Wednesday, June 3, 2015

ojo ngece karo wong seng orak duwey


  1. Arini aku pergi servis kereta di Pusat Kecemerlangan Perusahaan Otomobil Nasional atau nama glemer die COE, kat tepi hiway Kesas. Aku pon sebenarnya cuba nasib je talipon petang senin tu. Tup-tup dapat appointment petang Selasa untuk servis. Biasanya nak dapat call jahannam punya susah. Aku pernah bengang call beberapa kali masuk beberapa hari xdapat-dapat, alih-alih dengan hati semangat waja macam peserta One Silat kat Festival Belia Putrajaya 2015 ritu gua redah je. Sudahnya gua tersadai dari pukul 9 sampai ke pukul 6 petang baru siap keter gua masa tu dengan alasan walk in kena selit-selit sebab appointment penuh.
  2. Arini gua nak citer, sebenarnya di COE ni ada dekat 8-9 orang Service Assistant (SA). Gua perasan tadi macam ada sorang gadis cun putih-putih melati dekat receptionist, rasa macam vibrate-vibrate gak tulang rusuk tadi, tapi x terasa sangat, mungkin kurang signal kut. Berbalik kepada SA, arini gua dapat SA yang memang sempoi dan ramah. Lelaki, gua bajet dalam awal 40-an.
  3. Prosedur biasa la, ko bagi buku servis, ko gerak dengan SA dari ruang menunggu ke ruang parking kereta, SA check semua meter minyak, meter mileage, body inspection dan sebagainya, then aku hand over kunci.
  4. Benda yang x pernah haram jadah satu SA pon sebelum ni bitau, COE ada menyediakan perkhidmatan cucian kereta PERCUMA kepada kereta yang servis. Al-kisah dah siap semua pre-inspection, SA tu pon tanyalah aku rushing ke x petang tu, aku pon cakap tadelah sebab aku kalau servis keter memang satu hari amek cuti. Then dia cakaplah, kalau macam tu bolehlah saya hantar kereta ni cuci sekali. Shamarol Idha dan Mohd Zamri barangkali tahu keadaan kereta aku macam mana sebab dorang selalu naik kereta aku dalam sebulan dua ni..hahaha. Kereta dah serupa jahanam dah kotor. Kalau gua parking kereta kat jalan tanah merah, gua suspek kereta gua dah automatik camouflage dah, plus dengan kaler coklat body dia. 
  5. Tapi memang best brader SA aku arini. Harap next time aku servis dapat dengan brader ni lagi. Aku doakan beliau murah rezeki dan senang segala urusan sebab dia dah gembirakan hati pelanggan macam aku. Aminn... 

Tuesday, June 2, 2015

bumper


  1. Last week gua ada presentation kat Damansara Perdana.
  2. Sambil-sambil gua layan isap rokok dengan member gua kat depan pintu ofis, sekonyong-konyong datang 2 orang gadis dari kejauhan.
  3. Mereka berdiri di hadapan pancuran monumen waterfall yang berdekatan.
  4. Gua dengan member gua x lah amek port sangat. Sambil tengok dorang amek gambar bedua selfie wefie wifi.
  5. Dengan tidak semena-mena, salah seorang gadis membelakangi gua dengan member gua, jarak x lah jauh sangat, adalah 10 meter daripada tempat kitorang, gadis tu berkaksi dengan sikit lentik.
  6. Member gua tengok gua, gua tengok dia. Gila babi punya bumper dia. Dah la pakai legging.
  7. Lepas isap rokok, gua terus masuk amek wudhu' lantas mendirikan solat Zohor...
  8. Mengikut pengamatan gua, gadis tersebut dalam lingkungan 18 - 20 tahun. hmm...