Sunday, February 17, 2013

Pemburu Bandar


  1. Saya baru usai menonton drama Hanguk bertajuk City Hunter menerusi DVD cetak rompak yang adek saya beli. Siri ini sedang hangat ditayangkan di saluran 8TV bermula jam 8.30 malam berdurasi selama satu jam tolak iklan xsmp sejam pon durasinya.
  2. Saya sebenarnya meme suke nonton cerita Korea. Bermula daripada tahun 2003 dengan cerita Hotelier (kut) lakonan Song Hye Gyo zaman muda2 sehinggalah ke hari ini.
  3. Baiklah kembali ke topik. Siri City HUnter ini sebenarnya adaptasi daripada manga Jepun, kira macam movie Ombak RIndu yang meletup2 tu le. Dah lama dah saya tau manga City HUnter ni, kalau x silap semenjak zaman sekolah menengah dah ada manga ni. Semasa zaman tu, kalau siapa2 je dikalangan kami yang membaca manga ini akan di cop Mat Blue sebab mmg sgtlah byk lukisan2 yang menjurus soft porn. Saya pon x igt berapa kali sahaja pernah membaca Manga City HUnter ni kerna pada masa tu x heran lgsg dgn City HUnter ni. Yang saya hairan masa tu lebih kepada komik Pendekar Laut, Wira Tunggal, Senjata Alam Manusia, Guruh Badai, dan yang seangkatan dengannya.

  4. Setelah saya terjebak menonton siri ni, barulah saya faham yang City Hunter ini bukan sekadar soft porn, tapi sebenarnya mengenegahkan isu-isu yang lebih besar. Isu kesetiaan kepada negara, permainan politik kotor, kasih sayang antara manusia, perbezaan doktrin, masalah sembelit, dan banyak lagi.
  5. Satu siri drama Korea yang saya rasa ada pengisian, tidak seperti drama yang kosong, kosong kosong sekosong lagu Najwa Latif.
  6. Satu yang saya perasan, peranti pintar yang digunakan dalam CIty HUnter ini adalah Apple iPhone dan iPad. Ini adalah sesuatu yang diluar tabii bagi siri drama Korea tidak menggunakan produk Samsung mahupun LG. Mungkin ini adalah salah satu usaha Apple nak tingkatkan kesedaran kepada penduduk Hanguk dengan menyeponsor gadjet kegunaan Lee Min Ho dan rakan-rakan dalam siri ini.
  7. Oh ya, untuk dapatkan lebih keasyikan, carilah siri yang menggunakan bahasa Hanguk, Yang kat 8tv tu dah dubbing bahasa Cina. Xinzal langsung. heh. 

No comments:

Post a Comment