Monday, February 4, 2013

Cerita kedai kopi.


  1. Beberapa hari yang lepas, aku pegi mengeteh di salah satu lokasi fevret aku. Sebelum balik dan semasa membayau, aku telah membeli rokok sekotak. Tetapi bila aku dah nak sampai rumah, baru aku sedar, rokok yang sudah dibayor tertinggal di kedai mamak itu. Pelagi menyumpahlah aku kerna telah kerugian hampir seploh ringgit dek kerna kelemahan memori bahana terlalu banyak menonton video klip K-pop gadis2 korea yang pakai skirt yang amatlah pendek hingga menampakkan peha mereka yang putih melepak (yang pastinya video klip kpop tidak Sharia Compliant ye). Maka aku pon singgahlah dekat salah satu kedai runcit berdekatan rumah aku untuk membeli sekotak lagi rokok sebagai bekalan untuk pergi kerja keesokan. Nak dijadikan cerita, hari ni aku kembali ke kedai mamak tu untuk mengeteh. Semasa aku nak membayornya, aku pon cakap dengan anney tu mintak sekotak rokok. Dengan tidak semena-mena, anney tu pon berkata kembali kepada aku " Abang, itu hari malam abang ada beli rokok tapi ada tinggal atas ini balang gula-gula juga. Abang ada ingat ka?" aku terkejut dengan kekata anney itu. Memang benar namun aku tidaklah berharap dapat balik rokok tu sebab aku dah consider burn dah rokok tu sebab aku lupe. Setelah berbasa basi lebih kurang, maka anney itupun refuse menerima bayaran untuk rokok itu, katanya sebagai ganti rokok yang aku tertinggal ari tu. Gua rasa terharu sebab masih ada lagi peniaga yang jujur.
  2. Beberapa hari yang lepas (lagi), aku dan member aku melepak di sebuah kedai arab. Cita-citanya nak pekena nasi Mandy dan menghisap shisha secara berjemaah. Sampai di kedai arab tu, aku pon mengorder. Memandangkan member aku nak belanja minum Barbican, maka aku pun melihatlah menunya. Barbican ni minuman berkarbonat diimport dari Iran (kalau x silap) yang mempunyai beberapa perisa. Setelah melihat menu, aku pon cakap dengan arab (bangla kut ..nampak gayanya macam lebih iras ke bangla..haha) yang nak amik order. Aku cakap dengan die nak Barbican perasa Malt (perisa gandum lettew kut)..mamat amik order tu macam x percaya dengan apa yang aku order. Dengan muka terpinga-pinga dan sangsi serta diiringi dengan perasaan curiga, die bertanya lebih kurang "You can drink this boss?". Lalu aku pon berasa pelik pehal plak aku xbleh minum Barbican. Macamlah aku xpernah minum Barbican sebelum ni. tapi bukan perasa malt lah...aku cakap "Yolo". Lepas dapat minuman dan makanan serta shisha, maka kami pon menjamu selera sambil ditemani asap-asap shisha yang berbau wangi tu. Pastuh member aku nak rasa air Barbican aku sebab die pon pelik tgk bangla tu skeptikal je masa aku order Barbican perasa Malt tu. Pas die meminum ayer aku die pon berkata "Patutlah..."..aku yang sedang menghembuskan asap shisha yang berkepul-kepul tu tergezut lagi sekali.."Aik?..awatnya patutlah?" tuntas aku bertanya beliau. " Rasanya lebih kurang macam arak. Bangla tu takut ko xminum..."..."Arak?.." tanyaku kembali sambil membulatkan anak mata. " Ha'ah..lebih kurang macam rasa beer"...lor..camtu ke rasa beer tu...xlah sedap mana pon..aku pon x paham kenapa ramai yang leh tonggang beer tu....mesti mamat tu igt aku golongan2 alim sebab berjambang macam Osama laden bagai, tu yang beliau begitu skeptikal masa aku order mende tu..
  3. Minggu ni last bos aku mintak appraisal bebudak aku. Bawah aku ada 6 orang subordinate. Walaupon sebelum ni aku pernah ada orang bawahan dan pernah buat appraisal dorang, tapi yelah, ni kan kompeni baru, maka lainlah caranya. aku pon xberapa paham sangat sistem penilaian kompeni baru aku ni. Bos aku soh aku buat je dulu, esok pagi senin jumpe die bincang balik. Bos aku siap soh aku set KPI untuk 2013 bebudak aku ni lagi. Terdetik juga dalam hati, aik biasanya yang set2 KPI ni kerja2 orang atasan, aku ni masih tahap2 kuli batak lagi. Ah..layankan jelah. KPI aku sendiri pon aku blom isi lagi. Ingat nak isi kat umah, tetiba portal xbleh bukak plak. VPN buat hal. Dem. Kena isi esok lah ni jawapnya. Aku x expect apa2pon appraisal aku kali ini. Aku tau aku x perform mana pon kali ini. Ini semua sebab aku tidak sihat punya pasal beberapa bulan itu hari. Berserah pada takdir dan rezki jelah..kalau rasa kenot go lompat kapal lagilah jawapnya...hahahah

No comments:

Post a Comment