Thursday, July 14, 2011

'Mellow' Ais Sattuuu....

  1. Saya telah ditag.
  2. Ditag oleh siapa?
  3. Siapa lagi kalau bukan kroni utama blogger list saya iaitu Puan Idealist Yang Masih Lagi Hilang Arah Entah Bile Nak Jumpa Arah Tetapi Masih Lagi Yakin Beliau Di atas landasan dan laluan yang betul..hehehe..jgn mara ye Puan, bergurau senda sempena Pasca Bangang 2.0...hahaha
  4. Tagging kali ini berupa lagu Mellow.
  5. Sebagai seorang Jawa kacuk Jerman yang begitu kukuh pegangannya kepada irama muzik keroncong dan dondang sayang (tolonglah percaya tentang aliran muzikku itu), aku tidak mengetahui apakah itu Lagu Mellow. Yang paling aku tahu Milo Ais ataupun Milo Tabur Ais. Ini memang sangat sedap.
  6. Setelah menanya Lebai Google apakah itu Lagu Mellow a.k.a Mellow Song, maka aku mendapat jawapan yang cenggini...Mellow music is music that is soft, calm, relaxed, laid-back, smooth … it has an aura of relaxation, of meaningful silence. It places you in a world without troubles or discomforts. Mostly it is simply though deep. Although it leaves you in a dream, it doesn't make you numb. On the contrary, it makes you feel, it gives you this small butterfly-in-stomage-effect.

    Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_meaning_of_mellow_music#ixzz1S0KQn7ST.
  7. Oh apakah? Adakah aku mempunyai senarai Lagu Mellow? Selaku antara pendukung irama Love Metal dan penganut Irama Nasyid Kontemporari, masih adakah ruang dihatiku untuk Lagu Mellow tabur ini?
  8. Ah, kurasa ada. Setelah berfikir sejenak mungkin lagu ini dapat aku kategorikan dalam Lagu Mellow. Lagu tersebut adalah seperti dibawah:


  9. Sampai sekarang kalau aku duduk solo2 sambil menikmati keindahan ciptaan ilahi seperti di tepian pantai, lagu ini mesti menerjah sereberum aku.Si 'Numero Uno' pernah bagi lirik ni kepadaku, serius time dapat lirik ni aku terpempan seketika, terpana bagai sang arjuna kehilangan dewi sukmanya. Selaku seorang yang kurang berpengalaman dalam arena ini, aku pernah berbincang dengan beberapa teman rapatku. Setelah melakukan kajian ilmiah ke atas bait-bait lirik tersebut, kami menuju ke satu kesimpulan. Malangnya ketika itu takdir dan waktu tidak mengizinkan kami utk bersatu menikmati keindahan cinta suci dalam debu....Ayat taman bunga betol..xbleh blah..hahaha..Tapi kalau korang nak ajak aku karok lagu ni xde hal punya...layan....
  10. Mellow song kedua pula ialah:

    Ini lagu tiada lirik. Lagu ini memang sangat menenangkan aku. Lebih-lebih lagi semasa zaman tensen nak siapkan tesis. Memang best ah lagu Kitaro ni. Bila aku mendengar lagu ini, aku terasa kepala otakku kosong dan ringan. Bagaikan segala bebanan yang terbina di atas pundak jemala hamba ini hilang seperti debu yang dibawa angin bayu yang berlalu. Paling feeling masa Kitaro alunkan irama daripada Keyboardnya yang berbunyi seakan2 tiupan seruling....soothingg....terasa macam sarjana cina di zaman Dinasti Han sedang berehat di taman buluh mencari ilham untuk mengarang puisi terbaru...
  11. Lagu Mellow yang ketiga pula ialah:

    For real?Of course not...this is just a parody...oh ya..kalau anda ingin berkarok dengan lagu numbur tiga ini, silakan..ehehehe
  12. Aku ingat cukuplah 2 je.Nanti aku try post lagi kalau teringat. 























































Meh layan lagu motivasi ini sekali:




Respek dengan mamat ni. Kreatif dan inovatif tol. Honestly, aku lebih gemarkan version ini daripada version original Katy Perry...

2 comments: