Saturday, December 31, 2011

Tahukah Anda?

  1. Di Malaysia, anda kena memiliki beberapa kemahiran untuk menjadikan anda pembeli yang bijaksana.
  2. Jadi di sini aku hendak berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan barang-barang elektronik dan komputer dengan harga yang terbaik.
  3. Pertama sekali, tentang henpon, telefon bimbit. Tahukah anda berapa margin keuntungan yang peniaga dapat untuk sebiji telefon? Tidak kiralah telefon pintar ataupun tidak pintar. Secara puratanya, sebiji telefon mereka akan mendapat untung bersih RM300 jika menjualnya mengikut harga yang pengeluar OEM iklankan di surat khabar ataupun di mana-mana. Ataupun jika hendak didenomasikan dalam bentuk peratusan, puratanya mereka akan untung dalam 20%. Jadi, jika anda berkenan banget dengan sesuatu telefon itu, dan penjual itu sangat kerek untuk tidak mahu menurunkan harganya, silalah bargain untuk mendapatkan free gift yang agak berkualiti. Cuba pow beliau dengan casing yang sederhana kualitinya, pelindung skrin mahupun install beberapa perisian yang anda rasa berguna...Alaa..dorang dapat perisian tu pon percuma download daripada internet...Jadi, coba dapatkan harga dan keuntungan yang lebih kepada pihak anda..hohoho
  4. Kedua, pastikan anda telah tawaf satu bangunan untuk survey harga. Kalau ada 5 tingkat, coba gagahkan diri explore semua tingkat.Tahukah anda, semakin tinggi tingkat anda naik, kebarangkalian untuk mendapat harga yang lebih rendah adalah tinggi. Satu sebab paling utama ialah kerana semakin tinggi lokasi kedai tersebut, semakin murah kadar sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan. X caya coba anda sesaje round2 kat Low Yat ke,Digital Mall ke dan bandingkan harga.
  5. Ketiga, pastikan sebelum anda menerjah lokasi kejadian, anda telah melakukan kajian kes di internet. Cara paling mudah cari barang tersebut dalam laman web Mudah.my, Ebay.com.my, Lelong.com.my dan tidak lupa juga laman web rasmi pengeluar barangan tersebut.Buat perbandingan intensif, x kisahlah guna taburan poisson ke ataupon janjang geometri. Perhatikan jurang harga. Sesetengah barang, kita akan dapat lihat perbezaan jurang yang amat besar (dengan anggapan barang yang dibandingkan adalah baru, tidak pernah dipakai, bukan second hand dan yang paling pasti ada 'bau kedai').Ambil rujukan dua nilai harga yang terendah, kemudian baru terjah.
  6. Keempat, kalau boleh pergi berdua. Bukankah berdua itu lebih baik? Macam kata Acha Sepritriastigarasa...
  7. Kelima, test market. Buat2 anda seperti sangat berminat untuk mendapatkan barangan itu. Tanya itu dan ini serta apa yang kita boleh dapat secara percuma. Kemudian buat excuse kata nak pergi ATM  nak keluarkan duit..Then pergi usha kedai lain plak..hahahaha...Cobalah, anda pasti akan takjub dengan harganya.
  8. Keenam, pastikan anda bersolat kerna orang yang bersolat insya-allah murah rezekinya. Kan?
  9. Ada satu lagi cara yang aku x pernah try tapi diajar oleh kawan aku. Pergi sepagi yang mungkin dan jadilah pelanggan yang pertama.Menurut kepercayaan Ah Chong Telekomunikasi yang mewakili kaum cina, pelanggan pertama untuk hari perniagaan tu amat penting. Jadi, kaum cina mesti menjual kepada pelanggan yang pertama kerana jika pelanggan yang pertama tidak jadi membeli, maka akan 'suwey' lah perniagaan mereka pada hari itu. Jadi apa lagi, bargain gile khinzir..hahaha...
  10. Satu lagi, tahukah anda harga henfon akan naik menjelang setiap musim perayaan? Apa neraka betullah mereka itu....
  11. Satu lagi lepas satu lagi, tahukah anda, harga komponen barangan komputer akan dijual secara murah setiap bulan secara bergilir-gilir? X paham? Ok memang saja aku tulis nak bagi korang x paham..hahaha...Ok..contohnya, bulan Januari harga RAM akan dijual jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kemudian bulan Februari pulak dorang buat jualan murah Keyboard..contohnya...tetapi untuk mengetahui apakah harga yang jatuh untuk bulan tersebut, anda kena ada kaki yang bekerja di tak lain dan x bukan Plaza Low Yat dan juga Jalan Imbi. Pengetahuan tambahan, Plaza Low Yat dan Jalan Imbi memang surga baranga komputer....
  12. Harapannya, posting ini pun dapat mebantunya dirimu pun...Selamat membeli dan belah dari shopping complex..hahaha

No comments:

Post a Comment