Monday, December 6, 2010

Kenapa Aku Tak Suka MLM?

Kenapa aku x suka MLM? Kenapa pulak aku x boleh x suka MLM?

Seiring dengan peningkatan umur, seiring dengan kemajuan teknologi informasi, seiring dengan kesedaran Islamik yang sangat susah untuk aku tambah dalam diri aku ini, aku mendapati bahawa MLM ini adalah suatu cabang bisnes yang jahanam.

Sejak dari zaman makan ais krim coklat kadang-kadang terjatuh atas baju sekolah rendah dan menjadi comot sampai mak aku kadang-kadang marah sebab beliau x suka tengok anak-anaknya comot sampailah ke zaman pandai menghabiskan masa lepak-lepak di kedai mamak berjam-jam sehingga embun jantan mula membasahi ubun-ubun, terlalu banyak produk MLM yang sebenarnya telah muncul di 1Malaysia ini.

Sebut sahaja model-model bisnes seperti Hai-o, DCL, CNI, Vemma, Amway, Luxor, gelang ajaib Ac Mizal dan bermacam-macam lagi wadah perjuangan membebaskan bangsa melayu dan muslim daripada belenggu kemiskinan dan kesesakan di hujung bulan, ini semua adalah model-model yang bermazhabkan MLM yang diasaskan oleh As-Syeikh Al-Jahanam Ponzi.

Tidak dinafikan, terdapat ramai bangsa Melayu yang telah berjaya merubah kehidupan dengan menceburi bidang jualan bertingkat2 (multi level marketing). Daripada menunggang motosikal Honda EX5 generasi pertama yang sudah cabuk dan keras kusyennya sehingga terasa peritnya tulang punggung menanggung hentakan ketika melanggar bonggol (sekadar mengambil contoh model EX5, kepada pemilik2 EX5 jangan risau, aku x melabelkan anda sebagai pejuang MLM seluruhnya), kini mampu membeli Mercedes Benz mata belalang yang anggun lagi eksklusif dan pastinya punggung tidak lagi sakit apabila melalui bonggol (terima kasih kepada para jurutera yang telah pecah kepala dan mencari rezeki bersungguh-sungguh merekabentuk suspensi dan juga kontur kusyen yang mematuhi ciri-ciri ergonamik yang tinggi). Daripada hanya mampu menyewa rumah pangsa kos rendah di tingkat 15 yang kadang-kala lifnya beroperasi dan mengakibat kelelahan yang kronik dan juga kesakitan di sendi kerana terpaksa mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke puncak, kini sudah mampu memiliki bukan hanya satu, tapi mungkin beberapa rumah berstatus 'suite' di kawasan-kawasan hartanah berstatus elit seperti Bangsar, Damansara dan banyak lagi yang sudah pastinya mempunyai lebih daripada sebuah lif yang jarang sekali rosak, siap berhawa dingin lagi. Ini antara bukti yang menunjukkan bangsa Melayu juga mampu berjaya dalam model perniagaan ini!

Benar, dalam Islam sendiri menegaskan 9/10 punca rezeki itu sendiri daripada perniagaan. The Great Muhammad SAW sendiri dulu berniaga. Pepatah Arab juga ada menyebut ' Man Jadda Wa Jaddin'. Maksud dia korang cari sendiri. Saja aku x nak bagi maksud die dalam bahasa UMNO. Ops silap, maksud aku bahasa Melayu sebab antara hobi aku adalah menyusahkan orang lain..hahaha. Bersandarkan kepada contoh perenggan di atas, benarlah mereka2 ini telah mendapat hasil daripada perniagaan dan usaha keras mereka. Alhamdulillah atas segala rezeki yang dikurniakan-Nya. TETAPI, pernahkah mereka terfikir tahap kehalalan perniagaan mereka itu?

Berbalik kepada tajuk utama, kenapa aku x suka MLM?

Pertama, pada pendapat aku pejuang-pejuang wadah MLM ini begitu menuysahkan, menyampah, sampah masyarakat, rasa nak bagi makan Selipar Crocs cetak rompak aku yang berharga RM30.00 selepas sesi tawar-menawar gagal dengan mamat penjual itu. Mengikut pengalaman aku, pejuang-pejuang wadah MLM ini akan sedaya upaya meracun, mendorong, memotivasikan diri ini agar menyertai mereka. Aku akui, kebanyakan pejuang-pejuang wadah MLM ini mempunyai semangat daya juang yang tinggi, mungkin mereka begitu terkesan dengan bait-bait lirik lagu Semangat Perjuangan Harmoni dendangan kumpulan rock XPDC. Mereka ini sanggup bertandang ke rumah walaupon semasa Hari Raya nak nampak kain sampin/ tudung Wardina mereka di rumah kita amat susah. Kerana apa mereka sanggup bertandang? Kerana mereka telahpon diresapi dengan semangat perjuangan yang meluap-luap untuk mencari ahli Barisan Bawahan atau nama komersial lagi elegennya 'Downline'. Mereka ini amat memerlukan para Downline kerana mereka telah terpengaruh dengan gaya hidup serta kemewahan para Stokis Daerah (ini adalah modal2 promosi oleh para orang barisan atasan ataupon Upline yang masih belom mampu menayang Mercedes Mata Belalang yang menaja mereka). Ya, prinsip MLM adalah kalau kau x cari downline jangan harap ko nak jadi kaya macam Stokis Daerah ko! Selain itu, mereka ini pantang jumpa dengan kita di mana-mana. Kadang-kadang masa menjamah makan tengahari berlaukkan ayam goreng berempah pon, mereka akan mempromosikan produk mereka. lagi2 kalau ada produk baru. Dikhabarkan produk baru ini lebih berkualiti serta mampu meningkatkan metabolisma, antibodi, stamina, minda serta meningkatkan prestasi di atas dan juga di bawah ranjang. Aku memang pantang kalau orang kacau masa aku makan. Ikutkan hati nak je aku pinjam tauke kedai tu penguli tepung untuk aku hentak2 kepala mamat x paham bahasa ini. Namun disebabkan telah terpengaruh dan terkesan dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan juga lagu tema kempen itu dendangan isteri Dato' K, aku pendamkan niat itu sambil buat-buat x endah. Ini adalah sebab pertama, mereka ini sungguh Annoying!

Kedua, mereka ini kalau berkata-kata memang hebat dan sungguh lancau (ini adalah sebutan yang seiring dengan pronanisasi orang Melaka bagi perkataan lancar. Kalau ular dorang sebut ulau jadi kemungkinan besar lancar mereka akan menyebut lancau...ekeke..gurau je orang Melaka.). Ayat-ayat klise " ko x teringin ke nak dapat duit sambil goyang kaki? bukan setakat goyang kaki, bahkan masa korek telinga pon duit akan masuk jugak", "ko tengok kereta buruk aku tu, sikit masa lagi nak tukar jadi Mercedes Mata Belalang tu. Aku bukan apa, aku x nak senang sorang2. aku nak ajak member baik aku untuk senang sama2" dan bermacam-macam lagi akan didendangkan semasa proses mentarbiah kita agar menyertai wadah perjuangan mereka. Aku x kisah kalau dorang nak mengarang ayat-ayat perjuangan tapi apa yang buat aku bengang, sama bengang masa tengok Liga Perdana Inggeris match Manchester United tapi kalah, bila mula provok sebab x nak join mereka2 ini. Bengang beb. Ayat2 menghanjing kadangkala lebih dahsyat daripada tahap kenajisan anjing itu sendiri yang telah terang2 najis mughalazhoh. Sukati akulah nak join ke xnak. Duit aku, aku punya sukalah. Taulah desperate nak carik downline sebab dah 18 bulan 3 minggu 4 hari joint x dapat2 pulangan seperti yang dijanjikan skim MLM ini. Maaf teremosi. Aku memang macamni. Mudah emosi. Maklumlah orang kata dalam hati ada taman....hahaha

Sebab ketiga, mereka2 ini kalau dah berjaya die punya tahap bongkak, sombong, ujub, takbur mengalahkan ketinggian bangunan Menara Warisan yang bakal dibina oleh kerajaan 1Malaysia. Aku pernah terbaca dalam satu luahan hati seorang marhein dalam surat khabar, beliau ini pernah menghadiri satu seminar anjuran peserta MLM yang boleh dikatakan berjaya setaraf2 dengan stokis Negeri. Dalam seminar itu si pemberi ceramah ini telah menuturkan ayat lebih kurang macamni..."saya sekolah dulu x tinggi tuan2 dan puan2. Tapi tengok sekarang saya telah berjaya. Apa guna belajar tinggi2 sampai universiti, tapi tiap-tiap bulan sengkek..." Ini adalah contoh mamat yang celaka. Kau x sedar ke ko dapat pakai kereta Mercedes Mata Belalang tu atas usaha siapa? Atas usaha para jurutera, designer yang belajar tinggi2 untuk menghasilkan kereta yang berkualiti. Nak harapkan ko? Huh! Cis. Teremosi lagi. Apa banyak sangat ke taman dalam hati aku ni? Konpius btollah...hahaha..Ni sebab ketiga kenapa aku benci MLM, orang dia berlagak nak mampos!

Sebab keempat, meluat aku tengok gambar kipas2 duit sambil tunjuk muka 'stim', kononnya anda memang dah berjaya. Hallooo....Lim Goh Tong yang kaya raya tu pon x pernah tangkap gambar sambil kipas2 duit. Ni sebab keempat, pejuang-pejuang wadah MLM ini sangat tinggi tahap 'mencapub'nya atau dalam bahasa Melayu penuhnya mencari publisiti. Adakah ini juga merupakan antara taktik pemasaran sebab anda tidak berjaya meracun ramai orang untuk menjadi downline anda?

Sebab kelima, para pejuang MLM ini sebenarnya boleh tahan gak kalau bab2 kencing orang ni. Kencing orang disini bukanlah suatu perbuatan membuang air kecil secara terus ke atas orang-orang lain tapi hanyalah sekadar literasi kepada perbuatan menipu orang. Pejuang2 MLM ini kebiasaannya modus operandinya akan membawa carta-carta yang bercorak-corak dan berwarna warni yang kebanyakannya akan membentuk suatu geometri iaitu segitiga. Akan dicanangkan seandainya kita duduk tempat ini, dan kita cari orang lain duduk bawah kita, dan orang bawah kita cari orang lain untuk duduk bawah dia dan seterusnya sampai infiniti, kita cuma tunggu duit sahaja. Ko bayangkan kalau satu kepala ko dapat komisen RM 100, kalau infiniti kepala berapa banyak pulak komisen ko dapat? Bayangkan Mercedes Mata Belalang...bayangkan...............Wak LU!!! Mana boleh infiniti nak cari orang bawahan? Kalau satu dunia dah join skim ni dan orang dah abis, lepas tu aku plak duduk dekat line paling bawah, camne aku nak cari orang bawahan? camne aku nak dapat komisen infiriti nak beli mercedes mata belalang? camne? Wak Lu!! x kan aku nak kena berkomunikasi dengan makhluk planet zargus (tu pon kalau wujud) untuk ajak dorang join skim ni? Wak LU betollah! Kencing kuatlah lu ni mat!
Cilake...teremosi lagi plak aku..ni dah kronik ni...kena jumpa doktor untuk konfomkan berapa banyak taman dalam hati aku ni....asik emosi je...hahahaha

Aku cuma dapat lima sebab je untuk kali ini untuk topik Kenapa Aku Tak Suka MLM. Sebab yang lain mungkin akan datang bergantung kepada tahap kekronikan annoying level yang bakal aku terima nanti. Di harap agar para pejuang2 MLM x cari aku lepas ni. Tak larat aku nak beli selipar Crocs cetak rompak banyak2!

No comments:

Post a Comment