Saturday, April 30, 2011

4 Sebab Utama Kenapa Kita Wajib Menggunakan Email 1Malaysia kendalian Syarikat Tricubes

  1. Kerana kita rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita kena mempunyai semangat nasionalisme dan jatidiri serta patriotik yang tinggi. Ini bertepatan dengan kempen kerajaan Malaysia untuk rakyat iaitu Belilah Barangan Buatan Malaysia. Siapa kata Barangan Buatan Malaysia tiada kualiti. Simpang malaikat 44. Derhaka kepada Ketuanan Melayu kalau kau anggap barangan Malaysia tiada kualiti! Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik yang tinggi. Contohi sikap patriotik dan nasionalisme negara Asia yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan. Persetankan ahli politik yang tidak patriotik. Lumrah ahli politik memang selalu beretorik. Cuba anda berfikir dalam Seminute.com dua, kita sebagai rakyat marhean wajib mempunyai semangat patriotik Malaysia yang tinggi. Walaupun barangan buatan Malaysia kebanyakannya bertaraf hampas, tetapi sebagai rakyat Malaysia kita harus menerimanya agar ekonomi Malaysia akan sentiasa makmur.
  2. Sebab cajnya sangat murah. Hanya 50 sen sekali penghantara. Ya..50 sen. Bayangkan situasi ini. Anda seorang Pegawai Kerajaan di daerah Sibu ditugaskan untuk menyiapkan satu kertas cadangan berkenaan projek-projek tender Kerajaan. Selaku Pegawai yang amanah dan dedikasi anda telah berjaua menyiapkan kertas cadangan itu dengan jayanya dan dikehendaki untuk menghantar kertas cadangan yang berjumlah 1000 helai ke Pejabat Kementerian di Putrajaya. Sekiranya anda hendak menghantarnya sebagai bahan bercetak, bayangkan berapa banyak kos perlu dikeluarkan untuk menghantarnya. Yelah, kalau dah 1000 helai dan tentu berat anggaran dalam 1 kg. Sekarang ni Pos Malaysia dah menaikkan harga setem dan perkhidmatan penghantaran bungkusan kerana Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional dah melupuskan kebanyakan pegangan modal dalam Pos Malaysia. Mereka kata Pos Malaysia sekarang dah takde untung juta-juta macam zaman takde Internet dulu. Sebagai sebuah parti didikan imperialis yang berkiblatkan kapitalisme dalam segala aspek pengurusan, dah tentu mereke-mereka ini nak untung maksimum je manjang. Oleh yang demikian, lebih baik mereka lupuskan pegangan dan melabur ke tempat lain yang lebih menguntungkan macam dalam syarikat arak ke..Oppsss....Baiklah, kembali kepada topik.Fikiran Seminute.com sejenak, secara kasarnya anda akan terpaksa mengeluarkan kos dalam RM 1 paling minima untuk menghantarsurat tersebut ke Putrajaya. Tetapi, dengan adanya myemail1Malaysia, anda hanya perlu compresskan segala macam kertas cadangan anda, attachkan dalam email dan terus email ke alamat email orang berkaitan di Putrajaya. Lihat, anda sudah dapat menjimatkan kos sebanyak paling kurang separuh. Ya..hanya 50 sen caj penghantaran. Ingin menggunakan perkhidmata email percuma seperti Yahoo dan Gmail? Jangan! Anda sebagai pegawai kerajaan perlu mendokong segala macam polisi kerajaan. Takkan anda hendak dianggap menderhaka kepada Ketuanan Melayu dan juga tidak bersyukur kepada Kerajaan yang membayar gaji anda setiap bulan sedangkan hakikatnya umat Islam hanya wajib bersyukur kepada Dia? Sementelah anda adalah pegawai kerajaan, eloklah tunjukkan sikap patriotik melampau. Mana tau nanti Menteri Perdana nak buat KPI syarat nak naik JUSA kena tengok berapa banyak email anda dah hantar menerusi email1Malaysia. Elok anda mula mempraktikkan seawal mungkin. Siapa yang senang? Mereka dan keluarga mereka jugak...Siapa yang susah?..Kita dan keluarga kita jugak....
  3. Sebab ketiga, dengan menggunakan perkhidmatan email 1Malaysia ini adalah secara tidak langsung dapat membantu memelihara alam sekitar. Ya, dengan hanya membayar caj 50 sekali penghantaran, anda dapat membantu mengurangkan pelepasan gas-gas karbon monoksida, karbon dioksida tetapi tidak termasuk pelepasan karbon fiber. Ambil contoh seperti no 2 diatas. Dari Sibu ke Putrajaya. Sudah tentu begitu banyak pengangkutan bermotor dan berkipas perlu terlibat. Daripada pejabat pos ke pusat penghantaran, dah berapa banyak asap-asap beracun dilepaskan oleh motosikal-motosikal EX5 abang-abang posmen. Itu belum kira pelepasan asap daripada ekzos van, serombong kapal serta ekzos kapal terbang yang digunakan dalam usaha memastikan surat-surat anda dapat menyeberangi Laut China Selatan dan selamat sampai ke destinasi. Maklum mengetahui pelepasan gas-gas daripada kenderaan menjadi penyumbang terbesar fenomena Rumah Hijau. Maaf, bukan niat untuk menderhaka tetapi aku terpaksa menggunakan istilah rumah hijau kerana istilah rumah biru tiada dalam kamus alam sekitar. Aku harap agar penyokong-penyokong rumah biru dapat bersabar semasa anda membaca perkataan hijau. Jangan bimbang, perkataan rumah hijau tidak diiringi dengan bulatan putih. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita kena meneruskan usaha menyelamatkan bumi. Apekejadahnya kalau anda menyambut seruan Earth Hour dengan mematikan lampu selama sejam walaupun ketika itu mertua anda bertandang ke rumah dan anda kena memasak untuk mereka. Ya, anda tahu yang anda kemungkinan akan menjadikan masakan anda tidak sedap jika memasak dalam gelap dan boleh menyebabkan muncung mak mertua anda sejauh dan setinggi Menara Warisan yang khabarnya akan dibina setinggi 100 tingkat, tetapi kerana ingin menyertai komuniti dunia dalam menjayakan earth hour dan ingin kelihatan prihatin serta urban di mata jiran sebelah, anda rela memasak dalam gelap atas nama kempen earth hour. Percayalah, inisiatif anda menjayakan earth hour hanyalah sia-sia jika anda mengorbankan 50 sen dengan menghantar email menggunakana myemail1Malaysia dan terus menjadi penyumbang pencemaran alam sekitar kerana abang-abang posmen perlu menghantar surat anda melalui cara konvensional. Menggunakan email percuma Yahoo dan Gmail? jangan...anda tentu tak mahu menjadi seperti orang yang menggigit tangan orang yang memberi anda makan kan? Ala..macam kempen dalam kain rentang di Putrajaya yang berbunyi "Don't bite the hands that feed you"..lebih kurang macam tulah bunyi bannernya. 
  4. Tahukah anda Tricubes adalah syarikat milik bumiputra melayu. Di Malaysia, secara amnya Melayu itu adalah automatik Islam. Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu menyokong dan menggunakan apa sahaja yang dikeluarkan oleh orang Islam. Kita harus berbangga kerana Malaysia, salah sebuah negara Islam moden mampu menghasilkan produk sendiri bertaraf dunia. Walaupun dengan menggunakannya kita perlu berkorban, tetapi itu tidak mengapa kerana kita sebenarnya membantu umat Islam dalam bidang ekonomi. Jihad ekonomi namanya. Mengapa perlu berkorban sedikit wang jika sudah ada alternatif yang lebih menguntungkan dan percuma seperti Gmail dan Yahoo. Hisshhh..simpang malaikat 44, pantang anak cucu Hang Tuah menderhaka...Kita tidak pasti pemilik utama Yahoo dan Gmail itu.Cuba anda renungkan barang Seminute.com dua, mana tahu mereka itu terdiri daripada golongan Yahudi dan Nasrani. Lebih dahsyat lagi kalau pemilik mereka itu anggota Freemason. Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada keuntungan mereka. Lebih baik kita membantu Syarikat Tricubes. Kita sudah pasti yang mereka itu Islam kerana nama-nama mereka itupun dah mencerminkan keislamannya. Buang jauh-jauh paradigma dan stigm-stigma meragui amalan keislaman mereka. Yang penting mereka itu Islam dan sebagai umat Islam yang majoritinya menduduki Malaysia, kita wajib menggunakan email 1malaysia!





Diharap anda sekalian telah mendapat pencerahan atas penerangan-penerangan diatas dan janganlah lagi meragui usaha kerajaan dalam menjayakan projek email 1Malaysia...





seperti kata Menteri Pedana bukan Menteri Exora..."Saaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttuuuuuuuuuuuuuu...Malaysia!"












































###Khatimah posting untuk bulan April###

Thursday, April 28, 2011

The Royal Wedding

UK Royal Family is waiting for newcomer at the moment this post is written.

Prince William weds Kate Middleton.

A prince weds a non-royal blood woman.

I feels like a new Lady D is going to be reborn.

My hope is that Prince Will did not become like his father in the future. Chasing a 'haramjadahapanenek' Bowls and leaving the beautiful Lady D.












Happy Wedding Day UK!


Amacam kome? Da boom tak bakal bini teman ni. Ate walaupun teman dah start botak tengah cam Uncle Bo, tapi bak kate orang-orang tue, Cinta Sejati Tak Mengenal Paras Ghope. Yang penting teman anak raje.....

Wednesday, April 27, 2011

Diary Lelaky

9.00 pagi.

Baru masuk ofis. Masuk-masuk Section Head dah ada dalam opis. Aku lewat 15 minit masuk opis arini. Hujan agak lebat dan aku naik motosikal je ke tempat koje. Maklumlah keje jadi pomen cabuk je. Masuk opis terus sign attendance book

9.05 pagi.

Discuss dengan Section Head tentang beberapa masalah melibatkan Line TCM dan TPM. Pung pang pung pang..dekat setengah jam gak.


9.25 pagi.

Baru turun masuk plant. Terus menuju je site ofis.


9.30 pagi.

Morning briefing kepada subordinate dan task deligation. Dapatkan feedback tentang assigned task semalam untuk tindakan selanjutnya. Discuss, berasap sambil 'pow' air kopi Supervisor aku skit.


9.45 pagi.

Subordinate terus laksanakan tugas masing-masing. Aku stay lagi kat site ofis. Meniliti list filter elemen untuk hydraulic system line TCM. Nak tgk berapa banyak yang dah xde and nak kena bukak order. Simpan sebagai spare. Jaga maintenance kalau xde spare memang masak woo kalau tetiba berlaku breakdown. Lepas tu aku go through hydraulic circuit diagram untuk TPM line. Nak tgk mana2 possibility root cause.


10.30 pagi.

Celcom tetiba hantor mesej kata ada missed call. Member aku yang jaga line ECL/RCL ghopenye. Call balik. Dia inform scissor lift line RCL ada masalah leaking skit. Tapi memandangkan production nak jalan, maka maintenance job akan di KIV ke next PM Schedule.


10.33 pagi.

Menuju ke Line TPM. Terus masuk bawah cellar. Production tgh running. Monitor system. Tgk2 pressure gauge dan hydraulic valve condition kalau2 leh jumpe abnormality. Tung tang tung tang bunyi piping bawah cellar ni. Bahana hydraulic shock effect.


10.45 pagi.

Keluar dari cellar terus naik atas. Pegi kat operator room. Berpeluh2. Shilake dok dalam cellar memang panas. xde aliran udara yang nyaman macam kat tepi pantai morib di waktu petang. Naik atas jumpe production in charge terus aku tanya tentang masalah. Dia inform x ok lagi. Aku terus monitor line progress menerusi HMI pada monitor komputer. Ades..actual force x synchronize dengan setting force untuk bending system. Tengok plak coil yang tengah diproses. Woott..jelas jugak defect..dari jauh dah boleh nampak...masalah2...


11.30 pagi.

Supervisor aku call. Dia kata TCM line stop. Ada hose air pecah...Dia cakap leh wat keje  hydraulic skit sementara tunggu maintenance team TCM line tukau hose. Aku suruh supervisor aku blind leakage line untuk hydraulic motor pada Mill Stand 4. Leaking teruk cam jahanam. Minyak mengalir keluar macam air hujan. Ini macam kalau x rectify konpom kena selalu top up minyak hydraulic. Minyak tu dahlah mahal. Satu tong je dah Rm1k+ lebih skit. Dunia-dunia...


11.35 pagi.

Singgah workshop TPM line maintenance team jap. Cek report nak tgk dorang ada top up minyak kat TPM line x..


11.45 pagi.

Sampai kat line TCM. Monitor progress keje yang super aku tgh buat.


11.50 pagi.

Naik opis balik. Singgah admin mintak tolong clerk aku fotostat list filter. Gile malas aku ni. Fotostat 2 helai pon suruh clerk aku buat. Nasib baik clerk aku ni seorang yang rajin dan berdedikasi..hahaha



12.00 tgh.

Duk kat meja. Bukak fail order barang. go through list. Pegi admin balik. Bukak email and check email. mana tau ada email yang berkenaan.



12.20 tgh.

Member sms ajak lunch. Turun bwh gi parking lot. tggu member lagi sorang. lepas dia dah smp terus gi cafe bersantap. mengabiskan waktu rehat bertiga sambil menjadi naga dan pung pang pung pang berkenaan hal ehwal semasa.


1.45 ptg.

sambung keje. trus gi site ofis aku balik. dok sana bincang2 ttg masalah TPM dgn supervisor aku lagi. pung pang pung pang sambil go through dengan hydraulic circuit diagram.pung pang pung pang berasap...pung pang pung pang...end of discussion, suspect pressure relief valve problem...sok nak gi cari spare nak tukar..



3.00 ptg.

monitor line CPL plak. tgh2 jalan production ni memang kena monitor rapat-rapat(closely monitor..lulz)..hydraulic system berjalan dan beroperasi seperti biasa..tiada keganjilan ditemui. singgah stor maintenance team line CPL jap. Reconfirm balik spec data hydraulic piston pump yang aku amik semalam. Ada projek baiyyeekk punya nak buat kat CPL ni...



3.45 ptg.

nak balik ke ofis semula. sambil tu singgah cellar kat line TCM jap. nak amik spec hydraulic piston pump gak. ada problem pump ni minggu lepas. kenalah rectify problem ni..



4.15 ptg.

kembali ke ofis. start buat calculation untuk projek CPL. calculate segala macam tork nak pilih coupling yang sesuai. check datasheet pump plak. compare pressure, flow chart. go through data spec. nak determine exactly size hoses hydraulic yang nak dipasang pada suction, pressure dan leakage line pump.


5.15 ptg.

keluar ofis jap lepak kat tangga. menjelma menjadi naga sambil mencari ketenangan. tgk langit gelap semacam je. nampak gaya kene blah on time ni. x dpt nak stayback lama skit camni sebab takut hujan.



5.30 ptg.

masuk admin ofis jap. check email balik. mana tau ada email2 yang berkenaan ke.



5.45 ptg.

kembali ke ofis. mengemaskan kembali meja aku yang bersepah dek kerana sibuk wat calculation tadi. kang x kemas kang sok pagi bos datang die jeling2 manja plak tgk mejaku yang berselerak ni..hahaha..



5.55 ptg.

standby nak balik. keluar pintu ofis je teringat projek auto unloading system byk lagi x siap..ades..esok jelah aku perah kepala settlekan....nak ujan dah ni...


6.00 ptg.

gi ke arah parking lot. naik motor sambil menjadi naga lagi sekali...



6.05 ptg.

slot out. berakhirlah sudah tugas aku sebagai pomen cabuk untuk hari ni.........



Mejaku

Monday, April 25, 2011

Sahabat Selamanya



Sahabat Selamanya by Padi



This song i dedicated to all my beloved friends.

Yeah...kita Sahabat Selamanya

Sunday, April 24, 2011

Upin dan Ipin

  1. Ini adalah nama watak kembar dalam satu animasi kanak-kanak popular terbitan anak watan Malaysia.
  2. Kalau mengikut cerita asalnya yang aku pernah dengar, baca dan lihat, matlamat asal terbitan siri Upin dan Ipin adalah sebagai salah satu langkah mempromosikan filem animasi tempatan yang turut dibintangi watak-watak siri Upin dan Ipin iaitu Geng: Pengembaraan Bermula.
  3. Sampai sekarang aku masih gagal untuk menentukan dengan tepat mana satu Upin, mana satu Ipin dan antara mereka berdua, siapa yang paling tua. Indikator paling jelas membezakan antara Upin dan Ipin adalah kewujudan tocang sehelai pada salah satu watak tersebut.
  4. Siri kartun ini telah menjadi fenomena di Malaysia bahkan juga dengar-dengarnya Indonesia turut terjebak dengan jangkitan fenomena Upin dan Ipin. Rentetan kepopularitian yang melampau, menyebabkan segelintir ikan-ikan jerung mengambil inisiatif menerbitkan dan mengeluarkan barangan yang dikaitkan dengan Upin dan Ipin tanpa memiliki lesen pengeluar yang sah daripada pemegang hak cipta harta intelektuel ini. Tapi bagi aku ini adalah satu indikator positif. Bagi aku, di Malaysia ini, sekiranya lanun-lanun cetak rompak dengan sudi dan sukarela mencetak rompak sesuatu harta intelek, itu menunjukkan ia mempunyai nilai komersil dan kepopularitian yang tinggi. Ingat lanun-lanun cetak rompak ni cokia sangat ke? Mereka juga berpaksikan acuan ekonomi berorientasikan kapitalis. Untung maksima maa...Gile apa keluarkan barang cetak rompak yang tidak mempunyai banyak permintaan seperti CD lagu cetak rompak Kumpulan Impression....
  5. Aku x ingat bila aku mula terjebak dengan siri comel ini. Agak-agaknya sekitar tahun 2009 kut. Time tu tengah menjadi 'tauke wain merah, pemilik ladang anggur'..hahaha
  6. Bley kata semua watak dalam siri Upin dan Ipin ini aku suka...Keletah kembor ini yang popular dengan tagline " Betul, betul, betul", Jagjit yang sangat suka berpantun, Mail yang sangat suka berniaga " Dua..singgit", Ihsan anak orang senang dan manja serta ketua kelas geng-geng upin ipin ini, kalau korang perasan gaya beliau mengucapkan salam kepada cikgu yang masuk memang ada stail tersendiri. Watak Kak Ros yang garang (tapi dalam siri Upin Ipin terbaru Kak Ros dah macam x garang je..pelik2...xsyoklah mcm ni). Tok Wan yang begitu rasional, diplomasi dan penyayang. Watak Tok Dalang yang menyanyangi Upin dan Ipin dan byk lagi watak2 dalam siri ini. Tak larat aku nak tulis banyak2..letih weh...ahahaha
  7. Industri animasi di Malaysia terus berkembang selepas kwujudan animasi Upin dan Ipin. Tulang belakang siri animasi Upin Ipin telah menghasilkan lagi satu animasi bertajuk Boboiboy. Kalau nak tahu lebih lanjut gi baca posting Nazmiy di sini. Ku malas nak ulas..letih dah ni..hahaha
  8. Akhir sekali, dengarkan pantun ini
Dua Tiga Kucing Berlari,Wong Lanang pon suka berlari,


Hahahaha...marveles..marveles....



Saturday, April 23, 2011

Mega Jingga

Aku terasa macam nak menulis-nulis buat cerita ceriti. Leh gak hilangkan bosan-bosan dan stress dalam hidup.

Kalau korang nak baca nukilan sang pencinta Honda Civic Type-R ni, selamba kodok je korang leh klik link ni:



tapi aku bukanlah banyak sgt idea kut nak hasilkan certa tebal macam novel Salju Sakinah, Cintaku Tertinggal di Harujuku apatah lagi Lagenda Budak Setan.

so kut nak bersama tolong bagi idea tu lehlah vote. jangan risau, takde kena caj macam korang AFUNDI Mawi dulu2 tu....

Friday, April 22, 2011

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie bakal menjengah ke panggung tak lama lagi.....
















































Err...ada aku kesah?

Thursday, April 21, 2011

Memorabilia: Aku, IT dan ....

  1. Posting kali ini aku nak berkongsi tentang memori2 aku bersama Siti IT.
  2. Aku tak tahulah korang mula mengenali IT pada umur berapa tahun tapi seingat aku, aku mula mengenali IT seawal usia remaja. Aku ingat lagi masa tu tahun 1998, ada sorang kawan aku ni citer die baru je buat email supaya dia senang nak berhubung dengan abang dia yang menetap di London. Ya, selaku seorang budak kampung yang baru sahaja pertama kali coba-coba hidup di dunia batu kaca, aku cuma mengenali komputer dan monitor. Gile naif aku masa tu. Semasa pertama kali beliau bercerita tentang email, perkara pertama sekali aku terfikir dalam hati adalah, Wow, kayanya mamat ni sampai boleh ada laman web mail sendiri. Dan sekali lagi aku menjadi naif di situ sebab x dapat nak membezakan antara apa itu email dan laman web. Sementelah kawan aku ni adalah merupakan anak kepada cikgu2 penting kat sekolah aku, so aku berfikiran tidaklah hairan beliau mampu membuat laman web(baca email..hahaha).Tapi yang bestnya member aku ni x gelakkan aku, sebaliknya dia mengajar aku untuk mengenali apa itu email.
  3. Beberapa bulan kemudian, aku berani2 coba membuat satu akaun email. Aku mengambil peluang semasa balik kampung sebulan sekali. Pegi CC dan kemudian bukaklah satu alamat email. Aku menjadi pelanggan percuma kepada Hotmail.com. Zaman-zaman tu populariti Hotmail.com memang meletup. Sama taraf dengan tahap populariti Ratu Kebaya era2 talibisyen masih lagi hitam putih lagi kalernya gituwww...hahaha. Aku kemudian mencuba juga membuka akaun di Yahoo.com. Bila dah ada akaun email, balik je asrama terus borak2 ngn member2 siap tny2 alamat email dorang. Pergh..riak btol rasanya masa tu...hahaha
  4. Menjelang zaman2 PMR, sekolah aku ada buat sisipan khas untuk budak2 yang menduduki kelas peperiksaan. Biasanya pelajar2 kelas peperiksaan akan diminta mengisi butiran peribadi beserta kata-kata pujangga untuk dimuatkan di dalam majalah tahunan sekolah. Untuk rujukan, aku telah membuka beberapa akaun email dengan hotmail dan yahoo sebelum itu tapi haramjadah aku x igt passwordnya. Oleh yang demikian, aku menanam satu tekad untuk membuat satu alamat email yang mampu aku pertahankannya sampai bila-bila. Dan maka aku pon membuka dua email di Hotmail.com dan Yahoo.com menggunakan username yang sama. Dah 11 tahun pon alamat email ni bertahan. Sape2 yang ada YM dan MSN Messenger aku, itulah alamat email yang berjaya aku pertahankan sampai ke detik ini. Oleh yang demikian, dapatlah aku memenuhkan butiran lanjut dalam majalah sekolah dengan sedikit perasaan riak dan takjub (takbur + ujub)...maklumlah, zaman tu manalah orang amik port pasal email....haha..aku pernah juga membuka email di Lycos.com, tapi aku rasa GUI dia amat x user friendly..so aku pon wat stupid je..hahaha
  5. Menjelang SPM, boleh dikatakan beberapa kawan aku ada yang telah membuka email di Gmail, senggaraan google.com. Kalau uols nak tau, Gmail ni sejak dari awal2 dilancarkan dah offerkan ruang simpanan yang sangat besar, compare dengan Hotmail dan Yahoo. Percayalah, kerja mengosongkan Inbox email di hotmail dan yahoomail 11 tahun lalu memang amat menyusahkan. Bayankan space yang ditawarkan secara percuma ntah berapa megabait je. x sampai 500mb kut kalu aku x silap.
  6. selepas je habis SPM, aku mula bergiat dengan sangat aktif dalam MSN Messenger. Chit chat dengan kawan2 sekolah lama menerusi platform MSN Messenger. Gue ingat lagi, gue tackle awek 1st gue pakai MSN Messenger..hahahaha....skrg dah kawen anak satu pon minah tu..kalau dia terbaca dan tahu ni blog En. *a**...silalah maafkan hamba kerna boh layankan saudari dulu ye...
  7. masuk zaman kolej, aku terpaksa melibatkan diri dengan lebih aktif menerusi YM....zaman belajar dulu memang teknologi IT banyak membantu..Nak soalan assignment..Send pakai YM..nak gambar..send pakai YM..nak report..send pakai YM..pendek kata semua pakai YMlah..tu belum kira perang audible..favorite audible aku antaranya "You Sucks More Then I Do", "Ohhhhhhh, Snap!","It's 10 O'Clock, do you know where your brain is?", "Sebuk lah kau!"..hahaha
  8. sekarang aku dah slowdown guna messenger2 ni semua. lebih kepada Facebook utilization. dan aku kini lebih prefer gmail dalam segala urusan2 IT. 
  9. main purpose aku wat posting ni ialah ntah kenapa tetiba aku terbukak email hotmail aku, dan tgk balik2 email2 yang lama dulu...godemit...syahdu and penuh memori zaman muda dohz...hahaha...
  10. iklan..jangan lupa untuk melawat laman web Seminute.com. Thanks to Encik Posmen kerana mensupport dan tolong promotekan website ini. Nanti aku belanja ko teh tarik gelas besau time bachelor party ko ek Planning to launch second website application untuk tahun 2011 ni..mencari nama yang sedap dan masa untuk develop2 benda2 ni..gue skrg sibuk macam Najib kut....hahaha

Wednesday, April 20, 2011

My Favorite movie quotes

Aku suka gak pergi nonton. Dan untuk posting kali ini, aku nak kongsi beberapa favorite movie quotes aku....


I love you. You... you complete me. And I just...
Shut up, just shut up. You had me at "hello".

Film: Jerry Maguire






Me? I'm dishonest, and a dishonest man you can always trust to be dishonest. Honestly. It's the honest ones you want to watch out for, because you can never predict when they're going to do something incredibly... stupid.

Film: Pirate of Carribean; The Curse of Blackpearl






Hasta la vista, baby.

Film: Terminator; The Judgement Day






Alif Mim Nun Wau...Alif Tendang Wau...Sarkas!

Film: Pendekar Bujang Lapok






Every woman is a mystery to be solved.

Film: Don Juan De Marco.






Aku dah agak pon, depan mata tak nampak pembangunan

Film: Hantu Kak Limah Balik Rumah






Bakor..kita bakor!

Film: Hantu Kak Limah balik Rumah

Monday, April 18, 2011

Melayu mudah lupa

Nampak gayanya penyakit pelupa aku agak menjadi-jadi 2 tiga menjak ni..



sigh...


















cam kena kembali banyakkan baca Koran je...

benar, tuntutan menjadi kutu industri berorientasikan acuan kapitalisme kekadang membuatkan aku seperti tidak cukup masa...




Melayu mudah lupa...


Friday, April 15, 2011

Into the new world





Lagu awal2 geng2 SNSD a.k.a Girls Generation...




Kawan aku gilakan Taeyoon..tapi aku rasa Yoona lagi hot...



















Godemit!

Thursday, April 14, 2011

Syair untuk Pari-pari

Duhai si pari-pari,
Apa khabarmu kini,
Masihkah sama sinarnya suria pagi,
Masihkah sama bayunya yang mengelus pipi,


Duhai si pari-pari,
Aku di sini masih begini,
Masih menanti untuk sesuatu yang tak pasti,
Masih lagi terus berlari,
Meninggalkan kenangan disebalik tirai jeriji memori,


Duhai si pari-pari,
Usah kau tangisi,
Jangan kau sesali,
Dengan apa yang tak digenggami,
Biar tidak semanis janji,
Harapnya kau sudah mengerti,


Duhai si pari-pari,
Seandai kau temui,
Titipan yang ku syairkan ini,
Kuharap kau hayati,
Dan kau fahami,
Walau hati ini seakan sedingin air bening di kali,
Dalam hati ini,
Kau masih lagi maharani,
Yang masih sukar untuk diganti,

Duhai si pari-pari,
Jom makan mi kari,
Dekat kedai mamak hari-hari,

Duhai si pari-pari,
Andai ada kepastian daripada Ilahi,
Insya-Allah, akan kita kumpulkan kembali,
Untaian bebenang memori-memori,
Akan kita bersama-sama sulami,
Menjadi satu hasil seni yang indah sekali,
Sebagai lambang kasih yang abadi....






Wong Lanang,
SPM Bahasa Melayu 1A,






























Rasa nak berkarya.
Kepada kanak-kanak, please don't try this syair before you get your SPM result...

Sunday, April 10, 2011

Hikmat Ketenteraman dan Ketenangan Abadi

Aku amat berharap yang hikmat ini betu2 wujud dalam alam realiti.

First time aku tahu tentang kewujudan hikmat ini adalah melalui komik adiwira Pedang Setiawan. Hikmat ini milik si Penjejak Badai a.k.a Nie Feng a.k.a Wind. Kelebihan utama hikmat ini seperti yang dihikayatkan dalam satira Pedang Setiawan ini adalah kita takkan berasa gentar walaupun sedikit dalam hati kita waimah tatkala itu dihadapan mata kita ada gunung yang maha besar sedang runtuh dengan dahsyatnya.

Aku seorang yang agak mudah menggelabah kalau berlaku sesuatu masalah. Especially kalau berkaitan kerja. Bos aku ada memberi tips bagaimana nak menenangkan diri ketika masalah mendatang. Beliau berkata sebagai seorang muslim seeloknya kita beristighfar dan banyakkan mengingat Allah. Insya Allah masalah itu akan tenang dan senang kita hadapinya. Aku telah coba mempraktikkannya sejak dari Januari lepas dan Alhamdulillah ia seditkit sebanyak membantu.

Tapi seriously, aku memang nak sangat menuntut Hikmat Ketenteraman dan Ketenangan Abadi kalau ia benar2 wujud di dunia ini. Kalau sesiapa yang membaca komik Pedang Setiawan korang konfom tahu camne coolnya Nie Feng dalam komik tu..

















Yaahh...Hikmat Ketenteraman dan Ketenangan Abadi!

SN252 - ARAB SAUDI DAN PENGKHIANATAN KELUARGA SAUD

SN Keluaran 11 Mac 2011


  alt

ARAB SAUDI DAN PENGKHIANATAN KELUARGA SAUD

[SN252] Angin perubahan di negara-negara Arab nampaknya semakin bertiup kencang dan kini telah mula menerjah ke Arab Saudi. Walaupun ia baru menampakkan bayangnya, namun arus kebangkitan yang bermula dari Tunisia ini sudah cukup untuk menakutkan penguasa Saudi. Arab Saudi menyaksikan perhimpunan rakyat yang pertama pada hari Jumaat lepas sebagai tanda tidak puas hati terhadap pemerintahan beraja keluarga Saud yang telah mencengkam bumi kelahiran Rasulullah itu sejak tahun 1932. Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan pada hari Sabtu lalu (5/3/2011) bahawa tindakan berdemonstrasi adalah dilarang di dalam kerajaan Arab Saudi kerana ia “bertentangan dengan syariat Islam.” Kementerian menyatakan bahawa pasukan keamanan mempuyai kuasa untuk mengambil “semua langkah-langkah” untuk mencegah “usaha-usaha yang mengganggu rejim”, demikian menurut sumber berita rasmi Arab Saudi.


Jurucakap kementerian juga menegaskan dalam sebuah kenyataan bahawa “peraturan yang diguna pakai dalam negara dengan tegas melarang segala bentuk demonstrasi, masirah (long march), mogok dan juga seruan, kerana semua itu bertentangan dengan prinsip syariat Islam, nilai-nilai dan norma masyarakat Saudi.” Kenyataan  tersebut mengatakan bahawa “pasukan keamanan sebagai alat rejim mempunyai kuasa untuk mengambil segala langkah-langkah yang diperlukan terhadap setiap usaha yang menggangu gugat rejim dengan apa jua cara sekalipun dan mengambil tindakan terhadapnya.” Menurut jurucakap itu lagi, langkah-langkah ini diambil memandangkan wujudnya usaha beberapa pihak untuk menghapuskan peraturan, arahan dan prosedur yang berkaitan dengan perkara tersebut bagi mewujudkan tujuan-tujuan yang tidak sah, iaitu merujuk kepada tindakan demonstrasi yang telah diadakan sebelum ini atau yang sedang dirancang oleh para aktivis untuk diadakan di Arab Saudi [moheet.com, 6/3/2011].


Arab Saudi merupakan salah sebuah negara di dunia Islam yang sangat strategik, terutama sekali kerana di negara tersebut terdapat Baitullah di Makkah yang menjadi pusat ibadah haji kaum Muslimin di seluruh dunia. Malah sejarah dan perjalanan Islam itu sendiri sememangnya tidak boleh dipisahkan dari wilayah Hijjaz itu kerana di sanalah Rasulullah SAW dilahirkan dan di sanalah Islam bermula sehingga menjadi peradaban besar dunia. Arab Saudi juga sering menjadi rujukan dalam bidang pendidikan Islam kerana di negara tersebut terdapat beberapa pusat pendidikan ulung seperti Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah dan Ummul Qura di Makkah yang menjadi tempat belajar ramai pelajar Islam dari seluruh dunia. Dari negara ini jugalah, munculnya gerakan Wahabi yang banyak membawa pengaruh dalam dunia Islam. Lebih jauh lagi, Saudi sering dianggap sebagai representasi model negara Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Itu dari satu sisi. Namun di sisi yang lain, Saudi juga merupakan negara yang paling banyak dikritik oleh dunia Islam. Sejak dari awal pembentukannya, negara ini dianggap sebagai pemberontak terhadap Khilafah Utsmaniyah. Sejarahnya juga penuh dengan pertumpahan darah terhadap lawan-lawan politiknya. Banyak pihak menjadi saksi terhadap tindakan keras yang dilakukan oleh rejim ini terhadap pihak-pihak yang menentang kekuasaan keluarga Saud. Bukan itu sahaja, Saudi juga dikecam kerana menyediakan negaranya untuk menjadi pangkalan militer AS. Kehidupan keluarga kerajaan Saud yang penuh dengan kemewahan yang melampau juga banyak menjadi perbincangan. Secara ekonominya, Saudi juga menjadi dambaan negara-negara kuasa besar dunia disebabkan faktor kekayaan minyaknya yang luar biasa.


Memberontak Terhadap Khilafah, Bersekutu Dengan British


Secara rasmi, Arab Saudi meraikan kemerdekaannya pada tanggal 23 September setiap tahun. Pada tarikh tersebut pada tahun 1932, Abdul Aziz (yang terkenal dengan gelaran Ibnu Saud) telah mengisytiharkan berdirinya Kerajaan Saudi Arabia (al-Mamlakah al-‘Arabiyah as-Su‘udiyah), sekaligus menghapuskan nama tanah ‘Hijjaz’ yang dikenali umat Islam selama ini. Abdul Aziz pada waktu itu berhasil menyatukan daerah-daerah kekuasaannya iaitu Riyadh, Najd, Ha-a, Asir dan Hijaz. Dia juga berjaya memanfaatkan fahaman Wahabi untuk mendukung kekuatan politiknya. Sejak awal lagi, dinasti Saud secara terbuka telah mengumumkan dukungannya dan menerima pakai sepenuhnya pemikiran Wahabi yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang kemudiannya dikenali dengan gerakan Wahabi. Dukungan ini kemudian menjadi kekuatan baru bagi dinasti Saud untuk melakukan penentangan terhadap Daulah Khilafah.


Gerakan Wahabi dan penguasa Saudi muncul pertama kali pada abad ke-18 di tengah-tengah keadaan yang kurang menguntungkan bagi Khilafah Utsmaniyah, baik secara internal mahupun eksternal. Secara internal, kelemahan Khilafah mulai membesar pada abad ke-18 disebabkan oleh buruknya penerapan hukum-hakam Islam, wujudnya pemikiran-pemikiran asing (seperti nasionalisme dan demokrasi) yang berjaya mengaburkan ajaran Islam dalam benak umat Islam dan lemahnya kefahaman Islam yang sangat ketara dengan adanya vakum ijtihad [Taqiyuddin An-Nabhani, Ad-Daulah Al-Islamiyyah, hal. 177].


Secara eksternal, negara-negara Eropah seperti British, Perancis dan Itali telah dan sedang berkonspirasi untuk menghancurkan Khilafah Utsmaniyah. Negara-negara Eropah tersebut berkali-kali berkumpul dan bersidang untuk membahaskan persoalan-persoalan yang mereka sebut sebagai Masalah Timur (al-mas’alah al-syarqiyyah). Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk memecah dan membahagi-bahagikan tanah wilayah Khilafah mengikut kehendak mereka. Meskipun mereka tidak berhasil mencapai kata sepakat dalam pembahagian tanah tersebut, namun mereka sebulat suara bersetuju dalam satu perkara, iaitu Khilafah mesti dihapuskan. Demi menghancurkan Khilafah, negara-negara Eropah itu melakukan pelbagai bentuk serangan sehingga terpecah-belahlah wilayah-wilayah Khilafah. Selain Rusia yang yang telah menjajah Turkistan tahun 1884 dan berjaya memisahkannya dari wilayah Khilafah, Perancis sebelum itu telah menjajah Syam (Ghaza, Ramalah, dan Yafa) pada tahun 1799. Perancis juga telah merampas Al-Jazair (Algeria) tahun 1830, Tunisia tahun 1881 dan Marakesh (Maghribi) tahun 1912. Itali tidak ketinggalan dalam menduduki Tripoli (Libya) tahun 1911. Sementara British menguasai Mesir tahun 1882 dan Sudan tahun 1898 [Taqiyuddin An-Nabhani, Ad-Daulah Al-Islamiyyah, hal. 206-207].


Demikianlah serangan militer yang telah dilancarkan oleh Eropah untuk menghancurkan Khilafah dengan cara melakukan pemecahan wilayah-wilayahnya satu demi satu. Selain usaha langsung yang dilakukan dari luar, pelbagai cara juga telah ditempuh oleh Eropah untuk menghancurkan Khilafah dari dalam. Menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum di dalam bukunya Kaifa Hudimat al-Khilafah (Bagaimana Khilafah Dihancurkan), terdapat empat cara yang digunakan iaitu: (i) meniupkan fahaman nasionalisme (ii) mendorong gerakan pemisah/separatisme (iii) memprovokasi umat untuk memberontak terhadap Khilafah (iv) memberi dukungan senjata dan dana untuk menentang Khilafah. Keempat-empat cara inilah yang telah digunakan oleh British untuk memukul Khilafah dari dalam melalui ejennya Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud (w. 1830), yang mana si ejen ini memanfaatkan pula gerakan Wahabi untuk tujuan menghancurkan Khilafah. Seluruh usaha ini mendapat dukungan dana dan senjata dari British. Adapun dukungan gerakan Wahabi terhadap Abdul Aziz, ia sebenarnya terbentuk jauh sebelum itu iaitu sejak tahun 1744 ketika terjadinya kontrak politik antara ayah Abdul Aziz (Muhammad bin Saud) dengan pelopor gerakan Wahabi, Muhammad bin Abdul Wahhab. Kontrak politik ini berlangsung di kota Dir’iyyah, sehingga sering dikenali sebagai ‘Baiah Dir’iyyah’ [Tarikh Al-Fakhiri, tahqiq Abdullah bin Yusuf Asy-Syibl, hal. 25].


Melalui kontrak politik itu, Muhammad bin Saud mendeklarasikan dukungannya terhadap pemikiran dan gerakan Wahabi dan menerapkannya dalam wilayah-wilayah kekuasaannya. Dengan deklarasi ini, gerakan Wahabi yang sebelum ini hanya dikenali sebagai sebuah kumpulan dakwah telah berubah menjadi gerakan dakwah kekuasaan. Implikasinya, fahaman Wahabi yang sebelum ini hanya disebarkan melalui dakwah yang murni telah bertukar dengan disebarkan secara paksaan menggunakan kekerasan terhadap penganut mazhab-mazhab yang lain, terutamanya penganut mazhab Syafi’i [Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 16]. Ditambah dengan dukungan dana dan senjata dari British, penguasa Saudi dan puak Wahabi bahu-membahu memerangi dan menduduki negeri-negeri Islam yang berada dalam kekuasaan Khilafah. Dengan ungkapan yang lebih tegas, sebenarnya mereka telah memberontak terhadap Khalifah dan memerangi pasukan Amirul Mukminin dengan provokasi dan dukungan dari British [Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 13].


Penguasa Saudi dan Wahabi telah menyerang dan menduduki Kuwait pada tahun 1788, lalu menuju ke utara sehingga mengepung Baghdad, menguasai Karbala dan perkuburan Hussein (cucu Nabi SAW) di sana untuk menghancurkan kubur tersebut dan melarang orang ramai daripada menziarahinya. Pada tahun 1803, mereka menduduki Makkah dan tahun berikutnya (1804) mereka berjaya menduduki Madinah dan merobohkan kubah-kubah besar yang menaungi kubur Rasulullah SAW. Setelah menguasai Hijjaz, mereka menuju pula ke utara (Syam) dan mendekati Hims. Mereka berhasil menguasai banyak wilayah di Syria sehingga ke Halab (Aleppo) [Muwaffaq Bani Al-Marjih, Shahwah ar-Rajul Al-Maridh, hal. 285]. Menurut Zallum, serangan militer ini sebenarnya adalah tindakan imperialis British, kerana sudah diketahui umum bahawa penguasa Saudi adalah ejen British. Jadi, British telah memanfaatkan penguasa Saudi yang seterusnya memanfaatkan pula gerakan Wahabi untuk memukul Khilafah dari dalam dan mengobarkan perang saudara antara mazhab dalam tubuh Khilafah. Cumanya, seperti yang telah dijelaskan lebih awal, para pengikut gerakan Wahabi tidak begitu menyedari hakikat bahawa penguasa Saudi sebenarnya adalah ejen British. Mengapa? Ini adalah kerana menurut Zallum, hubungan yang terjadi bukanlah antara British dengan Muhammad bin Abdul Wahhab secara langsung, tetapi antara British dengan Abdul Aziz, kemudian antara British dengan anak Abdul Aziz, iaitu Saud bin Abdul Aziz [Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 14).


Persahabatan Dengan AS


Persahabatan Saudi dengan Amerika Syarikat (AS) bermula dengan penemuan telaga minyak di negara tersebut. Pada 29 Mei 1933, Standard Oil Company dari California telah diberi konsesi minyak selama 60 tahun oleh penguasa Saudi. Perusahaan ini kemudian berubah nama menjadi Arabian Oil Company pada tahun 1934. Pada mulanya, pemerintah AS tidak begitu peduli dengan Saudi. Namun, setelah melihat potensi minyak yang begitu besar di negara tersebut, AS dengan agresif berusaha untuk merangkul Saudi. Pada tahun 1944, Jabatan Luar Negeri AS menggambarkan Saudi sebagai ‘a stupendous source of strategic power and the greatest material prize in the world’s history’ (sumber yang menakjubkan dari kekuatan strategik dan hadiah material yang terbesar dalam sejarah dunia). Untuk kepentingan minyaknya, wakil khas perusahaan Aramco, James A. Moffet, menemui Presiden Roosevelt (April 1941) untuk mendorong pemerintah AS memberikan pinjaman hutang kepada Saudi. Hutang inilah yang menjerat Saudi menjadi ‘hamba’ kepada AS. Pada tahun 1946, Bank Eksport-Import AS memberikan pinjaman kepada Saudi sebanyak 10 juta dolar. Bukan itu sahaja, AS juga terlibat secara langsung dalam ‘membangunkan’ Saudi menjadi negara moden. Antaranya dengan memberikan pinjaman sebanyak 100 juta dolar untuk pembangunan landasan kereta api yang menghubungkan ibukota dengan pantai timur dan barat. Hutang yang terlalu besar ini kemudiannya semakin menjerat Saudi dengan lebih parah.


Konsesi lain yang diwujudkan melalui persahabatan Saudi-AS ini adalah penggunaan pangkalan udara selama tiga tahun oleh AS pada tahun 1943, yang sehingga kini ia terus dilanjutkan. Pangkalan Udara Dhahran merupakan pangkalan militer AS yang paling besar dan paling lengkap di Timur Tengah. Pangkalan inilah yang menjadi pangkalan strategik AS untuk menyerang negara kaum Muslimin Iraq dalam Perang Teluk II, dan ia terus beroperasi sehingga saat ini. Penguasa dari kalangan keluarga kerajaan Saudi dengan ‘sukarela’ membiarkan wilayahnya dijadikan pangkalan AS untuk membunuh sesama Muslim. Pada tahun 1947, ketika Putera Mahkota Emir Saud berkunjung ke AS, dia menerima penghargaan Legion of Merit atas khidmat jasanya kepada sekutu (AS) di sepanjang tempoh peperangan. Hingga kini, persahabatan Saudi dan AS terus berlangsung di mana Saudi senantiasa menyerahkan sepenuh taat setianya dan juga menyerahkan seluruh nyawa umat Islam kepada AS. Seluruh dunia menjadi saksi akan pengkhianatan penguasa Saudi terhadap umat Islam dan keakrabannya dengan AS yang merupakan musuh kaum Mukminin.


Salah satu kehebatan Arab Saudi selama ini adalah kejayaannya dalam menipu kaum Muslimin, dengan menonjolkan seolah-olah negaranya merupakan cerminan negara Islam yang menerapkan al-Quran dan Sunnah. Keluarga kerajaan Saud sering menampilkan diri mereka sebagai pelayan umat hanya kerana di negara mereka terdapatnya dua tanah suci, Makkah dan Madinah yang tidak putus-putus dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia. Saudi juga banyak memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan Islam dan negeri-negeri umat Islam tertentu demi menonjolkan imej baik mereka sebagai ‘pelayan umat’ dan penjaga dua tanah haram (Khadim al-Haramain). Akan tetapi, dia lupa bahawa imej baik itu sesungguhnya semakin pudar hasil persahabatannya dengan AS sehingga sanggup mengorbankan dan mengkhianati kaum Muslimin. Seluruh dunia tahu bahawa Arab Saudi adalah pendukung penuh AS baik secara politik mahupun ekonomi dalam Perang Teluk II. Saudi juga menyokong serangan AS ke atas Afghanistan dan berada di sisi AS untuk memerangi teroris. Sudah terlalu nyata bahawa Saudi sentiasa berganding tangan dengan AS dalam kempen AS memerangi pengganas (baca: umat Islam).


Selain keakrabannya dengan syaitan besar AS, Saudi juga amat terkenal kejamnya terhadap gerakan-gerakan Islam yang mengkritik kekuasaannya. Ramai ulama yang berani dan soleh yang dipenjarakan hanya kerena mengkritik keluarga kerajaan dan pengurusannya terhadap umat. Selain itu, sikap joli keluarga Saud dengan gaya hidup kapitalisme sangat menyakitkan hati umat Islam. Mereka berjoli dengan segala kemewahan yang melimpah ruah, manakala pada saat yang sama mereka membiarkan rakyat mereka, rakyat Iraq, rakyat Palestin dan lain-lain hidup menderita akibat tekanan ekonomi, penindasan dari penguasa sendiri dan juga tekanan dari AS. Kerajaan Saudi tidak akan berkompromi dengan mana-mana rakyat yang mengkritiknya, malah kewujudan parti politik juga diharamkan sama sekali sejak dari mula ia memerintah lagi. Dalam masa yang sama, atas alasan menjaga keamanan keluarga dan kerajaan, mereka menghabiskan jutaan dolar dalam melakukan kerjasama militer dengan AS dan menempatkan (ketika ini) lebih daripada 5000 anggota tentera AS di Arab Saudi.


Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya senarai pengkhianatan keluarga Saud tehadap umat Islam ini amatlah panjang yang tidak akan habis untuk diungkapkan. Begitulah kerajaan Saud...semasa mereka merampas kekuasaan dari Khilafah yang sah dahulu melalui rampasan kuasa secara kekerasan, mereka tidak pernah bertanya sama ada hal itu bertentangan dengan syariat Islam ataupun tidak (walhal hal itu jelas-jelas bertentangan dengan Islam). Lalu kini, mereka mengatakan bahawa sesiapa yang cuba untuk melakukan demonstrasi kerana ingin menggulingkan kerajaan, hal ini adalah tidak sah menurut syarak!!! Justeru, sedarlah wahai kaum Muslimin terhadap pengkhianatan dan putar belit penguasa Saudi dan juga penguasa-penguasa umat Islam yang lain. Mereka telah memerintah umat Islam dengan menggulingkan pemerintahan Khilafah yang sah dahulu, lalu mereka mengatakan bahawa rampasan kuasa, pemerintahan serta sistem kufur yang mereka terapkan selepas itu sebagai ‘sah’!!! Sedarlah wahai kaum Muslimin bahawa kita semua kini perlu dan wajib kembali kepada sistem pemerintahan yang sebenar, dan satu-satunya sistem pemerintahan Islam yang sah menurut syarak adalah sistem Khilafah. Buanglah kesemua rejim yang menindas kalian selama ini dan InsyaAllah penggantian rejim dan sistem ini (dari sistem kufur kepada sistem Islam) akan berlaku apabila kalian semua menginginkannya. Keputusan adalah di tangan kalian. Walau sehebat dan sekuat mana sekalipun rejim yang memerintah, kalian sesungguhnya berkuasa untuk merobohkannya jika kalian ingin berbuat demikian. Maka marilah kita sama-sama meruntuhkan sistem kufur ini melalui thariqah (jalan) sebagaimana Rasulullah SAW telah meruntuhkannya di Makkah dahulu, sehinggalah Daulah Islam tertegak secara sah di muka bumi ini.

















Sumber: Klik Sini

Saturday, April 9, 2011

Penciptaan Duit Kertas Moden (wang fiat) dan kaitan Fractional Reserve Banking penyebab INFLASI

Post kali ini aku nak kongsi berkenaan matapelajaran ekonomi sikit. Selain berkongsi dengan pengunjung, boleh juga aku jadikan revision utk aku pada masa-masa akan datang.



* isu semasa skang ialah INFLASI. bila inflasi berlaku kita asyik salahkan kerajaan atas kenaikan harga minyak sedangkan hakikatnya walaupun harga minyak x naik pun inflasi tetap berlaku. moga tulisan UZAR nih boleh jelaskan sedikit sebanyak membantu kita memahami penyebab sebenar. aku selitkan beberapa gambar n video untuk memudahkan pemahaman korang.






Apa itu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini dan bagaimana ia dicipta ? Siapa yang mencetaknya dan atas dasar apa?

Bukan proses pengilangannya yang dimaksudkan tetapi adalah di atas asas apa? bersandarkan kepada apa? siapa dan bagaimana nilainya terhasil jika bukan dari emas dan perak?

Penulisan ini akan cuba memberikan sedikit gambaran mudah berkenaan hal ini, diikuti dengan sedikit ulasan para ulama tentangnya. Ia adalah isu yang rumit untuk diringkas dan dipermudahkan kepada kefahaman awam, namun saya cuba setakat yang termampu. Sebarang tambahan penjelasan dari mereka yang pakar adalah dialukan.

Perlu diingat, tulisan ini ditujukan kepada merkera yng bukan specialize di bidang ini, maka saya tidak pergi kepada perincian dalam banyak perkara bagi mengelakkan kekeliruan kefahaman. Bagi mereka yang pakar juga, saya nasihatkan anda bahawa tulisan ini tidak menjanjikan sebarang ilmu baru buat anda.


APA ITU DUIT?


Ada yang menggunakan batu tertentu, kulit kerang, garam sebagai duit. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar ( emas) dan Dirham ( perak).

Secara mudahnya, semua item yang diterima umum sebagai perantara (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap sebagai duit.

Selain itu wujud juga matawang jenis lain yang dihasilkan dari tembaga, dan lain-lain barangan bernilai seperti permata dan ain-lain. Sejarah membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang. Sehingga hukum berkaitannya disebut khusus oleh Nabi s.a.w.

Dalam perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya. Perubahan paling ketara bermula pada tahun 1971. Penerangan selanjutnya berkenaan hal ini akan menyusul.

FUNGSI DUIT

Apabila melihat kepada fungsi duit, kebanyakan penulis-penulis ekonomi dan kewangan akan menggaruskan berikut :-

1) Medium of exchange

Perantara kepada urusan jual beli barang dan khidmat. Inilah fungsi duit yang pertama.

Dahulunya, orang menggunakan sistem barter (atau muqayadhah iaitu tukar barang dengan barang), Oleh sebab itu, setiap pembeli dan penjual mesti mencari orang yang boleh bertukar dengannya. Ini amat sukar.

Sebagai contoh Ahmad mempunyai sebuah kereta tetapi berkehendakkan kepada sebuah van. Ali memiliki van dan berkehendakkan kepada sebuah kereta. Bagaimana keduanya boleh bertemu jika kedua-duanya saling tidak mengenali dan berada di kawasan berbeza?.

Sememangnya amat rumit, hasil dari itu wujulah matawang atau duit. Ia akan berfungsi sebagai perantara kepada hasrat Ahmad dan kehendak Ali. Kedua-dua mereka boleh menjualkan kereta dan van masing-masing dan menerima sejumlah wang dari pembeli masing-masing di kawasan masing-masing. Seterusnya wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli kereta dan van yang masing-masing inginkan tanpa perlu bertemu.

2) Store of value

Duit juga berfungsi sebagai pemegang nilai untuk masa akan datang. Untuk itu ia sepatutnya mempunyai nilai tersendiri serta boleh dirujuk dan tidak kerap berubah. Hanya dengan itu, ia memegang nilai untuk beberapa tempoh masa dan boleh pula dirujuk.

Sebagai contoh, emas, kambing dan lain-lain lagi. Namun hari ini, wang kertas telah dibebankan dengan fungsi ini walalupun sebenarnya ia tidak layak. Akan diulas kemudian.

Sebagai contoh, katalah emas satu gram boleh ditukar dengan 20 kg beras. Dalam tempoh dua tahun, boleh dirujuk kepada nilai emas satu gram tadi, sama ada ia masih boleh membeli 20 kg beras atau mungkin lebih lagi. Justeru, harga barangan lain boleh dinilai dan disandar kepada nilai emas iaitu duit.

Dalam konteks duit kertas moden hari ini pula, wang berjumlah RM 5 pada 1 Julai 2008 boleh membeli sekilo ayam, dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang jumlah yang sama sepatutnya masih boleh membeli kuasa beli yang sama iaitu seklio ayam. Itulah fungsi duit, iaitu mampu mengekalkan nilainya bagi memberikan kuasa beli pada masa akan datang.

3) Unit of account

Ia diperlukan untuk menentukan dan mengetahui nilai sesuatu barang, agar proses pertukaran hak milik (jual beli) dapat dijalankan dengan berkesan.

Sebagai contoh, sebuah laptop, bagaimana kita ingin menyebut berkenaan nilai dan harganya jikalau terdapat pembeli?. Adakah dengan saiznya?, beratnya atau apa?. Sudah tentu kita memerlukan satu nilai kira-kira khusus yang boleh difahami oleh pembeli dan juga penjual, maka itulah fungsi duit. Bertindak sebagai unit kira-kira (unit of account), iaitu kita tahu nilai dan harga laptop tadi nya adalah RM 3500. Itulah unit of account.

Untuk memenuhi tiga tujuan dan fungsi duit di atas, ia memerlukan syarat berikut bagi menjadi duit yang berkesan :-
1. Standardizable – nilainya boleh ditentukan dengan mudah.
2. Diterima meluas – punyai nilai tersendiri atau hasil penetapan oleh undang-undang.
3. Divisible – Punyai nilai yang boleh dibahagi-bahagikan untuk proses tukaran.
4. Mobile – Mudah dibawa ke sana ke mari.
5. Stable and durable – Stabil dan tidak mudah hancur, musnah dan hilang yang diakibatkan oleh struktur bentuk sendiri, sebagai contoh tidak seperti aiskrim yang boleh cair.



BERKENAAN PENCIPTAAN WANG

Saya juga sertakan sedikit petikan berkenaan sejarah penciptaan wang ‘money creation’ agar kita dapat memahami hakikat duit kertas yang berada di dalam poket kita hari ini dan apakah pendirian Islam berkenaannya. Untuk memahami serba sedikit berkenaan duit kertas hari ini, beberapa perkara berikut mestilah difahami :-

1 ) SISTEM BRETTONS WOODS

Perbincangan berkenaan matawang kertas sukar dipisahkan dari info berkenaan sistem Bretton Woods, ia adalah satu persidangan antarabangsa selepas Peperangan Dunia Kedua, membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International Monetary Fund (IMF). [1]

Dalam perkara matawang, keputusan mereka memperkenalkan matawang kertas yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate). Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce (888.671 milligram emas), kemudian matawang dari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar.

Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar.

Persidangan Bretton Woods padatahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas. Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, ia dijangka lebih baik kerana lebih ringan, mudah untuk dibawa serta dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.


Pada tahun 1971, perjanjian tadi telah dibatalkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya.

Namun, masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system. Sistem dan istilah ini MESTI difahami bagi melengkapkan kefahaman anda berkenaan penciptaan duit.

Perlu diketahui juga, bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku, kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi.




2) FRACTIONAL RESERVE BANKING AND REQUIREMENT

Kerajaan US memberikan gambaran berikut untuk menerangkan istilah ini dan mengapa ia diperlukan:

The fact that banks are required to keep on hand only a fraction of the funds deposited with them is a function of the banking business.

Banks borrow funds from their depositors (those with savings) and in turn lend those funds to the banks’ borrowers (those in need of funds). Banks make money by charging borrowers more for a loan (a higher percentage interest rate) than is paid to depositors for use of their money.

If banks did not lend out their available funds after meeting their reserve requirements, depositors might have to pay banks to provide safekeeping services for their money. For the economy and the banking system as a whole, the practice of keeping only a fraction of deposits on hand has an important cumulative effect. Referred to as the fractional reserve system, it permits the banking system to “create” money. [2]

Justeru..

Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.

Investopedia mentakrifkannya sebagai A banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other parties. Most countries operate under this type of system. [3]

Maka kesimpulannya, sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, bakinya boleh dipinjamkan.

Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;

katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:

John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A.

Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.

Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabor secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.

Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali.

Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.

Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.

Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.

Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah ia mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi. Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.

Untuk lebih mudah faham, sila lihat video di bawah.

Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran



Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.

Sila lihat graf ini pula:-



Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.

Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia. Apa yang anda faham?

Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi.


3) DUIT KERTAS FIAT (FIAT MONEY)


Setelah faham apa itu fractional reserve banking dan requirement, adalah lebih mudah untuk kita faham bagaimana duit kertas hari ini dicipta. Semuanya bermula pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini. Ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa precious metals seperti emas dan perak. Ia bukan lagi representative money sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Ada yang berpendapat fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang begitu cepat. Lombong-lombong emas gagal menghasilkan emas yang mencukupi untuk penciptaan wang. Maka atas dasar ingin melonjakkan pertumbuhan ekonomi, pergantungan kepada emas fizikal tidak lagi berkesan. Natijahnya fiat money dicipta.

Perkataan ‘fiat’ pula berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done’. Memang benar, fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta ‘from the thin air’ atau dari angin sahaja.

Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai
“Currency that a government has declared to be legal tender, despite the fact that it has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically, most currencies were based on physical commodities such as gold or silver, but fiat money is based solely on faith.” [4]

Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini?. Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya.


4) DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA DENGAN INTEREST PENYEBAB INFLASI

Ini satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia amat berbeza dengan sistem kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan untuk menghuraikan lanjut bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang.

Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.

Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza?. Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli. Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.

Bagi mereka duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi, ia adalah ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang boleh menghasilkan duit samada dengan menyewakannya, menjual atau meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan.

Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya.

Beginilah, katalah ENCIK ROBIN satu-satunya manusia berdikari yang ingin menggunakan wang kertas fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di Bandar Gotham, iaitu bank D. (contoh ini adalah bersifat fiction tetapi ia hanya untuk memberi tambahan kefahaman bagaimana sistem bank mencipta wang kertas, riba bersamanya dan kesannya jumlah keseluruhan wang kertas dalam pasaran)

Tiada sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu. Kini En Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2000. Permohonan kepada bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari ‘thin air’ dari angin tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada En. Robin Gotham Dollar 2000 itu dengan interest sebanyak Gotham Dollar 500.

Masalahnya, dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2000 sahaja kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar Gotham. Justeru, bagaimana En Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar 500 untuk menyelesaikan interest kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2000 yang baru dicipta tadi.?

Jawapnya, Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya dengan interest. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan interest, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.

Sudah tentu sekali dan berjuta kali lagi en Robin akan di bank yang sama membuat perkara yang sama dan hutangnya juga akan selesai. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara.

Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interst, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara.

Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di matawang kertas kita dan USD hari ini.

HUKUM WANG KERTAS FIAT & PANDANGAN ULAMA

Telah dsebutkan tadi wang kertas fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tidak punyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya.

Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi dari sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya?

Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak?.

Sistem penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat TIDAK ADIL sama sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbillion ringgit Malaysia.

Tiba-tiba akibat kepercayaan antarabangsa kepada Ringgit Malaysia jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang. Jikakalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia ( moga dijauhkan Allah), dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties, SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA. Adakah sistem MATAWANG SEBEGINI baik, maju lagi hebat?

Tidak sama sekali, malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak oleh sesiapa sahaja! Inilah yang belaku kepada negara kita apabila George Soros melambakkan wang Ringgit sehingga jatuh nilainya begitu deras.

Selagi kita terus dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit kita dalam masa satu minit.!! Tidak keterlaluan jika saya katakan, sistem wang kertas fiat adalah SATU PERANGKAP yang dibuat oleh negara barat, dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang dicipta mereka.

Jikalau matawang kita berasaskan emas dan perak yang punyai nilai tersendiri dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita. Adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku?. InshaAllah tidak.

Ibn Sina pernah berkata :-

من حكمة الله في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس..فلو حصل عليهما بالصفة لبطلت حكمة الله في ذلك وكثر وجودهما حتى لا يحصل من اقتنائهما على شيءErtinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.[5]

Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. [6]

Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.

Fulus adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama. [7]

Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.[8]

Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illahathman ( store value ). [9]

Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama’aie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini.

Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau ia bagaimana?

Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-

بخصوص أحكام العملات الورقية : أنها نقود اعتبارية فيها صفة الثمنية كاملة ولها الأحكام الشرعية المقررة للذهب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم وسائر أحكامهاErtinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )

Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. [10] Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. [11]

Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :-

لو أن الناس أجازوا بينهم الجلود حتى تكون سكة وعين لكرهتها أن تباع بالذهب والورق نظرةErtinya : “Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh” [12]

Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini.

Jika kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat (yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya.

Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.

Fahamilah, fatwa mestilah bersifat praktikal atau ‘jejak di atas muka bumi dan tidak terawang di angkasa’. Memang boleh bagi para ulama untuk menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di hadapan mata di ketika ini. Kita juga mengetahui bahawa fatwa para ulama bukannya dinilai begitu berat oleh pemimpin politik negara-negara umat Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas. Justeru itu, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas fiat ini namun MESTILAH MENGIKUT DISPLIN emas dan perak.


PEMAIN FOREX TRADING MELALUI INTERNET YANG PELIK

Sebelum itu, anda boleh membaca ulasan saya berkenaan forex trading melalui pelbagai platform di internet di sini.

a) Hukum Melabur & Forex Trading
b) Isu leverage Dalam Forex Trading

Kerana itulah, ingin saya tegaskan, individu yang sibuk meraih untung melalui perniagaan matawang atau forex trading sebenarnya adalah penyumbang-penyumbang kepada inflasi dan menambah lagi masalah money supply yang telah saya sebutkan kesan akibat darinya.

Sudahlah FATWA keharusan penggunaan fiat money hanya berlandaskan ‘hajiat tunnazzal manzilat ad-dharurat’,(IAITU KEPERLUAN YANG TINGGI YANG HAMPIR TERGOLONG DALAM KATEGORI TERDESAK)

Tiba-tiba MUNCUL individu yang mendakwa diri Islam menyalahkangunakan fatwa ini untuk memuaskan ketamakan diri dengan melibatkan diri dalam forex trading melalui platform pelik-pelik di internet. Ia bukan sahaja ditegah oleh undang-undang Malaysia malah juga hukum Syara’.

Lebih bermasalah apabila kumpulan pemain ini berhujjah kononnya financial leverage yang mereka sertai adalah halal tanpa sebarang masalah. Padahal masalah HUKUM sudah muncul di awal-awal lagi, iaitu pada matawang kertas fiat yang lahir dengan cara riba, juga tidak bersandarkan kepada emas dan perak.

Inikah hasil pendapatan yang ingin dibanggakan? mengambil untung atas perbezaan nilai satu matawang fiat sebuah negara dengan matawang negara yang lain. Bertenggek atas matawang kertas fiat untuk memberi anak dan isteri makan? Fikirkan…

Keadaan ini berbeza dengan kita orang biasa yang menggunakan matawang kertas fiat ini untuk jualbeli seharian kita. Ia termasuk dalam fatwa keringanan ‘rukhsoh’ dan hajiat yang dimaksudkan oleh fatwa para ulama sedunia tadi.

Tidak saya nafikan ada ‘ustaz’ yang terlebih tegas lalu berkeras mengatakan wang kertas fiat hari ini tetap haram. Memang benar hukumnya haram dan tahniah atas ketegasan namun saya bimbang mereka terlupa di dalam poket mereka adalah wang jenis ini juga. Maka atas dasar keyakinan tegas mereka, setiap kali mereka menggunakan wang kertas fiat, setiap kali itu jugalah mereka tenggelam dalam dosa. Mereka berdosa kerana mereka seolah menolak fatwa yang memberikan keringanan menggunakannya di waktu ketiadaan wang yang memenuhi kehendak Islam.

Sabda Nabi s.a.w :
إن هذا الدين يسر، ولن يشاد الدين أحد إلا غلبهErtinya : “Agama ini adalah banyak memudahkan, dan tidaklah seorang yang terlalu berkeras (atau melampau) dalam urusan agama kecuali mereka akan tewas ( dengan kekerasan ) mereka” ( Al-Bukhari, Bab Iman )

KESIMPULAN

Fahami sekali lagi tulisan ini dan apakah alternatifnya?. Tidak lah begitu mudah untuk saya menuliskannya dalam artikel ringkas.

Malah tidak mudah juga ia dilaksanakan di zaman kuasa bukan Islam menguasai dunia, mereka menguasainya melalui sistem Kapitalisme, dipenuhi pula dengan individu kapitalis yang enggan tunduk kepada kebenaran kerana tenggelam dengan kerakusan. Sistem kapitalis hari ini sebenarnya boleh diubah suai bagi menepati Islam sebagai sistem demokrasi.

Untuk tujuan itu, ia perlu bermula dengan diri anda. ANDA PERLU MEMAHAMI BAGAIMANA WANG FIAT DICIPTA DALAM SISTEM EKONOMI BEBAS KAPITALISM, fahamikan juga kesannya kepada diri anda dan dunia.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
10 November 2008



Sumber untuk atas: Klik Sini





Made In Malaysia.....










Ate..kome perasan x cenggane susunan musiknya tu...haa...kalau kome perasan..ce citer lagu apa yang jadi inspirasinya tu....

Wednesday, April 6, 2011

praanggg...prrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnngggg

Xde benda nak taip.

So aku nak kongsi amende VTEC tu.

Ni semua aku amik dari TubeKamu(YouTube.com)




RPM 4, VTEC bukak, RPM tetiba naik mencanak2, tambah daya kilas, pecutan bertambah..






Dyno test, dengarkan ngauman enjin secara tiba2, VTEC bukaklah tu..







Ni siap berkokok lagi tayar...pickupnya..hahaha






























Last skali..mesti korang paham kan kenapa aku gilakan FN? Alangkan mat salleh tu pon menyukainya sampai begitu sekali..Ape2hal memang konpom Audi tu menang..V10 tu..kelas pon dah lain dah dgn FN..










































Kalau pakai VTEC ni kena pastikan tak kisah oil consumption...Asal tekan je konpom minyak meleleh macam ayaq...

Tuesday, April 5, 2011

Pirates of Caribbean 4: On Stranger Tides

Yes! Jack Sparrow akan datang lagi ke pawagam.

Aku memang minat giler khinzir dengan siri trilogi Pirates of Caribbean sebelum ni. Starting daripada First Episode: The Curse of The Black Pearl, diikuti dengan Second Episode: Dead Man's Chest dan Third Episode: At The World's End.

Aku memang dah nonton kesemua trilogi ni. Kalau korang nak menghayati keasyikan series ni, pastikan korang nonton daripada episod pertama kerana semuanya berkaitan.


Kekuatan utama cerita ni pada aku terletak pada karismatik Johnny Depp dalam menghidupkan watak Captain Jack Sparrow yang gila, bernasib baik, suka nyusahkan orang dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk memeriksa otak anda jika anda tidak berasa kelakar tatkala menonton aksi-aksi Captain Jack Sparrow.

Johnny Depp memang world. Lebih world daripada Trio Datuk 'T' yang menyebarkan video mesum tu. Beliau dikategorikan sebagai pelakon grade A di Hollywood. Antara filem-filem dia yang aku dah tengok dan memang sangat mengesankan adalah seperti Edward Scissorhand, Don Juan DeMarco, Sleepy Hollow, Once Upon A Time In Mexico.

Sedikit mengenai Pirates Of Caribbean 4. Dalam At the World's End, sebelum movie tersebut berakhir, Captain Barbossa (mamat ni memang seteru utama Jack Sparrow selain Davy Jones) bergelak ketawa sambil memegang peta yang menunjukkan jalan ke Fountain of Youth. Apabila dia bukak je gulungan peta tersebut, beliau menjadi sangat marah sebab Jack Sparrow dah potong tengah2 peta tu, cantik je ikut bentuk bulatan sambil selamba rock belayar sorang2 naik bot. Jadi boleh dikatakan sedikit sebanyak cerita ni akan berkisar tentang Fountain of Youth.

Sedutan trailer official Pirate of Caribbean 4: On Stranger Tides yang boleh di tonton melalui Youtube.com.


























Kalau ikut jangkaan, Pirate Of Caribbean 4 akan menyerang panggung Malaysia pertengahan tahun 2011 ni. Ghasa nak ngabihkan duit tengok wayang gambor 3D plak bila nonton citer ni..hahaha

Monday, April 4, 2011

Besday boy

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umur aku untuk aku mengecap nikmat hidup tahun yang ke rong puloh nenem semenjak pertama kali menghirup Oksigen anugerah-Nya.


Semalam aku punya ulangtahun kelahiran berdasarkan kiraan kalendar Masehi. Takdir tuhan, aku x berapa sihat semalam. Satu hari aku terbaring terlelap di atas tempat peraduan. Dah dekat seminggu demam/sakit aku x kebah2...Mungkin ini kifarah atas segala kekhilafanku sebelum ini....Ganbatteh kundasai..hidup mesti diteruskan..


Sempena besday aku yang baru lepas, aku tetiba nak jadi gediks cam orang2 lain kat luar sana tu. Aku rasa nak kongsi aku punya senaraiharapan(wishlist) aku untuk aku dapatkan. Dengan harapan manalah tau ada anak2 Tan Sri, Dato'2 yang solehah lagi cun serta kaya raya sudi nak menunaikan senaraiharapan aku ni....


Dan senaraiharapan aku adalah seperti dibawah:








..MacBook Pro...Latest Version..kalu dapat ni memang masyuk wat keje2 grafik2.













Honda Civic Type R Euro. Design yang menggiurkan + ngauman VTEC...praaannggggg.....memang leleh la wa cakap sama lu...
























Tak dapat Civic Type R Euro..dapat Civic FD2 full bodykit Mugen pon dah best...muehehehe



































































Gila punya wishlist!