Thursday, November 20, 2014

B(ar)bi(e)S!!!


  1. Ini contoh tidak baik. NSFW, 18SG.
  2. Kadang-kadang aku tensen buat coding debug crash, buat coding debug crash...
  3. Kalau kat kilang aku stress aku sepak je tangki minyak ke, baling sepana ke, hisap rokok banyak-banyak kat kantin ke...
  4. Kalau buat coding ni xkan aku nak sepak laptop aku pulak?
  5. No wonder gaji programmer manthop-manthop khabarnya...

Saturday, November 15, 2014

Mung tau ke dok? Mung jangan wat bijok mung! Natang nim....

  1. Hai.
  2. Kamu dan kamu serta kamu senang cerita kamu-kamulah semua, semoga sentiasa dirahmati Tuhan yang mencipta Adam, Isa, Firaun dan The Great Muhammad.
  3. Hari ini saya nak bercerita tentang ketahuan lawan kebijaksanaan.
  4. Apa itu ketahuan? 
  5. Samakah dengan kebijaksanaan?
  6. Sebenarnya ada perbezaan. Ketahuan ialah asas kepada kebijaksanaan. Jack Bass kata knowledge is the basic to the wisdom
  7. Quote paling popular dikalangan omputih adalah "Knowledge is knowing that a tomato is a fruit. Wisdom is not putting it in a salad.
  8. Kalau versi Jawa Melayu kacuk Jerman-Anglo-Italian macam aku ni pulak, Pengetahuan ialah tahu log in Facebook. Kebijaksanaan pulak ialah tidak log in Facebook lepas tu promote skim Log In Facebook Hari-Hari sambil menyikat bulu ari-ari dapat Rm1000.
  9. Annoying duhz. Ko post gambor duit cenggitu. 
  10. Ok macam biasa. Korang nak lagu Taylor Swift lagi ke di penghujung rancangan ini?
  11. Tukarlah. Kita dengar lagu Lorde plak. Dahlah comel. Lagu unik plak tu. Pergh..ni kalu aku dapat Lorde ni, mau sampai dari Tanjung Sepat orang datang majlis ni...bwahahahahaa..mimpilah...

Friday, November 7, 2014

Sebuah Kisah Classique untuk masa depan...cewah!


  1. Hai.
  2. Assalamualaikum anda. Tak jawap dosa, hidup siksa, mati masuk nurakka...vavavavoom
  3. Di kesempatan ini, saya ingin menukilkan beberapa patah bait-bait untaian perkataan yang tak indah.
  4. Pertama-tama sekalinya, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpahan Rahman dan Rahim-Nya, Malaysia kekal aman sejahtera di bawah bimbingan YAB Dato' Seri Najib Al-Razak Mangkubumi Petala Langit ke-7 The Last Airbender (pinjam ayat Meran).
  5. Keduanya, padan muka JDT kalah Final Piala Malaysia 2014..bwahahaha...sejujurnya, saya melihat JDT bakal menjadi satu kuasa bola sepak di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kalau anda mengikuti perkembangan JDT, memang anda akan kagum dengan pemikiran Pengerusi PBNJ. Paling awal pun saya jangkakan  musim 2015 JDT akan menjadi unbeatable. Selaku penyokong Selangor, saya berasa sedih. Sudahlah MISI 33 dah bertahun-tahun x capai target. Kalau dalam company, CEO boleh kena pecat sebab KPI asik x dapat je. Harapnya Datuk Mokhtar (bukan bukan nama sebenar) insaf dan meletak jawatan secara sukerala.
  6. Adapun sahaya tidaklah benci dengan JDT. Tapi sahaya tidaklah bereapa berkenan dengan perangai diehard fan JDT (since 2010 sumthing..kononya). Ade je teman-teman teman yang menyokong industri bola sepak Johor dari zaman dahulu tapi menten cool baq ang.
  7. Ketiga, saya berasa pelik. Sekarang ni bolehlah dikatakan musim hujan. Tapi saya x dengar langsung irama nyanyian katak dan kodok di sekeliling rumah saya. Nak kata saya duduk di perumahan mewah tingkat 15 macam di Mont Kiara tu idokle. Tapi betul pelik. Air parit besar depan rumah saya tu pun dah cecah tahap bahaya. Tapi betul x dengar ong-ong kedek-kedek katak. Ke katak-katak sekeliling rumah saya dah pupus akibat di culik oleh pelajar-pelajar sains Tulen tingkatan 4 yang amik matapelajaran biologi topik mengkaji sistem respirasi katak dan lipas? Saya masih ingat lagi bagaimana saya meniup paru-paru katak yang baru dibedah menggunakn tiub kaca. Memang jelas kembang-kempisnya. Arwah baik dulu haiwannya. So, macamana dengan kawasan rumah anda? Masih adakah kekatak dan kekodok berkarok bilamana hujan menimpa bumi kebelakangan ini?
  8. Keempat, kisah pelajar singlet hitam belasah junior. Itu adalah sebahagian daripada hakikat kehidupan di asrama. Pukul-memukul sebahagian rencam kehidupan. Tapi sepatutnya para senior kena ada kod of conduct dan peraturan sendiri memukul junior. Ada bahagian yang boleh. Ada bahagian yang kena elak. Tapi kalau tengok pelajar singlet hitam dalam video viral tersebut, tu dah menyimpang jauh daripada code of conduct tu. Saya pun rasa macam nak tumbuk je pelajar singlet hitam tu.
  9. Hidup di asrama penuh pancaroba. Tapi pancaroba itu yang menjadikan kita manusia. Macam-macam bentuk hukuman di antara senior dan junior. Kalau senior yang skema, biasanya bentuk hukuman yang di laksanakan adalah seperti dengan menghafal isi perjanjian pangkor dalam tempoh 5 minit, kalau x dapat kena basuh spender ataupun kasut. Kalau senior yang memang bajet taiko, sepakan ala-ala Mat Yo amek penalti ke betis junior tu adalah antara SOPnya. Sakit siyot kalau kena sepak kat betis. Ko pernah rasa x?
  10. Tapi biasanya senior tidak melaksanakan sesi hukuman secara suka-suka. Mesti ada salah besar yang junior tu buat. Macam mencuri. Kalau mencuri ni, satu batch pun boleh pukul. Member aku dulu sayur lepas kantoi curi duit member aku sendiri. Sian member aku tu duit tu nak bayar yuran asrama. Tapi member aku yang mencuri tu pergi buat beli walkman daripada senior aku. Malam kumpul ramai-ramai satu batch dalam satu dorm. Halau semua budak junior dorm tu soh tido dorm kawan-kawan dorang, buat bulatan, pencuri dok tengah-tengah. Sorang-sorang terajang. Royal rumble. Tapi keesokan harinya x de plak beliau report warden ke cikgu ke bapak die. Sebab die memang tahu die bersalah. Ini adalah salah satu contoh kejadian sebenar saya semasa bersekolah di salah satu sekolah agama yang kononnya terkenal di Selangor..
  11. Baiklah, sekian terima kasih kerana berjaya membaca sampai  ke nombor 11 walaupun aku x boh nombor 5 kat atas.

+
+
+
+
































# bahahaha..tipu je. tahniah jika anda telah gigih scroll up balik untuk memastikan no,5 tu ada. 

Thursday, October 30, 2014

dejavu wak lu 2.0


  1. Aku pernah menulis tentang dejavu wak lu di entry terdahulu di sini.
  2. Malam semalam, aku tidorlah macam biasa.
  3. Pastu paginya, bile aku tengah menikmati pancuran shower, teringat mimpi malam tersebut.
  4. Dalam mimpi tu, jelas kelihatan kelibat ex-bos aku di kampeni Swiss dalam keadaan serabut, clerk aku pon sama, bebudak teknisyen pon sama...dalam mimpi aku tu bila aku menyapa sengsorang, muka masing-masing stress macam Zita x puas hati Melina kawen dengan Luqman dalam cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
  5. Nak dijadikan cerita, tengaharinya lepas waktu lunch lebih kurang sambil aku tengah buat-buat produktif depan komputer sebab bos aku duduk belakang meja aku je, dapat sms daripada ex-teknisen aku tu.
  6. Dia mintak aku kirakan kapasiti vane pump daripada flowrate begini kepada flowrate begini.
  7. Setelah memberikan sedikit tips secara jarak jauh truttuuut truutuu tuuutuuutuuuutt (bunyi gelombang CDMA Celcom aku anta SMS. Orang maqam lebih tinggi daripada Ayah Pin je boleh dengar bunyi gelombang tersebut) aku pon tanya kenapa beliau mintak tolong aku yang jauh padahal setahu aku dorang ada 2 engineer kat site plus 1 engineer (ex-boss aku). 
  8. Die pon citer sorang engineer tengah cuti kawen, sorang engineer x ingat plak aku die cakap apa tadi, ex-bos aku tgh pening sebab dandang masalah habis satu plant x dapat jalan sebab polis keselematan industri (JKKP) x bagi repair, suh tukar baru dandang. Mau x pening, plant ni penting sebab die produce minyak sawit berkualiti tinggi (minyak kaler merah macam brand Caroteno kat pasaraya tu ha..minyak ni mmg mahal weh rega die) pastu customer order pon bortingkek-tingkek.
  9. Agaknya talian telepati aku x potong lagi kut. Tu boleh sampai ke alam mimpi tu.. 
  10. Papehal layan lagu Taylor Swift sattuuu...... 

Saturday, October 18, 2014

Beatch!


  1. Kadang-kadang aku x paham, kenapa gadis ayu perlu bertukar menjadi seekor Beatch.
  2. Adakah kerana kurang kasih sayang?
  3. Adakah kerana mengidam kasih Bad Boy?
  4. Adakah kerana Beatch is cool?
  5. Banyak gak gadis-gadis Melayu nak berubah menjadi Beatch sekarang ni.
  6. Haram jadah betol.
  7. Aku sebenarnya nak meluahkan ketidakpuasan hati.
  8. Sebab gadis-gadis penyanyi Hollywood banyak dah bertukar menjadi Beatch.
  9. Dulu ada Britney. Sapa boleh lupa watak suci ayu beliau di awal-awal kemunculan. Lagu Ops Aku Terlajak Lagi, Debik Saya Sekali Lagi, Kengkadang, Bertuah, Saya Dilahirkan Untuk Menggembirakanmu dan beberapa lagi lagu zaman suci ayu. Mula menjadi Beatch dengan lelagu seperti Terlebih Melindung, Toxic, Duet dengan Kabbalah Madonna..hampa ko tau x..hampa...
  10. Ni yang terbaru, Taylor Swift..haram jadah..masih terngiang-ngiang gemersik suara gadis Country mengalunkan bait-bait lagu "We were both Young, when I first saw you....". Aku ingat lagi saat pertama mendengar lagu "Love Story" ni..Zaman tu aku bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di salah satu IPTA di Bangi. Waktu pagi nak pegi pejabat sambil memandu gaya-gaya bapak Tohui yang tengah mabuk dekat jalan dari Pusat Nuklear ke UKM tu..tiba-tiba kuar lagu ni kat Mix.FM. Zaman tu mana ada Shazam bagai nak detect lagu sapo ni...henset Samsung pun orang x pandang zaman ni..zaman tu sapa pakai Samsung poyo...bahaha..zaman ni zaman kegemilangan Motorola henset lipat-lipat ko tau x..bahaha..ko tau x azab die nak tau sape penyanyi lagu tu...sifat ingin tahu yang membuak-buak membuatkan aku tidak konsentrasi bekerja satu hari ko tau...sekarang tgk apa dah jadi dengan Taylor Swift ni..lagu terbaru Shake it off...tgk video klip die masya allah..x Shariah compliance langsung..nak kata Christ compliance pun macam susah jugak...
  11. Tapi revolusi Beatch paling dasat pada aku setakat ni memang milik Hanna Montana...ko tau x lagu The Climb, Party in the USA...ni zaman ngetop die masa muda-muda polos..sekarang mashallah...Miley Cyrus dah macam apa dah dengan video klip lagu-lagu terkini beliau..ingat x bagaimana beliau berayun dengan bandul dalam video klip Bola Yang Memusnahkan?
  12. Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama melayan dan menyokong lagu Dato' Siti Nurhaliza dan Allahyarhamah Sharifah Aini. One thing, aku memang salute gile dengan Allahyarhamah Sharifah Aini, kalau kau dengar betul-betul alunan suara die.memang ko boleh rasa ada X-Factor di situ... 

Tuesday, September 16, 2014

"Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?"


  1. Hai Bedah dan Bedul yang sudi melawat dan menyinggah belog hamba ini, semoga sentiasa dalam limpahan dan lindungan Tuhan hendaknya.
  2. Hari ini, aku nak berkongsi sedikit berkenaan sistem pengoperasian telefon pintar berasaskan Android.
  3. Ape bende Android? Android adalah satu sistem operasi telefon pintar berkonsep sumber terbuka (open-source) yang tidak dimiliki tapi diurusselia oleh pihak Google dan Open Handset Allience (Persekutuan Telefontangan Terbuka-ni aku translate direct, jangan percaya mahupun rindu sampai 200%).
  4. Android dilepaskan (released) pada tahun 2007, bulan di mana Guns n Roses sentiasa melayan jiwang di bawah pancuran November Rain.
  5. Tahukah anda, kebanyakan orang percaya, lambang Android diinsipirasikan daripada rekabentuk robot R2-D2 dalam siri Enamlogi Star Wars. Siapa x pernah tengok Star Wars maknanya x cukup syarat hidup. Star Wars ada beberapa watak seperti Anakin Skywalker yang bernikah dengan Padme lalu melahirkan anak bernama Luke Skywalker. Anakin Skywalker adalah calon Jedi yang paling berbakat tapi kerana George Lucas nak jadikan die seorang watak jahat superior dan cool maka die kemudian menjadi Darth Vader. Sebab tu ada satu scene dalam Star Wars ada Darth vader membuat pengakuan kepada Luke Skywalker "I'am your father". Baiklah, kita tinggalkan dahulu cerita Star Wars.
  6. Android cukup terkenal dengan codename berbentuk makanan pemanis. Mungkin kerana mereka terpengaruh dengan ayat-ayat adik manis ataupun mungkin para programmer ni memang suka makan benda-benda manis.
  7. Berikut adalah senarai versi-versi Android:
  • Alpha (1.0) 
  • Beta (1.1)
  • Mamak Cupcake (1.5)
  • Dunkin Donut (1.6)
  • Eclair (2.0-2.1)
  • Tutti Frutti Froyo (2.2-2.2.3) -Froyo adalah singkata Frozen Yogurt nox..
  • Gingerbread (2.3-2.3.7)
  • Honeycomb (3.0-3.2.6)
  • Ice Cream Sandwich (4.0 - 4.0.4)
  • Jelly Bean (4.1 - 4.3.1)
  • Zizan Razak KitKat (4.4 - 4.4.4)
  • "L" (developer review) - android terkini. baru sahaja dilancarkan semasa Google I/O beberapa bulan lepas. cakap-cakap belakang mengatakan L tu codename untuk "Lollipop". Mungkin dijangka akan disumbat ke dalam peranti tidak lama lagi.

  1. Okey kembali ke nombor 1 sebab aku x pandai nak sambung no 7 ke no 8.
  2. Android codename Honeycomb dibangunkan khusus untuk tablet. Sebab dalam API (Application Programming Interface) Honeycomb ada tambahan untuk sokong Fragment. Kelebihan Fragment ni adalah kau boleh muatkan dua antaramuka dalam satu screen . Maklumlah, tablet kan saiznya besar, ada yang saiz 10", 7". Jadi selain berfungsi sebagai dulang angkat air untuk dihidangkan kepada tetamu, pemilik tablet bolehlah mengoptimasikan saiz permukaan screen yang luas ittew.
  3. Tetapi, peranti yang menyokong android 3.X tidaklah banyak. Selepas daripada itu, semua versi selepas Honeycomb menyokong penggunaan Fragment.
  4. Korunk pernah dengar telefon Android chap Nexus tak? Paling terkini Nexus 5 keluaran LG. Baiklah, telefon cap Nexus ini adalah telefon Android sejati (pure android) keluaran Google dengan kerjasama beberapa pengeluar telefon. Antara pengeluar yang pernah keluarkan model-model Nexus ni adalah HTC, Samsung dan LG. 
  5. Telefon rangkaian Nexus ni memang dibangunkan untuk kegunaan para developer. Sebab itu mana-mana android update terbaru memang akan terus dapat kat pemilik telefon model Nexus. Tak caya pegilah tanya apek-apek jual tepon kat Law Yat ke, Terminal One ke. Kalau dorang tak tahu korunk lehlah tanya Lebai Google.
  6. Tulang belakang Android adalah Java. Seperti iOS, tulang belakang mereka adalah C/C#.
  7. Android ini sebenarnya banyak dipopularkan oleh gergasi Korea Selatan Samsung. Berapa banyak telefon Samsung pakai OS Android?
  8. Android juga bercadang mengembangkan applikasi mereka. Kini mereka sibuk dengan Android Wearable ( Wearable ni adalah nama glamor untuk peranti macam smartwatch tu, maksudnya kita boleh pakai kat badan kita sebab tu lah dipanggil Wearable wahai bedah dan bedul sekalian ...hohoho). Androd dalam bentuk TV (talibesen) pon dah mula banyak sekarang ni. Industri automotif pon dan mula nak menerima Android ni.
  9. Sebagai penutup bichara, marilah kita bersama-sama tidak mengabaikan pasangan kita walaupun kita ada smartphone Android yang power-power, takut nanti isteri kita tergumam dalam hati "Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?" sebab si suami sibuk layan game Clash of Clans waktu tengah makan sama-sama kat kedai Mamak Cupcake.

Saturday, September 13, 2014

"Hello Jabatan IT, boleh datang meja ahkak tak? Ni komputer ahkak video YouTube sekat-sekat. Tolong cepat sikit ye..nanti bos masuk japgi"


  1. Hai, hari ini saya nak kongsi dengan anda Widget yang saya gunakan pada Laptop saya yang beroperasi menggunakan Windows 7.
  2. Sila perhatikan pada gambar yang tertera di bawah. Amati gambar ini dengan tenang dan jangan cuba membocorkan soalan UPSR pada tahun hadapan pula (tetiba plak...kahhh)
  3. Secara asasnya, saya menggunakan 6 widget ini untuk kemudahan saya memantau operasi laptop saya. Bermula dari baris kanan sebelah atas sekali itu adalah widget Kalender. Dan dikuti pusingan arah jam Widget CPU Usage, Widget GPU Meter, Widget Network Meter, Widget Drive Meter dan juga Widget Battery Meter.
  4. Widget Kalender biasanya saya gunakan untuk membuat analisis dan unjuran menggunakan kaedah Laplace Songsang untuk memilih tarikh yang sesuai bagi membeli MC mahupun menonton perlawanan bola sepak Manchester United.
  5. Widget CPU Usage saya biasa gunakan untuk memantau penggunaan memory RAM saya serta Unit Pemprosesan Pusat saya..x tahu apa dia Unit Pemprosesan Pusat? Ala orang Jawa Jerman panggil CPU..CPU ni biasanya cap Intel ataupun AMD. Ok. Anda nampak x graf-graf pada widget CPU Usage tu? Graf itu menunjukkan peratusan penggunaan ruang memori dan juga kerja CPU anda. Ketika gambar ini di snap shot, laptop saya baru usai membuat simulasi. Widget ini sebenarnya mampu membantu kita. Andai kata laptop/komputer anda tetiba macam tersengguk-sengguk, lambat sangat nak ejakulasi bila membuka sesuatu windows ataupun program, boleh jadi ada "kerja-kerja belakang tabir yang anda tidak lakukan tapi dilakukan secara tiba-tiba dan paksa oleh pihak ketiga". Katalah ada unknown running background task yang anda x execute, kadang-kala ia boleh menggunakan sepenuhnya kuasa CPU dan RAM kita, secara x langsung komputer/laptop kita akan jadi lembab.Ko paham x apa aku tulis ni?Ah senang cerita, kalau semua graf ko tu penuh otomatis lembablah komputer/laptop ko. Bilangan graf pada widget itu bergantung kepada jenis CPU anda. CPU saya i5-2core-4thread. Jadi saya ada 4 graf mewakili CPU saya. Widget ini juga boleh memantau suhu CPU anda. Kalau kipas CPU anda banyak habuk, boleh jadi CPU anda akan cepat panas. CPU ni die ada limit temperature die. Biasanya 80 degree celcius cut-off die. Bilamana cecah suhu ni, automatik sistem anda akan terus mati tanpa ada apa-apa amaran. Bila ini terjadi, usahlah anda aleutooo kan orang-orang IT anda mahupun kerajaan Barisan Nasional, cubalah anda muhasabahkan kipas laptop anda. Satu lagi, sebab tu mana-mana bilik server mesti ada ekon punya. Nak kawal suhu ambient. Kalau x nanti kena aleutoo je dengan manager.
  6. Manakala widget di bawahnya pula adalah GPU Meter. Dah mende pulok GPU ni? Tadi CPU ni GPU pulok..parok parok..GPU ni nama sebenar dalam IC ialah Graphics Processing Unit. Kerja die buat rendering agar graphic lawa ke x lawa. Budak lelaki mesti tahu punya kepentingan GPU yang power ni. Apalah ertinya main FIFA/Counter Strike tapi player lari sengguk-sengguk tengah padang/padang pasir. GPU meter ini biasanya saya x monitor sangat pon, x penting mananya kalau x dibuat main game. Dah kalau tgh main game xdelah pulok teman nak monitornya, camne teman nak main game kalau nak kena tekan butang Windows pada keyboard untuk tgk grafnya?
  7. Widget disebelahnya pula adalah Network Meter. Fungsi utama nak memantau sambungan Internet kita. Kalau pakai wifi, die boleh tengok berapa kuatnya signal wifi tu pada laptop/komputer kita. Graf-graf juga boleh menunjukkan masa nyata berapa kelajuan download kita pada masa tu. Widget ini biasanya saya pantau kalau tengah menyedut-nyedut Torrent mahupun nonton Youtube Video setting quality 1080p punya..Widget ini juga ada keupayaan memonitor dan mengset limit broadband anda. Kalau anda pakai Maxis Home Fibre ke dapatlah juga die ni membantu memantau sedikit sebanyak..Widget ini dapat juga memberi gambaran kasar samada berlaku drop line ke x..contoh tengah asyik menonton video iklan iPhone 6 nyata ketinggalan daripada Nexus punya spec, tetiba keluar gambar loading. Cer cek widget ni, kalau graf die kosong je tu boleh jadi line drop...untuk WAN atau LAN saya x berapa pasti..anda bolehlah try monitor sendiri..
  8. Wiget diatasnya tu adalah drive meter. Fungsi die memantau harddisk kita.
  9. dan widget yang terakhir adalah battery meter. Memantau berapa lama bateri nak kaput, dan juga berapa lama bateri nak penuh bila cas. Letih plak naip manjang-manjan ni...hahaha
  10. Mana nak dapat widget-widget ni? Layari laman web Soalan UPSR Bocor 2014 dan downloadlah sesuka hati andaaaaa.....

Thursday, September 11, 2014

of apps and engineering


  1. Sekarang saya tengah mendalami ilmu membina mobile apps.
  2. Saya sekarang mengfokuskan kepada pembangunan apps untuk OS Androids kerana Apple sangat kedekut untuk tidak membenarkan saya dan orang lain menginstall SDK ke OS selain Apple OS semudah menginstall SDK Android ke iOS, senang cerita kau kena ada macbook atau imac, dan harganya sangatlah mahal..pfft..
  3. Cita-cita saya ialah membangunkan apps untuk kegunaan Kejuruteraan Penyelenggaraan. Pada bulan Ogos lepas, dengan izin tuhan Allah saya telah terpanggil untuk membentangkan kertas kerja di hadapan panel untuk program SUPERB Teraju di MaGIC Cyberjaya. Jika ada rezeki, dapatlah saya terpilih ke pusingan separuh akhir yang dijangka diketahui paling lewat minggu depan. Kalau tiada panggilan maknanya saya tidaklah berjaya ke separuh akhir untuk kali ini.
  4. Saya telah mempelajari bahasa pengaturcaraan Java sejak beberapa bulan yang lepas dalam usaha untuk memahirkan diri dengan pembangunan apps untuk Android ini.
  5. Jika segalanya lancar, saya bercadang ingin membeli Facebook, kemudian menukar namanya kepada Mukabuku. Barulah 1Malaysia.
  6. Jika segalanya kurang lancar, saya akan membuka syarikat kecil-kecilan untuk menawarkan perkhidmatan pembangunan apps untuk rakyat Malaysia amnya dan Bumiputera khususnya. Mengikut perancangan saya, saya kini berada pada tahap 10% daripada rancangan perjalanan saya.
  7. Insya allah jika segalanya lancar, saya akan mula berniaga paling awal permulaan bulan oktober 2014 ini.
  8. Jadi kepada kalian, nantikan kemunculan saya sebagai pembangun apps untuk anda.
  9. Sekian terima kasih untuk post kali ini..

Monday, September 1, 2014

Dian

Dian,
Khabarnya bagaimana bila di sisi Tuhan?
Sinar dianmu yang nian lela tidak pernah sirna,
Biar kalbuku dipagut rawan,
Saat kuterima perkhabaran

Dian,
Dalam diam masa tetap berdetik,
Masih bugar di minda ini bila mana ceritera bermula,
Kau, aku dan alam menjadi saksi,
Menyemai benih taman-taman di hati.

Dian,
Masih bugar di minda,
Bagaimana benang-benang impian disulam,
Rapi, menjadi satu hamparan,
Menghampar membelah dataran masa hadapan

Dian,
Bilah-bilah hari kita hitung,
Detik waktu bagai tidak bertepi,
Derap detak rentak kita orak,
Bersama mengejar cita dan mimpi.

Dian,
Biar dirancang rapi dan mapan,
Namun tiada tanding kuasa Tuhan,
Biar tiada ruang terus berteman,
Kau aku pasrah pada ketentuan.

Dian,
Ratu yang pernah bertakhta di singgahsana hati,
Mana bisa gampang disilih-silih,
Biar ada yang menawar impian,
Nyata sorot dianmu nian ulung tiada tandingan.

Dian,
Arjuna mana yang tak terpana,terbata, terpempan,
Saat disua khabar mengundang sedan,
Biar hati kekar bak kersani tercanai,
Pasti luluh mengundang derai.

Dian,
Dini hanya Al-fatihah mampu dilayangkan,
Bila rawan ini bisa ditawan,
Langkah kan dihela biar perlahan,
Menziarah hentian nesan terukir namamu Dian.



Wong Lanang aka FM
1 September 2014




Thursday, July 24, 2014

23 Julai 2014


  1. Hari ini aku dapat satu SMS dan Wassap yang mengejutkan.
  2. SMS daripada member aku ex-technician dan Wassap daripada ex-boss aku di Swiss company dulu, mengkhabarkan berita kematian salah seorang ex-colleague aku semasa aku berkhidmat di SDJSB.
  3. Beliau sebelum ini didiagnosis menghidap kanker paru-paru. Aku sempat berziarah ketika beliau masih mula-mula mendapatkan rawatan kemoterapi 5 bulan lepas.
  4. Berita ini amat mengejutkan, kerana tidak ku sangka arwah telah pergi. Walaupun beliau kelihatan sihat dan kuat, even mengikut kata-kata sahabat aku yang sempat berziarah bertemu arwah tengah hari sebelum arwah disahkan meninggal, beliau kata arwah memang nampak sangat sihat, malah telah meminta daripada doktor sendiri untuk keluar dari wad kerana mengikut kata-kata arwah, beliau tidak pernah merasa sebegitu sihat semenjak sakit selepas menerima pemindahan darah beberapa hari lepas.
  5. Arwah merupakan orang yang penting dalam organisasi SDJSB. Beliau tidaklah ada ijazah mahupun diploma, namun berkat kesungguhan dan pengalaman, beliau menjadi orang kepercayaan bos-bos di situ.Malah beliau telah di naikkan pangkat ke Senior Executive pada tahun lepas.
  6. Aku dan arwah boleh dikatakan rapat. Maklumlah dia kepala operasi, aku plak handle mentenen. Tidak boleh tidak memang selalu berjumpa. Aku ingat lagi hari pertama bekerja di SDJSB, dah kena sound dengan arwah. Aku menganggap pada masa itu bapak kereknya orang tua ni, nasib baik dia dah tua. Sepanjang setahun lebih di SDJSB, macam-macam dah kami lalui. Bergaduh sebab kerja pungpangpungpang, sat lagi petang masa nak balik bertukar-tukar rokok sambil gelak-gelak cerita-cerita dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta. Banyak yang aku belajar daripada arwah. Arwah ni pula jenis yang senang dibawa berbincang dan memahami. He covers my ass, I cover his ass...sempoi..yang penting keje jalan. X macam exec lain, tau nak settle, tapi bila mintak idea haramjadah menghilangkan diri seperti bau kentut di tiup angin Selat...
  7. Arwah juga antara orang yang banyak mengganggu tidur malamku dahulu, breakdown konfom telefon aku. Aku pon kadang-kadang suka kacau tidur malam dia, saja ngada-ngada nak update melalui panggilan walaupun boleh sekadar bersms..hahaha
  8. Banyak kenangan bersama arwah...semoga arwah tenang di sana, sementelah pemergiannya di bulan penuh rahmat ni...

Sunday, July 20, 2014

Hari Raya dan Kerepek


  1. Hari raya aidilfitri bakal menjelang untuk tahun 2014 ini.
  2. Seperti biasa, selaku orang jawa Italy, aku memang xleh nak lepaskan kerepek, peyek dan juga tumpi sebagai hidangan hari raya.
  3. Bermastautin di  Kanchong Darat, Banting, sewajarnya aku tidak perlu resah gelisah untuk mendapatkan kerepek-kerepek, peyek dan tumpi, sementelah di sekitar sini banyak kilang-kilang IKS yang menghasilkan kerepek, peyek @rempeyek dan tumpi.
  4. Tetapi, pada pandangan aku sejak 5 tahun kebelakangan ini, selaku orang tempatan agak susah nak dapatkan kerepek,rempeyek dan tumpi ini jika dah separuh bulan berpuasa. Hal ini terjadi kerana kapasiti pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan sempena ketibaan Syawal. Aku difahamkan, bukan hanya orang sekitar je yang membelinya, bahkan orang luar dari Kuala Lumpur, Shah Alam, malah ada juga dari Nilai, Kuala Selangor sanggup turun ke Banting ni mencari kerepek.
  5. Mereka ini adalah kebanyakannya peniaga. Harus aku akui, memang harga kerepek-kerepek, rempeyek-rempeyek dan tumpi-tumpi sekitar kawasan rumah aku ini murah. Aku juga difahamkan harga kerepek-kerepek, rempeyek-rempeyek dan tumpi-tumpi ni dijual dengan harga yang pada aku menakutkan terutamanya di Kuala Lumpur. Yang menghairankan, jualan mereka ni boleh licin, habis pabila menjelang Syawal.Fuh!
  6. Kawan aku pernah cerita, salah seorang kawan dia sanggup amik cuti sebulan tanpa gaji untuk jual kerepek di Kuala Lumpur. Manakan tidak, hasil keuntungan jualan sebulan je mencecah 5 angka yaw! Lebih banyak daripada gaji yang dimakan bekerja dengan orang. Hahaha!
  7. Salah satu kerepek yang hot item adalah kerepek pisang. Kerepek pisang ni terdiri daripada beberapa jenis, tapi yang paling hot, sedap, meleleh air liur sudah pastilah Kerepek Pisang Tanduk. Fuh!. Aku kalau nak cari kerepek pisang ni memang awal-awal aku dah cari. Kalau terlewat pun, aku ada satu port kilang kerepek yang x ramai orang tahu. Insya-Allah stok selalu ada di port aku ni..Mwahahahahaha (gelak Dr.Evil).

Saturday, July 19, 2014

Tragedi Pesawat MAS Boeing 777 penerbangan nombor MH17 perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke KLIA, Kuala Lumpur di ruang udara Ukraine


  1. Malaysia khususnya, dunia amnya sekali lagi digemparkan dengan insiden melibatkan kapal terbang milik MAS.
  2. Macam-macam berita yang kita boleh dapat melalui media sosial ni. Ada yang mengatakan pesawat MH17 ni ditembak oleh BUK SAM Missiles buatan Soviet milik puak pemisah Pro-Russia di wilayah Donetsk di Ukrainelah, ada yang mengatakan ni semua agenda freemason sebab Israel baru melancarkan kempen serangan darat ke atas Palestine dengan ketumbukan lebih kurang 40 000 askar lah, ada yang mengaitkan dengan teori False Flag tajaan freemason lah...macam-macam ado ha..
  3. Tapi terbaru info yang aku baca, kecelakaan pesawat MH17 di Ukraine baru-baru ni memberikan tamparan besar kepada dunia perubatan, khususnya dalam bidang rawatan HIV/AIDS.
  4. Laporan itu mencadangkan terdapat lebih kurang 108 para penyelidik terkemuka dan penyokong usaha-usaha mencari penawar HIV/AIDS. Mereka dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Melbourne, Australia untuk menghadiri konferens AIDS 2014 yang akan berlangsung Ahad ini. Laporan juga mencadangkan lebih 100 peserta berada di dalam pesawat malang MH17 tu ketika kejadian berlaku, namun sehingga kini tiada laporan rasmi di keluarkan lagi.
  5. Berdasarkan laporan itu lagi, apa yang diketahui salah seorang penumpang dalam pesawat MH17 yang terhempas itu adalah Joep Lange. Siapa Joep Lange? Joep Lange ni adalah salah seorang yang mendedikasikan diri dalam bidang kajian perubatan untuk HIV/AIDS semenjak tahun 1983 lagi. Joep Lange juga merupakan bekas presiden Persatuan AIDS Antarabangsa. Joep Lange juga terkenal atas dedikasi beliau dalam bidang perubatan HIV di Asia dan Africa.
  6. Bagaimanapun, dikhabarkan konferens yang berlangsung setiap 2 tahun itu, tetap diteruskan walaupun pertistiwa malang ini berlaku seperti yang diberitahu oleh penganjur konferens AIDS 2014 itu.
  7. Jika benar ini terjadi, maka dunia telah kehilangan sebilangan besar kemajuan dalam bidang penyelidikan AIDS, yang sehingga kini diketahui tiada penyembuhnya lagi.
  8. Wallahualam.

Wednesday, July 16, 2014

Cilik


  1. Pernah tak korang terfikir, perkembangan si cilik banyak dipengaruhi oleh suasana ketika membesar.
  2. Di Rockwool ni, aku ada borak-borak dengan seorang brader ni masa tgh lunch sambil pekena kari kambing yang kalau kau lambat turun waktu lunch konfom licin (obviously bukan masa bulan puasa la kan, which this conversation took place around 5 months ago..hahaha).
  3. brader ni berceritalah tentang anak-anak beliau. Ada 3 orang (kalau aku x silap). Die bercerita bagaimana dia dan binik die merancang perkembangan anak-anaknya. Beliau dikurniakan 2 orang anak yang pada aku alhamdulillah kategori cerdas dan panjang akalnya. Seorang anaknya sedang ikut kursus medik manakala sorang lagi tgh nak abiskan kursus jadi cikgu. 
  4. Katanya lagi, beliau dan isterinya memantau perkembangan anak-anaknya seawal sekolah rendah lagi; apa yang anaknya minat, apa beban dan harapan yang boleh anaknya bawa, pendek kata kemampuan dan keupayaan individual anak-anaknya. 
  5. Bila dia dah dapat track record, die dan isterinya seboleh upaya membimbing anaknya untuk mencapai cita-cita mereka. Beliau juga menambah, salah seorang anaknya tidak secerdas dua orang lagi anaknya, tapi beliau tidak kecewa, sebaliknya beliau tetap juga memerhatikan minat dan keupayaan anaknya yang seorang ni. Tetapi beliau juga menambah, beliau dan isterinya tidak meletakkan benchmark terlalu tinggi pada anaknya yang sorang ni. Tujuannya senang, supaya anaknya tidak tertekan,stress,depressi,hilang pertimbangan sehingga menyebabkan meroyan sambi menghentak bonet kereta orang dengan steering lock apabila anaknya gagal mencapai dan memenuhi harapan yang diletakkan oleh beliau dan isterinya.
  6. Aku kagum dengan beliau. Walaupun beliau jenis easy going, aku selalu lepak kat kabin die petang-petang sambil tunggu masa nak balik sebab malas tengok muka boss aku petang-petang tidaklah ku menyangkainyapun perancangan perkembangan anak-anaknya begitu teratur.
  7. Jadi di sini, aku menganggap tidaklah hairan kalau kita mendengar budak-budak umur belum akil baligh dah berjaya membuat dunia terkejut. Kisah bagaimana Mark Zukerberg berjaya mencipta permainan komputer di awal zaman ngompolannya tidaklah berapa hairan. Kalau dah parents die beri pendedahan seawal mungkin kepada dunia teknologi dan beliau memang minat telah terpupuk senanglah nak absorb. Budak-budak memang cepat tangkap belajar.
  8. Seperti juga kisah seorang anak melayu yang aku baca baru-baru ni. Beliau mendedahkan beliau dah mula terdedah kepada PHP script programming semenjak darjah 4, dan sekarang dah start develop website canggih manggih, tidaklah aku hairan. Sama juga dengan anak nelayan, yang sedari awal dah didedahkan dengan laut, ombak jahat yang ganas, teknik menangkap ikan dengan sempurna sudah pasti pabila dah besar beliau menjadi seorang professional dalam bidangnya. Pembelajaran awal + pengalaman = expertise.
  9. Arakian kalau kita dah menginjak umur lebih dewasa, apakah mustahil untuk kita mencuba dan beljar bidang baru? Pada aku tidak mustahil. Yang penting DUIT! (Doa + Usaha + Impian + Tawakkal). Tapi of courselah, akan ambil masa sikit berbanding dengan orang yang dah terdedah sejak dari awal lagi.
  10. Kesimpulannya, perhatikan anak-anak kita. Pupuk dan semai serta bantu menyediakan persekitaran yang kompetitif,kondusif dan baik.(Aku cakap ni macam dah ada anak je..hahahah)

Tuesday, July 15, 2014

Ramadan


  1. Ramadan datang lagi.
  2. Sekejap dah 17 ramadan.
  3. Bulan pose kali ni aku mengamalkan ziarah terawih.
  4. Antara tempat yang dah aku ziarah adalah Masjid Kanchong Darat, Masjid Sungai Lang Baru dan Masjid Banting.
  5. Seronok merasa terawih beberapa tempat ni.
  6. Biasanya aku mesti terserempak dengan kenalan-kenalan kat tiga-tiga tempat tu.
  7. Apa nak buat kan, origin Kanchong, keje Olak Lempit, Telok Panglima Garang, Bukit Raja, secara x langsung kenalan tu banyak orang Banting.
  8. Oh ya, hari itu ada gak berziarah ke Giant Sungai Manggis malam Ramadan, tapi bukan bertarawih la...mencari mentega cap ButterCup. Adik perempuan aku cakap kat Giant Sungai Manggis murah sedikit berbanding di Megah dan Econsave.
  9. Aku pon x amek port sangat..hahaha

Monday, July 7, 2014

iDeas


  1. Berdasarkan kepada beberapa pemerhatian diri sendiri, aku dapati ada 3 situasi dan lokasi yang membuatkan kepala hotak aku penuh dengan idea-idea.
  2. Satu, sewaktu membuang air besar di bilik air rumah aku sendiri.
  3. Dua, sewaktu aku sedang mandi di bawah pancuran shower.
  4. Tiga, sewaktu aku nak tidur di waktu malam di mana membuatkan aku amat sukar untuk melelapkan mata walaupun dah masuk bilik tidur awal (lebih-lebih lagi Ahad malam Isnin) dan akhirnya membuatkan aku seperti tidak cukup tidur.
  5. Masalah utamanya, bila aku berada di luar kondisi dan lokasi di atas, secara automatik idea-idea itu seems to fade away, gone with the wind omputih cakap.
  6. Perlukah aku menggantung whiteboard di bilik air rumah aku sendiri? 

Tuesday, February 25, 2014

Rasa nak menulis


  1. Rasa nak menulis.
  2. 9 Mac nanti genaplah aku 3 bulan kat kompeni Denmark ni. Keje macam biasa. Sakit kepala. Tapi dekat kompeni baru ni tidur malamku tidak terganggu..wakaka...
  3. Keje banyak mcm nokharommm...Sabtu Ahad bedal OT..walaupon best tgk payslip jumlah uang OT, tapi letih weh..skrg aku paham kenapa teknisyen2 aku masa kat kompeni lama siap nego-nego lagi kalau boleh xdtg OT bila aku mintak dorang OT..
  4. Tahun ni dah 3 orang member aku konpem nak kahwin...konsider sahabat-sahabat jugaklah...apa aku nak bagi adiah nanti...sejak dua menjak ni aku lebih suka bagi uang atau hadiah yang tidak klise, penuh nilai estetika mahupon essentrik...motif...bila terpandang hadiah tu otomatis teringat aku dan jambang aku..hahaha
  5. End.

Sunday, February 2, 2014

Pelempeng Jawa


  1. Al-kisah tersebutlah kisah semalam masa dalam perjalanan pulang dari kilang terdengar celoteh DJ radio Selangor FM pasal kesedapan makan lempeng petang-petang.
  2. Tetiba je enzim amilase macam di rembes-rembes bila mengenangkan keenakan lempeng...
  3. Sambil memandu, aku nekad nak buat lempeng. Dalam perjalanan balik singgah Kedai Runcit Al-Ikhtiari beli cili giling sebekas.
  4. Arakian tatkala tibanya hamba di rumah, dengan uniform x tanggalnya lagi terus capai pisau pergi belakang rumah mencantas beberapa helaian daun pandan yang tumbuh merimbun. Waktu tu dah dekat 7 malam, nyamuk boleh tahan jugaklah...
  5. Siap, masuk rumah selongkar dapur cari mana tepung gandum, bawang besar, bawang putih, ikan bilis, udang kering, udang geragau. Maklumlah, biasa masuk dapur cuma bukak tudung saji je..hahaha
  6. Kupas bawang besau sebiji, bawang putih 3 ulas, potong ikut suka hati, kemudian basuh dan toskan pada penapis.
  7. Masak air dalam heater sampai menggelegak.
  8. Amik tepung gandum, tuang sesuka hati dalam mangkuk. Tambah ayer dan kacau sehingga sebatian sesuai untuk dilempengkan. Sebatian yang bagus adalah yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  9. Amik secubit garam, masukkan dalam cawan, tuang air panas, kacau sehingga sebati. Tuang air garam dalam sebatian tepung lempeng. Aku guna air garam agar rasa masin itu bertebaran dan bergaul serasi dengan adunan lempeng sementelah lempeng punya adunan dalam bentuk cecair maka jika pakai tabur2 gitu je kang ada yang terlebih masih plak lempengnya.. Kacau-kacau sehingga sebati.
  10. Simpulkan daun pandan. Daun pandan ni berfungsi sebagai pemberus minyak pada permukaan kuali. Minyak (atau margerin) harus di sapu supaya lempeng x melekat pada kuali bila nak di walik kan.
  11. Cerrr....bunyi tepung lempeng di sapu pada kuali. Secara purata sekeping lempeng mengambil masa sekitar 5 minit untuk siap, bergantung kepada kepanasan api. Tapi api x leh kuat2 sangat, nanti geseng plak lempengnya.
  12. Masa terus berlalu, dari sebelum maghrib sampai ke 830 pm dapatlah beberapa helai lempeng (aku x kira yang dah siap atas pinggan, kalau nak kira yang sambil aku makan2 masa menggoreng lempeng tu adale dekat 5-6 keping je..haha).
  13. Bila memikirkan masa dah suntuk, kang bapaknya lepas isyak arek madang, terus gua menghentikan proses pembuatan lempeng. Terus ke proses seterusnya.
  14. Lempeng sedap di makan jika ada regunya. Aku suka makan dengan sambal tumis. Jadi dengan izin tuhan, aku pon decided nak buat sambal 'Ishak'. Bebawangan yang telah dipotong tadi, terus di campak dalam kuali yang minyaknya dah mendidih. Pelagi, semerbak asap naik..haha..Kacau-kacau sambil kontrol api agar bawang tidak geseng.
  15. Sambil-sambil tu tangan aku cekatan mengambil segenggam ikan bilis, segenggam udang geragau, di basuh dan di tos atas tapisan. Selang beberapa saat terus je aku campakkan dalam bawang besau dan putih yang sedang digoreng dalam kuali..pe lagi..serrrrr....bunyi desiran sebab air bercampur dengan minyak..hahaha
  16. Kacau-kacau dan kacau. Tetiba teringat ada frankfurter Ramly dalam peti sejuk. Pe lagi..amik dua ketul potong kecik-kecik, basuh dan campak dalam kuali..haha..barulah macam fusion food..kampung  + urban..Agak-agak macam dah sebati je, colek 2 sudu cili giling segera dan campak dalam kuali..kacau sikit-sikit, amik segelas ayer tuang....kacau -sehingga sebati..untuk sambal 'Ishak ' ni, aku x bubuh langsung garam..sebab dah ade ikan bilis + udang geragau + cili giling segera pon sebenarnya agak masin..aku hanya kontrol gula je..
  17. Menunggu cili masak memang aku agak menyampah..kang x masak secukupnya ngeseng-ngeseng plak..haha..setiap kali air sat je, aku colek sikit rasa, belum masak..campak lagi air dalam kuali, sat, rasa, campak..adelah 3-4 kali sehingga betul-betul masak...
  18. Siap semuanya, pelagi..amik dalam pinggan dan makan sambil tengok movie The last Airbender kat tv9...
  19. Buat lempeng je pon amek masa dekat 3 jam...pergh...tapi best..puas..hahaha...