Tuesday, September 27, 2011

Young Imam

  1. Dalam bahasa Melayunya dipanggil Imam Muda.
  2. Sekadar meminjam tajuk rancangan realiti anjuran Astro.
  3. Imam muda ke imam tua sebenarnya bukanlah menjadi pokok persoalan.
  4. Soalnya muda dan tua itu hanyalah pada angka dan fizikal.
  5. Akan pada akal fikiran, kematangan itu tidak hadir hanya apabila sudah tua.
  6. Biar muda pada umur asalkan tua (baca: matang) pada pemikiran 
  7. Menjadi imam sebenarnya tugas yang sangat besar.
  8. Menjadi imam secara automatiknya dianggap sebagai seorang yang serba serbi tahu akan ilmu agamanya.
  9. Menjadi imam tidak boleh tidak, anda mesti menguasai ilmu tajwid dengan sempurna (paling tidak berusaha untuk menjadi lebih sempurna).
  10. Kerana apa? kerana tahap kesahan solat diiringi jemaah terletak di bahu jemala seorang imam.
  11. Jangan main-main dengan ilmu tajwid membaca Al-Quran seandainya anda menjadi imam!
  12. Sebaik-baik melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
  13. Galakkan anak, anak sedara, sepupu sepapat agar berusaha memperbaiki diri dan menjadi Imam semuda yang mungkin.
  14. Kasihan dengan ibubapa yang begitu ghairah menjadikan anak-anaknya artis dengan menghantar mereka ke pertandingan menyanyi seperti Idola Kecil musim ke-18.36 contohnya.....ops...
  15. Jadi kengkawanku sekalian, sekiranya selepas ini aku menolak menjadi imam mesti korang dah tau kan kenapa...muehehehe...
  16. Oh ya...macam biasa, aku ni dah tersebati dengan budaya hedonisma yang menjadi tunjang dan senjata perang saraf juak-juak Illuminati, jadi walaupun tajuk ini ada bau2 agama skit, aku tetap nak embed lagu imam muda nyanyian TsuMawi dan Akhil Hay Hye Bye Bye...Enjoice...


P/S: lama Mawi x keluar lagu baru...dengar lagu ni pon ok gak...ekekee

No comments:

Post a Comment