Thursday, November 14, 2013

Dear boss, may I transfer and stationed at Shanghai's HQ?




    1. Out of no where while I was just browsing videos on Youtube, I stumbled into this video.
    2. I was like....wadepak...does the people in Shanghai's HQ have so many free time?
    3. And this clip is also in the official channel.
    4. When will our Malaysia's HQ come out with clip like "Bortingkek-tingkek"? In your dream lah..I bet our President & Country Manager wouldn't be more sporting like them..hahaha
    5. Dear boss, please let me join Full Service division there, so I can Gangnaming like all this fellas....
    6. End

    Sunday, November 10, 2013

    Hijrah

    Korang pernah dengar hadis "innama a'malu binniyat"? Hadis ini popular sebab tafsiran awal tu sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat..

    Tapi sebenarnya hadis ini panjang. Hadis ini juga ada kaitan dengan peristiwa hijrah muhammad dan sahabat. Selaku bekas pelajar yang mengambil subjek al-quran dan sunnah, aku mmg hafal dulu sebelum SPM hadis ni. Hadis ini agak panjang. Tetapi malangnya akibat terlalu terdedah dengan pengaruh hedonisme, bab-bab agama ni banyak dah teman lupa.

    Peristiwa hijrah juga membuktikan semangat setiakawan tahap jannah. Peristiwa bagaimana Abu Bakar bengkak tangan akibat disengat binatang berbisa hanya kerana tidak ingin muhammad menjadi mangsa sengatan ketika bersembunyi di dalam gua.

    Peristiwa labah-labah buat sarang depan pintu gua dan burung merpati bersarang complete with tulur depan pintu gua. Ini semua bantuan Tuhan kepada kekasihnya muhammad. Tidak ketinggalan peristiwa cicak berbunyi dari dalam gua seolah² bg signal ada orang dalan gua sewaktu kafir quraisy ada depan pintu masuk gua muhammad bersembunyi. Mungkin sebab tu ada orang-orang tua cakap sunat bunuh cicak sebab die ni kira macam traitor jugak.

    Tiada lagi hijrah selepas hijrah muhammad. Pernah dengar ayat ini? Hijrah di sini bermaksud perbuatan hijrah dari mekah ke yathrib. Adapun dari segi definisi lain, hijrah masih valid iaitu perbuatan berhijrah dari sifat mazmumah kepada mahmudah. Sebagai contoh sebelum hijrah anda adalah seorang yang suka clubbing, lepas hijrah anda dah xsuka pegi clubbing.

    Malaysia juga turut menyambut peristiwa hijrah dengan pengisian program² kerohanian berunsurkan islamik. Apa yang membuatkan aku tertanya² kenapa Malaysia menggunakan moto Ma'al Hijrah? Kalau direct translated bahasa melayu jadi 'Bersama Hijrah'....kenapa bersama hijrah?

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Thursday, October 24, 2013

    Friso

    1. Sejak pertama kali saya mendengar lagu iklan susu Friso di talibesen, saya sudah tertarik.
    2. Bahkan semasa sedang menonton drama bersiri kesukaan saya yang bertajuk "Kampung Girl" lakonan Nad Zainal yang chomel dan Akim AF yang semakin mantap berlakon, apakala lagu ini disiarkan semasa slot iklan, sepantas kilat saya meng"Shazam" dengan harapan saya dapat mencari tajuk dan penyanyi lagu tersebut. Namun hampa.
    3. Namun sejak beberapa minggu lepas, saya berjaya mengdonlod lagu ini daripada Youtube hasil perkongsian orang lain.
    4. Lagu ini di cipta khas untuk tujuan pengiklanan susu Friso Gold di Asia sahaja. Ini bermakna jika anda menonton iklan susu Friso Gold di Estonia mahupun Kepulauan Vanuatu, anda tidak dapat mendengar lagu ini di mainkan di talibesen.
    5. Saya kagum dengan susunan musiknya, lantunan suara penyanyinya yang dipercayai bernama Bai Ann, seorang penyanyi kelahiran Taiwan. Bait-bait liriknya disusun indah dan penuh makna. Pendek kata, dapat di rasa keikhlasan,ketenangan dalam lagu ini.
    6. Saya dengan ini ingin berkongsi lagu ini dengan kalian yang sudi singgah di blog hamba ini.


    Sunday, October 20, 2013

    omnomnomnom

    Sabtu semalam saya dan abah serta adik perempuan saya melawat wak@uncle saya yang mendapatkan rawatan di tingkat 8 HTAR Klang.

    Saya memang yang telah dididik dengan kesantunan dan keperluan budi bahasa yang tinggi pun bersalam dan bertanya khabar dengan wak saya yang berbaring di katil sepital sambil ditemani anak beliau merangkap sepupu saya. Setelah abah saya mengambil kerusi dan berngobrol dengan wak saya itu, saya pun menjarakkan sedikit diri saya yang tidak tuff macam Aaron Aziz ni sambil mata meliar menjelajahi pelusuk² wad. Agak ramai manusia ada di situ sementelah waktu melawat masih belum tamat.

    Secara tiba-tiba perut saya berasa lapar pula walaupun beberapa jam sebelum itu baru melantak juadah nasi minyak berlauk di rumah sepupu saya yang berkahwin di Kuala Selangor serta diikuti sesi melantak lagi di rumah tunang sepupu saya yang berada di Ijok sempena majlis bertunang sepupu saya. Ajaibkan perut saya, saya tidak pasti bagaimana sistem pencernaan saya bekerja sehingga begitu effisien. Mungkin faktor luaran seperti cuaca dingin dek hujan yang turun menjadi antara pemangkin kecepatan makanan dalam perut saya diproses untuk menjadi tenaga bagi memastikan suhu badan saya tidak sejuk. Ah, persyaitankan semua itu, yang penting perut ini harus di isi.

    Dengan senyap-senyap, saya pamitan menuju ke lif untuk turun ke Ground floor. HTAR bukanlah tempat asing bagi saya. Saya sudah boleh menghafal kedudukan Hospi Mart dan kantinnya. Malah rumah mayatnya pun saya dah tahu lokasinya.

    Sesampainya saya di Ground Floor, pantas langkah diatur tanpa culas menuju ke Hospi Mart. Hospi Mart ni lebih kurang macam kedai runcit lah. Hampir macam macam ade di sini untuk dijual. Tapi burger bakar Abang Burn xdelah. Maklumlah, burger bakar kan tinggi kandungan kalorinya. Amat berbahaya jika dijual secara terbuka di hospital yang ada pesakit darah tinggi, sakit jantung serta kencing manis.

    Setelah melilau-lilau barang seminit dua, rasa macam x seronok pulak. Mengambil keputusan ke kantin untuk melihat apa yang ditawarkan di sana. Sesampainya saya di kantin, tengok² ramainya orang dalam tu tengah makan. Terdapat ramai juga misi-misi yang comel-comel sedang menjamu selera di meja-meja yang terdapat di dalam kantin ini. Nah, sekarang saya sudah tahu jam berapa ada ramai misi-misi comel bercanda jika saya berasa bosan ketika di HTAR ini. Benarlah kata Ketua Ulamak Muda UMNO, ini semua ketentuan tuhan. Ketentuan tuhan yang membawa saya ke kantin yang dipenuhi gadis-gadis misi-misi yang chumil-chumil. Terima kasih tuhan!  Walaupun misi33 Selangor kecundang lagi tahun ini, tapi misi-misi chumil masih ada. Hahaha

    Masih tiada juadah yang dapat membantu saya memenuhi nafsu lapar. Saya mengambil keputusan kembali ke Hospi Mart. Sesampainya saya di sana, saya tuntas menggapai setin Nescafe Latte sejuk dan menuju ke pengukus pau. Nampak menggoda pulak pau panas ittew. Titew pown ambik penyepit, lepas tuw titew ambil plastik, lepas titew ambil plastik, titew pown bukak tray pengukus ittew, titew pown tapaw sebijiw pau ayam. Titew sukew....Ah dah kenapa tertaip macam budak² baru nak up dekat fesbuk ni? Dasyum!

    Lepas bayar, saya pon menghenyakkan punggung untuk di kerusi yang disediakn di ruang menunggu kawasan Jabatan Hasil di ground floor. Iyelah, adab makan antaranya ialah duduk. Tidak elok makan sambil berjalan, apatah lagi sambil berlari-lari anak. Menikmati pau panas bersama nescafe sejuk semasa hujan, memang tiada tara asyiknya. Alhamdulillah tuhan, ketentuan-Mu mengizinkan hamba-Mu ni omnomnom menghilang lapar. Usai makan dan minum, saya membelek-belek tablet sambil melayari Fesbuk. Banyak newsfeed hapdet pasal pemilihan UMNO. Ah, parti hunus-hunus keris tikam-tikam kawan sebab nak dapat tahta ni kalau setiap tahun ada perhimpunan mesti ada saja ceritanya. Saya dulu di matriks Kolapilah tiap-tiap pagi ada perhimpunan xkecoh pon. Cuma sekali tu saja kecoh sebab Lecturer-lecturer saya buat "morning raid" kantolkan kawan.kawan saya yang ponteng perhimpunan pagi dan memaksa mereka berhimpun di padang berjemur.  Lagi-lagi page Saya Sayang TDM, x abis-abis nak upkan anak Madey jadi NP nak gantikan sepupu najibul razauqe. Katanya meleis x berani berubahlah, anak uncle hussein bertahan sbb rasuahlah. Mereka ni memang lantang bercakap pasal rasuah, tapi bila rasuah x pandai pulak berpantang. Entahlah, ketentuan Tuhan barangkali.

    Beberapa ketika, adik perempuan saya menghantar sms kata dah nak balik. Saya pun bergegas menuju ke lif untuk naik kembali ke tingkat lapan. Ketentuan Tuhan lagi barangkali, bersama-sama saya dalam lif adalah dua orang pegawai perubatan UD41. Seorang melayu ayu bertudung kulit putih macam emma maembong, seorang lagi amoi. Dua-dua membawa bersama-sama bungkusan waffle dalam balutan kertas. Oleh kerana saya tertolak ke belakang lif, maka saya dapat memerhatikan gelagat kedua-dua gadis tersebut dengan jelas. Dalam kesesakan lif naik dari ground floor ke tingkat 8, saya perhatikan kedua-duanya begitu asyik mengunyah makanan. Omnomnom dalam lif. Saya juga perasan gadis melayu itu masih belum menyarung sebarang cincin belah rotan, kerat 18 mahupun berlian 22 karat di semua jari jemarinya yang runcing. Niat di hati ingin cuba bertegur sapa dengan beliau, mana tahu boleh dapat nombor telefon. Bolehlah kami ber We Chat di kemudian hari sambil bertuka-tukar sticker. Tetapi bila mengenangkan kata-kata ustazah yang mengajar saya dahulu, tidak elok bercakap sambil mengunyah makanan, maka saya pendamkan sahaja hasrat itu kerna saya perhatikan beliau dan kawan beliau begitu asyik menikmati juadah. Maklumlah, tidak manis seorang gadis bercakap sambil mengunyah di khalayak. Kalau di rumah sendiri lainlah.

    Tiba-tiba juga perasaan kasihan menebak di hati saya yang penuh taman ini. Sibuk sangatkah bekerja sebagai seorang doktor kerajaan? Sehingga terpaksa makan walau dalam lif? Saya yang bekerja sebagai seorang pomen di kilang buat minyak pon masih mampu menikmati juadah sambil duduk, walau macamana sibuk mengalahkan bangla sekalipon, walaupun hanya mengunyah sebiji karipap mengalas perut. Saya yakin doktor gadis muda itu masih dalam tugas, berdasarkan pemakaian kot putihnya. Tatkala sampai di tingkat 8, saya perhatikan gadis berdua itu sudah habis omnomnom dan tatkala terbukanya pintu lif, mereka kabur begitu pantas. Bila saya keluar sahaja dari pintu lif, dua sosok itu sudah lenyap. Langsung tiada bayang mahupun kertas pembungkus waffle yang tertinggal.

    Peristiwa ini menjadikan saya lebih menghormati kakitangan-kakitangan kerajaan yang begitu dedikasi bekerja. Saya tahu, bekerja sebagai doktor kerajaan memang mencabar dan memenatkan. Lebih-lebih lagi menjadi doktor di HTAR ini. Macam-macam cerita saya dengar.Walaupun terpaksa omnomnomnom dalam waktunyang singkat, tapi tetap cekal bekerja. Bersabarlah wahai pegawai perubatan UD41 yang satu lif dengan saya itu, andai ada ketentuan Tuhan di masa depan, mungkin kita dapat beromnomnom dengan sempurna walaupon hanya di kantin HTAR.....

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Wednesday, October 9, 2013

    Ceng ceng ceng ktang ktang...serrrrrr.....




    1. Sebenarnya salah satu minat saya adalah memasak.
    2. Tetapi kerana kemalasan saya menghampiri infiniti, acapkali saya lebih rela pandu kereta menuju ke kedai mamak , melayu yang berhampiran kalau saya duduk berkeseorangan di rumah pabila lapar.
    3. Memasak sebenarnya adalah satu seni.
    4. Seni kulinari.
    5. Seni memasak ni pula ada dua bahagian. Satu seni mengtransformkan apekejadah yang di campak kedalam kuali kepada sesuatu yang bisa merangsang tunas-tunas rasa di lidah menjadi asyik. Satu lagi seni adalah seni menghias makanan.
    6. Saya tidak berbakat dalam seni menghias makanan. Kerana pada saya apalah ertinya kecantikan suatu makanan itu pabila darjat sebenarnya hanya boleh dihakimi oleh tunas-tunas rasa yang jujur.
    7. Mungkin suatu hari nanti kalau saya nak bukak kedai makan sendiri saya akan memaksa diri mempelajari seni menghias makanan.
    8. Pabila memasak, saya lebih suka spontaniti. Tidak terlalu terikat dengan senggat-senggat sekatan. Ini bukan macam nak memeriksa kelegaan antara bearing dan shaft. Kena pakai tolok skru mikrometer bagai nak memastikan dalam lingkungan 10 mikron. Dalam memasak, pada saya yang paling penting adalah kelarasan pancaindera. Tunas rasa, deria hidu, ketajaman penglihatan perlulah bergerak seirama. Sebagai contoh, jika kita ingin memasak sambal nasi lemak, tunas rasa perlu peka untuk memastikan cili cukup masak, lobang hidung juga boleh mengenalpasti aroma yang terbit daripada cili yang dah masak atau belom serta dari sudut visualiti, kesan biasan cahaya yang terjadi pada permukaan sambal yang menggelegak sudah hampir masak atau belum. Awas, kegagalan memastikan sambal nasi lemak cukup masak boleh menyebabkan berak-berak.....Berak-berak kerana memakan sambal cili yang masih mentah lebih azab daripada berak-berak kerana memakan sambal cili yang pedas...hahaha
    9. Memasak memberi kegembiraan kepada diri saya. Bunyi seretan sudip dan permukaan kuali yang menerbitkan bunyi ceng ceng ceng seakan irama musik Kitaro pada telinga saya. Bunyi ktang ktang mengetuk sudip untuk menjatuhkan makanan yang terlekat pada sudip bagaikan, bagaikan....err..tak tau nak memetaforakan apa..
    10. Kebanyakan kemahiran memasak saya pelajari dengan menebeng + menyibuk masa arwah emak saya memasak sewaktu saya remang-remang remaja dahulu. Mungkin pada masa itu kandungan DHA, acid folate dalam darah saya sangat tinggi sehingga membolehkan sel-sel otak saya berkembang dengan cerdas untuk menyerap segala yang dipelajari melalui visualisasi..
    11. Kegagalan dalam memasak? Banyak kut..tapi paling saya xboleh lupa percubaan pertama memasak nasi goreng sendiri semasa lepas-lepas SPM. Oleh kerana kekurangan pengalaman, saya telah menghasilkan nasi goreng yang tawar hebeh...abih kena perli dengan bapak saya..hahaha...akhirnya nasi goreng tersebut menjadi baja kompos di belakang rumah ....selepas itu saya mula membaiki kesilapan dan sekarang alhamdulillah....nasi goreng saya boleh dimakan..hahaha...
    12. Setakat ini saya lebih banyak memasak masakan jawa-jawa...menyimpan azam untuk cuba membuat juadah-juadah mediteranian, eropah mahupun juadah-juadah luar yang macam dalam tv, tapi bila mengenangkan renyah nak menyediakan bahan-bahannya, terus saya lebih suka ke Manhattan Fish Market, Secret Recipe, Nandos mahupun Restoran Nasi Arab yang bersepah-sepah kat Selangor ni..saya hanya suka memasak, tidak suka menyediakan bahan-bahan, serta membasuh kuali..hahaha
    13. Saya juga cukup teruja apabila menonton filem-filem yang temanya memasak. Seperti filem Love's Kitchen lakonan Claire Forlani, filem Hindi Cheeni Kum lakonan Amitabh Bachchan dan cerita-cerita lain yang saya x ingat tajuknya. Saya rasa menjadi seorang Chef itu bergaya dan ada auranya yang tersendiri...bila menonton-nonton cerita sebegini, seakan memberi inspirasi pada diri untuk membuka sebuah restoran sendiri...namun setakat ini insipirasi itu masih kekal sebagai mimpi, yang masih x tahu bila nak diterjemah menjadi realiti, diri ini sendiri pun x pasti...
    14. Mungkin satu hari nanti kalau saya dah bosan jadi pomen, saya akan cuba membuka restoran sendiri, bertemakan Victorian hiasan seni dalamannya.
    15. Mari layan video klip zizang ni....

    Thursday, September 19, 2013

    Pembunuh

    Thursday, August 15, 2013

    Cuti?


    1. Secara rasminya, aku akan mula bekerja hanya pada Selasa depan.
    2. Tapi sejak beberapa hari lepas aku dah kira bekerja. 
    3. Waktu cuti pon ada orang call dan kena settle masalah.
    4. Cobaan tol......
    5. Trust me, I'm a kuli..heh..

    Tuesday, August 13, 2013

    Tripel X with Y


    1. Secara peribadi, saya berasa yang XX dan XY tidak boleh menjadi sahabat baik seperti XX bersahabat baik dengan XX dan XY dengan XY tanpa melibatkan perasaan.
    2. Hal ini kerana pada saya secara fitrah XX dan XY dijadikan untuk saling melengkapi. Biar bagaimanapun sekali XX dan XY mendakwa yang mereka hanya sahabat baik (sahaja) no feeling2 in the heart, saya secara skeptikal melihat kenyataan itu sebagai tidak releven melainkan anda adalah gay maupon lesbo.
    3. Kerana itu, saya berpegang bahwa XX dan XY seharusnya mempunyai batas yang khusus dalam meladeni nilai-nilai persahabatan yang terjalin. Hampir mustahil untuk mengekalkan rasa sahabat tanpa melepasi batasan more than friend....
    4. X pecaya tgk citer hindustan kuch kuch hota hai. 
    5. Ataupun cerita Jane by Design.
    6. ataupon korang carilah lagi tajuk-tajuk cerita yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.
    7. Jom layan lagu hindustan ni.
    8. Hari ini belog saya sudah cecah nombor 8008 view. Secara tahyul dan khurafatnya, nombor ini ada unsur-unsur 'Ong'. Secara teknikalnya, saya telah berblog hampir 3 tahun lamanya...terima kasih kepada kalian yang sudi terus meng"feed" dan melawat blog ambo yang x secantik, sehangat dan sesensasi blog Abang Nara beautiful nara..hahaha..

    Saturday, August 10, 2013

    Does it matter?


    1. Syawal datang lagi. Dan untuk kesekian kalinya gua telah dan akan terus dapat soklan fevret dari golongan makcik2 dan sedara2 yang concern dgn aku sampai abis raya. "Bila lagi?"...Gua pon dah standby beberapa templet jawapan seperti "Insya allah lepas raya", "Cuti sekolah", "Lepas krismas" dan biasanya akan ada sambungan soklan dan sambungan jawapan aku pastilah "Tahun x pastilah wak, bik, man dan sebagainya" sambil aku gelak jahat...mwahaha...seronok tol aku tgk muka2 dorang yg kena game dgn permainan minda aku. Harap dorang tidak menyimpan dendam kesumat...wakaka
    2. Beberapa kebelakangan ini aku ada terfikir. Aku plg tua. Bawah aku ada 2 org adek yg beza umur x jauh mana pon. Lets say aku dapat spouse yang jauh lebih muda drpd umur adik2 aku, secara x langsung kalau ikut hirarki mereka terpaksa panggil beliau kakak. Walaupon mungkin spouse aku tu lepasan SPM.
    3. X pasti samada dorang kisah ataupon x. Nasiblah kan...sape suruh lahir lambat drpd aku..mwahahaha....
    4. Hari raya kali ini gua cuti panjang. Masuk keje balik 20 ogos, start cuti sehari seblom raya. Cuti kali ni gua claim credit leave je. X kacau annual leave lgsg. Tu pon masih ada belen 2 ari setengah kalau x silap...Nasib baik bos gua approve cuti gua...mwahahaha
    5. Kepada kau orang yang rajin jengah blog gua ni, Selamat Ari Raya gua ucapkan. Don't drink and drive. 

    Sunday, July 28, 2013

    Trust me, I'm an ...wait..what?



    1. Really?


    Saturday, July 27, 2013

    Quit playing game with my heart

    Quit playing game with my heart...
    With my heart...


    Korang mesti tau kan ni lirik lagu siapa...
    Jangan buat2 x tahu..
    Tak baik menipu di bulan pose ni..

    Hahahaha...

    Xde kaitan pon lirik lagu tu dengan posting kali ini..

    Kali ini aku nak berposting pasal quit smoking.
    Every ramdan I will tell myself that this is the start for a better health..
    Yes..i must do it this year..
    But every year it has failed...



    Maybe I need to be at where there are no cigar at all...


    Ku mengharapkan ramdan kali ini penuh makna...
    Agar dapat kulalui dengan sempurnaaa....

    Monday, July 1, 2013

    ko tau x?

    Arini gua betol tensen.
    Plant shutdown joblist byk blom setel due date tinggal less 48 hours.
    JKKP inspection.
    Additional job dr client yg semua nak kena disetelkn. Pagi bagitau petang dah nak kena setel.
    Badan letih x cukup rehat minggu lepas bahana plant shutdown.
    Clerk halfday, xde sape nak buat PR padahal barang gila babi punya urgent nak pakai. Xde PO supplier xnak hantor...
    Kalau hari² camni mau  kena stroke gua....
    Arggh...









    Nasib baik Jkkp inspection ok.

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Tuesday, June 18, 2013

    Turu

    Teringat zaman kolej dulu.
    Masa tahun dua aku dok hostel lg
    Tingkat 4 bilik aku.
    Memang kalau dah turun nak gi klas kalau ade brg tertinggal sumpah seranah masa mendaki tangga baliknaik atas amik brg.

    Tapi aku suka waktu malam,
    Biasa dalam pukul 1 pagi budak bilik aku dah light off.
    Aku plak spesis dark knight.
    Susah nak tido malam.
    Biasa sebelum tido dalam pukul 2 camtu aku selalu duduk tepi tingkap.
    Bukak tingkap luas² sambil isap okok sebatang.
    Menikmati angin malam yang dingin.
    Best woo dok tgkt plg atas ni
    Sejuk je rasa angin malam menampar² lembut pipiku yg gebu ittuw
    Pastu br aku baring golek² nk tdo.




    Ah syaitan.
    Zaman belajar mmg indah!

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Thursday, June 13, 2013

    rotek

    Arini gua cuti.
    Gua cuti sbb nk renew insuran dan rotek keter gua.
    Sebenarnya gua tersilap tarikh.
    Gua igt rotek kete gua ekspayed 12 jun, ghopenye ekspayed 20 jun.
    Memandangkan dah terapply cuti, gua pon layankan je.

    Ni kira firsttime gua renew sendiri.
    Mcm biasa gua cr² info kat google.
    Sebelum ni gua pakai etiqa takaful, sharia complient.
    Niat di hati nak terai cr insurans lain.
    Sambil² tu riki² line kat grup watsap ex sekolah menengah aku.
    Mostly kawan² aku sajes amek etiqa takaful dan takaful malaysia.
    Sorang kwn aku cakap elakkan insurans cap kurniyawan herdianto diponegoro.
    Lambat claimed dan mace² lg hal masa die eksiden dulu.


    Ade beberapa nama yg aku pikiorkan td.
    Antaranya tokio marine, etiqa dan takaful malaysia.
    Tgh² makan tghr cr info, member aku tepon ajak lunch.
    Beliau MC arini.
    Member aku ni pakai Uni asia insurans.
    Sambil² kitorang makan minum, die suggest usha zurich insurans plak.
    Maklumlah, kat metropolis banting ni kebykn agen, xde branch.
    Zurich insurans ni ade branch, dekat² McD banting.
    Nama lama die MAA.

    Maka kami pergilah dulu dgn niat nak tanya² apa yg patut.
    Pung pang pung pang itu ini,
    Penjaga kaunter cakap kalau nak buat kena bawak polisi lama, geran original dan ongkosnya.
    Maka kemudian aku dtglah kembali bersama pengeras² yg diminta.
    Masa sessi pengisian borang dan particulars,
    Akak tu cakap agreed value insured tuk kete aku RM59k saje.
    Dafak getus hatiku, baru 12 bulan dah susut cam haramjadah.
    Gua pon tunjuk muka pai seh. Terus die call² sape ntah.
    Pung pang pung pang,
    Die ejas naik kepada RM 67k.
    Aku tny boleh naik lg ke?
    Die kata boleh, tp pengerasnya pon akan bertambah.
    Aku rasa harga tu pon ok.
    Aku amek insurans windshield add on RM150, coverage RM1k. Aku xtau brp rege sebenar windshield kete aku, yg aku tau windshield honda civic FD dalam rm2.5k. So aku rasa 1k coverage tu oklah tuk kete aku. Most of member aku sajes amek insurans cermin. Selain itu, jika amek insurans cermin, jika kita claim tukor tidak melibatkan NCD kita.
    Amek extra coverge utk penumpang, kalau eksiden atau mati dapat 20k sorang up to 5 pax coverage. Walaupon keter aku ni dapat banyak bintang dalam ujian ostolia NCAP, tp masa depan sapelah yg tahu. Sedangkan kete kebal pon boleh meletop, ini kan pula keter jalan raya.
    Setelah tolak NCD 25%, rebate10% maka total pengerasnya RM 1550++ lebih skit ade sen.




    Siap buat insurans, terus gi JPJ buat rotek.
    Risau gak kalau ade saman.
    Tapi thank god, tiada saman.
    Cukuplah RM 90 untuk kereta kapasiti 1.6 liter atas kertas.
    Sebelum mamat JPJ tu print, aku tny kat die dulu, kalu print ni kuar tarikh 12 jun ke 20 jun ekspayed.
    Mamat tu cek balik, die kata 20 jun.
    Sama mcm insurans zurich aku, berkuatkuasa 21 jun 2013 sampai 20 jun 2014. Kire skrg aku masih dilindungi etiqa takaful lagilah...
    Syukur semuanya lancau( bahasa melaka untuk lancar..wakaka)

    Lupe plak, pagi tadi perkara pertama aku gi bank.
    Amek geran keter original.
    Sekarang geran keter ori aku pegang teruih.
    Xyah pulang ke bank.
    Sonang koje den nak renew rotek insurans.
    Satu ari sudah siap.
    Xyah tunggu bank buat.
    Member aku ckp kalu bank buatkan makan 3 ari bekerja jugaklah..










    Satu perkara yg membuatkan aku tertarik dgn Zurich insurans ni sebab penangan citer The Impossible lakonan Naomi Watts.
    Dalam citer tu, Zurich digambarkan sebagai syarikat insurans yg wow..
    Mudah terpengaruh betol aku ni....

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Tuesday, June 11, 2013

    kira-kira

    Tiap² bulan gua congak² simpanan gua. Tolak apa yang perlu dibayar, gua tetap rasa mcm x cukup nak buat kenduri.

    Dafaq, xkan nak kena usya² rhb easy ke, bank rakyat ke.

    Ke gua yg boros sgt?

    Tahun ni gua perasan kadar jemputan kenduri kengkawan sgt drastik turun. Geng² boejang pon dah leh kira pakai jari. Geng² gonjeng je yg masih steady.







    Kebelakangan ni gua rasa mcm org biol. Waktu jaga pala otak pikir pasal keje. Waktu tido pon bleh mimpi berfikir pasal keje kat ofis. Vavi..letih minda dan fizikal aku ni...kebelakangan ni gua stress..xdpt rehat yg cukup...gi jalan² alamanda cuci mata tgk hijabster² pon dah xberkesan...

    Xkan nak kena gi pavi lepak cuci mata tgk chick² plak kut?

















    Beberapa minggu lepas gua pergi pesta buku shah alam. Mcm² buku jugak ade. Hijabster, gadis bertudung labuh pun byk jugak. Masa lalu kat kedai MOY gua ternampak koleksi Kartun ABE. Tetiba gua teringat cerita Kartini. Komik legend jiwang karat dak² hostel gua dulu.
    Hampa, xde jual plak koleksi Kartini. Terpaksalah gua try online plak nnt.

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Tuesday, April 23, 2013

    doploh


    Tahukah anda, manchester united di anugerahkan kejuaraan liga perdana inggeris barclays utk kali ke 20?

    Bertabahlah, seminggu dua minggu ini mesti byk post² riak fans mufc di pesbuk dan twitter. Tidak dilupakan sesi hanjing menghanjing team lain.

    Itulah bolasepak dan lelaki. Hanjing menghanjing team bolasepak kesayangan masing² dah jadi lumrah. Tapi nnt akhirnya same gak, kongsi rokok masing², lepak kedai minum² huha huha sama² mcm xde pape.

    No heart feeling orang manchester kata...hahhaa

    Next season jesey manchester united boleh pakai patch epl gold balik..yeay!

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Monday, April 22, 2013

    inikalilah

    Seputar di alam maya.
    Aku kagum dgn hasil kreatif penyokong² PR.
    Banyak artwork² dorang yang osem².
    Ni salah satu contoh yg aku amik dn share.
    Adakah ini bermakna golongan muda telah lebih banyak bersama mereka?
    Aku yakin artwork² ini dibuat atas dasar sukarela. Tanpa mengharapkan imbuhan.
    Lebih kepada kepuasan kendiri barangkali?

    #inikalilah

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Friday, April 19, 2013

    #inikalilah

    Hari ini aku rasa xcukup tangan.
    Dari pagi smp ke senja ada sahaja isu di tempat kerja.
    Isu datang bertubi² dr depan belakang kiri dan kanan.
    Tapi rasa mcm seronok pulak bila segala isu dapat diatasi.



    Esok adalah hari penamaan calon.
    Walaupon nampak gayanya xde roket pada kertas undian kalini,
    Yang ada hanya bulan purnama dan dwi bulan sabit.
    Semoga pru kali ini dapat memberi perrubahan dan manfaat yg lebih baik kpd rakyat.
    #inikalilah

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Sunday, April 14, 2013

    perlukah?

    Beberapa minggu lepaih, aku dapat pesanan melalui email. Ade satu sarikat buek bosi berminat dengan den. Puan lina dari jalankerja dot com yang hantor notification. Xsangko ado jugok kilang bosi yg usha² pomen cabok mcm den. Tapi den buek xtau jo. Xhapdet ape kebende pon. Kalau mereka bonar² nak pinang den, leh je kontek den via kontek nombor yg den lotak dalam laman web jalankerja dot com.

    Dan minggu lopeh jugak, teman den ngantor esemes ade satu sarikat yang kerja die cari dan gali minyak nak cari mekanikal pny org. Member den tu siap boei tips dan soklan bocor skali. Dio punyo sepupu ke sepapat ke pebenda ntah yg koba ado kekosongan ni. Tawaran yg menarik. Kalau dapek mmg den boleh kumpul duit hantaran takat tigo ompek bulan jo. Tapi yg menggusarkan hati den yang serapuh tisu dan penuh taman ni, kemungkinan bosar keno station kek benua afrika nun. Ni yg buek den pikior lapan bolas kali nak apply ni. Tapi bilo pikior² balik, ini peluang yg baguih dan bukan selalu dtg, sementelahden tongah boejang ni.

    Haih, poning²...tgk senin ni camno...kalo den dapek hidayah den hapdetlah resume den kaw²....

    Atau den nak keno tanyo sama tuhan via solat istikaharoh?

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Wednesday, April 3, 2013

    cascada

    Gue pernah dituju lagu oleh seseore lagu ini few years back.

    Dan tetiba male ini gue terasa nak dengo lagu ni balik.

    Pekabolah agaknya beliau ye?



























    Asek tuju lagu je yg gue dapat. Nak menuju ke pembinaan masjidnya idokle jugak. Insaflah wong lanang.

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Tuesday, March 19, 2013

    abc

    Gua igt lagi, tahun lepas bulan mac gua main klik klik kat jobstreet.

    Salah satu iklan yg gua klik dlm tu kampeni abc ni la.

    Gua main klik je pon dan x meletak harapan

    Sebab gua pon xlah percaya sgt dgn keberkesanan jobstreet ni.

    Memang dah rezki kut, bulan april kampeni abc ni pggl interview first stage

    Masa interview pon gua x yakin dpt jawatang ni

    Maklumlah gua ni bukan sapa sapa

    Result blaja pong omputih kata paras laut je..tambah tambah kampeni abc ni dah tahap tahap antarabangsalah bak kata husin lempoyang

    Rezki lagi gua pass  ke second stage.

    28 may gua tender surat.

    2 minggu main tarik tali dgn bos kepada bos tmpt lama gua

    Awal julai huha huha dgn kawan opis lama kat tawau,semporna,mabul sabah.

    1 ogos gua daftar kat abc

    Nah, skrg gua masih di sini.

    Hari2 pening kepala layan perangai mesin dgn perangai manusia.


























    Jauh lagi perjalanan aku nak jadi ultraman ni.....

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Monday, March 18, 2013

    paduka mangkubumi petala Lang it altirami

    Hari ini hari Senin
    Gua terbangun Lambat, punch kad pon lewat 5 minet,
    Masuk masuk keje bos dah call kate ade break down.
    Mmg spoil the mood you hari senin pagi dah ade problem.

    Bermula hari ini sehingga jumaat ini bos gua out of office.
    Ntah hapa angin die soh aku jadi pemangku sepanjang die xde.
    Jumaat lepas aku dah diamanahkan katalaluan SAP sistem die,
    Plus kuasa buat keputusan yg kurang kritikal,

    Hari ni banyak gak benda yg aku kena handle,
    Dari pagi smp ke potang xsenang duduk,
    Nak isap okok pon jadual lari.

    Semoga minggu ini berlalu dengan aman dan damai.
    Semoga xde masalah besau besau,
    Semoga aku berjaya jalankan tanggungjawap sebagai dato mangkubumi
































    Selamat hari isnin.....

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Monday, March 11, 2013

    hnssh...hnsshh

    Ari sabtu baru ni wa gi grooming,

    Ari ni wa masuk ofis dgn gaya baru.

    Pagi2 wa pny member si botak tegor "wah bro, gaya baru!"

    Pastu bos gua pulak tegur "you nampak lainlah"

    Then pegi minum pagi kat kantin awek kaunter plak tegor masa wa nak bayar nescafe tarik "wah, macam ni barulah hensem bang."

    Pas minum balik ofis, brader HR yg nak jumpe aku plak buat lawak antarabangsa "ni aku nak kena tgk betol2, betol ke 'wong lanang'ni, kang takot salah org plak" sambil gelak2...

    Petang plak masa wa gi ke depan receptionist, awek jaga kaunter tu senyum2 kat gua lebih daripada biasa sambil buat2 gedik.

    Kesimpulannya, member gua ckp wa nampak muda seploh tahun. Sebelum ni dgn rambut panjang cecah kolar jaket, jambang macam wolverin selamba je wa punya supervisor yang baru masuk keje bawah gua cakap wa umur 30 tahun lebih...

    Weekend ni igt nak try bersidai kat alamanda. Mana tau leh sangkut dokter2 muda yang keje kat putrajaya yg tgh sopping2 ke...


























    Ok. Sila muntah lepas baca posting wa yang angkat diri ni...hahaha

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Sunday, March 10, 2013

    kecik

    Tadi aku gi giant kat jajahan rumah aku ni. Sampai sana amik troli. Bila masuk dalam cuma amik dettol body shower, berus gigi oral b, jel rambut cap revive, replacement unit ambi pur car, sebatang roti perancis panjang, sebungkus roti kentang, sepaket bateri cap eveready gold dalam ade 4 bijik.

    Masa bayar total 50 hinggit 60 sen.

    Terasa kecik betoi nilai duit sekarang.

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Datasheet and specification

    Syuh syuh...tarantula dah dtg balik buat sarang..lama nau dok update..dok rok cetong le ni.

    Korang dulu masa nak menikah ade pikior x calon2 idaman. Teman nak share le skit specs2 yg dalam consideration teman beserta reason. Eh dah cam buat technical report plak,

    Dokter. Teman rasa kut dapat teman dokter mmg best. Ade le yg tau details or at least lebih tahu tentang hal ehwal kesihatan. Tapi kalau dapat dokter mau teman insaf dr berasap. Mau kena bebel ari2.

    Cikgu sekolah rendah. Kategori ni teman rasa yang bestnya depa byk cuti. Cuti sekolah je dah sebulan. Nak berlibur pon leh planning. Tapi teman x berapa kenan dgn cikgu sekolah menengah. Maklumlah dak2 sekolah menengah bukan semenggah sgt perangainya.

    Jurutera. At least dapat faham cara kerja teman. Selain tu boleh gak berbincang2 perkara2 teknikal sambil2 tgh potong sayur, goreng ikan kat dapor ke. Mana tau leh kongsi masalah kejuruteraan bersama dan mendapat jalan penyelesaian. Tapi kalau leh ni last choice.

    Prioriti paling utama yang plg atas tu sehingga ke bawah. Tapi kalau tersangkut anak raja pon teman x kisah. Kalau sudah ditakdirkan anak raja tu menjadi pelengkap rusuk kiri teman ni apa boleh buat. Hamboi ayat!


























    Kalau kome2 ade teman2 dokter especially roger2lah teman. Leh lah teman whatssapp2 nnt. La ni teman bz bebenor. Gi keje xnmpk matahari, lik keje pon matahari dah tito. Teman pelagi, malam kol 10 kdg2 dah sampai World of Oz. Ghase cam dah no life plak. Heh.

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Saturday, February 23, 2013

    interview

    Jumaat 22 february.
    Pertama kalinya aku interview orang.
    Pertama kali merasa apa rasanya pakai kasut interviewer.

    Byk juga benda yang dibincangkan.
    Tetapi hanya beberapa perkara yang aku nak kongsi.

    Susah rupenye nak cari kerja skrg ni.
    Budak yang aku interview tu cerita betapa bersungguhnya dia cari kerja.
    Sampai jobstreet hantar notification yang kuota beliau nak klik n apply keje kosong cuma tinggal 5 sahaja untuk bulan teraebut.
    Ya, hari ini baru aku tahu yang jobstreet ada kuota.
    Ikutkan hati kesian dengan mamat ni.
    Ikutkan waras, tiada rezeki beliau kali ini.
    Aku tau bila interview, kita akan cuba sedaya upaya sembang lebat bak ang...nak promote diri.
    Aku pon camtu..hahaha
    Tapi jgn menipu. Kalau x tahu mengaku je xtahu.
    Mamat tu aku lihat bagus. Bila aku tanya benda yang die xtahu, die mengaku xtahu.
    Dari segi peribadi, nampak macam jenis follow the rule. Tapi x tahulah, interview cuma the surface, sebab tu ade probation period.

    Aku tahu apa yang kami perlukan dan bilamana 10 minit aku interview dan dapati beliau tidak sesuai, terus borang evaluation tu aku xtulis ape2.

    Satu benda yang buat aku bengang gak tadi, resume mamat tu boleh salah info. Terus aku garis2 betolkan apa yg salah depan die sambil buat2 ulang2 tanya mintak kepastian dengan nada yang dibuat2 seakan2 xpuas hati. Terus berulang kali mamat tu mintak maaf..haha..
    Benda ini tidak sepatutnya terjadi, kerna resume adalah benda yang snagt penting. Recheck berulang kali!

    Setelah jam menginjak 1020, terus aku gi tanya bos aku cane. Bos aku kata nak join interview sekali masa die soh aku start the session, aleh2 sampai ke akhir sampai aku dah rasa xtau nak tanya apa dgn mamat tu x masuk2. Bos aku selamba je tanya nak accept ke x? Setelah aku explenkan apa yg patot, maka aku pon kembali kat mamat tu dan cakap if you were selected, we will get in touch with you back within 2 weeks.

    Gua x sampai hati nak cakap, maaf dik, kami tidak dapat menggajikan anda buat masa ini. Terima kasih kerana meluangkan masa. Nasib baik die faham dengan maksud ayat 2 weeks aku tu.....

    Kesimpulannya, aku pegi minum pagi tadi lambat. Sampai kantin kueh mueh sarapan pagi nasi lemak semua dah licin. Sudahnya minum nescafe tarik makan asap rokok je.........

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Sunday, February 17, 2013

    Pemburu Bandar


    1. Saya baru usai menonton drama Hanguk bertajuk City Hunter menerusi DVD cetak rompak yang adek saya beli. Siri ini sedang hangat ditayangkan di saluran 8TV bermula jam 8.30 malam berdurasi selama satu jam tolak iklan xsmp sejam pon durasinya.
    2. Saya sebenarnya meme suke nonton cerita Korea. Bermula daripada tahun 2003 dengan cerita Hotelier (kut) lakonan Song Hye Gyo zaman muda2 sehinggalah ke hari ini.
    3. Baiklah kembali ke topik. Siri City HUnter ini sebenarnya adaptasi daripada manga Jepun, kira macam movie Ombak RIndu yang meletup2 tu le. Dah lama dah saya tau manga City HUnter ni, kalau x silap semenjak zaman sekolah menengah dah ada manga ni. Semasa zaman tu, kalau siapa2 je dikalangan kami yang membaca manga ini akan di cop Mat Blue sebab mmg sgtlah byk lukisan2 yang menjurus soft porn. Saya pon x igt berapa kali sahaja pernah membaca Manga City HUnter ni kerna pada masa tu x heran lgsg dgn City HUnter ni. Yang saya hairan masa tu lebih kepada komik Pendekar Laut, Wira Tunggal, Senjata Alam Manusia, Guruh Badai, dan yang seangkatan dengannya.

    4. Setelah saya terjebak menonton siri ni, barulah saya faham yang City Hunter ini bukan sekadar soft porn, tapi sebenarnya mengenegahkan isu-isu yang lebih besar. Isu kesetiaan kepada negara, permainan politik kotor, kasih sayang antara manusia, perbezaan doktrin, masalah sembelit, dan banyak lagi.
    5. Satu siri drama Korea yang saya rasa ada pengisian, tidak seperti drama yang kosong, kosong kosong sekosong lagu Najwa Latif.
    6. Satu yang saya perasan, peranti pintar yang digunakan dalam CIty HUnter ini adalah Apple iPhone dan iPad. Ini adalah sesuatu yang diluar tabii bagi siri drama Korea tidak menggunakan produk Samsung mahupun LG. Mungkin ini adalah salah satu usaha Apple nak tingkatkan kesedaran kepada penduduk Hanguk dengan menyeponsor gadjet kegunaan Lee Min Ho dan rakan-rakan dalam siri ini.
    7. Oh ya, untuk dapatkan lebih keasyikan, carilah siri yang menggunakan bahasa Hanguk, Yang kat 8tv tu dah dubbing bahasa Cina. Xinzal langsung. heh. 

    Thursday, February 14, 2013

    rindu bertamu di abu dhabi

    Sepanjang cuti dum dum cheng itu hari, sempatlah melayan cerita slot akasia Rindu bertamu di Abu Dhabi, pengganti cerita setia hujungnnyawa kut. Alu amatlah jarang menonton drama melayu maghrib2 ni, sebab biasanya maghrib aku baru sampai umah pon dari opis.

    Dalam citer yang aku baru layan 2 episod tu kut, ade 3 watak, firdaus, faiz dan faris.firdaus ialah fahrin ahmad, engineer kanan kat abu dhabi. Faiz ialah shah jaszle, seorang watak yang digambarkan hidup suka berfoya-foya (ralat:faiz dalam dunia realiti adalah seorang yang soleh serta sentiasa mencuba beribadah dgn lebih baik..hahah) dan faris dilakonkan oleh sape ntah.

    Beberapa sebab aku termenonton drama ini adalah kerna die punya opening montage sgtlah menarik bagi aku, plus cinematografi abu dhabi cantiknya di gambarkan dalam ni.

    Selain itu, faktor tasha shila juga menyebabkan aku termelekat kejap tgk drama ni. Tasha shila pakai tudung labuh amatlah comel ko tau. Plus rambut tasha shila yang begitu lebat, tebal dan mayang mengurai. Haih, ni mmg taste2 aku rambut camni ni..hahaha
























    Nampak gaya aku mcm dah nak kena kawen je secepat mungkin ni...hahaha

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Tuesday, February 12, 2013

    raya cina

    Raya cina ni byk limau aku dapat. Lagi byk drpd masa aku keje kilang cina dulu..haha...manis2 belaka limau yg aku dapat. In total adelah 2 kotak kut aku dpt bwk balik rumah. Secara total, kami di ofis dapat kotak limau adelah 20 kotak kut....berkongsilah kami bahagi2 limau tu semua.

    Makan byk limau, tekak jadi gerok, berak jd lancar...surrrr...
    Bagus untuk digestion system kut..haha..

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Saturday, February 9, 2013

    Bulan dan bintang

    Jumaat 8 februari secara rasminya gua buat aprraisal diri gua. Jupe bos face to face. Masa isi borang apparaisal, selamba badak gua isi column2 KPI gua x achieve dgn ayat "failed to comply". Byk jugaklah KPI gua yang "Failed to comply" hahaha. Masa sesi nak tandatangan, bos gua cakap jangan tgk pada markah tu sebab gua masih baru. Plus bos gua ckp die xleh bagi markah bayek2 sgt sbb nnt ape org ckp, gua MC abis taun lepas tapi appraisal cantekk je, dahlah budak hingusan plak lagi tu. (tempat gua keje ni byk backstabber, tu yg kadang2 tambah letih nak tepis sana sini..haih..)Tetapi gua dijanjikan bulan dan bintang kalau perform next few month for special increment on next september.

    Aku malas nak ckp byk tadi. Xkisah dah die nak appraisalkan aku camne.haha..

    Tapi gua xleh lupe ayat yang bos soh aku perform cepat2, belaja byk2. Die dah xsabor nak tgglkan post manager. Boleh ganti duduk kerusi die..gua x ready lagi nak serabut kepala...adhoi...gi kasi member aku yang senior tu lah...

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Monday, February 4, 2013

    Cerita kedai kopi.


    1. Beberapa hari yang lepas, aku pegi mengeteh di salah satu lokasi fevret aku. Sebelum balik dan semasa membayau, aku telah membeli rokok sekotak. Tetapi bila aku dah nak sampai rumah, baru aku sedar, rokok yang sudah dibayor tertinggal di kedai mamak itu. Pelagi menyumpahlah aku kerna telah kerugian hampir seploh ringgit dek kerna kelemahan memori bahana terlalu banyak menonton video klip K-pop gadis2 korea yang pakai skirt yang amatlah pendek hingga menampakkan peha mereka yang putih melepak (yang pastinya video klip kpop tidak Sharia Compliant ye). Maka aku pon singgahlah dekat salah satu kedai runcit berdekatan rumah aku untuk membeli sekotak lagi rokok sebagai bekalan untuk pergi kerja keesokan. Nak dijadikan cerita, hari ni aku kembali ke kedai mamak tu untuk mengeteh. Semasa aku nak membayornya, aku pon cakap dengan anney tu mintak sekotak rokok. Dengan tidak semena-mena, anney tu pon berkata kembali kepada aku " Abang, itu hari malam abang ada beli rokok tapi ada tinggal atas ini balang gula-gula juga. Abang ada ingat ka?" aku terkejut dengan kekata anney itu. Memang benar namun aku tidaklah berharap dapat balik rokok tu sebab aku dah consider burn dah rokok tu sebab aku lupe. Setelah berbasa basi lebih kurang, maka anney itupun refuse menerima bayaran untuk rokok itu, katanya sebagai ganti rokok yang aku tertinggal ari tu. Gua rasa terharu sebab masih ada lagi peniaga yang jujur.
    2. Beberapa hari yang lepas (lagi), aku dan member aku melepak di sebuah kedai arab. Cita-citanya nak pekena nasi Mandy dan menghisap shisha secara berjemaah. Sampai di kedai arab tu, aku pon mengorder. Memandangkan member aku nak belanja minum Barbican, maka aku pun melihatlah menunya. Barbican ni minuman berkarbonat diimport dari Iran (kalau x silap) yang mempunyai beberapa perisa. Setelah melihat menu, aku pon cakap dengan arab (bangla kut ..nampak gayanya macam lebih iras ke bangla..haha) yang nak amik order. Aku cakap dengan die nak Barbican perasa Malt (perisa gandum lettew kut)..mamat amik order tu macam x percaya dengan apa yang aku order. Dengan muka terpinga-pinga dan sangsi serta diiringi dengan perasaan curiga, die bertanya lebih kurang "You can drink this boss?". Lalu aku pon berasa pelik pehal plak aku xbleh minum Barbican. Macamlah aku xpernah minum Barbican sebelum ni. tapi bukan perasa malt lah...aku cakap "Yolo". Lepas dapat minuman dan makanan serta shisha, maka kami pon menjamu selera sambil ditemani asap-asap shisha yang berbau wangi tu. Pastuh member aku nak rasa air Barbican aku sebab die pon pelik tgk bangla tu skeptikal je masa aku order Barbican perasa Malt tu. Pas die meminum ayer aku die pon berkata "Patutlah..."..aku yang sedang menghembuskan asap shisha yang berkepul-kepul tu tergezut lagi sekali.."Aik?..awatnya patutlah?" tuntas aku bertanya beliau. " Rasanya lebih kurang macam arak. Bangla tu takut ko xminum..."..."Arak?.." tanyaku kembali sambil membulatkan anak mata. " Ha'ah..lebih kurang macam rasa beer"...lor..camtu ke rasa beer tu...xlah sedap mana pon..aku pon x paham kenapa ramai yang leh tonggang beer tu....mesti mamat tu igt aku golongan2 alim sebab berjambang macam Osama laden bagai, tu yang beliau begitu skeptikal masa aku order mende tu..
    3. Minggu ni last bos aku mintak appraisal bebudak aku. Bawah aku ada 6 orang subordinate. Walaupon sebelum ni aku pernah ada orang bawahan dan pernah buat appraisal dorang, tapi yelah, ni kan kompeni baru, maka lainlah caranya. aku pon xberapa paham sangat sistem penilaian kompeni baru aku ni. Bos aku soh aku buat je dulu, esok pagi senin jumpe die bincang balik. Bos aku siap soh aku set KPI untuk 2013 bebudak aku ni lagi. Terdetik juga dalam hati, aik biasanya yang set2 KPI ni kerja2 orang atasan, aku ni masih tahap2 kuli batak lagi. Ah..layankan jelah. KPI aku sendiri pon aku blom isi lagi. Ingat nak isi kat umah, tetiba portal xbleh bukak plak. VPN buat hal. Dem. Kena isi esok lah ni jawapnya. Aku x expect apa2pon appraisal aku kali ini. Aku tau aku x perform mana pon kali ini. Ini semua sebab aku tidak sihat punya pasal beberapa bulan itu hari. Berserah pada takdir dan rezki jelah..kalau rasa kenot go lompat kapal lagilah jawapnya...hahahah

    Saturday, February 2, 2013

    DCCK: Di celah celah kehidupan.

    Dulu aku xpaham, kenapa skandal skandal boleh berlaku pada org yg dah kawen.

    Sekarang aku agak faham, bini orang punya punya manja x sama dgn anak dara punya manja.  lebih dasat. Maybe sbb dah ade xperience kut.Bahaya, jgn dilayan. Dan jgn coba-coba pon.

    Semoga kita semua terhindar drpd terjebak ke lembah skandal. Dgr lgu aku skandal xpe.


























    Soklan fevret bulan januari tahun baru ni, bila hang nak kawen?
    Jawapan fevret 'hang': cuti sekolah..........

    'hang' xterpikiaq lg pon nak construct masjid...kena tggu jd contractor dulu kut.....

    Amacam tajuk post, ade mcm iras2 segmen DCKK kat mingguan malaysia dop?..haha

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Wednesday, January 23, 2013

    Barisan Nasional.


    1. Kadang-kadang gua fedap gak keje jadi level eksekatip ni.
    2. Mengikut undang-undang Malaysia, level eksekatip ni bukanlah mandatori untuk majikan berikan OT.
    3. Kadang-kadang gua pikir lebih baik gua keje jadi kerani ke, pelukis pelan ke, ofis boy ke, keje xyah pening kepala, tunggu arahan je, boleh claimed OT kebanyakannya, kalau salah pon x besar mana kemusnahan yang diberikan.
    4. Weh penat weh kalau cuti / public pon gua nak kena punch card.

    Sunday, January 20, 2013

    Windows Phone 8


    1. Beberapa bulan kebelakangan ni aku telah mengsurvey2 secara tidak intensif telefon-telefon pintar yang wujud.
    2. Biasa bila orang cakap telefon pintar, terus teringat kat K-Pop Samsung Style.
    3. Tapi Nokia nampaknya berjaya menarik perhatian aku.
    4. Dengan kemunculan lineup Lumianya.
    5. Ya, Lumia menggunakan perisian Windows Phone, bukan Android mahupun iOs.
    6. Pernah terbaca kat mana ntah, Lumia 920 lebih berbaloi untuk dimiliki berbanding iponglima.
    7. Di sini aku sertakan sekali artikel penulis jemputan di ikongsi tentang windows phone8.

    Thursday, January 17, 2013

    Ruby


    1. Tahukah anda, tv3 menerusi slot samarinda ada citer drama melayu bertajuk Ruby?
    2. Saya telah termenonton siri ini selama beberapa kali.
    3. Sebab utama saya termenontonnya adalah kerana heroinnya adalah Siti Saleha dan watak heronya yang bagi saya seorang yang sengal dilakonkan dengan jayanya oleh cinta hati Shila ND Lala, encik sharnaaz..
    4. Semalam adik saya telah membahan saya kerana saya menonton drama melayu. 
    5. Sebenarnya, saya memang menonton drama melayu, cuma bersifat sangat selektif. Tetapi biasanya saya akan menonton jika drama itu ada Neelofa, Wawa Zainal, Rozita Che' Wan, Ako Mustapha, Razali Hussin, Linda Hashim.
    6. Oh tidak dilupakan juga, Lisdawati.
    7. Kesimpulannya, majulah Zed Zadi untuk artis tempatan.

    Thursday, January 3, 2013

    thefm

    Masa gua belajau kat kolej dulu kengkawan gua panggil gua FM. Sebab ade 3 org nama sama dgn gua. FM gabung nama gua dgn bapak gua. Sampai sekarang budak2 kolej gua panggil gua FM kalau ade jupe mana2 kat luar.

    The FM plak muncul masa gua punya department buat pertandingan futsal antara tahun 1 sampai tahun 4. Jadi setiap senior dan junior form team masing2 untuk merebut piala ketua jabatan kitorang. Al kisahnya, budak2 grup aku beridea nak buat jersey pasukan. Maka masing2 pakatlah pilih nombor dgn nama nak tampal kat belakang. Aku no 7, nama tampal the fm. Konon2 nak tiru gelaran ronaldinho lah tu 'the magician'. Nombor plak x nak kalah, nombor abang becks...hahaha..padahal main shadow striker je..tu pon sempot awal..hahaha...tapi kira oklah..kitorang lepas gi quarter kalau x silap...

    Skrg dah lama gile tggl futsal. Last main masa kat kolej dulu. Adelah 4 tahun dah x main futsal lgsg. Dulu budak2 kelas aku setiap mggu kumpul kat batu berendam, sewa court futsal main sampai muntah2. Skrg ni kalau aku main futsal balik mau seminggu kut mc, sakit badan..........

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Tuesday, January 1, 2013

    2013 M


    1. Alhamdulillah, hari ini 1 Yinayir 2013 M.
    2. Berjaya hidup dengan izin Rabb sehingga saat ini.
    3. Berjaya menjadi salah seorang survivor 21 Disember 2012.
    4. Berjaya melepasi hari2 yang dikatakan gelap selama 3 hari pada bulan 12 2012.
    5. Masih belum bercita-cita nak menjadi duet lagi pada tahun ni.
    6. Bercadang hendak bertukar profesion secara serius, seserius blog serius kelolaan Obefiend.
    7. Nak tido kejap lagi