Friday, December 30, 2011

901

  1. Semalam ada insan-insan yang aku kenal menahan motor aku tgh jalan. 
  2. Nasib baik brek cakera yang tersangkut pada sepit udang motor lagendaku masih berfungsi dengan sempurna dan brek drum aku masih mencengkam.
  3. Kiranya ajaran cikgu memandu aku masa aku mengambil lesen motorsikal 10 tahun dahulu berjaya aku praktikkan dengan jayanya. Ala...amik lesen motor kan kena buat emergency brake sampai terseret bunga tayar tu atas permukaan tar trek tu...lebih kurang macam tu lah cuma bezanya kali ini aku membonceng kawan aku di belakang....Kan best kalau time tu aku boncengkan Diana Danielle ke, Nora Danish ke dekat belakang aku..emergency brake camne pon aku rela...
  4. Ok..ok...fokus..fokus..kembali ke alam realiti di mana Nora Danish tak akan naik motor aku. Aku ingatkan ada ape kebendalahyangpenting sangat sampai beliau sanggup menahan aku di tengah jalan tatkala keadaan lalulintas agak sibuk. Bila aku berenti je terus beliau hulurkan sekeping kertas bersaiz macam iklan MLM yang korang jumpe kalau beli surat khabar tu...Aku ingat itu kupon percuma voucher Parkson yang bernilai RM 1000, mana tau rezeki boleh gak aku bershopping sekali skala cari baju sempena Chinese New Year kt Parkson tu..nak gak merasa shopping kat tempat2 eksklusif ni...biasa aku beli baju raya pon kat Megah @ The Store je.....hehehe
  5. Bila aku terbalikkan kertas tu tengok ada gambar anwar ibrahim..antara tulisan yang aku ingat 'Fitnah 2', 'Selamatkan Anwar Ibrahim' '901 depan Mahkamah'....
  6. Cis...buang karan aku je.....

No comments:

Post a Comment