Monday, December 6, 2010

Happy New Year!

1432 tahun dahulu, Penutup Segala Kenabian, The Great Muhammad bin Abdullah telah mengetuai penghijrahan kaum Muslimin Mekah menuju ke Kota Yathrib ataupun Kota Madinah Al-Munawarah. Peristiwa ini terjadi kerana ingin meneruskan usaha menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini.

Dalam kedinginan malam yang mencengkam sehingga ke tulang hitam (sape2 yang pernah belajar Geografi mesti tahu perubahan cuaca di padang pasir memang extreme), para Muslimin berangkat meninggalkan kota Mekah untuk menyelamatkan diri daripada seksaan Kaum Kafir Quraisy yang masih belum terbuka hati untuk memeluk Islam dan semakin menjadi2 penyeksaan. Mereka meninggalkan Mekah dengan hanya membawa ketakwaan dan keimanan yang tinggi. Segala harta benda, kemewahan ditinggalkan begitu sahaja di Mekah. 

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, mereka akhirnya tiba di Madinah dan disambut dengan penuh kemesraan oleh saudara seagama mereka yang telahpun berbai'ah kepada Rasulullah S.A.W sebelum itu. Rasulullah kemudian mempersaudarakan golongan pilgrimage daripada Mekah yang dikenali sebagai Muhajirin dengan penduduk Madinah yang dikenali sebagai Ansar.

Kenapa mereka ini disebut sebagai Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar. Haa..yang ni aku tau camne nak terjemahkan sebab masa kelas Bahasa Arab Tinggi untuk sessi terjemahan ni aku x sempat menghilangkan diri sebab Ustaz aku dah ready depan pintu dengan rotan panjang. Gila ko kalau kene rotan tu mau berbirat woo..

Muhajiirin ini adalah bahasa arab. Kata terbitan daripada Hijrah. Muhajirin ini adalah jama' muzakar salim (kalau aku x silap) bagi root word Muhajir yang bermaksud Orang2 yang berhijrah. Manakalah perkataan Ansar disini adalah perkataan Bahasa Arab yang merupakan terbitan daripada perkataan Nasoro yang bermaksud pembantu. Jadi Muhajirin adalah orang yang berhijrah dan  Ansar adalah orang yang membantu. hohoho...

Beberapa Fakta Tentang Peristiwa Hijrah 1431 tahun yang dahulu yang aku tahu:

  1. Semua kaum muhajirin berhijrah secara sembunyi kerana bimbangkan keselamatan diri masing2 daripada ancaman ganas kaum kafir Quraisy kecuali seorang insan yang bernama Umar Ibn Al-Khattab. Di khabarkan Umar dengan selamba berhijrah ke Madinah berdua(dengan untanya) di waktu Siang sambil jalan terang-terangan meninggalkan kota Mekah dan tiada sorang pon yang berani menghalang beliau. Hilang akal apa dorang nak halang Umar Al-Khattab yang terkenal dengan kebengisan, ketegasan, kepahlawanan dan juga kehebatan bermain pedang. Silap haribulan bercerai kepala daripada badan!
  2. Ketika Rasulullah tiba di Madinah semua orang berebut menawarkan tempat tinggal untuk Baginda berteduh. Disebabkan Baginda hendak menjaga hati para Ansar, lalu Baginda pon mengambil keputusan untuk menginap di rumah yang unta Baginda akan berhenti dan duduk. 
  3. Abdul Rahman bin Auf, salah seorang tabi'n memang terkenal dengan kehebatan beliau berniaga secara bersih, cekap, amanah, telus, dan mematuhi syarat syariah (Syariah Compliances). Ketika tiba di Madinah, terdapat seorang Ansar yang dengan bermurah hati ingin membahagi 2 jumlah harta yang dimiliki olehnya tetapi Saidina Abdul Rahman menolak, sebaliknya beliau meminta untuk ditunjukkan di mana pasar (tempat orang berjual beli) dan terus menuju ke sana untuk mencari rezeki.

Sempena kedatangan Tahun Baru Islam yang ke 1432, aku mengucapkan Selamat Tahun  Baru. Semoga kita semua memperoleh perlindungan rahmat-Nya dan kasih-sayang-Nya supaya kita dapat berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik..


Amin...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment