Tuesday, September 16, 2014

"Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?"


  1. Hai Bedah dan Bedul yang sudi melawat dan menyinggah belog hamba ini, semoga sentiasa dalam limpahan dan lindungan Tuhan hendaknya.
  2. Hari ini, aku nak berkongsi sedikit berkenaan sistem pengoperasian telefon pintar berasaskan Android.
  3. Ape bende Android? Android adalah satu sistem operasi telefon pintar berkonsep sumber terbuka (open-source) yang tidak dimiliki tapi diurusselia oleh pihak Google dan Open Handset Allience (Persekutuan Telefontangan Terbuka-ni aku translate direct, jangan percaya mahupun rindu sampai 200%).
  4. Android dilepaskan (released) pada tahun 2007, bulan di mana Guns n Roses sentiasa melayan jiwang di bawah pancuran November Rain.
  5. Tahukah anda, kebanyakan orang percaya, lambang Android diinsipirasikan daripada rekabentuk robot R2-D2 dalam siri Enamlogi Star Wars. Siapa x pernah tengok Star Wars maknanya x cukup syarat hidup. Star Wars ada beberapa watak seperti Anakin Skywalker yang bernikah dengan Padme lalu melahirkan anak bernama Luke Skywalker. Anakin Skywalker adalah calon Jedi yang paling berbakat tapi kerana George Lucas nak jadikan die seorang watak jahat superior dan cool maka die kemudian menjadi Darth Vader. Sebab tu ada satu scene dalam Star Wars ada Darth vader membuat pengakuan kepada Luke Skywalker "I'am your father". Baiklah, kita tinggalkan dahulu cerita Star Wars.
  6. Android cukup terkenal dengan codename berbentuk makanan pemanis. Mungkin kerana mereka terpengaruh dengan ayat-ayat adik manis ataupun mungkin para programmer ni memang suka makan benda-benda manis.
  7. Berikut adalah senarai versi-versi Android:
  • Alpha (1.0) 
  • Beta (1.1)
  • Mamak Cupcake (1.5)
  • Dunkin Donut (1.6)
  • Eclair (2.0-2.1)
  • Tutti Frutti Froyo (2.2-2.2.3) -Froyo adalah singkata Frozen Yogurt nox..
  • Gingerbread (2.3-2.3.7)
  • Honeycomb (3.0-3.2.6)
  • Ice Cream Sandwich (4.0 - 4.0.4)
  • Jelly Bean (4.1 - 4.3.1)
  • Zizan Razak KitKat (4.4 - 4.4.4)
  • "L" (developer review) - android terkini. baru sahaja dilancarkan semasa Google I/O beberapa bulan lepas. cakap-cakap belakang mengatakan L tu codename untuk "Lollipop". Mungkin dijangka akan disumbat ke dalam peranti tidak lama lagi.

  1. Okey kembali ke nombor 1 sebab aku x pandai nak sambung no 7 ke no 8.
  2. Android codename Honeycomb dibangunkan khusus untuk tablet. Sebab dalam API (Application Programming Interface) Honeycomb ada tambahan untuk sokong Fragment. Kelebihan Fragment ni adalah kau boleh muatkan dua antaramuka dalam satu screen . Maklumlah, tablet kan saiznya besar, ada yang saiz 10", 7". Jadi selain berfungsi sebagai dulang angkat air untuk dihidangkan kepada tetamu, pemilik tablet bolehlah mengoptimasikan saiz permukaan screen yang luas ittew.
  3. Tetapi, peranti yang menyokong android 3.X tidaklah banyak. Selepas daripada itu, semua versi selepas Honeycomb menyokong penggunaan Fragment.
  4. Korunk pernah dengar telefon Android chap Nexus tak? Paling terkini Nexus 5 keluaran LG. Baiklah, telefon cap Nexus ini adalah telefon Android sejati (pure android) keluaran Google dengan kerjasama beberapa pengeluar telefon. Antara pengeluar yang pernah keluarkan model-model Nexus ni adalah HTC, Samsung dan LG. 
  5. Telefon rangkaian Nexus ni memang dibangunkan untuk kegunaan para developer. Sebab itu mana-mana android update terbaru memang akan terus dapat kat pemilik telefon model Nexus. Tak caya pegilah tanya apek-apek jual tepon kat Law Yat ke, Terminal One ke. Kalau dorang tak tahu korunk lehlah tanya Lebai Google.
  6. Tulang belakang Android adalah Java. Seperti iOS, tulang belakang mereka adalah C/C#.
  7. Android ini sebenarnya banyak dipopularkan oleh gergasi Korea Selatan Samsung. Berapa banyak telefon Samsung pakai OS Android?
  8. Android juga bercadang mengembangkan applikasi mereka. Kini mereka sibuk dengan Android Wearable ( Wearable ni adalah nama glamor untuk peranti macam smartwatch tu, maksudnya kita boleh pakai kat badan kita sebab tu lah dipanggil Wearable wahai bedah dan bedul sekalian ...hohoho). Androd dalam bentuk TV (talibesen) pon dah mula banyak sekarang ni. Industri automotif pon dan mula nak menerima Android ni.
  9. Sebagai penutup bichara, marilah kita bersama-sama tidak mengabaikan pasangan kita walaupun kita ada smartphone Android yang power-power, takut nanti isteri kita tergumam dalam hati "Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?" sebab si suami sibuk layan game Clash of Clans waktu tengah makan sama-sama kat kedai Mamak Cupcake.

Saturday, September 13, 2014

"Hello Jabatan IT, boleh datang meja ahkak tak? Ni komputer ahkak video YouTube sekat-sekat. Tolong cepat sikit ye..nanti bos masuk japgi"


  1. Hai, hari ini saya nak kongsi dengan anda Widget yang saya gunakan pada Laptop saya yang beroperasi menggunakan Windows 7.
  2. Sila perhatikan pada gambar yang tertera di bawah. Amati gambar ini dengan tenang dan jangan cuba membocorkan soalan UPSR pada tahun hadapan pula (tetiba plak...kahhh)
  3. Secara asasnya, saya menggunakan 6 widget ini untuk kemudahan saya memantau operasi laptop saya. Bermula dari baris kanan sebelah atas sekali itu adalah widget Kalender. Dan dikuti pusingan arah jam Widget CPU Usage, Widget GPU Meter, Widget Network Meter, Widget Drive Meter dan juga Widget Battery Meter.
  4. Widget Kalender biasanya saya gunakan untuk membuat analisis dan unjuran menggunakan kaedah Laplace Songsang untuk memilih tarikh yang sesuai bagi membeli MC mahupun menonton perlawanan bola sepak Manchester United.
  5. Widget CPU Usage saya biasa gunakan untuk memantau penggunaan memory RAM saya serta Unit Pemprosesan Pusat saya..x tahu apa dia Unit Pemprosesan Pusat? Ala orang Jawa Jerman panggil CPU..CPU ni biasanya cap Intel ataupun AMD. Ok. Anda nampak x graf-graf pada widget CPU Usage tu? Graf itu menunjukkan peratusan penggunaan ruang memori dan juga kerja CPU anda. Ketika gambar ini di snap shot, laptop saya baru usai membuat simulasi. Widget ini sebenarnya mampu membantu kita. Andai kata laptop/komputer anda tetiba macam tersengguk-sengguk, lambat sangat nak ejakulasi bila membuka sesuatu windows ataupun program, boleh jadi ada "kerja-kerja belakang tabir yang anda tidak lakukan tapi dilakukan secara tiba-tiba dan paksa oleh pihak ketiga". Katalah ada unknown running background task yang anda x execute, kadang-kala ia boleh menggunakan sepenuhnya kuasa CPU dan RAM kita, secara x langsung komputer/laptop kita akan jadi lembab.Ko paham x apa aku tulis ni?Ah senang cerita, kalau semua graf ko tu penuh otomatis lembablah komputer/laptop ko. Bilangan graf pada widget itu bergantung kepada jenis CPU anda. CPU saya i5-2core-4thread. Jadi saya ada 4 graf mewakili CPU saya. Widget ini juga boleh memantau suhu CPU anda. Kalau kipas CPU anda banyak habuk, boleh jadi CPU anda akan cepat panas. CPU ni die ada limit temperature die. Biasanya 80 degree celcius cut-off die. Bilamana cecah suhu ni, automatik sistem anda akan terus mati tanpa ada apa-apa amaran. Bila ini terjadi, usahlah anda aleutooo kan orang-orang IT anda mahupun kerajaan Barisan Nasional, cubalah anda muhasabahkan kipas laptop anda. Satu lagi, sebab tu mana-mana bilik server mesti ada ekon punya. Nak kawal suhu ambient. Kalau x nanti kena aleutoo je dengan manager.
  6. Manakala widget di bawahnya pula adalah GPU Meter. Dah mende pulok GPU ni? Tadi CPU ni GPU pulok..parok parok..GPU ni nama sebenar dalam IC ialah Graphics Processing Unit. Kerja die buat rendering agar graphic lawa ke x lawa. Budak lelaki mesti tahu punya kepentingan GPU yang power ni. Apalah ertinya main FIFA/Counter Strike tapi player lari sengguk-sengguk tengah padang/padang pasir. GPU meter ini biasanya saya x monitor sangat pon, x penting mananya kalau x dibuat main game. Dah kalau tgh main game xdelah pulok teman nak monitornya, camne teman nak main game kalau nak kena tekan butang Windows pada keyboard untuk tgk grafnya?
  7. Widget disebelahnya pula adalah Network Meter. Fungsi utama nak memantau sambungan Internet kita. Kalau pakai wifi, die boleh tengok berapa kuatnya signal wifi tu pada laptop/komputer kita. Graf-graf juga boleh menunjukkan masa nyata berapa kelajuan download kita pada masa tu. Widget ini biasanya saya pantau kalau tengah menyedut-nyedut Torrent mahupun nonton Youtube Video setting quality 1080p punya..Widget ini juga ada keupayaan memonitor dan mengset limit broadband anda. Kalau anda pakai Maxis Home Fibre ke dapatlah juga die ni membantu memantau sedikit sebanyak..Widget ini dapat juga memberi gambaran kasar samada berlaku drop line ke x..contoh tengah asyik menonton video iklan iPhone 6 nyata ketinggalan daripada Nexus punya spec, tetiba keluar gambar loading. Cer cek widget ni, kalau graf die kosong je tu boleh jadi line drop...untuk WAN atau LAN saya x berapa pasti..anda bolehlah try monitor sendiri..
  8. Wiget diatasnya tu adalah drive meter. Fungsi die memantau harddisk kita.
  9. dan widget yang terakhir adalah battery meter. Memantau berapa lama bateri nak kaput, dan juga berapa lama bateri nak penuh bila cas. Letih plak naip manjang-manjan ni...hahaha
  10. Mana nak dapat widget-widget ni? Layari laman web Soalan UPSR Bocor 2014 dan downloadlah sesuka hati andaaaaa.....

Thursday, September 11, 2014

of apps and engineering


  1. Sekarang saya tengah mendalami ilmu membina mobile apps.
  2. Saya sekarang mengfokuskan kepada pembangunan apps untuk OS Androids kerana Apple sangat kedekut untuk tidak membenarkan saya dan orang lain menginstall SDK ke OS selain Apple OS semudah menginstall SDK Android ke iOS, senang cerita kau kena ada macbook atau imac, dan harganya sangatlah mahal..pfft..
  3. Cita-cita saya ialah membangunkan apps untuk kegunaan Kejuruteraan Penyelenggaraan. Pada bulan Ogos lepas, dengan izin tuhan Allah saya telah terpanggil untuk membentangkan kertas kerja di hadapan panel untuk program SUPERB Teraju di MaGIC Cyberjaya. Jika ada rezeki, dapatlah saya terpilih ke pusingan separuh akhir yang dijangka diketahui paling lewat minggu depan. Kalau tiada panggilan maknanya saya tidaklah berjaya ke separuh akhir untuk kali ini.
  4. Saya telah mempelajari bahasa pengaturcaraan Java sejak beberapa bulan yang lepas dalam usaha untuk memahirkan diri dengan pembangunan apps untuk Android ini.
  5. Jika segalanya lancar, saya bercadang ingin membeli Facebook, kemudian menukar namanya kepada Mukabuku. Barulah 1Malaysia.
  6. Jika segalanya kurang lancar, saya akan membuka syarikat kecil-kecilan untuk menawarkan perkhidmatan pembangunan apps untuk rakyat Malaysia amnya dan Bumiputera khususnya. Mengikut perancangan saya, saya kini berada pada tahap 10% daripada rancangan perjalanan saya.
  7. Insya allah jika segalanya lancar, saya akan mula berniaga paling awal permulaan bulan oktober 2014 ini.
  8. Jadi kepada kalian, nantikan kemunculan saya sebagai pembangun apps untuk anda.
  9. Sekian terima kasih untuk post kali ini..

Monday, September 1, 2014

Dian

Dian,
Khabarnya bagaimana bila di sisi Tuhan?
Sinar dianmu yang nian lela tidak pernah sirna,
Biar kalbuku dipagut rawan,
Saat kuterima perkhabaran

Dian,
Dalam diam masa tetap berdetik,
Masih bugar di minda ini bila mana ceritera bermula,
Kau, aku dan alam menjadi saksi,
Menyemai benih taman-taman di hati.

Dian,
Masih bugar di minda,
Bagaimana benang-benang impian disulam,
Rapi, menjadi satu hamparan,
Menghampar membelah dataran masa hadapan

Dian,
Bilah-bilah hari kita hitung,
Detik waktu bagai tidak bertepi,
Derap detak rentak kita orak,
Bersama mengejar cita dan mimpi.

Dian,
Biar dirancang rapi dan mapan,
Namun tiada tanding kuasa Tuhan,
Biar tiada ruang terus berteman,
Kau aku pasrah pada ketentuan.

Dian,
Ratu yang pernah bertakhta di singgahsana hati,
Mana bisa gampang disilih-silih,
Biar ada yang menawar impian,
Nyata sorot dianmu nian ulung tiada tandingan.

Dian,
Arjuna mana yang tak terpana,terbata, terpempan,
Saat disua khabar mengundang sedan,
Biar hati kekar bak kersani tercanai,
Pasti luluh mengundang derai.

Dian,
Dini hanya Al-fatihah mampu dilayangkan,
Bila rawan ini bisa ditawan,
Langkah kan dihela biar perlahan,
Menziarah hentian nesan terukir namamu Dian.



Wong Lanang aka FM
1 September 2014