Thursday, August 15, 2013

Cuti?


  1. Secara rasminya, aku akan mula bekerja hanya pada Selasa depan.
  2. Tapi sejak beberapa hari lepas aku dah kira bekerja. 
  3. Waktu cuti pon ada orang call dan kena settle masalah.
  4. Cobaan tol......
  5. Trust me, I'm a kuli..heh..

Tuesday, August 13, 2013

Tripel X with Y


  1. Secara peribadi, saya berasa yang XX dan XY tidak boleh menjadi sahabat baik seperti XX bersahabat baik dengan XX dan XY dengan XY tanpa melibatkan perasaan.
  2. Hal ini kerana pada saya secara fitrah XX dan XY dijadikan untuk saling melengkapi. Biar bagaimanapun sekali XX dan XY mendakwa yang mereka hanya sahabat baik (sahaja) no feeling2 in the heart, saya secara skeptikal melihat kenyataan itu sebagai tidak releven melainkan anda adalah gay maupon lesbo.
  3. Kerana itu, saya berpegang bahwa XX dan XY seharusnya mempunyai batas yang khusus dalam meladeni nilai-nilai persahabatan yang terjalin. Hampir mustahil untuk mengekalkan rasa sahabat tanpa melepasi batasan more than friend....
  4. X pecaya tgk citer hindustan kuch kuch hota hai. 
  5. Ataupun cerita Jane by Design.
  6. ataupon korang carilah lagi tajuk-tajuk cerita yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.
  7. Jom layan lagu hindustan ni.
  8. Hari ini belog saya sudah cecah nombor 8008 view. Secara tahyul dan khurafatnya, nombor ini ada unsur-unsur 'Ong'. Secara teknikalnya, saya telah berblog hampir 3 tahun lamanya...terima kasih kepada kalian yang sudi terus meng"feed" dan melawat blog ambo yang x secantik, sehangat dan sesensasi blog Abang Nara beautiful nara..hahaha..

Saturday, August 10, 2013

Does it matter?


  1. Syawal datang lagi. Dan untuk kesekian kalinya gua telah dan akan terus dapat soklan fevret dari golongan makcik2 dan sedara2 yang concern dgn aku sampai abis raya. "Bila lagi?"...Gua pon dah standby beberapa templet jawapan seperti "Insya allah lepas raya", "Cuti sekolah", "Lepas krismas" dan biasanya akan ada sambungan soklan dan sambungan jawapan aku pastilah "Tahun x pastilah wak, bik, man dan sebagainya" sambil aku gelak jahat...mwahaha...seronok tol aku tgk muka2 dorang yg kena game dgn permainan minda aku. Harap dorang tidak menyimpan dendam kesumat...wakaka
  2. Beberapa kebelakangan ini aku ada terfikir. Aku plg tua. Bawah aku ada 2 org adek yg beza umur x jauh mana pon. Lets say aku dapat spouse yang jauh lebih muda drpd umur adik2 aku, secara x langsung kalau ikut hirarki mereka terpaksa panggil beliau kakak. Walaupon mungkin spouse aku tu lepasan SPM.
  3. X pasti samada dorang kisah ataupon x. Nasiblah kan...sape suruh lahir lambat drpd aku..mwahahaha....
  4. Hari raya kali ini gua cuti panjang. Masuk keje balik 20 ogos, start cuti sehari seblom raya. Cuti kali ni gua claim credit leave je. X kacau annual leave lgsg. Tu pon masih ada belen 2 ari setengah kalau x silap...Nasib baik bos gua approve cuti gua...mwahahaha
  5. Kepada kau orang yang rajin jengah blog gua ni, Selamat Ari Raya gua ucapkan. Don't drink and drive.