Saturday, December 31, 2011

Tahukah Anda?

  1. Di Malaysia, anda kena memiliki beberapa kemahiran untuk menjadikan anda pembeli yang bijaksana.
  2. Jadi di sini aku hendak berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan barang-barang elektronik dan komputer dengan harga yang terbaik.
  3. Pertama sekali, tentang henpon, telefon bimbit. Tahukah anda berapa margin keuntungan yang peniaga dapat untuk sebiji telefon? Tidak kiralah telefon pintar ataupun tidak pintar. Secara puratanya, sebiji telefon mereka akan mendapat untung bersih RM300 jika menjualnya mengikut harga yang pengeluar OEM iklankan di surat khabar ataupun di mana-mana. Ataupun jika hendak didenomasikan dalam bentuk peratusan, puratanya mereka akan untung dalam 20%. Jadi, jika anda berkenan banget dengan sesuatu telefon itu, dan penjual itu sangat kerek untuk tidak mahu menurunkan harganya, silalah bargain untuk mendapatkan free gift yang agak berkualiti. Cuba pow beliau dengan casing yang sederhana kualitinya, pelindung skrin mahupun install beberapa perisian yang anda rasa berguna...Alaa..dorang dapat perisian tu pon percuma download daripada internet...Jadi, coba dapatkan harga dan keuntungan yang lebih kepada pihak anda..hohoho
  4. Kedua, pastikan anda telah tawaf satu bangunan untuk survey harga. Kalau ada 5 tingkat, coba gagahkan diri explore semua tingkat.Tahukah anda, semakin tinggi tingkat anda naik, kebarangkalian untuk mendapat harga yang lebih rendah adalah tinggi. Satu sebab paling utama ialah kerana semakin tinggi lokasi kedai tersebut, semakin murah kadar sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan. X caya coba anda sesaje round2 kat Low Yat ke,Digital Mall ke dan bandingkan harga.
  5. Ketiga, pastikan sebelum anda menerjah lokasi kejadian, anda telah melakukan kajian kes di internet. Cara paling mudah cari barang tersebut dalam laman web Mudah.my, Ebay.com.my, Lelong.com.my dan tidak lupa juga laman web rasmi pengeluar barangan tersebut.Buat perbandingan intensif, x kisahlah guna taburan poisson ke ataupon janjang geometri. Perhatikan jurang harga. Sesetengah barang, kita akan dapat lihat perbezaan jurang yang amat besar (dengan anggapan barang yang dibandingkan adalah baru, tidak pernah dipakai, bukan second hand dan yang paling pasti ada 'bau kedai').Ambil rujukan dua nilai harga yang terendah, kemudian baru terjah.
  6. Keempat, kalau boleh pergi berdua. Bukankah berdua itu lebih baik? Macam kata Acha Sepritriastigarasa...
  7. Kelima, test market. Buat2 anda seperti sangat berminat untuk mendapatkan barangan itu. Tanya itu dan ini serta apa yang kita boleh dapat secara percuma. Kemudian buat excuse kata nak pergi ATM  nak keluarkan duit..Then pergi usha kedai lain plak..hahahaha...Cobalah, anda pasti akan takjub dengan harganya.
  8. Keenam, pastikan anda bersolat kerna orang yang bersolat insya-allah murah rezekinya. Kan?
  9. Ada satu lagi cara yang aku x pernah try tapi diajar oleh kawan aku. Pergi sepagi yang mungkin dan jadilah pelanggan yang pertama.Menurut kepercayaan Ah Chong Telekomunikasi yang mewakili kaum cina, pelanggan pertama untuk hari perniagaan tu amat penting. Jadi, kaum cina mesti menjual kepada pelanggan yang pertama kerana jika pelanggan yang pertama tidak jadi membeli, maka akan 'suwey' lah perniagaan mereka pada hari itu. Jadi apa lagi, bargain gile khinzir..hahaha...
  10. Satu lagi, tahukah anda harga henfon akan naik menjelang setiap musim perayaan? Apa neraka betullah mereka itu....
  11. Satu lagi lepas satu lagi, tahukah anda, harga komponen barangan komputer akan dijual secara murah setiap bulan secara bergilir-gilir? X paham? Ok memang saja aku tulis nak bagi korang x paham..hahaha...Ok..contohnya, bulan Januari harga RAM akan dijual jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kemudian bulan Februari pulak dorang buat jualan murah Keyboard..contohnya...tetapi untuk mengetahui apakah harga yang jatuh untuk bulan tersebut, anda kena ada kaki yang bekerja di tak lain dan x bukan Plaza Low Yat dan juga Jalan Imbi. Pengetahuan tambahan, Plaza Low Yat dan Jalan Imbi memang surga baranga komputer....
  12. Harapannya, posting ini pun dapat mebantunya dirimu pun...Selamat membeli dan belah dari shopping complex..hahaha

Friday, December 30, 2011

901

  1. Semalam ada insan-insan yang aku kenal menahan motor aku tgh jalan. 
  2. Nasib baik brek cakera yang tersangkut pada sepit udang motor lagendaku masih berfungsi dengan sempurna dan brek drum aku masih mencengkam.
  3. Kiranya ajaran cikgu memandu aku masa aku mengambil lesen motorsikal 10 tahun dahulu berjaya aku praktikkan dengan jayanya. Ala...amik lesen motor kan kena buat emergency brake sampai terseret bunga tayar tu atas permukaan tar trek tu...lebih kurang macam tu lah cuma bezanya kali ini aku membonceng kawan aku di belakang....Kan best kalau time tu aku boncengkan Diana Danielle ke, Nora Danish ke dekat belakang aku..emergency brake camne pon aku rela...
  4. Ok..ok...fokus..fokus..kembali ke alam realiti di mana Nora Danish tak akan naik motor aku. Aku ingatkan ada ape kebendalahyangpenting sangat sampai beliau sanggup menahan aku di tengah jalan tatkala keadaan lalulintas agak sibuk. Bila aku berenti je terus beliau hulurkan sekeping kertas bersaiz macam iklan MLM yang korang jumpe kalau beli surat khabar tu...Aku ingat itu kupon percuma voucher Parkson yang bernilai RM 1000, mana tau rezeki boleh gak aku bershopping sekali skala cari baju sempena Chinese New Year kt Parkson tu..nak gak merasa shopping kat tempat2 eksklusif ni...biasa aku beli baju raya pon kat Megah @ The Store je.....hehehe
  5. Bila aku terbalikkan kertas tu tengok ada gambar anwar ibrahim..antara tulisan yang aku ingat 'Fitnah 2', 'Selamatkan Anwar Ibrahim' '901 depan Mahkamah'....
  6. Cis...buang karan aku je.....

Tuesday, December 27, 2011

Vivaldi yaww...




melayan keasyikan gesekan violin memang menenangkan sukma jiwaku...tatkala mendengar gesekan disertai iringan beberapa instrumen mampu membawaku seakan menerobos lowongan minda dan berada di satu ruangan tersendiri yang sangat mendamaikan.....

================================================================================================




tadi petang borak2 ngn bos..saja riki line taun ni ada dapat bonus ke x..alih2 bos aku citer pasal markah appraisal aku bagai..siap bitau berapa byk increment aku tuk taon depan..walaupon surat dari HR blom cetak langsong..hahaha...biasanya ada variance skit nilai yang bos aku bagi, tapi x jauh beza..dalam 10 hinggit je biasanya..hahaha...tu pon kalu tan sri approve increment taun ni...

so now I'm thinking for reconsidering to not relocating for at least another year, yet Still searching for the better tomorrow at the same time....hahahaha...






================================================================================================


















































sib baik tinggi adjustmentku..hahaha...(terasa diri ini bagaikan permata yang hilang agak penting gak..hahaha..walaupon keje dah tahap pomen cabok...)



































ok..kembali kepada alam viola..

Tuesday, December 20, 2011

Ini Baru Cute




tomeinya wardina..ekekeke

Thursday, December 15, 2011

Sinar Di Hujung Jalan

Terik mentari di luar terasa sungguh membahang. Masih dapat dirasakan walaupun dirinya duduk di dalam ruang yang didinginkan oleh penghawa dingin cap Panasonic berskala 16 darjah celcius.

Razif, nama sebenar. Berusia dipenghujung 20-an. Bujang, meminati sukan extreme seperti berkayak di Air Terjun Lupar, ahli eksklusif Kelab Karangkraf kerana tidak mahu ketinggalan mendapat newsletter dan update terbaru tentang novel-novel terhangat di pasaran. Beliau memang seorang kaki novel, sebut sahaja novel-novel popular antaranya Ong-Bak Rindu, Murtabak-murtabak cinta, Kisah Asrama, Sehangat Asrama dan banyak lagi. Novel-novel cinta kontemporari tipikal itu memang menjadi pilihan utama Razif. Biarpun sosok tubuhnya sesasa Fakri Saarani, wajah segarang Adlin Aman Ramli namun siapa sangka hatinya begitu lembut, selembut comforter yang baru usai dicuci dengan menggunakan Softlan.

Berbekalkan segulung ijazah MIT (MARA Institute of Technology), beliau kini bertugas sebagai salah seorang penjawat awam. Bidang kejuruteraan yang dipilihnya membenarkan beliau menikmati tanggagaji pegawai kerajaan Gred J41. Kini beliau merupakan Ketua Bahagian untuk Bahagian Penyelenggaraan di Jabatan Kerja Raya Cawangan Kajang.Kenapa Kajang? Entah, mungkin sebab di Kanjang ada sate yang popular tidak seperti di Sandakan yang tiada sate kajang.

Razif merupakan contoh seorang pegawai kerajaan yang tidak tipikal. Beliau adalah seorang Jurutera yang sangat dedikasi. Sepanjang beliau berkhidmat, hanya sekali sahaja beliau terpunch card lambat, itupun gara-gara lewat bersiap kerana cirit birit akibat banyak sangat minum air gas di hari raya 1430H yang lalu. Sebutkan apa sahaja kerja, akan disiapkannya secepat yang mungkin dengan sempurna.Kebanyakan Ketua Cawangan begitu berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Karisma dan pesona Razif memang begitu hebat, berada setingkat lebih tinggi makamnya berbanding makam-makam rakan sejawat yang lain. Dikhabarkan, ketua cawangan JKR Wang Kelian pernah bertikam lidah dengan ketua cawangan JKR Kota Bharu kerana berebutkan Razif. Namun demikian ketua cawangan JKR Kajang juga yang tenang sebab beliau tahu, Razif takkan merantau sampai ke Kota Bharu ataupun Wang Kelian mahupun Kampong Wakaf Che Yah sebab di sana tiada Sate Kajang.

Selaku seorang jurutera, Razif tahu beliau mesti sentiasa berfikiran rasional, tuntas, cerdas, cergas, dan mengurangkan minuman bergas. Disiplin yang tinggi juga menjadi Rukun Hidup Razif. Sikapnya yang tidak seperti pegawai kerajaan tipikal ternyata telah mengundang sikap tidak senang di kalangan sesetengah orang bawahannya.


Bustaman (bukan nama sebenar) adalah merupakan PAR (Pembantu Am Rendah) yang dibawah seliaan Razif.Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan yang tipikal. Malas, lembab, tidak efisien. Beliau amat anti dengan Razif kerana telah menyebabkan hidup beliau tidak seperti yang dirancangkan. Bustaman hanyalah seorang Melayu tipikal, berkelulusan SAP yang mendapat kerja di Jabatan Kerajaan melalui kabel-kabel bukan fiber optik. Semenjak beliau akil baligh lagi beliau bercita-cita untuk keje gomen kerana khabarnya keje gomen ni senang, masuk goyang telor, ujung bulan amik gaji. Tetapi panas yang di sangka sampai ke petang, rupanya banjir kilat sebelum Zohor. Kehadiran Razif benar-benar membuatkan BUstaman terseksa zahir kerana sering dikerah menyiapkan kerja tepat pada masanya dan batin kerana tidak dapat berfacebook mengstalking laman muka buku budak-budak perempuan baru nak naik bercamwhoring selama 8 jam sehari di pejabat.

Namun demikian, Bustaman adalah merupakan juga spesis Melayu tipikal yang menjawat jawatan sebagai penjawat awam. Walaupun cara kerja Razif setara dengan standard JIS (Japan International Standard), BUstaman masih lagi tegar menggunakan standard kakitangan kerajaan biasa. BUstaman tahu, walau seteruk mana sekalipun prestasi beliau, beliau tidak akan dipecat kerana polisi kerajaan pada masa kini adalah tidak membuang kakitangan atas ketidak kecekapan melaksanakan tugas hakiki.
Sebab itu, kalau Bustaman tiada di mejanya pada waktu pejabat, Razif pasti akan mencarinya di warung Kak Limah janda genit di seberang jalan. Bustaman lebih hebat dan hafal teknik 5 Taktikal Maut Dam Haji berbanding 5S walau begitu banyak poster berkenaan amalan 5S ditampal didinding-dinding dalam pejabatnya.

Bustaman adalah anak jati tempatan. Beliau membersar di sini. Kelebihan beliau yang tidak boleh dinafikan adalah mengetahui selok-belok jalan mahupun lorong-lorong tikus di Pekan Kajang ini. Ternyata pengalaman BUstaman mengatasi teknologi terkini GPS. Beliau sentiasa mendabik dada dikalangan rakan-rakan sejawatnya bahawa walaupun PAPAGO dan GAMIN mengupdate peta untuk peranti GPS mereka setiap tahun, namun kejituan mereka takkan sama dengan kehebatan beliau. Oleh sebab demikian, Razif kadangkala terpaksa menyuruh Bustaman pergi ke tempat-tempat tertentu untuk menghantar dokumen-dokumen penting dan segera seandainya budak pejabat tidak dapat hadir masuk kerja atas alasan-alasan klise seperti pening kepala, makcik meninggal dunia, tok ngah sebelah ayah sedara belah nenek dua pupu oyang masuk hospital dan sebagainya. Namun demikian mengarahkan Bustaman melakukan tugasan luaran mengundang risiko tinggi. Beliau hanya akan muncul kembali dipejabat 15 minit sebelum jam punch card menunjukkan waktu pulang. Biarpun tempat yang perlu dituju hanyalah sejauh sepenanak nasi, namun Bustaman mampu menjadikan selama tempoh mengukus kuih lapis. Hebat....

Di suatu pagi yang damai, Razif memasuki pejabatnya pada pukul 11.00 pagi sesudah siap melakukan lawatan tapak. Seperti biasa, Razif akan menjeling ke arah meja BUstaman yang terletak hanya beberapa kaki dari pintu utama. Mengikut pengalaman-pengalaman yang lalu, pada waktu ini BUstaman masih berada di warung janda genit Kak Limah. Arakian terkejut beruknya beliau seumpama beruk melihat sekontena pisang emas yang dibawa belayar dihanyutkan ketepian pantai. Bustaman kelihatan sangat tekun mengetik papan kekunci. Cuba juga Razif untuk menjeling apakah yang menyebabkan Bustaman begitu asyik. Adakah beliau sedang berchatting dengan sorang gadis belasan tahun di Facebook yang meletakkan gambar profilenya yang mempamerkan sedikit cleveage? Razif seperti hendak demam pabila melihat Bustaman sedang menyiapkan dan melengkapkan senarai inventori dan aset milikan pejabat yang sepatutnya disiapkannya bulan lepas. Razif terus menuju ke biliknya kerana tidak mahu menggangu BUstaman.

Selesai sahaja menghenyakkan punggungnya ke atas kerusinya, Razif segera mengaktifkan Samsung Galaxy Tab 7.0 plusnya untuk melihat jadual kerja beliau. Dilihatnya ada satu notifikasi untuk beliau mengepos dokumen penting berkenaan sebutharga tender membekalkan satu unit mesin jengkaut ke pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya. Terus dicapainya gagang telefon dan mendail sambungan ke meja Bustaman untuk masuk ke dalam biliknya. Sesampainya Bustaman dihadapannya, Razif meminta tolong beliau untuk membelikan sampul surat Pos Laju dan 2 tin air Nescafe Ipoh White Coffee dari kedai serbanika di seberang jalan. Walaupun terpaksa mengambil risiko dengan mengarahkan Bustaman, namun Razif kena juga buat begitu sebab dia terpaksa menyemak semua dokumen yang setinggi Gunung Everast dalam skala nisbah 1:18 000 di atas mejanya kerana minggu depan auditor untuk akreditasi ISO 9001:2008 dan ISO 14001 akan berkampung di pejabatnya. Beliau ingin mengekalkan rekod cemerlangnya selama 5 tahun berturut-turut apabila tidak mendapat sebarang Observation ataupun NCR (Non Conformance Report).

Sedang Razif asyik membelek muka surat 15 berkenaan tentang senarai semak pelupusan sisa berjadual, pintu biliknya tetiba diketuk dan serentak suara garaunya mengarahkan si pengetuk pintu masuk. LAgi sekali Razif seakan seperti mahu pitam pabila Bustaman datang dengan membawa barangan yang dipesannya tadi. Razif mencongak masa yang diambil oleh Bustaman, hanya 10 minit! Wow..ini suatu rekod peribadi dan jabatan terbaik yang di catatkan oleh Bustaman. Biasanya, Bustaman hanya akan kembali sesudah Zohor di ufuk. Bustaman terus meletakkan barangan di atas mejanya dan tuntas keluar dari pejabatnya. Razif sedikit culas dan menapak menuju ke tingkap sambil menyelak sedikit tirai. Dilihat BUstaman terus kembali ke mejanya dan menyiapkan tugasannya. Sifat ingin tahu Razif membuak-buak, setinggi sifat ingin tahu pasangan pengantin baru di malam pertama tidur bersama di atas katil yang sama. Namun demikian Razif kembali menyiapkan kerja-kerjanya kerana itu lebih utama.

Jam menunjukkan ke angka 1 petang. Waktu rehat telah tiba. Razif mengambil kesempatan ini untuk merisik khabar tentang perubahan drastik Bustaman. Razif lalu menuju ke meja pelatih industri; Syarifah Safiyyah Raidah binti Syed Syarafuddin Al-Kelantani ataupun nama manjanya Sherry yang Razif tahu ada menyimpan perasaan padanya.Setelah menyedari kehadiran Razif di sisi mejanya, Sherry dengan gaya seayu yang mungkin membetulkan hujung awning tudung Arianninya yang baru sahaja dibeli minggu lepas di Gulati's Silk Store setelah dapat elaun bulanan.Razif berbasa-basi bertanya kenapa Sherry tidak ke kedai Kak Limah janda genit menjamu selera? Sherry tidak pergi makan hari ini kerana beliau berpuasa sunat katanya dengan nada suara yang jelas kedengaran control ayu. Setelah itu, Razif terus bertanyakan Sherry kenapa BUstaman berperangai pelik hari ini. Setelah menyedari usaha menambat hati jejaka idaman hatinya tidak berjaya untuk kali ke 13, Sherry hanya tersenyum sambil membuka folder history laman web pada komputer Bustaman.

Selesai sahaja loading, terus keluar headline seperti ini di skrin monitor:


Laman webnya seperti ni: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/exit-policy-staf-kerajaan-gagal-capai-sasaran-kerja-selama-tiga-tahun-akan-dibuang/

Razif seakan sangat gembira sehingga terpanggil untuk mempelawa Sherry berbuka puasa dengannya sesudah Solat Maghrib nanti di Restoran Nasi Arab di Cyberjaya. Sherry terpana dan tidak menyangka tentang ajakan itu. Tanpa ragu-ragu Sherry terus menyatakan persetujuan dengan hati yang berbunga-bunga.

Oh, inikah cinta?

Wednesday, December 14, 2011

Someone Like You

  1. There was a time that something is keep on lingering and hindering you, even you are telling yourself that you must forget it.
  2. People says that time is the best remedy. Time can heal almost anything. Time can amend almost anything.
  3. People also say that, let bygones be bygones. 
  4. People do said that some mistake can't be undone
  5. 2011 will be ended very soon.
  6. It's unfair if you are trying to grow a plant in one pot when there is still another plant there.
  7. Even though the baker's having the second bun inside the oven, yet I can still remember clearly everything about the oven's owner.
  8. Maybe i've need to add into my new year resolution list; to find new oven owner.
  9. Dang..the first one really unforgettable and special....

    Wednesday, December 7, 2011

    Lost.

    1. Bermula hujung November sehingga sekarang, saya mendapati diri saya mengalami satu gejala kehilangan ataupon dalam bahasa Inggerisnya "LOST".
    2. Seriusly, saya seolah kehilangan arah tuju dalam pembinaan kareer dan hidup saya.
    3. Saya berasa sangat-sangat x seronok bila pegi keje sekarang. Tak macam dulu. 
    4. Sekarang saya x kisah masuk x ontime, then x sabar-sabar nak tunggu pukul 6 petang nak slot out.
    5. Sungguh serius, saya seakan telah kehilangan semangat, roh dan halatuju kareer saya...
    6. Terlalu banyak perkara-perkara di sekitar tempat kerja saya yang membuatkan semangat saya benar-bebar hilang...
    7. Masalah paling saya benci dan menyampah ialah POLITIK. Politik di tempat kerja memang cilaka dan kejam. Sama kotor macam politik di Malaysia.Walaupon kau tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bersikap neutral, kadang-kadang keadaan sekililing akan menyebabkan kau berasa bosan.
    8. Disamping beban kerja yang ridiculous. Serius sungguh itu pon boleh menyebabkan kau fed up. Kalau kerja yang sama orang lain ada assistant, aku pulak kena menghadapinya dengan seorang diri, berbekalkan keimanan dan kesabaranku yang setipis kulit bawang...heh..
    9. Saya pon x tau adakah saya boleh recover dalam masa yang terdekat ini...Kalau idok mau saya berubah angin mencoba nasib di tempat lain..
    10. End...

    Monday, December 5, 2011

    Gemok

    1. Saya merasakan badan saya bertambah gemok.
    2. 2 tahun kebelakangan ini banyak orang yang cakap badan saya telah mengalami transformasi sejajar dengan kadar pertumbuhan keluaran dalam poket kasar (KDPK)..
    3. Salah satu penyebab utama yang telah saya dapati adalah, keadaan ekonomi yang memberangsangkan telah mendorong saya untuk makan pabila terfikir...Contohnya: Hari ni macam rasa nak makan Spicy Chicken Mc Deluxe ah..zoomm..trus gi McD walaupon 2 hari lepas baru telan Big Mac..hahaha..
    4. Dulu zaman belajor ingat lagi ari2 nak makan kena catu...bajet..hahaha
    5. Average tengah hari makan dalam RM 2.50 (Melaka murah ko makan..dengan bajet sebegitu sebagai seorang pelajar boleh dikategorikan sebagai kenyang dan agak mewah)..malam maximum RM 4.00...kira-kira bajet maximum makan minum setiap hari tidak melebihi RM 10.00..kalau terlebih mulalah terasa bersalah kat diri sendiri sebab dah overbudget..hahahhaa...
    6. Dulu masa zaman uni, kalau nak makan McD tu kira macam nak celebrate bende2 yang something2lah..contohnya macam Ramai2 Tensen Sebab X Dapat Jawap Paper Final Kejuruteraan Kawalan..hahaha...Hari terakhir dalam semester itu dan sebagainya..hahaha
    7. Mungkin aku kena start mengaplikasikan teknik kawalan minda ala-ala Dr.Azizan (ala..yang gambar iklan dia mesti tunjuk dua jari telunjuk kat tepi dahi sambil merenung anda ..hahhaa)....
    8. End

    Saturday, December 3, 2011

    Tazkirah



    Kalau korang x sebak tgk iklan ni tak taulah....

































    p/s: mohon share dengan orang lain..semoga kita mendapat kebaikan bersama...