Saturday, April 30, 2011

4 Sebab Utama Kenapa Kita Wajib Menggunakan Email 1Malaysia kendalian Syarikat Tricubes

  1. Kerana kita rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita kena mempunyai semangat nasionalisme dan jatidiri serta patriotik yang tinggi. Ini bertepatan dengan kempen kerajaan Malaysia untuk rakyat iaitu Belilah Barangan Buatan Malaysia. Siapa kata Barangan Buatan Malaysia tiada kualiti. Simpang malaikat 44. Derhaka kepada Ketuanan Melayu kalau kau anggap barangan Malaysia tiada kualiti! Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik yang tinggi. Contohi sikap patriotik dan nasionalisme negara Asia yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan. Persetankan ahli politik yang tidak patriotik. Lumrah ahli politik memang selalu beretorik. Cuba anda berfikir dalam Seminute.com dua, kita sebagai rakyat marhean wajib mempunyai semangat patriotik Malaysia yang tinggi. Walaupun barangan buatan Malaysia kebanyakannya bertaraf hampas, tetapi sebagai rakyat Malaysia kita harus menerimanya agar ekonomi Malaysia akan sentiasa makmur.
  2. Sebab cajnya sangat murah. Hanya 50 sen sekali penghantara. Ya..50 sen. Bayangkan situasi ini. Anda seorang Pegawai Kerajaan di daerah Sibu ditugaskan untuk menyiapkan satu kertas cadangan berkenaan projek-projek tender Kerajaan. Selaku Pegawai yang amanah dan dedikasi anda telah berjaua menyiapkan kertas cadangan itu dengan jayanya dan dikehendaki untuk menghantar kertas cadangan yang berjumlah 1000 helai ke Pejabat Kementerian di Putrajaya. Sekiranya anda hendak menghantarnya sebagai bahan bercetak, bayangkan berapa banyak kos perlu dikeluarkan untuk menghantarnya. Yelah, kalau dah 1000 helai dan tentu berat anggaran dalam 1 kg. Sekarang ni Pos Malaysia dah menaikkan harga setem dan perkhidmatan penghantaran bungkusan kerana Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional dah melupuskan kebanyakan pegangan modal dalam Pos Malaysia. Mereka kata Pos Malaysia sekarang dah takde untung juta-juta macam zaman takde Internet dulu. Sebagai sebuah parti didikan imperialis yang berkiblatkan kapitalisme dalam segala aspek pengurusan, dah tentu mereke-mereka ini nak untung maksimum je manjang. Oleh yang demikian, lebih baik mereka lupuskan pegangan dan melabur ke tempat lain yang lebih menguntungkan macam dalam syarikat arak ke..Oppsss....Baiklah, kembali kepada topik.Fikiran Seminute.com sejenak, secara kasarnya anda akan terpaksa mengeluarkan kos dalam RM 1 paling minima untuk menghantarsurat tersebut ke Putrajaya. Tetapi, dengan adanya myemail1Malaysia, anda hanya perlu compresskan segala macam kertas cadangan anda, attachkan dalam email dan terus email ke alamat email orang berkaitan di Putrajaya. Lihat, anda sudah dapat menjimatkan kos sebanyak paling kurang separuh. Ya..hanya 50 sen caj penghantaran. Ingin menggunakan perkhidmata email percuma seperti Yahoo dan Gmail? Jangan! Anda sebagai pegawai kerajaan perlu mendokong segala macam polisi kerajaan. Takkan anda hendak dianggap menderhaka kepada Ketuanan Melayu dan juga tidak bersyukur kepada Kerajaan yang membayar gaji anda setiap bulan sedangkan hakikatnya umat Islam hanya wajib bersyukur kepada Dia? Sementelah anda adalah pegawai kerajaan, eloklah tunjukkan sikap patriotik melampau. Mana tau nanti Menteri Perdana nak buat KPI syarat nak naik JUSA kena tengok berapa banyak email anda dah hantar menerusi email1Malaysia. Elok anda mula mempraktikkan seawal mungkin. Siapa yang senang? Mereka dan keluarga mereka jugak...Siapa yang susah?..Kita dan keluarga kita jugak....
  3. Sebab ketiga, dengan menggunakan perkhidmatan email 1Malaysia ini adalah secara tidak langsung dapat membantu memelihara alam sekitar. Ya, dengan hanya membayar caj 50 sekali penghantaran, anda dapat membantu mengurangkan pelepasan gas-gas karbon monoksida, karbon dioksida tetapi tidak termasuk pelepasan karbon fiber. Ambil contoh seperti no 2 diatas. Dari Sibu ke Putrajaya. Sudah tentu begitu banyak pengangkutan bermotor dan berkipas perlu terlibat. Daripada pejabat pos ke pusat penghantaran, dah berapa banyak asap-asap beracun dilepaskan oleh motosikal-motosikal EX5 abang-abang posmen. Itu belum kira pelepasan asap daripada ekzos van, serombong kapal serta ekzos kapal terbang yang digunakan dalam usaha memastikan surat-surat anda dapat menyeberangi Laut China Selatan dan selamat sampai ke destinasi. Maklum mengetahui pelepasan gas-gas daripada kenderaan menjadi penyumbang terbesar fenomena Rumah Hijau. Maaf, bukan niat untuk menderhaka tetapi aku terpaksa menggunakan istilah rumah hijau kerana istilah rumah biru tiada dalam kamus alam sekitar. Aku harap agar penyokong-penyokong rumah biru dapat bersabar semasa anda membaca perkataan hijau. Jangan bimbang, perkataan rumah hijau tidak diiringi dengan bulatan putih. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita kena meneruskan usaha menyelamatkan bumi. Apekejadahnya kalau anda menyambut seruan Earth Hour dengan mematikan lampu selama sejam walaupun ketika itu mertua anda bertandang ke rumah dan anda kena memasak untuk mereka. Ya, anda tahu yang anda kemungkinan akan menjadikan masakan anda tidak sedap jika memasak dalam gelap dan boleh menyebabkan muncung mak mertua anda sejauh dan setinggi Menara Warisan yang khabarnya akan dibina setinggi 100 tingkat, tetapi kerana ingin menyertai komuniti dunia dalam menjayakan earth hour dan ingin kelihatan prihatin serta urban di mata jiran sebelah, anda rela memasak dalam gelap atas nama kempen earth hour. Percayalah, inisiatif anda menjayakan earth hour hanyalah sia-sia jika anda mengorbankan 50 sen dengan menghantar email menggunakana myemail1Malaysia dan terus menjadi penyumbang pencemaran alam sekitar kerana abang-abang posmen perlu menghantar surat anda melalui cara konvensional. Menggunakan email percuma Yahoo dan Gmail? jangan...anda tentu tak mahu menjadi seperti orang yang menggigit tangan orang yang memberi anda makan kan? Ala..macam kempen dalam kain rentang di Putrajaya yang berbunyi "Don't bite the hands that feed you"..lebih kurang macam tulah bunyi bannernya. 
  4. Tahukah anda Tricubes adalah syarikat milik bumiputra melayu. Di Malaysia, secara amnya Melayu itu adalah automatik Islam. Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu menyokong dan menggunakan apa sahaja yang dikeluarkan oleh orang Islam. Kita harus berbangga kerana Malaysia, salah sebuah negara Islam moden mampu menghasilkan produk sendiri bertaraf dunia. Walaupun dengan menggunakannya kita perlu berkorban, tetapi itu tidak mengapa kerana kita sebenarnya membantu umat Islam dalam bidang ekonomi. Jihad ekonomi namanya. Mengapa perlu berkorban sedikit wang jika sudah ada alternatif yang lebih menguntungkan dan percuma seperti Gmail dan Yahoo. Hisshhh..simpang malaikat 44, pantang anak cucu Hang Tuah menderhaka...Kita tidak pasti pemilik utama Yahoo dan Gmail itu.Cuba anda renungkan barang Seminute.com dua, mana tahu mereka itu terdiri daripada golongan Yahudi dan Nasrani. Lebih dahsyat lagi kalau pemilik mereka itu anggota Freemason. Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada keuntungan mereka. Lebih baik kita membantu Syarikat Tricubes. Kita sudah pasti yang mereka itu Islam kerana nama-nama mereka itupun dah mencerminkan keislamannya. Buang jauh-jauh paradigma dan stigm-stigma meragui amalan keislaman mereka. Yang penting mereka itu Islam dan sebagai umat Islam yang majoritinya menduduki Malaysia, kita wajib menggunakan email 1malaysia!





Diharap anda sekalian telah mendapat pencerahan atas penerangan-penerangan diatas dan janganlah lagi meragui usaha kerajaan dalam menjayakan projek email 1Malaysia...





seperti kata Menteri Pedana bukan Menteri Exora..."Saaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttuuuuuuuuuuuuuu...Malaysia!"












































###Khatimah posting untuk bulan April###

2 comments:

  1. haha. tak abis2 promote seminute.com.

    ReplyDelete
  2. biasalah beb..cari makan...hahaha....japgi aku nak buat email 1minute jugaklah..nak lawan email 1malaysia..hahahaha

    ReplyDelete