Thursday, December 15, 2011

Sinar Di Hujung Jalan

Terik mentari di luar terasa sungguh membahang. Masih dapat dirasakan walaupun dirinya duduk di dalam ruang yang didinginkan oleh penghawa dingin cap Panasonic berskala 16 darjah celcius.

Razif, nama sebenar. Berusia dipenghujung 20-an. Bujang, meminati sukan extreme seperti berkayak di Air Terjun Lupar, ahli eksklusif Kelab Karangkraf kerana tidak mahu ketinggalan mendapat newsletter dan update terbaru tentang novel-novel terhangat di pasaran. Beliau memang seorang kaki novel, sebut sahaja novel-novel popular antaranya Ong-Bak Rindu, Murtabak-murtabak cinta, Kisah Asrama, Sehangat Asrama dan banyak lagi. Novel-novel cinta kontemporari tipikal itu memang menjadi pilihan utama Razif. Biarpun sosok tubuhnya sesasa Fakri Saarani, wajah segarang Adlin Aman Ramli namun siapa sangka hatinya begitu lembut, selembut comforter yang baru usai dicuci dengan menggunakan Softlan.

Berbekalkan segulung ijazah MIT (MARA Institute of Technology), beliau kini bertugas sebagai salah seorang penjawat awam. Bidang kejuruteraan yang dipilihnya membenarkan beliau menikmati tanggagaji pegawai kerajaan Gred J41. Kini beliau merupakan Ketua Bahagian untuk Bahagian Penyelenggaraan di Jabatan Kerja Raya Cawangan Kajang.Kenapa Kajang? Entah, mungkin sebab di Kanjang ada sate yang popular tidak seperti di Sandakan yang tiada sate kajang.

Razif merupakan contoh seorang pegawai kerajaan yang tidak tipikal. Beliau adalah seorang Jurutera yang sangat dedikasi. Sepanjang beliau berkhidmat, hanya sekali sahaja beliau terpunch card lambat, itupun gara-gara lewat bersiap kerana cirit birit akibat banyak sangat minum air gas di hari raya 1430H yang lalu. Sebutkan apa sahaja kerja, akan disiapkannya secepat yang mungkin dengan sempurna.Kebanyakan Ketua Cawangan begitu berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Karisma dan pesona Razif memang begitu hebat, berada setingkat lebih tinggi makamnya berbanding makam-makam rakan sejawat yang lain. Dikhabarkan, ketua cawangan JKR Wang Kelian pernah bertikam lidah dengan ketua cawangan JKR Kota Bharu kerana berebutkan Razif. Namun demikian ketua cawangan JKR Kajang juga yang tenang sebab beliau tahu, Razif takkan merantau sampai ke Kota Bharu ataupun Wang Kelian mahupun Kampong Wakaf Che Yah sebab di sana tiada Sate Kajang.

Selaku seorang jurutera, Razif tahu beliau mesti sentiasa berfikiran rasional, tuntas, cerdas, cergas, dan mengurangkan minuman bergas. Disiplin yang tinggi juga menjadi Rukun Hidup Razif. Sikapnya yang tidak seperti pegawai kerajaan tipikal ternyata telah mengundang sikap tidak senang di kalangan sesetengah orang bawahannya.


Bustaman (bukan nama sebenar) adalah merupakan PAR (Pembantu Am Rendah) yang dibawah seliaan Razif.Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan yang tipikal. Malas, lembab, tidak efisien. Beliau amat anti dengan Razif kerana telah menyebabkan hidup beliau tidak seperti yang dirancangkan. Bustaman hanyalah seorang Melayu tipikal, berkelulusan SAP yang mendapat kerja di Jabatan Kerajaan melalui kabel-kabel bukan fiber optik. Semenjak beliau akil baligh lagi beliau bercita-cita untuk keje gomen kerana khabarnya keje gomen ni senang, masuk goyang telor, ujung bulan amik gaji. Tetapi panas yang di sangka sampai ke petang, rupanya banjir kilat sebelum Zohor. Kehadiran Razif benar-benar membuatkan BUstaman terseksa zahir kerana sering dikerah menyiapkan kerja tepat pada masanya dan batin kerana tidak dapat berfacebook mengstalking laman muka buku budak-budak perempuan baru nak naik bercamwhoring selama 8 jam sehari di pejabat.

Namun demikian, Bustaman adalah merupakan juga spesis Melayu tipikal yang menjawat jawatan sebagai penjawat awam. Walaupun cara kerja Razif setara dengan standard JIS (Japan International Standard), BUstaman masih lagi tegar menggunakan standard kakitangan kerajaan biasa. BUstaman tahu, walau seteruk mana sekalipun prestasi beliau, beliau tidak akan dipecat kerana polisi kerajaan pada masa kini adalah tidak membuang kakitangan atas ketidak kecekapan melaksanakan tugas hakiki.
Sebab itu, kalau Bustaman tiada di mejanya pada waktu pejabat, Razif pasti akan mencarinya di warung Kak Limah janda genit di seberang jalan. Bustaman lebih hebat dan hafal teknik 5 Taktikal Maut Dam Haji berbanding 5S walau begitu banyak poster berkenaan amalan 5S ditampal didinding-dinding dalam pejabatnya.

Bustaman adalah anak jati tempatan. Beliau membersar di sini. Kelebihan beliau yang tidak boleh dinafikan adalah mengetahui selok-belok jalan mahupun lorong-lorong tikus di Pekan Kajang ini. Ternyata pengalaman BUstaman mengatasi teknologi terkini GPS. Beliau sentiasa mendabik dada dikalangan rakan-rakan sejawatnya bahawa walaupun PAPAGO dan GAMIN mengupdate peta untuk peranti GPS mereka setiap tahun, namun kejituan mereka takkan sama dengan kehebatan beliau. Oleh sebab demikian, Razif kadangkala terpaksa menyuruh Bustaman pergi ke tempat-tempat tertentu untuk menghantar dokumen-dokumen penting dan segera seandainya budak pejabat tidak dapat hadir masuk kerja atas alasan-alasan klise seperti pening kepala, makcik meninggal dunia, tok ngah sebelah ayah sedara belah nenek dua pupu oyang masuk hospital dan sebagainya. Namun demikian mengarahkan Bustaman melakukan tugasan luaran mengundang risiko tinggi. Beliau hanya akan muncul kembali dipejabat 15 minit sebelum jam punch card menunjukkan waktu pulang. Biarpun tempat yang perlu dituju hanyalah sejauh sepenanak nasi, namun Bustaman mampu menjadikan selama tempoh mengukus kuih lapis. Hebat....

Di suatu pagi yang damai, Razif memasuki pejabatnya pada pukul 11.00 pagi sesudah siap melakukan lawatan tapak. Seperti biasa, Razif akan menjeling ke arah meja BUstaman yang terletak hanya beberapa kaki dari pintu utama. Mengikut pengalaman-pengalaman yang lalu, pada waktu ini BUstaman masih berada di warung janda genit Kak Limah. Arakian terkejut beruknya beliau seumpama beruk melihat sekontena pisang emas yang dibawa belayar dihanyutkan ketepian pantai. Bustaman kelihatan sangat tekun mengetik papan kekunci. Cuba juga Razif untuk menjeling apakah yang menyebabkan Bustaman begitu asyik. Adakah beliau sedang berchatting dengan sorang gadis belasan tahun di Facebook yang meletakkan gambar profilenya yang mempamerkan sedikit cleveage? Razif seperti hendak demam pabila melihat Bustaman sedang menyiapkan dan melengkapkan senarai inventori dan aset milikan pejabat yang sepatutnya disiapkannya bulan lepas. Razif terus menuju ke biliknya kerana tidak mahu menggangu BUstaman.

Selesai sahaja menghenyakkan punggungnya ke atas kerusinya, Razif segera mengaktifkan Samsung Galaxy Tab 7.0 plusnya untuk melihat jadual kerja beliau. Dilihatnya ada satu notifikasi untuk beliau mengepos dokumen penting berkenaan sebutharga tender membekalkan satu unit mesin jengkaut ke pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya. Terus dicapainya gagang telefon dan mendail sambungan ke meja Bustaman untuk masuk ke dalam biliknya. Sesampainya Bustaman dihadapannya, Razif meminta tolong beliau untuk membelikan sampul surat Pos Laju dan 2 tin air Nescafe Ipoh White Coffee dari kedai serbanika di seberang jalan. Walaupun terpaksa mengambil risiko dengan mengarahkan Bustaman, namun Razif kena juga buat begitu sebab dia terpaksa menyemak semua dokumen yang setinggi Gunung Everast dalam skala nisbah 1:18 000 di atas mejanya kerana minggu depan auditor untuk akreditasi ISO 9001:2008 dan ISO 14001 akan berkampung di pejabatnya. Beliau ingin mengekalkan rekod cemerlangnya selama 5 tahun berturut-turut apabila tidak mendapat sebarang Observation ataupun NCR (Non Conformance Report).

Sedang Razif asyik membelek muka surat 15 berkenaan tentang senarai semak pelupusan sisa berjadual, pintu biliknya tetiba diketuk dan serentak suara garaunya mengarahkan si pengetuk pintu masuk. LAgi sekali Razif seakan seperti mahu pitam pabila Bustaman datang dengan membawa barangan yang dipesannya tadi. Razif mencongak masa yang diambil oleh Bustaman, hanya 10 minit! Wow..ini suatu rekod peribadi dan jabatan terbaik yang di catatkan oleh Bustaman. Biasanya, Bustaman hanya akan kembali sesudah Zohor di ufuk. Bustaman terus meletakkan barangan di atas mejanya dan tuntas keluar dari pejabatnya. Razif sedikit culas dan menapak menuju ke tingkap sambil menyelak sedikit tirai. Dilihat BUstaman terus kembali ke mejanya dan menyiapkan tugasannya. Sifat ingin tahu Razif membuak-buak, setinggi sifat ingin tahu pasangan pengantin baru di malam pertama tidur bersama di atas katil yang sama. Namun demikian Razif kembali menyiapkan kerja-kerjanya kerana itu lebih utama.

Jam menunjukkan ke angka 1 petang. Waktu rehat telah tiba. Razif mengambil kesempatan ini untuk merisik khabar tentang perubahan drastik Bustaman. Razif lalu menuju ke meja pelatih industri; Syarifah Safiyyah Raidah binti Syed Syarafuddin Al-Kelantani ataupun nama manjanya Sherry yang Razif tahu ada menyimpan perasaan padanya.Setelah menyedari kehadiran Razif di sisi mejanya, Sherry dengan gaya seayu yang mungkin membetulkan hujung awning tudung Arianninya yang baru sahaja dibeli minggu lepas di Gulati's Silk Store setelah dapat elaun bulanan.Razif berbasa-basi bertanya kenapa Sherry tidak ke kedai Kak Limah janda genit menjamu selera? Sherry tidak pergi makan hari ini kerana beliau berpuasa sunat katanya dengan nada suara yang jelas kedengaran control ayu. Setelah itu, Razif terus bertanyakan Sherry kenapa BUstaman berperangai pelik hari ini. Setelah menyedari usaha menambat hati jejaka idaman hatinya tidak berjaya untuk kali ke 13, Sherry hanya tersenyum sambil membuka folder history laman web pada komputer Bustaman.

Selesai sahaja loading, terus keluar headline seperti ini di skrin monitor:


Laman webnya seperti ni: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/exit-policy-staf-kerajaan-gagal-capai-sasaran-kerja-selama-tiga-tahun-akan-dibuang/

Razif seakan sangat gembira sehingga terpanggil untuk mempelawa Sherry berbuka puasa dengannya sesudah Solat Maghrib nanti di Restoran Nasi Arab di Cyberjaya. Sherry terpana dan tidak menyangka tentang ajakan itu. Tanpa ragu-ragu Sherry terus menyatakan persetujuan dengan hati yang berbunga-bunga.

Oh, inikah cinta?

No comments:

Post a Comment