Monday, July 25, 2011

PROTON, CVT & .....

  1. Amacam? Jiwang x tajuk...ada bau2 bacang cam citer Aku, Dia & Volkswagen x?..hahaha
  2. Aku pernah mengepost dalam post sebelum ni yang kemungkinan kereta Proton akan menggunakan teknologi CVT dalam model keluarannya.
  3. Benar model Inspira telah menggunakan kotak gear CVT, namun harus diingat, antara perjanjian utama Mitsubishi dan Proton adalah Proton tidak dibenarkan untuk mengusik enjin Mivec dan juga kotak CVT Mitsubishi untuk dalam tempoh yang dipersetujui (kalau x silap 3 tahun ikat kontrak ni)
  4. Ramalan aku paling awal CVT akan digunapakai dalam model Proton adalah pada Model Gantian Persona (Persona Replacement Model @ Espire) yang dikhabarkan akan dilancarkan pada tahun 2012 (tu kempen Persona kaw-kaw skarang ni, nak jual sebanyak mungkin sebelum di'discontinue'kan..muehehe).
  5. Namun Proton lebih awal memperkasakan (tiada kaitan dengan mana2 pertubuhan Ultra Melayu ye...hahaha) model yang sedia ada dengan teknologi CVT...jeng jeng jeng...
  6. Model terbaru daripada keluar Saga, variant FLX kini didatangkan dengan pilihan CVT. X caye cer usya sini...
  7. Dan tahukah anda, Proton kini telah berjaya menembusi pasaran automatif Jepun secara sedikit demi sedikit dengan memperkenalkan model Proton Satria Neo. X caya cer check kat sini. Harga dalam RM60k...mwahaha....
  8. Teknologi dah ada. 
  9. R&D dah agak mantop.
  10. Cuma QA & QC kene lebih ketat. Elok amik orang Jepon lead team QA and QC ni. Baru x camne nak jaga kualiti. 
  11. Satu lagi trivia, tahukah anda kereta2 continental seperti Volkswagen, BMW mengambil berapa lama untuk disiapkan menjadi satu unit lengkap? Jawapannya 6 Minit..ya..setiap 6 minit keluar sebiji keter...super hebat automation dan robotic engineering dorang......


Dasat robotic arm tu. Gua suspect step motor kilang Volkswagen mesti lagi dasat...alangkan robotic arm Proton dah tangkas cenggitu...

No comments:

Post a Comment