Monday, December 6, 2010

PTPTN: Permohonan Pertukaran Pinjaman (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%)

Hari ini hari Isnin. Biasanya hari isnin orang kerja, tetapi aku saja ambil cuti. Sebab kesucian dan kenikmatan malam minggu aku telah diragut sebab kena stayback kat kilang, monitor budak2 ni selesaikan masalah breakdown (ini adalah antara cabaran yang perlu anda hadapi apabila telah memilih jalan hitam untuk menjadi seorang pomen. Bersiap siaga untuk memastikan keadaan mesin tip top x kira masa agar bos kita yang mengamalkan model bisnes ala-ala kapitalisma sentiasa dapat membuat untung..hahaha)

Hari ini juga aku hendak menyemak baki hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara. Ya, aku menjadi seorang mahasiswa yang berhutang sejurus menggenggam segulung ijazah kepomenan. Padan muka aku. Dulu masa belajar asik main-main dengan hati dan perasaan gadis-gadis benda-benda x berfaedah, sekarang kan dah jadi orang yang berhutang. Pesanan kepada adik2 yang membaca posting aku ni, PTPTN: Jangan Pilih Jalan Hitam. Belajau rajin2, kalau dapat CGPA mencecah langit, warna2 yang berterbangan (result with flying colors omputih cakap), anda x akan menjadi mahasiswa yang berhutang macam aku ni sebab anda boleh convert status pinjaman kepada biasiswa..hahahahaha

Kali ni, aku tergerak untuk menyertai Skim Baru MLM Gelang Super Ajaib AC Mizal PTPTN yang sedang ditawarkan iaitu Skim Penukaran Pinjaman (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%). Sebenarnya aku dah pernah terbaca hebahan skim ini dalam surat khabar Lidah Rasmi Kerajaan 1Malaysia Utusan Malaysia dalam 2 bulan lepas kut. Tapi aku x berapa amik port sebab dalam hebahan tu untuk batch peminjam tahun 2004 akan mula pada awal Disember 2010. Ya dan kini ia telah pon diaktifkan dan kita kena ambil peluang ini dengan sebaiknya bukan macam Khairil Muhaimin Zambri tahan bola pon x pandai sampai terlepas can nak jaringkan gol dalam match Piala Suzuki antara Malaysia dan Thailand 4 Disember lepas.

Pertama sekali, apakah itu Ujrah 1%? Secara jujurnya aku pon x tau apa makna Ujrah tu, almaklumlah nama je Sekolah Agama tapi aku dulu agak gemar menghilangkan diri semasa sesi kelas Bahasa Arab Tinggi di sekolah, jadi aku pon x tau apa makna Ujrah tu. Tapi yang aku konfom tau 1% kat hujung tu. Ya. Aku pasti dengan skim baru ini aku akan dapat mengurangkan kos membayar bunga ala-ala riba' caj perkhidmatan seperi sekarang ini. Seandainya dalam skim 3% ni aku wajib membayar lebih kurang Rm32.50 bulanan maka aku yakin seandainya aku berjaya dalam skim baru ujrah 1% aku akan membayar lebih kurang. Berapa? Aku malas nak kira sebab aku tengah bercuti semasa tulis post ni, aku bila cuti automatic kepala otak aku akan dalam mode anti-number kecuali yang melibatkan wang2 belanja..hahaha...

Ok. Bagaimana hendak menyertai skim ini? Sonang je tu jang! Pertama sekali korang kena pegi ke laman web rasmi PTPTN di sini. Jangan risau, untuk waktu sekarang ni PTPTN ada buat satu pengumuman khas.


Ok. seperti yang dapat dilihat, terdapat beberapa link untuk membantu para penghutang menyertai skim baru ni. Anda boleh klik2 link2 tersebut. Tapi untuk memudahkan kehidupan anda, aku dengan murah hati telah meng'ekstrak' beberapa maklumat penting kedalam bentuk gambar agar anda senang nak lihat.

Di bawah ini adalah gambar untuk flow chart bagaimana anda hendak menyertai skim ini. Sejujurnya, pihak PTPTN memang telah menjalankan tugas dengan baik kerana aku dapat memahaminya dalam tempoh yang singkat. Syabas PTPTN. Beginilah yang kita mahukan. Sebagai Agensi Kerajaan anda telah menjalankan tugas dengan baik.



Kalau ikut flow, die mintak peminjam untuk pergi ke halaman ini untuk mengemaskinikan maklumat diri peminjam. Apabila anda dah klik Link tersebut, paparan yang lebih kurang macamni akan terpacul depan skrin komputer anda.


Anda hanya perlu mengisi maklumat diri anda. Seterusnya satu laman akan memberitahu yang anda perlu memeriksa maklumat yang telah dihantar menerusi alamat e-mail yang telah anda masukkan sebelum itu.

Apabila anda telah klik link yang dihantar melalui email itu, anda akan dikehendaki untuk mengemaskini maklumat diri anda. Setelah anda yakin dengan semua maklumat yang diminta, dengan tanpa was-was sila klik butang Ya di penjuru kiri bawah sekali. Berikut adalah contoh borang yang perlu anda isi untuk tujuan pengemaskinian.




Anda kini hampir selesai. Kalau mengikut flow chart anda kini sudah memasuki step yang ketiga, step pemprosesan. Untuk step yang seterusnya aku akan update bila dorang dah anto surat tu.




Di sini aku lampirkan sekali Frequently Asked Questian a.k.a FAQ a.k.a Soalan-soalan Lazim




So, aku harap panduan ini dapat membantu korang semua sedikit sebanyak. Lepas dah siap sampai stage ni, rajin2lah cek e-mail. Kalau ikut dalam kenyataan di atas, surat tawaran Ujrah akan dihantar pada setiap 10hb setiap bulan. Sape2 ade info lebih bley gak kalau nak kongsi. Sharing is caring maaa.....

P/s: Insya allah aku akan update next stage kalau aku dah siap nanti...

2 comments: