Thursday, July 21, 2011

For The Rest Of My Life

  1. For the rest of my life. Satu patah ayat yang mungkin biasa-biasa bagi sesiapa. Namun bisa juga ditafsirkan mengikut pemahaman sendiri. Terpulang.
  2. Umumnya, maksud bait ayat di atas jika diterjemahkan secara terus tanpa menilai sudut literasi adalah 'untuk seluruh hayatku'. Err..kalau mahukan yang lebih melankolik boleh ditafsirkan jua 'selagi hayat dikandung badan'.
  3. Ah..sentimental, melankolik dan rusty jiwang jugak tafsiran yang bisa dirungkaikan daripada bait ayat yang mudah itu ya...
  4. Apekejadah dua tiga menjak melankolik betol posting2 aku ni? Cer citer..cer citer....
  5. Sesiapa yang rapat dengan aku mesti tahu aku ni seorang kaki minum. Ok. Sila jangan terjemahkan secara direct ye maksud kaki minum itu. Mengikut terjemahan literasi kaki minum di sini adalah kaki ngeteh @ dalam bahasa Jawa Jerman Versi 2.0, kaki medang......
  6. Alkisah tersebutlah kisah di suatu petang, sedang elok aku menghabiskan masa menghirup minumanku di salah sebuah kedai mamak yang tersohor di suatu tempat yang di gelar Banting zaman berzaman oleh orang setempat mahupun orang dagang, adalah satu couple yang duduk selang beberapa meja di hadapanku.
  7. Aku suka tengok couple ni. Ape yang aku suka? Aku suka dengan ekspresi yang mereka sajikan depanku ini. Bagaimana kemesraan yang di pamerkan. Mereka saling berbual dan kekadang bergurau senda. Kekadang si arjuna seakan menyatakan sesuatu kepada dewi sukmanya akan sesuatu yang menarik perhatian menerusi keadaan sekeliling, dan dewi sukmanya tekun meladeni setiap bait kata yang dituturkan. Bagaimana mereka meluahkan perasaan masing-masing menerusi sentuhan yang berterusan. Walaupun keadaan sekeliling agak ramai dengan pelanggan, namun mereka berdua tidak ralat untuk mempamerkan kemesraan. Ape orang London kata, Love is in the air?..
  8. Apa yang menariknya, couple yang aku maksudkan di sini adalah berbangsa Cina, umur dalam lingkungan 60-an. Respect. Walaupon dalam lingkungan umur sebegitu, namun passion of love mereka masih lagi menebal. Lagak dan gaya mereka seperti pasangan-pasangan rumaja yang baru nak up dan berjinak-jinak dalam dunia perkapelan.
  9. Sejujurnya aku tidak pernah nampak lagi pasangan Melayu yang sama kondisi dengan pasangan cina di atas. Maksud aku menunjukkan kemesraan sperti itu di kedai mamak. Apa yang biasa aku tengok, pasangan Melayu yang seangkatan dengan apek dan nyonya tersebut datang berdua ke kedai mamak hanya untuk makan dan minum sahaja. Ternampak jurang kemesraan sesama pasangan itu sendiri. 
  10. Apakah mungkin kerana tabu yang telah menjadi doktrin dan hegemoni dalam minda masyarakat melayu, semakin lahanjut usia semakin kurang kemesraan perlu ditunjukkan, diekspressikan sesama pasangan yang dinikahi? Tajuk ini patut diketengahkan untuk dijadikan kajian ilmiah oleh para cendiakawan di menara gading yang bersepah di malaysia ini. Ataupun boleh dikupas dalam rancangan-rancangan bual bicara yang juga bersepah-sepah di dalam telivisyen seperti rancangan Manisnya Kurma Ini...eh silap...Semanis Kurma...
  11. "Abang ni dah buang tebiat ke umur senja-senja ni nak bermanja-manja secara umum ni?" mungkin ini antara ayat-ayat yang bisa membuatkan kemesraan pasangan Melayu melayu bak teratai layu di tasik madu. Mungkin....
  12. Jadi. Mengapa perlu malu dan segan? Sedangkan pada umur sebegitu sudahlah pasti pasangan2 ini telah menikah. Sudah halal digauli walaupun tiada sijil halal Jakim. Adakah pengekspressian ini terhad hanya ketika umur-umur masih nak masuk waktu zohor? Adakah?
  13. Teringat lirik lagu Senario:" Sebelum Berkeluarga, Jalan-Jalan berpimpin tangan pegang bahu x mahu lepas. Sesudah anak tiga, dah mula rasa nak pimpin tangan isteri pon dah naik malas,Suami sebatu didepan isteri di belakang...."
  14. Kesimpulannya, renung-renungkan dan selamat beramal~~~~


































Ahh...Manisnya Kurma Ini....Baik Punya~~~~..LULZ

No comments:

Post a Comment