Thursday, November 14, 2013

Dear boss, may I transfer and stationed at Shanghai's HQ?




    1. Out of no where while I was just browsing videos on Youtube, I stumbled into this video.
    2. I was like....wadepak...does the people in Shanghai's HQ have so many free time?
    3. And this clip is also in the official channel.
    4. When will our Malaysia's HQ come out with clip like "Bortingkek-tingkek"? In your dream lah..I bet our President & Country Manager wouldn't be more sporting like them..hahaha
    5. Dear boss, please let me join Full Service division there, so I can Gangnaming like all this fellas....
    6. End

    Sunday, November 10, 2013

    Hijrah

    Korang pernah dengar hadis "innama a'malu binniyat"? Hadis ini popular sebab tafsiran awal tu sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat..

    Tapi sebenarnya hadis ini panjang. Hadis ini juga ada kaitan dengan peristiwa hijrah muhammad dan sahabat. Selaku bekas pelajar yang mengambil subjek al-quran dan sunnah, aku mmg hafal dulu sebelum SPM hadis ni. Hadis ini agak panjang. Tetapi malangnya akibat terlalu terdedah dengan pengaruh hedonisme, bab-bab agama ni banyak dah teman lupa.

    Peristiwa hijrah juga membuktikan semangat setiakawan tahap jannah. Peristiwa bagaimana Abu Bakar bengkak tangan akibat disengat binatang berbisa hanya kerana tidak ingin muhammad menjadi mangsa sengatan ketika bersembunyi di dalam gua.

    Peristiwa labah-labah buat sarang depan pintu gua dan burung merpati bersarang complete with tulur depan pintu gua. Ini semua bantuan Tuhan kepada kekasihnya muhammad. Tidak ketinggalan peristiwa cicak berbunyi dari dalam gua seolah² bg signal ada orang dalan gua sewaktu kafir quraisy ada depan pintu masuk gua muhammad bersembunyi. Mungkin sebab tu ada orang-orang tua cakap sunat bunuh cicak sebab die ni kira macam traitor jugak.

    Tiada lagi hijrah selepas hijrah muhammad. Pernah dengar ayat ini? Hijrah di sini bermaksud perbuatan hijrah dari mekah ke yathrib. Adapun dari segi definisi lain, hijrah masih valid iaitu perbuatan berhijrah dari sifat mazmumah kepada mahmudah. Sebagai contoh sebelum hijrah anda adalah seorang yang suka clubbing, lepas hijrah anda dah xsuka pegi clubbing.

    Malaysia juga turut menyambut peristiwa hijrah dengan pengisian program² kerohanian berunsurkan islamik. Apa yang membuatkan aku tertanya² kenapa Malaysia menggunakan moto Ma'al Hijrah? Kalau direct translated bahasa melayu jadi 'Bersama Hijrah'....kenapa bersama hijrah?

    Published with Blogger-droid v2.0.6