Tuesday, July 5, 2011

Tips Untuk Orang Malas

  1. Harus ku akui aku memang pemalas. Tahap kemalasan aku sampai aku nak citer pon malas. Malas betol!
  2. Mungkin kerana kewujudan orang-orang malas macam aku ni telah memberi pencerahan kepada para Bankers dalam membangunkan usaha online banking. Dengan online banking, anda boleh menguruskan akaun simpanan dan kewangan anda walaupon anda sedang nangis2 sambil kesat hidung melayan cerita Kuch Kuch Hota Hai di hadapan PC anda.
  3. Aku memang pengguna tegar online banking. Dan aku cukup malas nak ke bank melainkan untuk cucuk duit dari ATM. Kalau setakat nak bayar duit beli barang menggunakan perkhidmatan cash deposit, transfer duit kat orang lain menggunakan cash deposit, baik aku pakai online banking. Bukan apa, selaku seorang pencinta wanita alam sekitar, aku menyokong usaha mengurangkan kadar pelepasan gas-gas merbahaya punca kesan rumah hijau. Yelah, nak ke bank dah tentu2 kena naik motor atau kereta. (kalau dah malas tu malas jugak, xyah nak kasi alasan pencinta alamlah..apelah..hahahaha)
  4. Biasalah, bila dah buat bayran melalui online bankin kenalah pulak kita sediakan resit ye dok? orang kata sebagai bukti pembayaran. kalau korang guna FPX dan buat bayaran PTPTN dah tentu kena simpan resit sebagai bukti pembayaran. ADa bermacam cara orang buat untuk menyimpan dan mencetak resit ini sebagai bukti pembayaran.
  5. Cara paling konvensional ialah dengan membuat prosedur printscreen, paste kat Paint, edit2 sikit and save dalam bentuok .Jpg. Ini biasa orang buat bila kita nak attach bukti pembayaran pada penjual di alam maya.
  6. Cara paling primitif adalah dengan mencetak resit anda dalam bentuk salinan keras (hard copy). Ini adalah cara paling primitif dan terbukti berkesan. Dan juga antara cara paling selamat sebagai bukti selagi anda ingat dimana anda menyimpan fail2 resit anda dan juga terhindar daripada gangguan silverfish. 
  7. Sebagai pemalas tegar dan sejati, aku memang malas gila nak buat step2 diatas. Lalu aku telah memilih jalan yang paling sesuai untuk orang malas macam aku. Segala macam bentuk resit payment online banking aku sekarang print dalam format .pdf. Senang. Mudah. Semudah korek idong di waktu pagi.
  8. Yeah..print resit anda dalam format pdf dan simpan dalam pc anda. Bila2 anda nak dalam bentuk salinan keras, anda boleh print jika anda tidak malas ketika itu.
  9. Cenggana nak print ke format .pdf. Mudah. Download je kat internet software dengan menaip keyward 'pdf maker'. Konfom berjuta keluar. Aku prefer yang percuma dan halal. Antaranya CutePDF, PrimoPDF. Tapi of cause mereka ini hanya mampu memberikan basic features je. Kalau anda nak buat cetakan PDF anda lebih protected yakni disertai dengan encrypted features, bagi aku ADOBE ACROBAT is the best. Kalau anda kaya anda boleh dapatkan versi halal. Kalau anda kurang berkemampuan, anda boleh mendapat versi tidak halal(cetak rompak). tapi apa ada hal cetakan anda tidak encrypted, ini bukan nak cetak Final Year Project anda...muehehe...
  10. So kalau anda bercita-cita nak menandingi kemalasan saya...silakan...hahaha

No comments:

Post a Comment