Friday, August 12, 2011

Riang Ria bersama sistem Hidraulik



  1. Tahukah anda, sistem hidraulik memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan juga sebenar berada sangat hampir dengan kita.
  2. Pada kereta kita terdapat sekurang2nya satu sistem hidraulik iaitu pada sistem brek kita.
  3. Pada kereta yang menawarkan sistem pemanduan steering berkuasa (power steering) konvensional sebenarnya menggunakan sistem hidraulik. Sistem steering berkuasa hidraulik dilengkapi dengan motor hidraulik tambahan di mana apabila diaktifkan, motor hidraulik ini akan menjana daya kilas yang akan membantu memusing gandar pada roda hadapan kita dengan hanya kita mengenakan daya yang lebih sedikit pada steering kereta. Senang citer kurang tenaga digunakan  untuk memulas steering yang dilengkapi sistem kuasa hidraulik.
  4. Tahukah anda, sayap kapal terbang dikawal oleh sistem hidraulik yang dilengkapi dengan sejenis injap hidraulik jenis servo (servo hidraulik valve)? Servo hydraulic valve adalah sistem yang sangat pantas responnya dan sangat jitu (accurate) serta sangat sensitif dan mahal ongkosnya.
  5. Tahukah anda, dalam sesebuah kapal terbang kebiasaannya mempunyai paling kurang 3 sistem hidraulik yang merdeka (independent hydraulic system)? Kebiasaannya satu sistem akan bertindak sebagai sistem yang bekerja (working system) manakala 2 lagi sistem sebagai sistem persediaan (standby system). Seandainya sistem yang sedang beroperasi mengalami masalah maka secara automatik salah satu sistem yang dalam mode bersedia akan mengambil alih tugas. Jadi jangan risau seandainya sayap kapal terbang anda tidak boleh berfungsi hanya kerana pam sistem hidraulik kapal terbang anda kong.
  6. Tahukah anda, oleh kerana kejituaan sistem injap servo, muncung meriam kereta kebal menggunakan injap jenis ini untuk dilaraskan sudut turun-naiknya. Jadi, walaupun kereta kebal tersebut sedang bergerak di atas permukaan yang masha allah teruknya dan terhenjut-henjut, laras meriam itu masih lagi steady dan x terhenjut2 kerana sistem hidraulik yang digunakan memberikan daya sokongan yang osem.
  7. Tahukah anda, dengan hanya menggunakan pedal anda mampu mengangkat seekor gajah yang beratnya berkilo-kilo menggunakan sistem hidraulik. Steady dan cool...
  8. Tahukah anda, daya tekanan yang dikenakan oleh peluru yang ditembak adalah dianggarkan dalam julat 100 bar. Jadi bayangkan kalau sistem hidraulik yang menghasilkan tekanan sehingga 200 bar mengalami kepecahan hos. Naya-naya...
  9. Tahukah anda, dikhabarkan dalam industri terdapat beberapa kes kematian yang melibatkan tekanan yang dikenakan oleh minyak hidraulik. Terdapat beberapa laporan menyatakan terdapat kes kematian akibat badan manusia ditembusi oleh minyak hidraulik yang mempunyai tekanan tinggi akibat hos pecah semasa beroperasi.
  10. Tahukah anda, minyak hidraulik tidak mudah terbakar seperti minyak diesel dan petrol. Walaupun anda mencampak puntung rokok ataupun mancis yang menyala ke minyak hidraulik, tiada kebakaran akan terjadi bahkan puntung rokok ataupun mancis yang menyala itu akan terpadam.
  11. Tahukah anda, sistem hidraulik sangat osem. Boleh dikatakan hampir tiada batasan untuk mengangkat beban (force) dengan menggunakan sistem hidraulik. Jadi jangan terkejut kalau anda melihat bangunan bertingkat-tingkat berjaya diangkat dengan menggunakan kombinasi silinder hidraulik.
  12. Tahukah anda sistem hidraulik beroperasi menggunakan minyak. Dan minyak hidraulik sedikit sebanyak dipengaruhi oleh harga pasaran minyak mentah sedunia.
  13. Tahukah anda, dalam sistem brek hidraulik udara merupakan musuh utama. Apabila terdapat udara (biasanya dalam bentuk gelembung) dalam sistem brek hidraulik, maka keupayaan dan kecekapan sistem brek hidraulik anda akan menurun. Worst case, sistem brek anda tidak akan berfungsi. Sangat merbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan itu. Jadi apabila anda melakukan penyelenggaraan terhadap sistem brek anda (biasanya disebabkan kebocoran), pastikan tanya dengan pomen tu adakah dia dah buat proses bleeding (proses buang udara).
  14. Tahukah anda, kebanyakan kenderaan berat seperti lori Optimus Prime besar dan trak-trak tidak menggunakan sistem hidraulik dalam sistem brek mereka kerana tujuan keselamatan. Sistem brek mereka dijana dengan menggunakan sistem pnuematik ataupun dalam bahasa pasarnya Brek Angin. Tujuan utama menggunakan sistem brek angin kerana lebih pantas responnya dan juga lebih kurang daya cengkamannya. Kepada orang teknikal anda pasti tahu apa itu inertia dan momentum. Coba bayangkan lori 18 tan dengan kelajuan 80km/j membuat brek kecemasan dengan menggunakan sistem brek hidraulik, tayar akan terus mencengkam dan kontena di belakang akan terbuang ke depan kerana kesan inertianya.X paham? xpe...cuba baca dan ulang sebanyak mungkin smbil berimaginasi...
  15. Tahukah anda, sistem hidraulik tidak terhad hanya kepada minyak. Air juga boleh digunakan sebagai medium penghantaran kuasa sistem hidraulik.
  16. Tahukah anda, sesungguhnya sistem hidraulik memang osem! Thanks Allah for creating the ideas of this system.....


Contoh Hydraulic Schematic diagram. Schematic diagram ini sangat penting semasa proses troubleshoot hydraulic system








Wong Lanang
Pomen,
Department of Hydraulic and Lubrication 




No comments:

Post a Comment