Tuesday, August 11, 2015

Masalah-masalah yang pernah dihadapi oleh Homo Sapien


  1. Assalamualaikum.
  2. Hai.
  3. Salam hashtag sehatisejiwa. Tak mainlah salam 1Malaysia sekarang. Haram jadah.
  4. Berbalik kepada tajuk utama, kamu selaku Homo Sapien (bukan homoseksual hokeyyy..choyy) mesti pernah menghadapi masalah seperti di bawah kan?
  5. Pergi sesuatu tempat, tertinggal gugusan kunci anda yang terdiri daripada kunci kereta, kunci rumah, kunci rumah awek anda, kunci rumah skandal anda, dan lain-lain lagi. Setelah beberapa ketika, anda sadar yang segerombolan kunci anda telah pun hilang. Atau anda pernah mengalami situasi terjumpa segerombolan kunci orang lain yang terbiar macam anak tiri atas meja mahupun atas tempat flush mangkuk jamban duduk. Anda tak tahu siapa punya kunci ni, niat di hati nak kembalikan kepada pemiliknya, tapi anda malas pulak nak gi jabatan los and faun. Kesudahannya, kunci tersebut terbiar kesepian di ruang sejuk itu.
  6. Anda naik motorsikal, malas nak bawak helmet, anda mengambil keputusan nak sangkut helmet / simpan helmet bawah seat motorsikal anda. Dalam keadaan minda separa sadar, anda terbiarkan anak kunci motor anda tergantung bergentayangan di ibu kunci.
  7. Anda menggunakan komputer untuk mengakses data dalam pendrive anda, pagi ittew bos anda yang merupakan seorang andartu yang sedang mengalami senggugut mengalami tamparan apabila anak ikannya yang dibela dimanja didodoi menghantar sekeping kad jemputan perkahwinan dengan musuh cintanya sejak dari zaman perseteruan pertandingan memasak matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga lagi, dan mengamuk nak mintak dokumen penting untuk dibawa ke mesyuarat, anda selaku seorang bawahan dengan perasaan takut, malu dan sedikit kepanasan tergocoh-gocoh membawa dokumen/kertas yang siap dicetak tanpa sempat mencabut keluar pendrive dengan sempurna. Lepas tu anda mencari-cari bagai mencari cinta sejati sesuci cinta Rumi dan Juli, tapi hampa x jumpa. Anda menyalahkan diri anda kerana terlupa nak eject the pendrive safely.
  8. Ini antara masalah yang biasa di hadapi. Memang ada teknologi berasaskan bluetooh beacon yang boleh membantu anda mengtrack kembali barangan anda yang los dan faunkannya kembali, tetapi harganya tidak berapa mesra rakyat malaysia, lebih-lebih lagi di zaman kegawatan di mana nilai ringgit telah mencecah 4 ringgit berbanding 1 dolar Amarika.
  9. Oleh yang demikian, saya sedang membangunkan satu sistem yang murah dan praktikal untuk membantu anda mengatasi masalah ini. Insya Allah akan siap penghujung bulan ini.
  10. Jika anda berminat untuk menjadi antara pengguna terawal, teruslah Wassap saya atau pun menghantar email ke faiz [at] buroque.com.

Monday, August 10, 2015

Bermain-main dengan butang Paypal


  1. Petang-petang bosan ni xde keje.
  2. Saje test-test bermain dengan butang paypal.
  3. Ni sekarang tengah try test mengaplikasikan tutorial untuk menggunakan butang Donate PayPal. Walaupun kita di Malaysia dan PayPal di USA, tapi kita tetap dapat menggunakan perkhidmatan derma dengan PayPal.
  4. Jika anda ingat ini adalah main-main, sila klik butang dibawah untuk menderma secara tulus ikhlas kepada saya.
  5. Jazakallahukhairan