Tuesday, July 26, 2011

Places I Wanna Go....

Aku harap aku sempat menjejakkan kaki ke tempat2 ini sebelum aku menutup mata...cewah~~~ Ini adalah beberapa tempat yang sentiasa terpahat dalam palaotak aku dan aku berazam nak jejak kakiku ke situ..





  1. Tanah Haram dan Madinah. Aku betul2 jeles dgn memember yang dah pernah merasa jejak kaki kat 2 tempat ni. Tambah lagi dengan cerita sepupu aku keseronokan berpuasa di Tanah Haram. Aku dapat merasakan betapa syahdunya menyambut 10 malam terakhir di Tanah Haram ini. Harap aku dapat kumpul duit nak berumrah dululah. Aritu ada gak usya2 harga2 pakej...paling mahal semasa 10 malam terakhir Ramdhan...8k++ rasanya yang paling murah aku jumpa.
  2. Jordan. Kejadah apa aku nak gi Jordan? Ntah. Terpengaruh dengan cerita Ustaz Hasrizal kut dalam Travelognya "Rindu Bau Pohon Tin". Sementelah sejak aku tingkatan 2, aku telah didedahkan dengan gaya hidup di Jordan menerusi cerita-cerita daripada Arwah Ustazku...Beliau merupakan pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di Jordan.
  3. Turki. Aku rasa Turki memang lawa. Terpengaruh dengan gegambor 
  4. Korea Selatan. Lebih spesifik Pulau Jeju. "Dah Makan Sayor?"..kih kih kih
  5. New Zealand. Kenapa New Zealand? Kalau korang pernah nonton trilogi LOTR korang mesti dapat agak kenapa aku nak melawat ke New Zealand...
  6. England. Tempat pertama aku tuju kalau ada rezeki mestilah Old Trafford. Tangkap gambor dengan background "Theater of Dream" then upload kat FB, konfom ex-housemate aku butthurt gegila..hahaha 
  7. Ireland. Aku pon x pasti dari mana aku mendapat inspirasi nak melancong ke Ireland. Mungkin daripada catatan Ustaz Hasrizal dalam bukunya yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya"...


Seblom grad dulu aku ada buat perjanjian berdarah macam kongsi gelap dgn member aku, 2 tahun pertama kerja jgn amik cuti byk2, simpan, then lepas tahun ketiga amik cuti panjang gi travel ke Korea Selatan atau Old Trafford. Jadahnya nak tertunai, memasing sibuk je manjang sekarang.




Aku juga ada berangan2 nak mengelilingi Europe sambil bawak backpack je and guna public transport. Mesti syok kan?


















































Berangan memang indah..kih kih kih...

No comments:

Post a Comment