Wednesday, January 23, 2013

Barisan Nasional.


  1. Kadang-kadang gua fedap gak keje jadi level eksekatip ni.
  2. Mengikut undang-undang Malaysia, level eksekatip ni bukanlah mandatori untuk majikan berikan OT.
  3. Kadang-kadang gua pikir lebih baik gua keje jadi kerani ke, pelukis pelan ke, ofis boy ke, keje xyah pening kepala, tunggu arahan je, boleh claimed OT kebanyakannya, kalau salah pon x besar mana kemusnahan yang diberikan.
  4. Weh penat weh kalau cuti / public pon gua nak kena punch card.

Sunday, January 20, 2013

Windows Phone 8


  1. Beberapa bulan kebelakangan ni aku telah mengsurvey2 secara tidak intensif telefon-telefon pintar yang wujud.
  2. Biasa bila orang cakap telefon pintar, terus teringat kat K-Pop Samsung Style.
  3. Tapi Nokia nampaknya berjaya menarik perhatian aku.
  4. Dengan kemunculan lineup Lumianya.
  5. Ya, Lumia menggunakan perisian Windows Phone, bukan Android mahupun iOs.
  6. Pernah terbaca kat mana ntah, Lumia 920 lebih berbaloi untuk dimiliki berbanding iponglima.
  7. Di sini aku sertakan sekali artikel penulis jemputan di ikongsi tentang windows phone8.

Thursday, January 17, 2013

Ruby


  1. Tahukah anda, tv3 menerusi slot samarinda ada citer drama melayu bertajuk Ruby?
  2. Saya telah termenonton siri ini selama beberapa kali.
  3. Sebab utama saya termenontonnya adalah kerana heroinnya adalah Siti Saleha dan watak heronya yang bagi saya seorang yang sengal dilakonkan dengan jayanya oleh cinta hati Shila ND Lala, encik sharnaaz..
  4. Semalam adik saya telah membahan saya kerana saya menonton drama melayu. 
  5. Sebenarnya, saya memang menonton drama melayu, cuma bersifat sangat selektif. Tetapi biasanya saya akan menonton jika drama itu ada Neelofa, Wawa Zainal, Rozita Che' Wan, Ako Mustapha, Razali Hussin, Linda Hashim.
  6. Oh tidak dilupakan juga, Lisdawati.
  7. Kesimpulannya, majulah Zed Zadi untuk artis tempatan.

Thursday, January 3, 2013

thefm

Masa gua belajau kat kolej dulu kengkawan gua panggil gua FM. Sebab ade 3 org nama sama dgn gua. FM gabung nama gua dgn bapak gua. Sampai sekarang budak2 kolej gua panggil gua FM kalau ade jupe mana2 kat luar.

The FM plak muncul masa gua punya department buat pertandingan futsal antara tahun 1 sampai tahun 4. Jadi setiap senior dan junior form team masing2 untuk merebut piala ketua jabatan kitorang. Al kisahnya, budak2 grup aku beridea nak buat jersey pasukan. Maka masing2 pakatlah pilih nombor dgn nama nak tampal kat belakang. Aku no 7, nama tampal the fm. Konon2 nak tiru gelaran ronaldinho lah tu 'the magician'. Nombor plak x nak kalah, nombor abang becks...hahaha..padahal main shadow striker je..tu pon sempot awal..hahaha...tapi kira oklah..kitorang lepas gi quarter kalau x silap...

Skrg dah lama gile tggl futsal. Last main masa kat kolej dulu. Adelah 4 tahun dah x main futsal lgsg. Dulu budak2 kelas aku setiap mggu kumpul kat batu berendam, sewa court futsal main sampai muntah2. Skrg ni kalau aku main futsal balik mau seminggu kut mc, sakit badan..........

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, January 1, 2013

2013 M


  1. Alhamdulillah, hari ini 1 Yinayir 2013 M.
  2. Berjaya hidup dengan izin Rabb sehingga saat ini.
  3. Berjaya menjadi salah seorang survivor 21 Disember 2012.
  4. Berjaya melepasi hari2 yang dikatakan gelap selama 3 hari pada bulan 12 2012.
  5. Masih belum bercita-cita nak menjadi duet lagi pada tahun ni.
  6. Bercadang hendak bertukar profesion secara serius, seserius blog serius kelolaan Obefiend.
  7. Nak tido kejap lagi