Monday, December 27, 2010

Harimau Malaya Tidak Lagi Semput!

  1. Hari ini berlangsung satu lagi perlawanan bersejarah dalam catatan doktrin perjuangan Harimau Malaya. Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala AFF Suzuki telah pun berlangsung dengan jayanya antara Pasukan Malaysia menentang jiran setempat Indonesia. Hakikatnya seandainya Belanda Laknatullah dan Inggeris Laknatullah tidak membahagi-bahagikan tanah jajahan melalui Perjanjian Apekenama Aku Dah Lupa Dah, kita dan Indonesia sebenarnya adalah satu entiti. Inilah natijahnya seandainya kita berketuakan orang-orang yang lebih kecut telurnya daripada kecutnya kismis-kismis kering. Baiklah, kita tinggalkan dahulu sejarah yang telah tidak dapat diubah itu.
  2. Peminat-peminat Malaysia sebenarnya sudah lama dahagakan skuad yang mampu membuatkan adrenalin kita teruja bila mereka beraksi di padang, yang mampu membuatkan lobang hidong kembang semangkuk kerana dipuji pihak luar kerna aksi yang menghiburkan di atas rumput dan juga keboleharapan para pemuja sokan no 1 tanah air untuk berjalan sambil mengepak dan membuka dada seluas-luasnya semasa berjalan melintasi kawasan-kawasan utama pelancong luar sambil memakai jersi Pasukan Negara. Ya, telah lama kita dirundung kegelapan. Entah di mana silapnya. Apakah mungkin silap di pihak pengurusan yang terus diterajui oleh Sultan Bola sambil di bantu oleh para politikus yang lebih handal membodek daripada menggelecek. Atau apakah mungkin kerna sifat para pemain itu sendiri, yang sungguh materialistik walaupon mereka tahu setiap kali beraksi mewakili negara mereka adalah harapan penduduk Malaysia. Bukan sekali dua kita disajikan dengan khabar-khabar pemain negara yang menagih elaun yang kadangkala tidak masuk akal. No money no talk!
  3. Jika ditelusuri sejarah bola sepak Malaysia, kita sebenarnya adalah satu pasukan gergasi di rantau Asia suatu masa dahulu. Ya, peringkat Asia bukan Asean okeh. Di kala zaman kegemilangan dahulu, Jepun tu pemain Malaysia selamba je perkotak-katikkan, umpama menggulung ikan salmon dalam sushi dan menanti masa untuk di masukkan ke dalam tembolok. Korea Selatan? Dengan selamba je pasukan Malaysia mengsayur-sayurkan mereka umpama menghanjing ucapan "An nyoung ha seh yo" dengan ucapan "Dah makan sayor?". Tetapi dalam tempoh 3 dekad, Malaysia terus merudum jatuh dan hilang daripada peta landskap gergasi bola sepak Asia. Ya, Harimau Malaya telah sempot pabila turun ke gelanggang.
  4. Kita punya lagenda bola sepak yang begitu digeruni suatu masa dahulu. Siapa yang tak kenal dengan Santokh Singh, Ghani "Raja Bola Sepak" Minhat, Mokhtar "Super Mokh" Dahari, Arumugam "Tangan Panjang" (sekadar menyebut nama2 lagenda yang hebat). Oh, tapi tidak termasuk Serbegath "Shebby" Singh, kerna aku seperti tidak merasa beliau layak duduk sebaris dengan para lagenda tersebut melainkan kehebatan beliau menjadi pengulas di ESPN Malaysia. Pasukan Malaysia yang terhebat seakan pupus setelah berakhirnya generasi Super Mokh dalam kesebelasan Malaysia. Selepas itu muncul pula generasi Harimau Malaya seperti Mazlan Wahid, Azman "Clubbing Boy" Adnan, Affendi "Speedy Gonzalez" Julaihi, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan beberapa orang lagi yang aku x dapat nak ingat nama-nama mereka. Ketika generasi mereka inilah, Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Sultan Bola Sepak Malaysia pernah menggantung aksi pasukan kebangsaan selama beberapa bulan ( xingat tahun bila) dek kerana aksi mereka yang begitu mengecewakan di atas padang. Itulah saat puncak zaman kegelapan Bola Sepak Harimau Malaya.
  5. Para peminat bola sepak Malaysia seakan sudah putus asa dengan Harimau Malaya. Apa gunanya menyokong pasukan yang hanya menjadi lubuk bila beraksi di atas padang. Apa maknanya bersorak memberi sokongan sehingga anak tekak keperitan pabila lebih banyak kalahnya daripada menangnya. Kamonlah brader, sape yang sukakan kekalahan! Kalau sekali dua kalah itu tak mengapa. Tapi kalau dah setakat sekali dua seri, apa kejadahnya tu?! Nak dapatkan kemenangan bagaikan suatu perkara yang mustahil. Pabila kalah, mulalah menyalahkan penyokong kerna tak bersifat patriotik kerna begitu lancar mencemuh, mengeji dan juga mempersendakan pasukan kebangsaan. Cis pigidah! Lu tak pandai main nak salahkan takde motivasi luaran pulak. Alangkan Pasukan England pon kena hantam kalau prestasi merudum, inikan pulak prestasi yang x naik2 macam tuuutttt...
  6. Tetapi semua itu seakan berubah. Zaman kegelapan bola sepak Malaya seperti seakan berlalu. Zaman Renaissance seakan telah muncul. Untuk menyamakan K.Rajagobal dengan Leornado Da Vinci mungkin agak keterlaluan tetapi hasil didikan beliau seakan mula membuahkan hasil. Seawal 2009, prestasi Harimau Malaya dilihat telah meningkat sedikit demi sedikit. Bermula dengan kejayaan tewas 2-3 kepada pasukan Sang Setan Merah. Diikuti dengan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA selang beberapa bulan berikutnya. Kemudian disusuli pula dengan layak ke pusingan kedua di Sokan Asia Guangzhou dan kini yang terbaru kejayaan menerajang sebelah sayap Sang Garuda di pusingan pertama Perlawanan Akhir Piala Suzuki di Bukit Jalil. 
  7. Walaupon pada awalnya Sang Garuda berjaya mematuk2 Harimau Malaya di pusingan awal sehingga menyebabkan Sang Harimau berubah menjadi Sang Anjing Bawahan (underdog) kerna tewas 1-5 di Laman Keramat Persatuan Sepak Bola Indonesia, namun kini kelihatan Sang Harimau telah bangkit daripada kesemputan. Ada beberapa komen daripada para penganalisis yang tak bertauliah tetapi telah lama mengikuti perkembangan permainan Harimau Malaya semenjak dua menjak ini yang mengatakan punca utama kekalahan kepada Sang Garuda dalam perlawan pembukaan adalah kerana Sang Harimau seakan mahu bereksprementasi gaya permainan baharu. Tetapi malangnya harganya terlalu tinggi dan menyebabkan kekalahan besar dan seterusnya menimbulkan kemaluan yang besar juga. Tetapi biasalah, dalam R & D tak semestinya kita akan sentiasa berjaya.
  8. Aku berkesempatan menonton perlawanan tadi secara langsung di Kedai Mamak Mohideen depan Petronas. Dan bila aku sampai sahaja Malaysia berjaya mendapat gol yang pertama. Dan kemudian terus menambah 2 lagi bijik gol dan terus memadamkan egois2 Wak2 Kertu dan Embak2 Ayu yang begitu yakin Malaysia akan dibelasah lagi. Terus terang aku katakan, aku memang teruja dengan kejayaan Sang Harimau Malaya merodok gawang Sang Garuda sebanyak 3 kali. 3 kali tu beb. Dan aku lagi teruja melihat suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipenuhi lautan penyokong tempatan. Aku juga begitu bangga melihat begitu banyak kibaran Jalur Gemilang di kawasan penyokong. Ya! Inilah yang telah kita lama nantikan. Semangat bola sepak telah seakan kembali meresap ke segenap pelusuk rongga warga Malaya. Bola Sepak kita, Wajah Kita!
  9. Aku mengharapkan agar Sang Harimau Malaya akan dapat meneruskan rentak dan ritma sang juara pabila bertandang ke sangkar Sang Garuda Rabu nanti. Kembalikan maruah bola sepak Malaysia! Apalah sangat nak dibandingkan Gonzalez "Uruguayan" pasukan Nasional Indonesia jika kita ada Safee "Slayer" Sali dan Nor Shahrul Idlan Talha yang bisa mengucar-kacirkan pertahanan Indonesia. Waduh pak. Mereka ini macam ribut, bikin ribut sama kami sampai gawat jadinya......Ya Ampunnnnnn!!!!!!!
  10. Dan jikalau anda mahu menunjukkan semangat dan sokongan kepada Sang Harimau Malaya, jom sertai pertandingan ini di sini. Untung2 anda berpeluang menjadi pemenang dan mendapat sehelai Jersi Malaysia Percuma. Jersi Golok? Apa kelas! Jersi dari Butik lah der.....


P/s: Aku tau Zaquan x main, tapi saja je aku letak gambor dia...nampak mcm bergaya, bermutu dan berkeunggulan je poster ni..hahahahah

No comments:

Post a Comment