Friday, September 30, 2011

The 'Bengap' Bill Gates

“I failed in some subjects in exam,
but my friend passed in all.
 Now he is an engineer in Microsoft 
and I am the owner of Microsoft.”

-Bill Gates




Morale of the story, Encik Posmen jom bukak bisnis..letih sudah makan gaji ni...muehehehe

Thursday, September 29, 2011

Hati-hati dengan nombor 7

Wednesday, September 28, 2011

Toccata & Fugue & dot dot dot....

  1. Satu: Toccata & Fugue
  2. Dua: Contradanza
  3. Telu: Storm
  4. Sei:Caravan
  5. Khomsah: Phantom of the opera
  6. Antara fevret melody pilihan hatiku...Lagi Power Lagi Best..eh..ape ni?..hahaha
  7. Dulu-dulu, semasa aku belajar di sebuah kolej kerajaan yang tersorok (kalau nak pegi tempat aku belajar ni kena lalu Bukit Akina Malaya), aku ada pinjam member depan bilik aku CD vanessa Mae ni...Copy simpan dalam PC...sekali komputer aku kena serang virus...betul2 tensi....
  8. Sib baik ada youtube sekarang ni..leh layan melodi2 fevret aku ni....
  9. Lagu ni kut aku layan satu hari pon tara hal punyalah..boleh kasi hati gundah jadi indah....

Tuesday, September 27, 2011

Young Imam

  1. Dalam bahasa Melayunya dipanggil Imam Muda.
  2. Sekadar meminjam tajuk rancangan realiti anjuran Astro.
  3. Imam muda ke imam tua sebenarnya bukanlah menjadi pokok persoalan.
  4. Soalnya muda dan tua itu hanyalah pada angka dan fizikal.
  5. Akan pada akal fikiran, kematangan itu tidak hadir hanya apabila sudah tua.
  6. Biar muda pada umur asalkan tua (baca: matang) pada pemikiran 
  7. Menjadi imam sebenarnya tugas yang sangat besar.
  8. Menjadi imam secara automatiknya dianggap sebagai seorang yang serba serbi tahu akan ilmu agamanya.
  9. Menjadi imam tidak boleh tidak, anda mesti menguasai ilmu tajwid dengan sempurna (paling tidak berusaha untuk menjadi lebih sempurna).
  10. Kerana apa? kerana tahap kesahan solat diiringi jemaah terletak di bahu jemala seorang imam.
  11. Jangan main-main dengan ilmu tajwid membaca Al-Quran seandainya anda menjadi imam!
  12. Sebaik-baik melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
  13. Galakkan anak, anak sedara, sepupu sepapat agar berusaha memperbaiki diri dan menjadi Imam semuda yang mungkin.
  14. Kasihan dengan ibubapa yang begitu ghairah menjadikan anak-anaknya artis dengan menghantar mereka ke pertandingan menyanyi seperti Idola Kecil musim ke-18.36 contohnya.....ops...
  15. Jadi kengkawanku sekalian, sekiranya selepas ini aku menolak menjadi imam mesti korang dah tau kan kenapa...muehehehe...
  16. Oh ya...macam biasa, aku ni dah tersebati dengan budaya hedonisma yang menjadi tunjang dan senjata perang saraf juak-juak Illuminati, jadi walaupun tajuk ini ada bau2 agama skit, aku tetap nak embed lagu imam muda nyanyian TsuMawi dan Akhil Hay Hye Bye Bye...Enjoice...


P/S: lama Mawi x keluar lagu baru...dengar lagu ni pon ok gak...ekekee

Bukan Max 24:7


  1. Anda kenal Max 24:7?
  2. Max 24:7 adalah segerombolan anak muda yang membawakan aliran muzik K-Pop ke dalam industri muzik Malaysia.
  3. Tidak pasti samada mereka ini pernah menuntut di Korea Selatan, mahupun ada darah bangsa Korea Selatan dalam diri mereka.
  4. Guess what...
  5. Ahad lepas aku gi satu majlis jamuan hari raya di Kuala Lumpur.
  6. And this Max 24:7 telah dijemput untuk menghiburkan para tetamu. beserta dengan satu lagi kumpulan gadis apekebendahntah nama grup dorang...
  7. Aku datang agak lewat. Tapi menurut rakan aku yang antara merupakan penganjur majlis jamuan ni, semasa aku belom sampai kumpulan ini turut membuat aksi menari kepala cecah-cecah lantai..hahaha
  8. Aku pon gelak2 sambil mengunyah sate yang disediakan dengan memember aku ni..
  9. Oh ya...memember aku ni kategori bahan orang tahap xde kesian punya...hahahaha
  10. Oh ya..semasa aku tengah makan, mereka ini dijemput untuk menyanyikan lagu terakhir. Pe lagi lagu raya le..hahaha
  11. Suara antara mereka ni aku bagi 7/10...ok lah...cuma biasanya bagi masalah artis berkumpulan ni..hanya beberapa orang yang betul2 boleh menyanyi..maka yang lain hanyalah sebagai penari latar..atau hanya bersandarkan kepada rupa semata2..hahaha..dusyum....
  12. Dan semasa aku dan memember aku lepak menjadi naga di tepi khemah, dapatlah kami tengok betapa bebudak perempuan especially sibuk mengambil gambor dengan mereka di belakang stage....surprisely salah sorang member aku cakap mereka ini boleh pergi jauh..bukan seperti sesetengah artis apabila dibayar hanya sejam, terus cabut bila sampai masa sejam tanpa meluangkan masa beramah mesra dengan peminat...
  13. Ape2 hal gudluck le kepada Max 24:7..walaupon ramai orang malaysia termasuk aku yang mengutuk2 korang..hahahaha
  14. Pernah korang dengar lagu Sungai Lui?
  15. Sungai Lui adalah lagu ciptaan dan nyanyian Aizat Amdan...
  16. Lagu ini memang best...Walaupon Aizat tidak mempunya rupa paras seperti Artis2 K-Pop yang comel2..tapi what the heck...beliau memang talented...
  17. Meh dengar lagu Sungai Lui aizat..


The Lirik:

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini



Man..lagu ni memang soothing dan penuh makna.....

Sunday, September 25, 2011

PRU-13 (lagi)

  1. Misi utama mereka-mereka dalam PRU-13 nak rampas Selangor.
  2. Masing-masing dah meleleh air liur sebab baru2 ni MB Selangor announce Selangor ada RM3.5 billion.
  3. Pernah dengar Program Pemutihan Warga Asing?
  4. Jangan terkejut andai anda buang undi nanti depan anda Hartono belakang anda Abdul Hameed.....
  5. Oh ya...mengikut cakap-cakap belakang Encik Najib akan announce Kakitangan Kerajaan akan dapat bonus dalam bajet 2012 nanti....Paling kurang 1.5 bulan....
  6. Firasat aku kuat mengatakan peristiwa berdarah akan berulang kalau mereka xdapat bentuk kerajaan Persekutuan...
  7. Oh ya...Mat Kilau, Tok Janggut, Rentap dan sebagainya kena tukar status..
  8. Mereka bukan penentang penjajah..tetapi penentang pentadbir....
  9. Saya sayang Malaysia....

Friday, September 23, 2011

Ramli 19

  1. Siapa Ramli 19 ni?
  2. Sana sini orang berbicara tentang Ramli 19...
  3. Siapakah beliau?
  4. Actually Ramli 19 ialah nama watak dalam iklan terbaru TM a.k.a Telekom Malaysia..
  5. Dalam komersial ini Ramli 19 menjadi anak Malaya yang bermain bersama pasukan Manchester United. dan beliau berjaya menjaringkan gol pada minit ke 87...haha
  6. Sekarang, kenyataan ini munkin akan susah. Tapi 10,15 tahun akan datang sapa tahu? Sedangkan dalam iklan Ramli 19 ni pon kisah bermula pada tahun 1998....
  7. Kenapa Ramli 19? Kenapa Manchester United FC?
  8. Apa signifikannya no 19, Ramli dan Manchester United FC?
  9. Salah satu signifikannya mungkin Manchester United FC baru dinobatkan sebagai juara EPL kali ke 19 pada musim 2010/2011...
  10. Dan TM adalah salah satu official partner untuk Manchester United FC, sama macam Mister Potato...
  11. Pernah nonton Iklan Ramli 19?





Sir Bobby Charlton, legenderis MUFC buat special appearance. Sama dengan 4 daripada first eleven MUFC, Nani, Evans, Anderson dan Smalling dalam video Ramli 19 ni....


























Gilerah TM...konfom Ramli2 kat Malaya sekarang tengah perasan nak mati...hahahahaha..kecuali beliau adalah Ramli yang menyokong Arsenal, Liverpool dan juga Chelsea..hahaha

Thursday, September 22, 2011

Bla bla bla....




lagu fevret aku sekarang ni...

amaran..lagu ini mengandungi unsur2 18JK..



















tapi lagu ni lagi best...bikin hati gundah jadi indah...hahahaha



"andai aku pasha ungu"..campur muka penyanyi tu yang poyo..kelakor...hahahah

Tuesday, September 20, 2011

Urgent: Cuba check telefon lelaki anda sekarang!

  1. Aku sedang bosan-bosan melayari laman web beberapa minit lepas.
  2. Sambil-sambil tu buat maintenance skit kat laman web Seminute.com. Susah tul manusia zaman sekarang ni. Kat mana-mana pon nak buat spam. Bersepah jugaklah spam dalam page tu. 
  3. Kemudian entah camne aku terjumpa satu artikel tentang hubungan sesama insan antara lelaki dan perempuan. 
  4. Erm..lebih kepada rahsia lelaki sebenarnya..jadi kepada para pria sila jangan marahkan aku...
  5. Rahsianya lebih kurang cenggini.....

Saturday, September 17, 2011

Google Instant Search

  1. Aku x suka.
  2. I feel it's so annoying..grrrr...
  3. Ia umpama kau masuk kedai pakaian ke atau apa sahaja, tapi ko tengah nak tengok2 compare tetiba ada salesgirl/man yang follow ko je manjang...
  4. Rasa nak dasyum je dahi masing2....
  5. Arghhh....

Friday, September 16, 2011

California King Bed



Ini lagu aku suka dengar. Sore Rihanna ni memang osem. Sebab tu agaknya Freemason amik die jadi agen.




Tetiba...

Wednesday, September 14, 2011

Fewitt..Freshie....

  1. Setahun yang lepas aku seorang pomen freshie.
  2. Sekarang ni orang cakap aku dah dekat2 nak masuk alam senior pomen.
  3. MInggu depan nak kena buat presentation depan manager-manager berkenaan proposal production cost reduction a.k.a proposal untuk memastikan tauke aku dapat untung lagi lebih sebab dia boleh dapat lebih banyak duit....
  4. 2 ari nak prepare proposal untuk 8 line + handle satu major preventive maintenance...
  5. Cabaran...
  6. Cam biasa, "Aja Fighting!"
  7. Dan cambiasa gak 'aweks' aku nak enterprem bagi semangat kat aku..


Tuesday, September 13, 2011

La Usurpadora

  1. Apa yang saya suka dgn kerja saya sekarang ialah saya x perlu gosok baju kemeja dan seluar slack sampai nampak tulang kalau lalu dekat padang bola yang tinggi lalangnya bisa rata kerana ketajaman tulang gosokan. Saya sangat tidak suka menggosok baju di kala malam hari ataupun dini hari sebelum ke opis..harapannya saya akan mendapat isteri yang sangat gembira dan redha untuk menggosok baju2 dan sluar2 suaminya nanti...hahaha
  2. Saya x perlu pakai kasut kulit kilat2 macam James bond ke pejabat.
  3. Saya x perlu ikat tali leher setiap pagi sebelum masuk ke ofis...
  4. Hakikatnya saya ke ofis dengan hanya menyarung baju t-shirt dan seluar yang dibeli di kedai bundle yang tidak sampai RM30, sepasang kasut penguin yang bernilai RM11(akibat inflasi, dulu kasut penguin harga RM8 je)...
  5. Sayalah seorang pomen...tra la la la....
























Belum sampai masanya untuk ku bergaya smart2 ke pejabat...hahaha..Errr...pe kaitan La Usurpadora dengan posting kali ni?...Jawapannya tiada..aku sengal..hahaha

Monday, September 12, 2011

Novela

  1. Aku bukanlah kaki novela, jauh sekali ratu novela
  2. Tetapi kekadang kut bohsan2 banget gue layanlah novel yang dibeli oleh adekku...
  3. Aku suka membaca novela karangan Faisal Tehrani.
  4. Anda kenal siapa Faisal Tehrani...tolonglah jangan dilupakan Kerana Manisnya Epal...
  5. Walaupon aku sangat aktif memontengkan diri semasa subjek Bahasa Melayu di zaman2 awal rumaja, tetapi aku memang suka membaca buku Komponen Sastera yang diwajibkan kerajaan...
  6. Semua buku komponen sastera aku dah khatam termasuk Konserto Terakhir yang aku cuba khatamkan beberapa kali (kecuali Bukit Kepong sebab jalan ceritanya sangat x syok..mungkin dah terlalu taksub dengan aksi filem Bukit Kepong garapan James Bond Malaya..haha)
  7. Sekadar menyebut beberapa siri novela garapan Faisal Tehrani antaranya Kombat 1511H, Manikam Kalbu dan yang terbaru tengah melayan novela Tunggu Teduh Dulu...
  8. Satu yang seronok membaca novela garapan Faisal Tehrani adalah kerana isi kandungannya selalu dipenuhi dengan roh2 Islamik dan tatatusila..orang kata memang amat sesuai untuk mendidik jiwa..aku x berapa gemor membaca novela2 cintan2 kontemporari yang x berapa nak membina minda ni..mwahahaha
  9. Oh ya...walaupon terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa Faisal Tehrani lebih cenderung kepada Syiah (sekadar dakwaan ye..aku tidak mengatakan secara langsung) but WTHeck..aku memang respek dengan cara pemikiran beliau, lebih2 utama tentang darjah kesufian yang digarap dan diolah dengan cantik dan kontemporari dalam novela Kombat 1511H...
  10. Ok lah..nak sambung baca novela Tunggu Teduh Dulu..nak tahu kesudahan cerita Salsabila Fahim, Teh Sufia, Sazli dan Lam Ping Hai....
  11. Tata.....

























































Layan Skit Lagu Salsabila ni

Yassin ni antara Lagenderis Skool aku dulu ni...memang respek abis dengan mamat ni..hafal Koran 30 Juzuk tu woo...

Sunday, September 11, 2011

Soalan SPM 2011 Subjek Matematik Dah Bocor??

Biar betul?

Cer Tengok Bawah ni...
























































































kah kah kah...

Saturday, September 10, 2011

CERUT: SATU

“ARRGGHHHH…TOLONGGG!!!”. Jeritan itu benar-benar membuatkan aku tidak tentu arah. Mukaku pucat, peluh dingin meluncur laju membasahi dahiku yang agak luas itu, langkahku terpaku.

“Gatal!!!..Miang!!!..Jantan hidung belang!!!”, tuduhan-tuduhan begitu jelas dapat ditangkap oleh telingaku. Debuk!!!. Satu hentakan kuat dapat kurasakan tepat di bawah daguku seraya membuatkanku terduduk. Mataku agak berpinar dan aku seakan merasakan dunia ini berputar. Seketika aku bagai terputus hubungan dengan alam sekitar.

“Kenapa ni cik? Ada apa-apa masalah ke?” satu suara yang agak garau berjaya membuatkanku sadar kembali.

“Ni hah pakcik. Jantan miang ni saya jumpa dalam tandas wanita tadi. Dasar lelaki miang, siang hari pun tak tahu malu!!! Hee..geramnya aku!!!” bagaikan halilintar menyambar, suara itu menerjah ke koklea ku.

“Err…minta maaf cik. Saya tak berniat pun walau seberat zarah untuk berbuat apa-apa pada diri cik. Saya Cuma berniat nak qadha hajat sahaja, tapi tak pula saya sangka yang ni tandas wanita” aku bersuara pula seraya mengambil semula fail-failku yang bertaburan di atas lantai.

“Huh!!..Penipu!!” cebik gadis itu sambil menjuihkan mulutnya. Dapat jua ku lihat sorotan matanya yang seakan-akan tidak mempercayai pernyataan ku tadi.

“Betui ka encik? Saya bukanlah tak nak percaya tapi…..” pak guard yang dari tadi kulihat menumpukan perhatian kepada gadis di depanku tiba-tiba berkata kepadaku.

“Betul pakcik. Demi Allah apa yang saya katakan tadi adalah benar dan sebenar-benarnya. Lagipun buat apa saya sengaja nak ‘membunuh diri’ dengan melakukan perbuatan yang dikatakan gadis ni sebentar tadi.

“Betui juga noo. Awat hang nak dok sekodeng orang tengah-tengah hari buta ni. Lagipun ni tempat public. Takpa-takpa. Pakcik ingat ni kes salah faham ja ni. Hangpa dok settle baik-baik noo. Pakcik balik tempat pakcik dulu ya nak.” Seusai bertutur pakcik tersebut melangkah meninggalkan kami berdua.

Gadis tersebut terus meninggalkan aku yang baru sahaja hendak mengulangi permohonan maaf. Aduh, tak dapat aku bayangkan betapa malunya aku sekarang ni. Sudahlah hari ni hari pertama pendaftaran di universiti, ramai pula tu freshie-freshie macam aku ni yang ada berhampiran dengan tempat kejadian. Mana aku nak letak muka aku ni nanti. Arghh…tak guna kau Zarul, kau kenakan aku hari ni ye. Takpe, ada ubi ada batas, tunggu kau Zarul. Aku mula mengatur langkah kembali ke tempat duduk aku. Terbantut niat aku nak melepaskan hajatku yang ku pendam sekian lama. Hai….nasib kaulah Rafik.


*********************


Pagi ini adalah kelas pertamaku di Universiti Kebangsaan Malaysia ni. Malangnya aku bangun agak lewat pagi ni. Tergocoh-gocoh aku bersiap. Kelasku berada di Fakulti Kejuruteraan manakala aku ditempatkan di Kolej Kediaman Ungku Hussein. Jarak antara keduanya bolehlah dikatakan jauh. Kolej aku berada di atas bukit, berhampiran dengan pintu gerbang utama di UKM ini manakala fakultiku tersergam indah di tepi tasik, berhampiran pintu masuk kedua UKM, nun di hujung sana.

Aku bernasib baik Zarul dengan bermurah hati meminjamkan motosikalnya. Kebiasaanya budak-budak junior macam aku ni kata Zarul selalu naik bas shuttle yang disediakan oleh pihak universiti. Bas cap Kiffah, begitulah kata Zarul semasa kami bersembang malam tadi. Zarul sekarang sedang menyiapkan tesis tahun akhirmya dan jadual waktu kelasnya tidaklah sepadat jadual pelajar tahun satu macam aku ni. Walaupun perangai Zarul ni tak berapa semenggah, tapi aku tahu beliau ni seorang yang budiman dan baik hati. Kah kah kah, mana tak nya, dah 8 tahun aku kenal mamat nama Zarul ni. Jiran sekampunglah katakan.

Selesai meletak dan mengunci motor, aku berlari sederas yang mungkin menuju ke dewan kuliah. Jarum minit jam tanganku sudah 5 minit melewati angka 12. Aku hanya mampu berdoa agar pensyarah subjek Statik ini belum tiba di dewan lagi. Seboleh-bolehnya aku tak mahu memberikan pandangan yang buruk di awal pertemuan dengan para pensyarah. Maklumlah, kita ni nak mendapatkan ilmu daripada mereka, kalau dah hati mereka tak berapa berkenan pada sikap dan personaliti kita, sedikit sebanyak barakah ilmu yang dicurahkan nanti akan ada kekurangannya. Ustaz aku dulu pernah berkata, jagalah hati gurumu dengan sebaik mungkin kerana barakah ilmu itu terletak di atas keikhlasan dan keredhaan gurumu. Dah kalau guru benci dan meluat tengok kita macamana dia nak redha dengan kita. Nauzubillah min zalik, minta dijauhkan.

Aku menolak daun pintu. Perasaan lega seraya menerpa ke hatiku, memberikan suatu seakan ketenangan. Pensyarah masih belum nampak kelibatnya. Aku menuruni anak tangga menuju ke bawah. Memang tabiatku untuk duduk di hadapan dalam majlis ilmu. Kenapa? Supaya aku akan dapat menumpukan sepenuh perhatian. Pernah sekali aku terlewat masuk ke kuliah sewaktu di matrikulasi dahulu, akibatnya aku terpaksa duduk di barisan yang agak terbelakang. Tempat kebiasaanku telahpun berpenghuni. Sepanjang 3 jam kuliah tersebut aku tidak dapat memahami waimah sepatah rumus yang disampaikan oleh pensyarahku. Aku mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan sentiasa memastikan aku duduk di hadapan selepas itu.

Aku melabuhkan punggung di sebelah gadis Tionghua iras-iras aktress dari Hong Kong, Mei Lin namanya, satu kumpulan denganku semasa program orientasi tempoh hari. Aku duduk di bahagian tepi sekali dalam barisan, di sebelah kananku sedikit ruang seperti lorong untuk memudahkan perjalanan pelajar-pelajar. Selang beberapa kaki terdapat satu lagi barisan yang boleh diduduki untuk mendengar kuliah. Aku tidak berapa endah dengan penghuni di sebelah kananku, seorang gadis melayu pada perkiraanku, bertudung dengan gaya entah apa-apa entah, berbaju belang-belang dan berjeans ketat, itulah yang sempat tertancap dalam mindaku semasa melilau melihat sekeling mencari tempat duduk sebentar tadi. Aku mengeluarkan buku catatan, untuk kugunakan mencatat isi kuliah sebentar nanti. Menyusun beberapa alatulis. Ah, baru kusedar telefonku masih belum ku letak pada mode silent. Suasana yang agak bising sekarang ni mungkin tak akan berapa terganggu seandainya telefonku berdering tetapi bayangkan seandainya semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan dan telefonku berdering memecahkan kesunyian suasana itu nanti, tentu ramai yang akan menyumpah seranah walaupun hanya di dalam hati. Aku pun menyeluk saku sisi jeansku.

“HOI!!!! KAU BUAT APA DI SINI???” aku terkesima buat kesekian kalinya, suasana serta merta menjadi sepi, bagaikan sebuah perkampungan, yang baru sahaja dilanggar geruda dan aku dapat merasakan seperti hanya aku sahaja subjek yang berada di dalam dewan itu kerana semua mata memang memandang ke arahku. Ternyata, jeritan itu sekali lagi menghantuiku. Ya Allah, mengapa kau dugaku lagi di hari pertamaku?. Gadis berbaju belang itu berang lagi.

********************


“Ni ape kehainya ni dok monyok macam cicak tertelan kapuq barus ni?” usikan Musleh jelas dapat kudengar. Aku kembali menghirup bancuhan Nescafe 3 dalam 1 yang baru aku beli petang tadi dari Pusanika yang berhampiran. Memang telah menjadi tabiatku, apabila menelaah pasti ditemani secawan kopi. Tanpa kopi, kurasakan segalanya tak menjadi. Tiada satu pun rumus dapat ku ingati.

“Aku hairan betullah. Dah 3 tahun peristiwa tu berlalu, tapi kenapa si Rafedah tu macam benci sangat kat aku? Dah banyak kali juga aku cuba untuk berbaik-baik, menjalinkan silaturahim tapi dia tetap dengan api kemarahan dan kebencian terhadap aku.” Aku meluahkan apa yang bermain di benakku kepada Musleh.

“Laaaa….sebab dia ka hang dok lagu ni. Ala…toksahlah hang dok pening pala hang pikiaqkan dia tu. Dah perangai dia macam tu nak buat macamana. Lagipun bukan ada pekdah apa pun kat hang. Budak pempuan lain pun ade habaq kat aku, si Rafedah ni ada sikit dia punya ‘act’. Maklumlah anak Dato’, lawa macam Nicole Kidman pula tu…” balas Musleh sambil menghembuskan asap rokok cap Winston Light itu.

“Aku bukannya apa, aku kalau boleh tak naklah ada dendam-dendam sesame kita. Maklumlah, kita ni menuntut ilmu, tempat yang sama pula tu. Jadi kalau ada dendam-dendam ni aku tak rasa berapa seronoklah.”

“Alaa..lantak pi lah dengan minah tu.. Apa kata hang ajaq aku camana nak rujuk rajah Reynold ni. Aku dok pening dari semalam lepas kelas Mr. Tee. La ni nak siapkan tutoq aku pun tak dapat” kata Musleh sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Ha ha ha..betul juga cakap kau tu. Mari sini Dewa fluid nak tunjuk kuasa” gurauku kepada Musleh sambil diiringi gelak tawa kami bedua.

**********************************

“Majid, kerja kursus ni berapa markah?” aku bertanya kawanku yang duduk di sebelahku.

“Kalau tak silap aku banyak markah dia ni. 70% kalau aku tak silap. Kertas periksa akhir si Hambali ni set 30% je” balas Majid

“Alamak…bahaya ni. Kalau skor final paper pun tak lulus lagi. Oh Hambali, kenapakah…” aku membalas sambil membuat aksi-aksi yang menyebabkan Majid dan yang lain tergelak. Subjek Analisis Rekabentuk ni memang subjek killer untuk pelajar tahun akhir kejuruteraan di UKM ni. Di tambah pula dengan ketegasan pensyarahnya Encik Hambali, membuatkan pelajar-pelajar ini tak tidur malam memikirkannya. Mengikut pengalaman senior terdahulu, amat susah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek ni kerana pemarkahan Encik Hambali ini begitu ketat.

Diam tak diam aku sudah pun berada dalam semester terakhir pengajianku. Namun hubunganku dengan Rafedah sama seperti 4 tahun yang lepas. Aku pun sudah tidak berapa endahkan lagi. Tumpuanku kini hanya untuk menyiapkan ijazah ku dengan cemerlang dan tepat pada masanya.

Selesai kuliah Encik Hambali hari tu, aku dan beberapa kawanku bercadang hendak singgah makan di Kafe Pusanika. Sementelah lokasinya yang sehala dengan jalan pulang ke kolej kami. Tambaham aku pun hendak mengeluarkan sedikit wang daripada Mesin ATM di Bank CIMB yang ada di Pusanika tu. Hari ini kami berempat pergi ke kuliah dengan kereta si Azmil. Hujan yang sedari pagi turun membasahi laman ilmu ini masih terasa rintiknya. Seusai meletak kereta, Azmil, Majid dan Musleh terus menuju ke kafe manakala aku mengambil keputusan untuk ke bank dahulu.

Setibanya di bank, suasana tidaklah sesibuk mana. Terdapat beberapa orang siswi sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM. Suasana di dalam pun aku lihat agak tenang. Hanya sebuah kaunter di buka untuk para pelanggan berurusan. Di ruang menunggu pula, aku dapat lihat seorang pensyarah barangkali, bersongkok tinggi, berkemeja cerah dan berseluar khakis sedang menyemak-nyemak helaian kertas di tangannya. Ah, barangkali beliau mahu claim apa-apa cek atau elaun yang baru diterimanya. Di hujung sana jelas dapat kulihat sepasang merpati dua sejoli, berbaju sedondon, yang pria memakai t-shirt berwarna merah jambu berseluar jeans manakala si jelita pula mengenakan tudung ala-ala penyanyi Yuna yang sedang hangat namanya, berbaju t-shirt lengan panjang juga sedondon warnanya dengan si pria. Fikiran-fikiran nakal seakan menerjah ke serebrum ku setelah Diensefalon thalamus memproses data yang ku dapat daripada pemerhatianku terhadap pemakaian si pria merpati sejoli itu tadi. Seorang lelaki yang berkulit agak gelap mengenakan busana berwarna sedemikian. Tidakkah dia terasa kejanggalannya apatah lagi dia bisa sahaja menjadi subjek tumpuan tatkala di khalayak. Apakah kerana sayang, ataupun kemungkinan adanya sikap Queen control daripada si dara, tiada kesimpulan yang dapat ku temui tatkala di ruang waktu yang sekelumit cuma ini. Tersenyum sendirian aku di buatnya.

Kad ATM yang menjadi teman setiaku sejak dari tahun satu ku sua pada slotnya. Seketika, kad tersebut di sedut ke dalam mesin. Beberapa saat berlalu tatkala aturcara program mesin sedang mengenal pasti data-data yang tertanam di dalam cip kad. Setelah melalui beberapa proses akhirnya mesin ATM itu memuntahkan wang yang ku idamkan. Alhamdulillah. Syukur kepada tuhan.

Sewaktu aku hendak melintasi pintu utama, tanpa ku sedar bahuku berlaga dengan seseorang. Serentak aku menoleh kea rah insan yang ku langgar sebentar tadi sambil bibirku terbuka tanda bersedia melontarkan permohonan maaf

“Err…maafkan saya saudari..saya tak…”
“Buta ke? Lain kali jalan pandang depan bukan pandang wallet!!”
“Eh Rafedah rupanya, maafkan Fik, Fik memang tak sengaja tadi” tanpa kuduga Rafedah rupanya di hadapanku
“Ah sudahlah, pergilah kau. Malas aku nak layan kau lagi”seperti biasa layanan yang kuterima kasar seperti hari-hari lalu. Rafedah terus menuju ke ATM dan meninggalkan ku termangu-mangu di depan pintu. Entah kenapa hari ini kejantanan aku seakan tercabar. Kemarahanku tiba-tiba menerjah ke mindaku mengatasi rasional pemikiranku. Seakan ada Ablasa yang sedang merasuk-rasuk, meniupkan lagi perasaan amarah ke dalam hatiku. Aku segera menyusun langkah menuju ke arah Rafedah dan…..

“Hei Rafedah!!! Kenapa kau benci sangat dengan aku ha? Kenapa??!! Dah berkali-kali aku cuba berbuat baik terhadap kau namun kau tak pernah walau sekali kau bersikap begitu terhadapku. Kalau setakat kesalahan yang aku lakukan beberapa tahun lalu menyebabkan kau bersikap begini sampai kini, aku tak tahulah insan jenis apa kau ni. Begitu lama berdendam ke atas kesalahan yang ku kira tidak seberapa tu!!. Dah berkali aku terangkan keadaan aku pada masa tu kan??!! Ah sudahlah kau Rafedah!!! Kau ni memang jenis manusia yang…yang…” aku mengetap bibirku untuk menahan agar tidak terlepas perkataan yang hendak ku ucapkan tu

“Sudahlah Rafedah!!! Sedangkan Nabi pun ampunkan Umatnya!!!!” satu sorotan tajam diikuti aksi menuding telunjuk tepat ke mukanya mengakhiri amukan aku petang itu. Aku lantas berpusing menapak meninggalkan Rafedah di situ. Sempat aku lihat air mukanya sebalum aku berpaling tadi yang seakan sangat terkejut, tidak menduga kelancangan aku barangkali. Pantas aku menuju ke hentian bas yang berdekatan dan kupadamkan sahaja niatku untuk mengisi perut. Didih hatiku kian reda, diganti pula dengan penyesalan. Pasti saja Rafedah sangat malu tadi. Walaupun khalayak tidak ramai namun pastinya si polan-si polan yang lalu-lalang di situ sebentar tadi dapat menyaksikan adegan spontanku tadi. Ya Allah….



**********************************


“Apa kes bro? Bukan main kuat lagi suara kau petang tadi. Kitorang yang duduk kat hujung kafe tu pun dapat dengar suara kau dengan jelas” tegur Azmil sesudah mereka tiba di bilikku.
“Entahlah. Aku pun tak tau kenapa aku boleh jadi macam tu tadi. Bila fakir-fikir balik macam tak patut pula tindakan aku tadi tu.”
“Ala…oklah tu. Biar padan muka sikit dengan si Rafedah tu. Apa dia ingat orang lain ni tak ada standard ke. Huh!!” sampuk Musleh yang seakan menyokong tindakanku tadi.
“Ah sudahlah. Malas aku nak fikir. Esok lusa aku pergi minta maaf dengan si anak Dato’ sorang tu” aku berlagak ceria kembali di hadapan kawan-kawanku walaupun badai yang melanda lubuk hatiku hanyalah Al-Khaliq yang mengetahui-Nya.

“Weh, baik korang siapkan kerja si Hambali tu. Esok last hantar. Kau nak mampus ke hantar lewat-lewat. Silap - silap kang kau kene extend satu sem repeat dia punya subjek saja. Tak ke haru di buatnya tu” seakan pelajar yang mendapat Anugerah Diraja si Musleh petah berkata-kata seraya mengundang tawa lagi di kalangan kami. Walaupun begitu, kami semua setuju dengan kata-katanya dan bergegas menyiapkan projek masing-masing.

**********************************

“Zinnia, projek ni you yang collect ke?” Tanya aku kepada salah seorang rakanku di kelas pagi itu. Rakanku ini memang selalu diamanahkan untuk memungut apa saja tugasan oleh pensyarah kepada pelajar kelas kami semenjak dari tahun satu lagi.

“Owh. This project Mr. Hambali has assigned Rafedah to collect it. As a punishment for not coming to his class last week without a strong reason.”Zinnia ni memang suka sangat cakap Inggeris. Maklumlah, dari kecil mengikut ayahnya bertugas di United Kingdom. Ayahnya merupaka salah seorang pegawai bertugas di Kedutaan Malaysia di sana.

“Alrite then. I’ll passed to her later. Thanks Zinn”balasku sambil menuju ke meja Rafedah.

“Cik Rafedah Dato’ Fauzan, ni saya hantar projek saya ye. Terima kasih daun keladi ye. Saya harap awak jaga projek saya tu elok-elok. Maklumlah, projek ni ibarat tangkai nyawa saya” niatku hanya ingin menerbitkan suasana ceria antara aku dan dia sementelah kejadian semalam masih menghantuiku. Namun reaksi Rafedah ternyata lebih teruk kali ini. Tiada sepatah perkataan terbit daripada bibirnya yang mungil dan kemerah-merahan laksana jambu air itu. Dia hanya menyorot dengan mata yang penuh dendam pada perkiraanku sambil menyentap buku projekku dengan kasar daripada huluranku.

“Errr..Rafedah. Saya minta maaf banyak-banyak atas peristiwa semalam tu ye” hanya itu yang mampu kututurkan sebelum meninggalkannya.

**********************************


Semusim sudah usia pengajianku kini. Namun lara hatiku ini seakan tidak akan sembuh. Gambar yang di upload oleh Musleh di laman Friendster nya menambahkan lagi sayu hatiku. Sepatutnya aku kini sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan teman-teman seperjuanganku. Tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang tuhan jua yang memutuskan. Tidak ku sangka, gurauan Musleh dahulu menjadi kenyataan buatku, bezanya hasil kedudukanku kini wahana daripada sekelumit dendam seorang insan. Tidak ku duga beliau sanggup mensabotaj aku sebegini rupa. Puas sudah aku menerangkan kedudukanku pada Encik Hambali ketika itu, di tambah pula dengan sokongan beberapa rakanku. Namun si dia lebih hebat lagi lakonannya, segah primadona filem layaknya. Tidak ku sangka si dia sanggup memusnahkan hasil kerjaku yang diamanahkan kepadanya untuk diserahkan kepada pensyarahku. Akibatnya, aku tiada pilihan lain, terpaksa mengulang subjek tersebut. Pabila kutanya pada si dia kenapa dia bertindak begitu, “ What you give you get back. Don’t you ever dare to play with me!!..Huh”

Ya tuhan. Tidak ku sangka perasaan hasad dan dengki bisa menjadikan seseorang itu tidak berfikiran dengan waras. Bara dendam yang sekian lama menyekam akhirnya membara dan marak menyala. Aku tidak lagi menaruh kesumat terhadap si dia. Aku sekadar menganggap ini sebagai kifarah terhadap dosa-dosaku yang lalu. Nasihat dan sokongan teman-teman sememangya penawar terbaik. Kepadanya, kupohon agar Rabbul ‘Izzati membuka hatinya dan menunjukkan jalan kepada kebaikan, agar dia bertemu kelembutan dan kesantunan diiringi ketakwaan di hujung pencarian.

Satu musim telah berlalu. Satu hati telah teruji. Satu janji akan ditepati. Satu harapan dan doa hanya kepada-Nya, yang Satu……………






























Nota Kaki: CERUT adalah singkatan kepada Cerita Mengarut oleh Wong Lanang. Karya diatas adalah autentik hasil garapan Wong Lanang. Pernah disiarkan di salah satu blog cobaanku zaman muda2 dulu..mwahaha

Wednesday, September 7, 2011

Retrenchment

Retrenchment is:


Retrenchment is defined as an act of legally terminating the contract of service of the employees in a situation where the company considers that such action is required in order to restructure the company’s business to suit its operational objectives.





























source: Click Here



How to calculate your compensation? Click Here

Tuesday, September 6, 2011

FAQ

FAQ stands for frequently asked question.

Or can be translated into "Soalan Fevret Aku Nak Tanya Kat Kau".

It's been the second raya and yes, my FAQ is still the same.

The FAQ is:

"Bila nak kahwin?"





























And as my template answer is:

"Aaa...tunggu cuti sekolah".....


























mwahahahahahahahahahahahaha...sorry i dont have any idea to be posted..


Ah yeah..please enjoice the song below:





Last time I sang this song during Happy Hour Karaoke......layanz beb...hahahah

Monday, September 5, 2011

A Bomb Shell...Tebabo~~~

What would you expect to hear on the first day you enter the office after having day off during Hari Raya?
Well supposedly something that could make your Monday's Blues fly away, something that really make you pleased such as "Eh..Tahniah..aku dengar lepas raya ni ko naik gaji 500%..."..Rite?

Well that did not what I had today. After doing all the necessary thing on Morning briefing to the subordinate (which is eventually only one member out of other 5 has successfully come to work while others calling and SMSing in the morning mentioning need to Emergency Leave and Medical Leave.... luckily the production is not running today)..I was sitting at the workshop and from out of nowhere my friend suddenly appear.

After "berbasa-basi", he suddenly come out with a news that I would never expect. One of our technician has passed away on last Friday. It's like a bombshell news to me. He and I was quite closed. He's the one that can 'kawtim' a lot when it comes to works. And guess what, he's just at early of 30's. yeah...still young...

But, he's someone with big body..well you know what I mean..for those who know how big I am, I can said that he is around twice of me.And till this post is written, I still feel sad on losing him as one of my friend.


Al-Fatihah.....



























Looks like I have to restart my weight management program as soon as possible.......which is supposedly after the Syawal...

 

Sunday, September 4, 2011

Sigh...

I don't feel like to writing or typing or whatever associated with all those meanings at this moment. Just wanna to share my favorite list of Hari Raya songs.


Enjoice..




















Yeah...the spirit of syawal is continuously disappearing from my soul within these two years. You know what, the most important figura during syawal is our mom. Believe it or not, just accept it. Love your mom and show it to them as they still alive (and of coz ur father too)...






















Hari Raya? Is nothing than off work days for me. A Syawal Carol for me perhaps for next year?



























careful on what you wish dude!