Wednesday, October 9, 2013

Ceng ceng ceng ktang ktang...serrrrrr.....




  1. Sebenarnya salah satu minat saya adalah memasak.
  2. Tetapi kerana kemalasan saya menghampiri infiniti, acapkali saya lebih rela pandu kereta menuju ke kedai mamak , melayu yang berhampiran kalau saya duduk berkeseorangan di rumah pabila lapar.
  3. Memasak sebenarnya adalah satu seni.
  4. Seni kulinari.
  5. Seni memasak ni pula ada dua bahagian. Satu seni mengtransformkan apekejadah yang di campak kedalam kuali kepada sesuatu yang bisa merangsang tunas-tunas rasa di lidah menjadi asyik. Satu lagi seni adalah seni menghias makanan.
  6. Saya tidak berbakat dalam seni menghias makanan. Kerana pada saya apalah ertinya kecantikan suatu makanan itu pabila darjat sebenarnya hanya boleh dihakimi oleh tunas-tunas rasa yang jujur.
  7. Mungkin suatu hari nanti kalau saya nak bukak kedai makan sendiri saya akan memaksa diri mempelajari seni menghias makanan.
  8. Pabila memasak, saya lebih suka spontaniti. Tidak terlalu terikat dengan senggat-senggat sekatan. Ini bukan macam nak memeriksa kelegaan antara bearing dan shaft. Kena pakai tolok skru mikrometer bagai nak memastikan dalam lingkungan 10 mikron. Dalam memasak, pada saya yang paling penting adalah kelarasan pancaindera. Tunas rasa, deria hidu, ketajaman penglihatan perlulah bergerak seirama. Sebagai contoh, jika kita ingin memasak sambal nasi lemak, tunas rasa perlu peka untuk memastikan cili cukup masak, lobang hidung juga boleh mengenalpasti aroma yang terbit daripada cili yang dah masak atau belom serta dari sudut visualiti, kesan biasan cahaya yang terjadi pada permukaan sambal yang menggelegak sudah hampir masak atau belum. Awas, kegagalan memastikan sambal nasi lemak cukup masak boleh menyebabkan berak-berak.....Berak-berak kerana memakan sambal cili yang masih mentah lebih azab daripada berak-berak kerana memakan sambal cili yang pedas...hahaha
  9. Memasak memberi kegembiraan kepada diri saya. Bunyi seretan sudip dan permukaan kuali yang menerbitkan bunyi ceng ceng ceng seakan irama musik Kitaro pada telinga saya. Bunyi ktang ktang mengetuk sudip untuk menjatuhkan makanan yang terlekat pada sudip bagaikan, bagaikan....err..tak tau nak memetaforakan apa..
  10. Kebanyakan kemahiran memasak saya pelajari dengan menebeng + menyibuk masa arwah emak saya memasak sewaktu saya remang-remang remaja dahulu. Mungkin pada masa itu kandungan DHA, acid folate dalam darah saya sangat tinggi sehingga membolehkan sel-sel otak saya berkembang dengan cerdas untuk menyerap segala yang dipelajari melalui visualisasi..
  11. Kegagalan dalam memasak? Banyak kut..tapi paling saya xboleh lupa percubaan pertama memasak nasi goreng sendiri semasa lepas-lepas SPM. Oleh kerana kekurangan pengalaman, saya telah menghasilkan nasi goreng yang tawar hebeh...abih kena perli dengan bapak saya..hahaha...akhirnya nasi goreng tersebut menjadi baja kompos di belakang rumah ....selepas itu saya mula membaiki kesilapan dan sekarang alhamdulillah....nasi goreng saya boleh dimakan..hahaha...
  12. Setakat ini saya lebih banyak memasak masakan jawa-jawa...menyimpan azam untuk cuba membuat juadah-juadah mediteranian, eropah mahupun juadah-juadah luar yang macam dalam tv, tapi bila mengenangkan renyah nak menyediakan bahan-bahannya, terus saya lebih suka ke Manhattan Fish Market, Secret Recipe, Nandos mahupun Restoran Nasi Arab yang bersepah-sepah kat Selangor ni..saya hanya suka memasak, tidak suka menyediakan bahan-bahan, serta membasuh kuali..hahaha
  13. Saya juga cukup teruja apabila menonton filem-filem yang temanya memasak. Seperti filem Love's Kitchen lakonan Claire Forlani, filem Hindi Cheeni Kum lakonan Amitabh Bachchan dan cerita-cerita lain yang saya x ingat tajuknya. Saya rasa menjadi seorang Chef itu bergaya dan ada auranya yang tersendiri...bila menonton-nonton cerita sebegini, seakan memberi inspirasi pada diri untuk membuka sebuah restoran sendiri...namun setakat ini insipirasi itu masih kekal sebagai mimpi, yang masih x tahu bila nak diterjemah menjadi realiti, diri ini sendiri pun x pasti...
  14. Mungkin satu hari nanti kalau saya dah bosan jadi pomen, saya akan cuba membuka restoran sendiri, bertemakan Victorian hiasan seni dalamannya.
  15. Mari layan video klip zizang ni....

No comments:

Post a Comment