Tuesday, April 21, 2015

Sapa kassim Selamat? Loyar? Majistret?


  1. Hai.
  2. Anda biasa dengar itu ayat?
  3. Musti biasa kan?
  4. Itu dialog Nyonya Mansoor, emak kepada Sabariah yang dicintai sa-orang pemusik peniup saksofon bernama Kasim Selamat.
  5.  
  6. Baiklah. Cukuplah dengan kesah sedih perchintaan dua darjat Kassim Selamat dan Sabariah.
  7. Zaman sekarang ni ada majistret yang saya suka.
  8. Nama penuh majistret itu adalah Akim and The Magistrate.
  9. Lagu fofular mereka yang pertama ialah Mewangi. Gua dah layan karok Mewangi. Bukan di Banting tapi di Neway Subang Jaya. Banting lagu lambat gile nak hapdet. Puih. Tapi kalau dah gian, Banting pon Bantinglah nak melalak.
  10.  
  11. Kini ada satu lagi single mereka yang saya suka saya suka saya suka (yes anda telah menjadi MeiMei dalam UpinIpin..bwahahaha). Single kedua mereka diberi judul Potret.
  12. Lirik macam haram indah gila. Memang kenalah dengan orang-orang yang dalam hatinya penuh dengan taman-taman bunga...kah kah kah..
  13.  
  14. Layannn

Thursday, April 16, 2015

Goddamit you ninja!


  1. Hujung minggu gua biasalah.
  2. X gi makan kenduri, gua tido satu hari
  3. X tido satu hari, gua tidur setengah hari, petang layan running man, malam keluar teh isap okok bunuh diri.
  4. X buat benda tu semua, gua buat aktiviti dengan memember sendiri
  5. Al-kisah tersebutlah kisah 11 April lepas gua gi makan kenduri, abang kepada member gua kawen, member gua jemput siap bagi kad, meme kena gi loh...
  6. Lepas selesai solat asar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah a.k.a Masjid Negeri, gua ingat nak layan movie barang sepam dua dengan member gua yang lain.
  7. Periksa punya periksa, check punya check xde cinema yang available untuk movie yang kitorang plan nak gi tengok (gua lupa tajuk dia)
  8. Lepas tu dalam perjalanan pulang, tetiba gua terdetik, layan Fast and Furious 7 ni cara gak.
  9. Maka gua pun melencongkan stereng ke AEON Jusco Bukit Raja.
  10. Tips, gua memang suka gi nonton kat Bukit Raja kalau weekend. Sangat jarang wayang kat Bukit Raja ni full.
  11. Kalau Bukit Raja ni full, gua ada satu lagi port yang memang konpom xfull punya.
  12. Port tu gua xleh reveal sebab nanti korang tau, korang gitau kat kawan korang, kawan korang gitau kat kawan dia, kawan dia bagitau kat kawan dia, macam chain reaction la..sudahnya nanti penuh gua xleh layan movie dengan aman damai tenteram dan 1Malaysia.
  13. Dipendekkan cerita, memang x penuh lagi. Gua pon grab ticket tanpa berfikir panjang macam nak selesaikan Kamiran Kuasa Dua mahupun buat matrik 3 dimensi.
  14. Layan gak ah Fast and Furious.
  15. Jason stantham pakai Maserati (gila babi lawa maserati ni).
  16. The Rock angkut gattling gun sengsorang tembak helikopter ongjahat piu piu piu kebabo.
  17. Sebenarnya gua paling suka Fast and Furious 3, Tokyo Drift. Gua pon xtau kenapa, mungkin sebab gua peminat Evo kot. Seingat gua Fast 6 je yang gua x nonton lagi. Tapi bagi gua Fast 7 ni memang mabelesious.
  18. Setelah aksi lumbe keter, letup-letup rumah, terbang-terbang kereta antara bangunan tinggi kat Dubai, aksi-aksi berahi bikini dan comolot-comolot, sampai la kat scene last di mana dorang berkumpul kat tepi pantai.
  19. 10 minit terakhir tu gua cakap sama lu, satu panggung diam wei. Terbaik Fast 7 buat tribute pada Paul Walker. Dorang amek shot Paul Walker dari Fast 1 kecuali Fast 3 sampai Fast 6. Scene dia tengah gelak-gelak. Pastu siap Vin Diesel buat narration. Diiringi lagu Wiz Khalifa see you again (amaran, ini adalah spoiler. Padan muka korang yang x nonton tapi dah baca post aku ni). Seperti yang kita sedia maklum, Arwah Paul Walker kematian dalam satu kemalangan tragis pada penghujung 2013.
  20. Masa 10 minit terakhir tu gua bengang betol, time-time camnilah Ninja-ninja ni muncul dok keliling gua sibuk nak potong bawang bagai. Habis berair-air mata gua. Goddamit you ninja!

Monday, April 13, 2015

Hai


  1. Hai. Lama kan kamu semua x nampak posto terbaru saya.
  2. Saya sekarang tengah super bz.
  3. Al-maklumlah dah naik BMW 3series bulan empat ni. lagi seploh tahun kalau panjang umur nak naik BMW 4 series plak.
  4. Ok lah.
  5. Saya nak share video klip terbaru Taylor Swift yang bertajuk Blank Space.
  6. Kbai.