Tuesday, July 12, 2011

Kereta Proton Ada Kotak Gear CVT (Continuous Variable Transmission)

  1. Di sini kita dapat melihat antara faedah usahasama Proton dan Mitsubishi yang terbaru.
  2. Ramai yang mengecam Proton seumpama kembali ke zaman Parameswara dengan memasarkan kembali model Mitsubishi yang telah dilencanakan semula (rebadge).
  3. Tahukah anda model Lancer Mitsubishi mempunyai kotak gear CVT?
  4. Dengan terjalinnya kerjasama terbaru, para jurutera Proton mampu menterbalikkan kejuruteraan (reverse engineering a.k.a RE) dan juga membuat penyelidikan dan pembangunan (Research & Development a.k.a R&D) ke atas teknologi CVT ini. Untuk bermula dengan lakaran memerlukan kos yang sangat tinggi. Apa salahnya buat RE, betul x Encik Posmen?
  5. Anda tahu macamana CVT berfungsi? Anda pernah nunggang Inspira 1.8P dan juga 2.0P? ataupun Lancer terbaru? Aku tidak pernah. Tetapi mengikut perbincangan tidak rasmi kedai kopi hujung jalan, dengan teknologi CVT penukaran gear akan menjadi sangat smooth dan lancar. Walaupon anda menggunakan kereta automatik sekarang ini tanpa kotak gear CVT, anda tetap juga akan dapat merasai 'jerking' atau kejutan semacam hentakan semasa proses penukaran gear. 
  6. Salah satu kelebihan CVT ini lagi ia dapat menjimatkan minyak sebanyak beberapa peratus semasa pemanduan bandar (city driving) ataupun pemanduan jarak jauh (Cruising) kerana 'jerking' tu telah dapat dinyahkan.
  7. Antara keburukan CVT ini adalah minyak gear lebih mahal daripada minyak ATF biasa. Boleh koyak jugaklah poket anda jika anda membayar untuk setiap kali servis.
  8. Mengikut sumber x rasmi daripada teman aku, dengan menggunakan teknologi CVT, bilangan kelajuan gear boleh disetting sehingga 32 kelajuan begitu (maaf kalau aku silap). Sebagai perbandingan kereta konvensional sekarang secara pukul rata mempunyai 4 dan 5 kelajuan. Cer bayangkan kalau ditala menjadi 32 kelajuan, mungkin perbualan ini akan terjadi. "Gile ko, pagi tadi mak aku pergi pasar pinjam Inspira aku selamba kodok je dia pancung lori ayam tu kat selekoh maut x drop gear. Pakai gear 32 je tu! Dasat tol mak aku ni"
  9. Tapi untuk anda yang gilakan bunyi rev, sila lupakan itu semua. Kalau anda gilakan bunyi hi-rev, meh layan bideo "VTEC bukak" daripada TiubKamu ini...


No comments:

Post a Comment