market, design proposal dan price inquiry.
    4. Secara jujur, idea membuat sampul duit raya harimau malaya 2011 ni memang amat kreatif bagi aku. Osem beb.
    5. Ini secara x langsung mengingatkan kita kepada semangat harimau malaya setelah terkulai di geget singapurapura dalam perlawanan kelayakan piala dunia bulan lepas.
    6. Go black and yellow go!
    Backgorund hitam, objek kuning memang osem. Aku ada tengok design background kuning objek  hitam. Cam haram x lawo!



    Friday, August 12, 2011

    Riang Ria bersama sistem Hidraulik



    1. Tahukah anda, sistem hidraulik memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan juga sebenar berada sangat hampir dengan kita.
    2. Pada kereta kita terdapat sekurang2nya satu sistem hidraulik iaitu pada sistem brek kita.
    3. Pada kereta yang menawarkan sistem pemanduan steering berkuasa (power steering) konvensional sebenarnya menggunakan sistem hidraulik. Sistem steering berkuasa hidraulik dilengkapi dengan motor hidraulik tambahan di mana apabila diaktifkan, motor hidraulik ini akan menjana daya kilas yang akan membantu memusing gandar pada roda hadapan kita dengan hanya kita mengenakan daya yang lebih sedikit pada steering kereta. Senang citer kurang tenaga digunakan  untuk memulas steering yang dilengkapi sistem kuasa hidraulik.
    4. Tahukah anda, sayap kapal terbang dikawal oleh sistem hidraulik yang dilengkapi dengan sejenis injap hidraulik jenis servo (servo hidraulik valve)? Servo hydraulic valve adalah sistem yang sangat pantas responnya dan sangat jitu (accurate) serta sangat sensitif dan mahal ongkosnya.
    5. Tahukah anda, dalam sesebuah kapal terbang kebiasaannya mempunyai paling kurang 3 sistem hidraulik yang merdeka (independent hydraulic system)? Kebiasaannya satu sistem akan bertindak sebagai sistem yang bekerja (working system) manakala 2 lagi sistem sebagai sistem persediaan (standby system). Seandainya sistem yang sedang beroperasi mengalami masalah maka secara automatik salah satu sistem yang dalam mode bersedia akan mengambil alih tugas. Jadi jangan risau seandainya sayap kapal terbang anda tidak boleh berfungsi hanya kerana pam sistem hidraulik kapal terbang anda kong.
    6. Tahukah anda, oleh kerana kejituaan sistem injap servo, muncung meriam kereta kebal menggunakan injap jenis ini untuk dilaraskan sudut turun-naiknya. Jadi, walaupun kereta kebal tersebut sedang bergerak di atas permukaan yang masha allah teruknya dan terhenjut-henjut, laras meriam itu masih lagi steady dan x terhenjut2 kerana sistem hidraulik yang digunakan memberikan daya sokongan yang osem.
    7. Tahukah anda, dengan hanya menggunakan pedal anda mampu mengangkat seekor gajah yang beratnya berkilo-kilo menggunakan sistem hidraulik. Steady dan cool...
    8. Tahukah anda, daya tekanan yang dikenakan oleh peluru yang ditembak adalah dianggarkan dalam julat 100 bar. Jadi bayangkan kalau sistem hidraulik yang menghasilkan tekanan sehingga 200 bar mengalami kepecahan hos. Naya-naya...
    9. Tahukah anda, dikhabarkan dalam industri terdapat beberapa kes kematian yang melibatkan tekanan yang dikenakan oleh minyak hidraulik. Terdapat beberapa laporan menyatakan terdapat kes kematian akibat badan manusia ditembusi oleh minyak hidraulik yang mempunyai tekanan tinggi akibat hos pecah semasa beroperasi.
    10. Tahukah anda, minyak hidraulik tidak mudah terbakar seperti minyak diesel dan petrol. Walaupun anda mencampak puntung rokok ataupun mancis yang menyala ke minyak hidraulik, tiada kebakaran akan terjadi bahkan puntung rokok ataupun mancis yang menyala itu akan terpadam.
    11. Tahukah anda, sistem hidraulik sangat osem. Boleh dikatakan hampir tiada batasan untuk mengangkat beban (force) dengan menggunakan sistem hidraulik. Jadi jangan terkejut kalau anda melihat bangunan bertingkat-tingkat berjaya diangkat dengan menggunakan kombinasi silinder hidraulik.
    12. Tahukah anda sistem hidraulik beroperasi menggunakan minyak. Dan minyak hidraulik sedikit sebanyak dipengaruhi oleh harga pasaran minyak mentah sedunia.
    13. Tahukah anda, dalam sistem brek hidraulik udara merupakan musuh utama. Apabila terdapat udara (biasanya dalam bentuk gelembung) dalam sistem brek hidraulik, maka keupayaan dan kecekapan sistem brek hidraulik anda akan menurun. Worst case, sistem brek anda tidak akan berfungsi. Sangat merbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan itu. Jadi apabila anda melakukan penyelenggaraan terhadap sistem brek anda (biasanya disebabkan kebocoran), pastikan tanya dengan pomen tu adakah dia dah buat proses bleeding (proses buang udara).
    14. Tahukah anda, kebanyakan kenderaan berat seperti lori Optimus Prime besar dan trak-trak tidak menggunakan sistem hidraulik dalam sistem brek mereka kerana tujuan keselamatan. Sistem brek mereka dijana dengan menggunakan sistem pnuematik ataupun dalam bahasa pasarnya Brek Angin. Tujuan utama menggunakan sistem brek angin kerana lebih pantas responnya dan juga lebih kurang daya cengkamannya. Kepada orang teknikal anda pasti tahu apa itu inertia dan momentum. Coba bayangkan lori 18 tan dengan kelajuan 80km/j membuat brek kecemasan dengan menggunakan sistem brek hidraulik, tayar akan terus mencengkam dan kontena di belakang akan terbuang ke depan kerana kesan inertianya.X paham? xpe...cuba baca dan ulang sebanyak mungkin smbil berimaginasi...
    15. Tahukah anda, sistem hidraulik tidak terhad hanya kepada minyak. Air juga boleh digunakan sebagai medium penghantaran kuasa sistem hidraulik.
    16. Tahukah anda, sesungguhnya sistem hidraulik memang osem! Thanks Allah for creating the ideas of this system.....


    Contoh Hydraulic Schematic diagram. Schematic diagram ini sangat penting semasa proses troubleshoot hydraulic system








    Wong Lanang
    Pomen,
    Department of Hydraulic and Lubrication 




    The Feminine Beneath the masculine....




    Dasyum~~~~






































    Marion Raven memang always osem!











    P/s: video ini menepati syarat-syarat penutupan aurat Islam Hadhari. Insya-Allah mata anda tidak akan mendapat dosa yang banyak dan mengurangkan CGPA pahala pose anda..Sekian Terima Kasih

    Sunday, August 7, 2011

    Muqaddimah penentu Natijah.

    1. Sempena kedatangan Ramdhan Kareem ni, aku nak kurangkan skit post-post parody, rusty jiwang, luahan perasaan, cakap lepas dan yang sewaktu dengannya..Insya Allah bisa...hehehe
    2. Muqaddimah penentu Natijah. Ape benda ko ngarut ni Wong Lanang?
    3. Ok2...pernyataan di atas boleh ditafsirkan sebagai 'Apa yang kita mulakan akan menentukan hasilnya di akhiranya nanti'. Jadi, hendaklah senantiasa kamu merancang dengan sebaik2nya sebelum memulakan sesuatu perkara. Lebih afdhal kalau disertakan dengan back up plan andaikata rancangan kita itu nanti tidak selancar apa yang dirancangkan. Maklumlah, kita kan cuma manusia...Enggak ada yang perfect bapak2 dan ibuk2 sekalian ya...
    4. Kepentingan merancang dengan baik memang sangat penting. Sekadar memetik bunga di taman larangan ayat-ayat orang london yang berbunyi lebih kurang macam ni "If you fail to plan, you plan to fail"...
    5. Macam aku sendiri..aku akan pastikan Hari Isnin (atau hari pertama aku nak masuk opis) setiap minggu aku sampai seawal mungkin ke pejabat (gila ko pomen pon ada pejabat)..Kerana bagiku hari pertama aku bekerja dalam minggu itu sangat penting. Ia boleh memberi kesan kepada hasil dan kosentrasi kerjaku secara tidak langsung..Ini realiti dalam rutin hidupku..kalau aku terliwatlewat katalah beberapa minit untuk hari pertama ini...insya allah kedatangan aku akan terus lewat sehingga ke hujung minggu..walaupun hanya 3 minit lewat...akibatnya, bila check kedatangan online dekat kolum Late Attendance akan ada figura2 seperti +5, +3, dan sebagainya...dasyumm~~~
    6. Dalam konteks Ramdhan kareem begitu juga. Kita tahu Ramdhan kareem datang setahun sekali. Ramdhan kareem ini umpama suatu pesta spesel kurniaan Murabbi kepada hamba2 sahayanya...sama macam pesta Jom Heboh anjuran kumpulan media prima dengan niat untuk memberi penghargaan kepada para peminatnya sehingga membawa kepada punca kemaksiatan dan kelalaian...Kalau jom heboh ada konsert, jualan murah, acara peluk-peluk artis sambil tangkap gambar...Ramdhan kareem pon ada program yang ditawarkannya...antara acara2 yang ditawarkan Ramdhan kareem adalah program Terawih di malam hari yang di mana pada masa bulan-bulan lain tak wujud solat sunat Terawih, dibukakan semua pintu Syurga, ditutup semua pintu Neraka, diberhentikan sementara waktu segala macam seksa kubur kepada para pesalah, bonus pahala melampau2 untuk segala macam kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan ini dan yang pastinya acara kemuncak iaitu mencari Malam Lailatul Qadar yang dijanjikan oleh Allah sebagai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan...Oleh yang demikian, amat penting bagaimana kita bermula semasa menyambut Ramdhan. Amat penting kita melatih (lebih elok kalau memaksa) diri untuk berterawih seawal minit pertama di malam pertama di bulan Ramdhan...takut ketinggalan siri Gossip Girls Season 4? Jangan risau, dengan kemajuan internet kita bley tgk streaming anytime...Maaf nak cakap..budaya kebanyakan orang Melayu ini memang begitu membara semangatnya, sehangat tahi ayam fresh yang baru mencecah ke tanah...Awal Ramdhan masjid boleh cecah berline-line safnya...masuk minggu ke-2 ramdhan boleh nampak dah skit kurang dan seterusnya mencecah malam 10 terakhir..boleh kira berapa ramai yang masih gagah ke masjid...malam-malam akhir ramdhan kebanyakan Bani Melayu terkorban di bazar2 mencari barang2 nak raya, nak anyam ketupat cinta sambil ngumpat2 skit2, nak jahit langsir, nak tukar sarung kusyen, nak bakar kuih berloyang-loyang, nak bakar lemang berbatang-batang....
    7. Jadi bagaimana dengan semangat mencari Lailatul Qadar di malam 10 terakhir..xkan cuma ostat2, lebai2 dan pak imam je yang tinggal berjuang mencari Lailatul Qadar, sedangkan Bani Melayu yang lain Ramdhan terakhir sekadar ala kadar asalkan Lebaran kita paling osem.....Jadi sempena Ramdhan 1423H ini, marilah bersama2 kita selaku Bani Melayu yang mengaku Islam menunaikan Solat Terawih, kalau enggak bisa berjemaah di musolla pon, cobalah buat sendiri di rumah2 anda..pastikan kita senantiasa merebut peluang malam terawih yang dijanjikan seribu macam kebaikan dan rahmat oleh Tuhan....
    8. Oh ya..walaupon aku adalah Jawa Jerman, tetapi masih tergolong dalam rumpun Bani Melayu..jadi posting ini secara x langsung sebagai peringatan kepada diriku jua..kerana........Melayu Mudah Lupa...
    9. sekian terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca posting ini....


    Saturday, August 6, 2011

    Ramdhan

    1. Salam Ramdhan dari Wong Lanang.
    2. Pose le kamu seblom kamu mengadap Ilahi.
    3. Ingat, pose serba serbi bukan setakat pose lapau dahaga je.