Monday, September 12, 2011

Novela

  1. Aku bukanlah kaki novela, jauh sekali ratu novela
  2. Tetapi kekadang kut bohsan2 banget gue layanlah novel yang dibeli oleh adekku...
  3. Aku suka membaca novela karangan Faisal Tehrani.
  4. Anda kenal siapa Faisal Tehrani...tolonglah jangan dilupakan Kerana Manisnya Epal...
  5. Walaupon aku sangat aktif memontengkan diri semasa subjek Bahasa Melayu di zaman2 awal rumaja, tetapi aku memang suka membaca buku Komponen Sastera yang diwajibkan kerajaan...
  6. Semua buku komponen sastera aku dah khatam termasuk Konserto Terakhir yang aku cuba khatamkan beberapa kali (kecuali Bukit Kepong sebab jalan ceritanya sangat x syok..mungkin dah terlalu taksub dengan aksi filem Bukit Kepong garapan James Bond Malaya..haha)
  7. Sekadar menyebut beberapa siri novela garapan Faisal Tehrani antaranya Kombat 1511H, Manikam Kalbu dan yang terbaru tengah melayan novela Tunggu Teduh Dulu...
  8. Satu yang seronok membaca novela garapan Faisal Tehrani adalah kerana isi kandungannya selalu dipenuhi dengan roh2 Islamik dan tatatusila..orang kata memang amat sesuai untuk mendidik jiwa..aku x berapa gemor membaca novela2 cintan2 kontemporari yang x berapa nak membina minda ni..mwahahaha
  9. Oh ya...walaupon terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa Faisal Tehrani lebih cenderung kepada Syiah (sekadar dakwaan ye..aku tidak mengatakan secara langsung) but WTHeck..aku memang respek dengan cara pemikiran beliau, lebih2 utama tentang darjah kesufian yang digarap dan diolah dengan cantik dan kontemporari dalam novela Kombat 1511H...
  10. Ok lah..nak sambung baca novela Tunggu Teduh Dulu..nak tahu kesudahan cerita Salsabila Fahim, Teh Sufia, Sazli dan Lam Ping Hai....
  11. Tata.....

























































Layan Skit Lagu Salsabila ni

Yassin ni antara Lagenderis Skool aku dulu ni...memang respek abis dengan mamat ni..hafal Koran 30 Juzuk tu woo...

2 comments:

  1. sape faisal tehrani? tak kenal pon? dulu aku bace terminal tiga. tapi bukan baca novel tu pun, baca sinopsis je. kehkehkheh.

    ReplyDelete
  2. beliau adalah seorang penulis..mula terkenal selepas cerpen kerana manisnya epal dalam komponen sastera form 4 kut kalau x silap..dalam antologi anak laut..hahah..

    ReplyDelete