Thursday, July 24, 2014

23 Julai 2014


  1. Hari ini aku dapat satu SMS dan Wassap yang mengejutkan.
  2. SMS daripada member aku ex-technician dan Wassap daripada ex-boss aku di Swiss company dulu, mengkhabarkan berita kematian salah seorang ex-colleague aku semasa aku berkhidmat di SDJSB.
  3. Beliau sebelum ini didiagnosis menghidap kanker paru-paru. Aku sempat berziarah ketika beliau masih mula-mula mendapatkan rawatan kemoterapi 5 bulan lepas.
  4. Berita ini amat mengejutkan, kerana tidak ku sangka arwah telah pergi. Walaupun beliau kelihatan sihat dan kuat, even mengikut kata-kata sahabat aku yang sempat berziarah bertemu arwah tengah hari sebelum arwah disahkan meninggal, beliau kata arwah memang nampak sangat sihat, malah telah meminta daripada doktor sendiri untuk keluar dari wad kerana mengikut kata-kata arwah, beliau tidak pernah merasa sebegitu sihat semenjak sakit selepas menerima pemindahan darah beberapa hari lepas.
  5. Arwah merupakan orang yang penting dalam organisasi SDJSB. Beliau tidaklah ada ijazah mahupun diploma, namun berkat kesungguhan dan pengalaman, beliau menjadi orang kepercayaan bos-bos di situ.Malah beliau telah di naikkan pangkat ke Senior Executive pada tahun lepas.
  6. Aku dan arwah boleh dikatakan rapat. Maklumlah dia kepala operasi, aku plak handle mentenen. Tidak boleh tidak memang selalu berjumpa. Aku ingat lagi hari pertama bekerja di SDJSB, dah kena sound dengan arwah. Aku menganggap pada masa itu bapak kereknya orang tua ni, nasib baik dia dah tua. Sepanjang setahun lebih di SDJSB, macam-macam dah kami lalui. Bergaduh sebab kerja pungpangpungpang, sat lagi petang masa nak balik bertukar-tukar rokok sambil gelak-gelak cerita-cerita dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta. Banyak yang aku belajar daripada arwah. Arwah ni pula jenis yang senang dibawa berbincang dan memahami. He covers my ass, I cover his ass...sempoi..yang penting keje jalan. X macam exec lain, tau nak settle, tapi bila mintak idea haramjadah menghilangkan diri seperti bau kentut di tiup angin Selat...
  7. Arwah juga antara orang yang banyak mengganggu tidur malamku dahulu, breakdown konfom telefon aku. Aku pon kadang-kadang suka kacau tidur malam dia, saja ngada-ngada nak update melalui panggilan walaupun boleh sekadar bersms..hahaha
  8. Banyak kenangan bersama arwah...semoga arwah tenang di sana, sementelah pemergiannya di bulan penuh rahmat ni...

Sunday, July 20, 2014

Hari Raya dan Kerepek


  1. Hari raya aidilfitri bakal menjelang untuk tahun 2014 ini.
  2. Seperti biasa, selaku orang jawa Italy, aku memang xleh nak lepaskan kerepek, peyek dan juga tumpi sebagai hidangan hari raya.
  3. Bermastautin di  Kanchong Darat, Banting, sewajarnya aku tidak perlu resah gelisah untuk mendapatkan kerepek-kerepek, peyek dan tumpi, sementelah di sekitar sini banyak kilang-kilang IKS yang menghasilkan kerepek, peyek @rempeyek dan tumpi.
  4. Tetapi, pada pandangan aku sejak 5 tahun kebelakangan ini, selaku orang tempatan agak susah nak dapatkan kerepek,rempeyek dan tumpi ini jika dah separuh bulan berpuasa. Hal ini terjadi kerana kapasiti pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan sempena ketibaan Syawal. Aku difahamkan, bukan hanya orang sekitar je yang membelinya, bahkan orang luar dari Kuala Lumpur, Shah Alam, malah ada juga dari Nilai, Kuala Selangor sanggup turun ke Banting ni mencari kerepek.
  5. Mereka ini adalah kebanyakannya peniaga. Harus aku akui, memang harga kerepek-kerepek, rempeyek-rempeyek dan tumpi-tumpi sekitar kawasan rumah aku ini murah. Aku juga difahamkan harga kerepek-kerepek, rempeyek-rempeyek dan tumpi-tumpi ni dijual dengan harga yang pada aku menakutkan terutamanya di Kuala Lumpur. Yang menghairankan, jualan mereka ni boleh licin, habis pabila menjelang Syawal.Fuh!
  6. Kawan aku pernah cerita, salah seorang kawan dia sanggup amik cuti sebulan tanpa gaji untuk jual kerepek di Kuala Lumpur. Manakan tidak, hasil keuntungan jualan sebulan je mencecah 5 angka yaw! Lebih banyak daripada gaji yang dimakan bekerja dengan orang. Hahaha!
  7. Salah satu kerepek yang hot item adalah kerepek pisang. Kerepek pisang ni terdiri daripada beberapa jenis, tapi yang paling hot, sedap, meleleh air liur sudah pastilah Kerepek Pisang Tanduk. Fuh!. Aku kalau nak cari kerepek pisang ni memang awal-awal aku dah cari. Kalau terlewat pun, aku ada satu port kilang kerepek yang x ramai orang tahu. Insya-Allah stok selalu ada di port aku ni..Mwahahahahaha (gelak Dr.Evil).

Saturday, July 19, 2014

Tragedi Pesawat MAS Boeing 777 penerbangan nombor MH17 perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke KLIA, Kuala Lumpur di ruang udara Ukraine


  1. Malaysia khususnya, dunia amnya sekali lagi digemparkan dengan insiden melibatkan kapal terbang milik MAS.
  2. Macam-macam berita yang kita boleh dapat melalui media sosial ni. Ada yang mengatakan pesawat MH17 ni ditembak oleh BUK SAM Missiles buatan Soviet milik puak pemisah Pro-Russia di wilayah Donetsk di Ukrainelah, ada yang mengatakan ni semua agenda freemason sebab Israel baru melancarkan kempen serangan darat ke atas Palestine dengan ketumbukan lebih kurang 40 000 askar lah, ada yang mengaitkan dengan teori False Flag tajaan freemason lah...macam-macam ado ha..
  3. Tapi terbaru info yang aku baca, kecelakaan pesawat MH17 di Ukraine baru-baru ni memberikan tamparan besar kepada dunia perubatan, khususnya dalam bidang rawatan HIV/AIDS.
  4. Laporan itu mencadangkan terdapat lebih kurang 108 para penyelidik terkemuka dan penyokong usaha-usaha mencari penawar HIV/AIDS. Mereka dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Melbourne, Australia untuk menghadiri konferens AIDS 2014 yang akan berlangsung Ahad ini. Laporan juga mencadangkan lebih 100 peserta berada di dalam pesawat malang MH17 tu ketika kejadian berlaku, namun sehingga kini tiada laporan rasmi di keluarkan lagi.
  5. Berdasarkan laporan itu lagi, apa yang diketahui salah seorang penumpang dalam pesawat MH17 yang terhempas itu adalah Joep Lange. Siapa Joep Lange? Joep Lange ni adalah salah seorang yang mendedikasikan diri dalam bidang kajian perubatan untuk HIV/AIDS semenjak tahun 1983 lagi. Joep Lange juga merupakan bekas presiden Persatuan AIDS Antarabangsa. Joep Lange juga terkenal atas dedikasi beliau dalam bidang perubatan HIV di Asia dan Africa.
  6. Bagaimanapun, dikhabarkan konferens yang berlangsung setiap 2 tahun itu, tetap diteruskan walaupun pertistiwa malang ini berlaku seperti yang diberitahu oleh penganjur konferens AIDS 2014 itu.
  7. Jika benar ini terjadi, maka dunia telah kehilangan sebilangan besar kemajuan dalam bidang penyelidikan AIDS, yang sehingga kini diketahui tiada penyembuhnya lagi.
  8. Wallahualam.

Wednesday, July 16, 2014

Cilik


  1. Pernah tak korang terfikir, perkembangan si cilik banyak dipengaruhi oleh suasana ketika membesar.
  2. Di Rockwool ni, aku ada borak-borak dengan seorang brader ni masa tgh lunch sambil pekena kari kambing yang kalau kau lambat turun waktu lunch konfom licin (obviously bukan masa bulan puasa la kan, which this conversation took place around 5 months ago..hahaha).
  3. brader ni berceritalah tentang anak-anak beliau. Ada 3 orang (kalau aku x silap). Die bercerita bagaimana dia dan binik die merancang perkembangan anak-anaknya. Beliau dikurniakan 2 orang anak yang pada aku alhamdulillah kategori cerdas dan panjang akalnya. Seorang anaknya sedang ikut kursus medik manakala sorang lagi tgh nak abiskan kursus jadi cikgu. 
  4. Katanya lagi, beliau dan isterinya memantau perkembangan anak-anaknya seawal sekolah rendah lagi; apa yang anaknya minat, apa beban dan harapan yang boleh anaknya bawa, pendek kata kemampuan dan keupayaan individual anak-anaknya. 
  5. Bila dia dah dapat track record, die dan isterinya seboleh upaya membimbing anaknya untuk mencapai cita-cita mereka. Beliau juga menambah, salah seorang anaknya tidak secerdas dua orang lagi anaknya, tapi beliau tidak kecewa, sebaliknya beliau tetap juga memerhatikan minat dan keupayaan anaknya yang seorang ni. Tetapi beliau juga menambah, beliau dan isterinya tidak meletakkan benchmark terlalu tinggi pada anaknya yang sorang ni. Tujuannya senang, supaya anaknya tidak tertekan,stress,depressi,hilang pertimbangan sehingga menyebabkan meroyan sambi menghentak bonet kereta orang dengan steering lock apabila anaknya gagal mencapai dan memenuhi harapan yang diletakkan oleh beliau dan isterinya.
  6. Aku kagum dengan beliau. Walaupun beliau jenis easy going, aku selalu lepak kat kabin die petang-petang sambil tunggu masa nak balik sebab malas tengok muka boss aku petang-petang tidaklah ku menyangkainyapun perancangan perkembangan anak-anaknya begitu teratur.
  7. Jadi di sini, aku menganggap tidaklah hairan kalau kita mendengar budak-budak umur belum akil baligh dah berjaya membuat dunia terkejut. Kisah bagaimana Mark Zukerberg berjaya mencipta permainan komputer di awal zaman ngompolannya tidaklah berapa hairan. Kalau dah parents die beri pendedahan seawal mungkin kepada dunia teknologi dan beliau memang minat telah terpupuk senanglah nak absorb. Budak-budak memang cepat tangkap belajar.
  8. Seperti juga kisah seorang anak melayu yang aku baca baru-baru ni. Beliau mendedahkan beliau dah mula terdedah kepada PHP script programming semenjak darjah 4, dan sekarang dah start develop website canggih manggih, tidaklah aku hairan. Sama juga dengan anak nelayan, yang sedari awal dah didedahkan dengan laut, ombak jahat yang ganas, teknik menangkap ikan dengan sempurna sudah pasti pabila dah besar beliau menjadi seorang professional dalam bidangnya. Pembelajaran awal + pengalaman = expertise.
  9. Arakian kalau kita dah menginjak umur lebih dewasa, apakah mustahil untuk kita mencuba dan beljar bidang baru? Pada aku tidak mustahil. Yang penting DUIT! (Doa + Usaha + Impian + Tawakkal). Tapi of courselah, akan ambil masa sikit berbanding dengan orang yang dah terdedah sejak dari awal lagi.
  10. Kesimpulannya, perhatikan anak-anak kita. Pupuk dan semai serta bantu menyediakan persekitaran yang kompetitif,kondusif dan baik.(Aku cakap ni macam dah ada anak je..hahahah)

Tuesday, July 15, 2014

Ramadan


  1. Ramadan datang lagi.
  2. Sekejap dah 17 ramadan.
  3. Bulan pose kali ni aku mengamalkan ziarah terawih.
  4. Antara tempat yang dah aku ziarah adalah Masjid Kanchong Darat, Masjid Sungai Lang Baru dan Masjid Banting.
  5. Seronok merasa terawih beberapa tempat ni.
  6. Biasanya aku mesti terserempak dengan kenalan-kenalan kat tiga-tiga tempat tu.
  7. Apa nak buat kan, origin Kanchong, keje Olak Lempit, Telok Panglima Garang, Bukit Raja, secara x langsung kenalan tu banyak orang Banting.
  8. Oh ya, hari itu ada gak berziarah ke Giant Sungai Manggis malam Ramadan, tapi bukan bertarawih la...mencari mentega cap ButterCup. Adik perempuan aku cakap kat Giant Sungai Manggis murah sedikit berbanding di Megah dan Econsave.
  9. Aku pon x amek port sangat..hahaha

Monday, July 7, 2014

iDeas


  1. Berdasarkan kepada beberapa pemerhatian diri sendiri, aku dapati ada 3 situasi dan lokasi yang membuatkan kepala hotak aku penuh dengan idea-idea.
  2. Satu, sewaktu membuang air besar di bilik air rumah aku sendiri.
  3. Dua, sewaktu aku sedang mandi di bawah pancuran shower.
  4. Tiga, sewaktu aku nak tidur di waktu malam di mana membuatkan aku amat sukar untuk melelapkan mata walaupun dah masuk bilik tidur awal (lebih-lebih lagi Ahad malam Isnin) dan akhirnya membuatkan aku seperti tidak cukup tidur.
  5. Masalah utamanya, bila aku berada di luar kondisi dan lokasi di atas, secara automatik idea-idea itu seems to fade away, gone with the wind omputih cakap.
  6. Perlukah aku menggantung whiteboard di bilik air rumah aku sendiri?