Saturday, February 23, 2013

interview

Jumaat 22 february.
Pertama kalinya aku interview orang.
Pertama kali merasa apa rasanya pakai kasut interviewer.

Byk juga benda yang dibincangkan.
Tetapi hanya beberapa perkara yang aku nak kongsi.

Susah rupenye nak cari kerja skrg ni.
Budak yang aku interview tu cerita betapa bersungguhnya dia cari kerja.
Sampai jobstreet hantar notification yang kuota beliau nak klik n apply keje kosong cuma tinggal 5 sahaja untuk bulan teraebut.
Ya, hari ini baru aku tahu yang jobstreet ada kuota.
Ikutkan hati kesian dengan mamat ni.
Ikutkan waras, tiada rezeki beliau kali ini.
Aku tau bila interview, kita akan cuba sedaya upaya sembang lebat bak ang...nak promote diri.
Aku pon camtu..hahaha
Tapi jgn menipu. Kalau x tahu mengaku je xtahu.
Mamat tu aku lihat bagus. Bila aku tanya benda yang die xtahu, die mengaku xtahu.
Dari segi peribadi, nampak macam jenis follow the rule. Tapi x tahulah, interview cuma the surface, sebab tu ade probation period.

Aku tahu apa yang kami perlukan dan bilamana 10 minit aku interview dan dapati beliau tidak sesuai, terus borang evaluation tu aku xtulis ape2.

Satu benda yang buat aku bengang gak tadi, resume mamat tu boleh salah info. Terus aku garis2 betolkan apa yg salah depan die sambil buat2 ulang2 tanya mintak kepastian dengan nada yang dibuat2 seakan2 xpuas hati. Terus berulang kali mamat tu mintak maaf..haha..
Benda ini tidak sepatutnya terjadi, kerna resume adalah benda yang snagt penting. Recheck berulang kali!

Setelah jam menginjak 1020, terus aku gi tanya bos aku cane. Bos aku kata nak join interview sekali masa die soh aku start the session, aleh2 sampai ke akhir sampai aku dah rasa xtau nak tanya apa dgn mamat tu x masuk2. Bos aku selamba je tanya nak accept ke x? Setelah aku explenkan apa yg patot, maka aku pon kembali kat mamat tu dan cakap if you were selected, we will get in touch with you back within 2 weeks.

Gua x sampai hati nak cakap, maaf dik, kami tidak dapat menggajikan anda buat masa ini. Terima kasih kerana meluangkan masa. Nasib baik die faham dengan maksud ayat 2 weeks aku tu.....

Kesimpulannya, aku pegi minum pagi tadi lambat. Sampai kantin kueh mueh sarapan pagi nasi lemak semua dah licin. Sudahnya minum nescafe tarik makan asap rokok je.........

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, February 17, 2013

Pemburu Bandar


  1. Saya baru usai menonton drama Hanguk bertajuk City Hunter menerusi DVD cetak rompak yang adek saya beli. Siri ini sedang hangat ditayangkan di saluran 8TV bermula jam 8.30 malam berdurasi selama satu jam tolak iklan xsmp sejam pon durasinya.
  2. Saya sebenarnya meme suke nonton cerita Korea. Bermula daripada tahun 2003 dengan cerita Hotelier (kut) lakonan Song Hye Gyo zaman muda2 sehinggalah ke hari ini.
  3. Baiklah kembali ke topik. Siri City HUnter ini sebenarnya adaptasi daripada manga Jepun, kira macam movie Ombak RIndu yang meletup2 tu le. Dah lama dah saya tau manga City HUnter ni, kalau x silap semenjak zaman sekolah menengah dah ada manga ni. Semasa zaman tu, kalau siapa2 je dikalangan kami yang membaca manga ini akan di cop Mat Blue sebab mmg sgtlah byk lukisan2 yang menjurus soft porn. Saya pon x igt berapa kali sahaja pernah membaca Manga City HUnter ni kerna pada masa tu x heran lgsg dgn City HUnter ni. Yang saya hairan masa tu lebih kepada komik Pendekar Laut, Wira Tunggal, Senjata Alam Manusia, Guruh Badai, dan yang seangkatan dengannya.

  4. Setelah saya terjebak menonton siri ni, barulah saya faham yang City Hunter ini bukan sekadar soft porn, tapi sebenarnya mengenegahkan isu-isu yang lebih besar. Isu kesetiaan kepada negara, permainan politik kotor, kasih sayang antara manusia, perbezaan doktrin, masalah sembelit, dan banyak lagi.
  5. Satu siri drama Korea yang saya rasa ada pengisian, tidak seperti drama yang kosong, kosong kosong sekosong lagu Najwa Latif.
  6. Satu yang saya perasan, peranti pintar yang digunakan dalam CIty HUnter ini adalah Apple iPhone dan iPad. Ini adalah sesuatu yang diluar tabii bagi siri drama Korea tidak menggunakan produk Samsung mahupun LG. Mungkin ini adalah salah satu usaha Apple nak tingkatkan kesedaran kepada penduduk Hanguk dengan menyeponsor gadjet kegunaan Lee Min Ho dan rakan-rakan dalam siri ini.
  7. Oh ya, untuk dapatkan lebih keasyikan, carilah siri yang menggunakan bahasa Hanguk, Yang kat 8tv tu dah dubbing bahasa Cina. Xinzal langsung. heh. 

Thursday, February 14, 2013

rindu bertamu di abu dhabi

Sepanjang cuti dum dum cheng itu hari, sempatlah melayan cerita slot akasia Rindu bertamu di Abu Dhabi, pengganti cerita setia hujungnnyawa kut. Alu amatlah jarang menonton drama melayu maghrib2 ni, sebab biasanya maghrib aku baru sampai umah pon dari opis.

Dalam citer yang aku baru layan 2 episod tu kut, ade 3 watak, firdaus, faiz dan faris.firdaus ialah fahrin ahmad, engineer kanan kat abu dhabi. Faiz ialah shah jaszle, seorang watak yang digambarkan hidup suka berfoya-foya (ralat:faiz dalam dunia realiti adalah seorang yang soleh serta sentiasa mencuba beribadah dgn lebih baik..hahah) dan faris dilakonkan oleh sape ntah.

Beberapa sebab aku termenonton drama ini adalah kerna die punya opening montage sgtlah menarik bagi aku, plus cinematografi abu dhabi cantiknya di gambarkan dalam ni.

Selain itu, faktor tasha shila juga menyebabkan aku termelekat kejap tgk drama ni. Tasha shila pakai tudung labuh amatlah comel ko tau. Plus rambut tasha shila yang begitu lebat, tebal dan mayang mengurai. Haih, ni mmg taste2 aku rambut camni ni..hahaha
























Nampak gaya aku mcm dah nak kena kawen je secepat mungkin ni...hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, February 12, 2013

raya cina

Raya cina ni byk limau aku dapat. Lagi byk drpd masa aku keje kilang cina dulu..haha...manis2 belaka limau yg aku dapat. In total adelah 2 kotak kut aku dpt bwk balik rumah. Secara total, kami di ofis dapat kotak limau adelah 20 kotak kut....berkongsilah kami bahagi2 limau tu semua.

Makan byk limau, tekak jadi gerok, berak jd lancar...surrrr...
Bagus untuk digestion system kut..haha..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, February 9, 2013

Bulan dan bintang

Jumaat 8 februari secara rasminya gua buat aprraisal diri gua. Jupe bos face to face. Masa isi borang apparaisal, selamba badak gua isi column2 KPI gua x achieve dgn ayat "failed to comply". Byk jugaklah KPI gua yang "Failed to comply" hahaha. Masa sesi nak tandatangan, bos gua cakap jangan tgk pada markah tu sebab gua masih baru. Plus bos gua ckp die xleh bagi markah bayek2 sgt sbb nnt ape org ckp, gua MC abis taun lepas tapi appraisal cantekk je, dahlah budak hingusan plak lagi tu. (tempat gua keje ni byk backstabber, tu yg kadang2 tambah letih nak tepis sana sini..haih..)Tetapi gua dijanjikan bulan dan bintang kalau perform next few month for special increment on next september.

Aku malas nak ckp byk tadi. Xkisah dah die nak appraisalkan aku camne.haha..

Tapi gua xleh lupe ayat yang bos soh aku perform cepat2, belaja byk2. Die dah xsabor nak tgglkan post manager. Boleh ganti duduk kerusi die..gua x ready lagi nak serabut kepala...adhoi...gi kasi member aku yang senior tu lah...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, February 4, 2013

Cerita kedai kopi.


  1. Beberapa hari yang lepas, aku pegi mengeteh di salah satu lokasi fevret aku. Sebelum balik dan semasa membayau, aku telah membeli rokok sekotak. Tetapi bila aku dah nak sampai rumah, baru aku sedar, rokok yang sudah dibayor tertinggal di kedai mamak itu. Pelagi menyumpahlah aku kerna telah kerugian hampir seploh ringgit dek kerna kelemahan memori bahana terlalu banyak menonton video klip K-pop gadis2 korea yang pakai skirt yang amatlah pendek hingga menampakkan peha mereka yang putih melepak (yang pastinya video klip kpop tidak Sharia Compliant ye). Maka aku pon singgahlah dekat salah satu kedai runcit berdekatan rumah aku untuk membeli sekotak lagi rokok sebagai bekalan untuk pergi kerja keesokan. Nak dijadikan cerita, hari ni aku kembali ke kedai mamak tu untuk mengeteh. Semasa aku nak membayornya, aku pon cakap dengan anney tu mintak sekotak rokok. Dengan tidak semena-mena, anney tu pon berkata kembali kepada aku " Abang, itu hari malam abang ada beli rokok tapi ada tinggal atas ini balang gula-gula juga. Abang ada ingat ka?" aku terkejut dengan kekata anney itu. Memang benar namun aku tidaklah berharap dapat balik rokok tu sebab aku dah consider burn dah rokok tu sebab aku lupe. Setelah berbasa basi lebih kurang, maka anney itupun refuse menerima bayaran untuk rokok itu, katanya sebagai ganti rokok yang aku tertinggal ari tu. Gua rasa terharu sebab masih ada lagi peniaga yang jujur.
  2. Beberapa hari yang lepas (lagi), aku dan member aku melepak di sebuah kedai arab. Cita-citanya nak pekena nasi Mandy dan menghisap shisha secara berjemaah. Sampai di kedai arab tu, aku pon mengorder. Memandangkan member aku nak belanja minum Barbican, maka aku pun melihatlah menunya. Barbican ni minuman berkarbonat diimport dari Iran (kalau x silap) yang mempunyai beberapa perisa. Setelah melihat menu, aku pon cakap dengan arab (bangla kut ..nampak gayanya macam lebih iras ke bangla..haha) yang nak amik order. Aku cakap dengan die nak Barbican perasa Malt (perisa gandum lettew kut)..mamat amik order tu macam x percaya dengan apa yang aku order. Dengan muka terpinga-pinga dan sangsi serta diiringi dengan perasaan curiga, die bertanya lebih kurang "You can drink this boss?". Lalu aku pon berasa pelik pehal plak aku xbleh minum Barbican. Macamlah aku xpernah minum Barbican sebelum ni. tapi bukan perasa malt lah...aku cakap "Yolo". Lepas dapat minuman dan makanan serta shisha, maka kami pon menjamu selera sambil ditemani asap-asap shisha yang berbau wangi tu. Pastuh member aku nak rasa air Barbican aku sebab die pon pelik tgk bangla tu skeptikal je masa aku order Barbican perasa Malt tu. Pas die meminum ayer aku die pon berkata "Patutlah..."..aku yang sedang menghembuskan asap shisha yang berkepul-kepul tu tergezut lagi sekali.."Aik?..awatnya patutlah?" tuntas aku bertanya beliau. " Rasanya lebih kurang macam arak. Bangla tu takut ko xminum..."..."Arak?.." tanyaku kembali sambil membulatkan anak mata. " Ha'ah..lebih kurang macam rasa beer"...lor..camtu ke rasa beer tu...xlah sedap mana pon..aku pon x paham kenapa ramai yang leh tonggang beer tu....mesti mamat tu igt aku golongan2 alim sebab berjambang macam Osama laden bagai, tu yang beliau begitu skeptikal masa aku order mende tu..
  3. Minggu ni last bos aku mintak appraisal bebudak aku. Bawah aku ada 6 orang subordinate. Walaupon sebelum ni aku pernah ada orang bawahan dan pernah buat appraisal dorang, tapi yelah, ni kan kompeni baru, maka lainlah caranya. aku pon xberapa paham sangat sistem penilaian kompeni baru aku ni. Bos aku soh aku buat je dulu, esok pagi senin jumpe die bincang balik. Bos aku siap soh aku set KPI untuk 2013 bebudak aku ni lagi. Terdetik juga dalam hati, aik biasanya yang set2 KPI ni kerja2 orang atasan, aku ni masih tahap2 kuli batak lagi. Ah..layankan jelah. KPI aku sendiri pon aku blom isi lagi. Ingat nak isi kat umah, tetiba portal xbleh bukak plak. VPN buat hal. Dem. Kena isi esok lah ni jawapnya. Aku x expect apa2pon appraisal aku kali ini. Aku tau aku x perform mana pon kali ini. Ini semua sebab aku tidak sihat punya pasal beberapa bulan itu hari. Berserah pada takdir dan rezki jelah..kalau rasa kenot go lompat kapal lagilah jawapnya...hahahah

Saturday, February 2, 2013

DCCK: Di celah celah kehidupan.

Dulu aku xpaham, kenapa skandal skandal boleh berlaku pada org yg dah kawen.

Sekarang aku agak faham, bini orang punya punya manja x sama dgn anak dara punya manja.  lebih dasat. Maybe sbb dah ade xperience kut.Bahaya, jgn dilayan. Dan jgn coba-coba pon.

Semoga kita semua terhindar drpd terjebak ke lembah skandal. Dgr lgu aku skandal xpe.


























Soklan fevret bulan januari tahun baru ni, bila hang nak kawen?
Jawapan fevret 'hang': cuti sekolah..........

'hang' xterpikiaq lg pon nak construct masjid...kena tggu jd contractor dulu kut.....

Amacam tajuk post, ade mcm iras2 segmen DCKK kat mingguan malaysia dop?..haha

Published with Blogger-droid v2.0.6