Wednesday, January 26, 2011

Trouble Is A Friend - Suatu Kupasan Peribadi

The Lyrics:

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
[ From: http://www.elyrics.net/read/l/lenka-lyrics/trouble-is-a-friend-lyrics.html ]

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Terjemahan:

Masalah akan mencari anda tak kira kemana anda pergi, oh oh
Tidak kira anda laju ataupun perlahan, oh oh
Pusat perselisihan ataupun menangis dalam ratapan,
Anda akan elok sebentar tetapi mula hilang kawalan.

Ia ada di dalam kegelapan, ia ada di dalam hatiku,
Ia menanti dengan sayapnya, ia akan memainkan peranannya,
Masalah ialah kawan, yeah masalah ialah kawanku, oh oh!

Masalah ialah kawan tetapi adalah musuh, oh oh
Tak kira apaku suap ia terus membesar, oh oh
Ia lihat apa yang kulihat dan ia tahu apa yang kutahu, oh oh
[Lawati www.seminute.com]
Jadi jangan lalai semasa menyusuri jalan

Ia ada di dalam kegelapan, ia ada di dalam hatiku,
Ia menanti dengan sayapnya, ia akan memainkan peranannya,
Masalah ialah kawan, yeah masalah ialah kawanku, oh oh!

Jadi jangan khuatir jika dibawa oleh tangannya,
Aku tak akan benarkannya menang, namunku mudah tertarik pada pesonanya,
Masalah ialah kawan, yeah masalah ialah kawanku, oh oh!

Oh betapa aku membenci caranya membuatku merasanya,
dan bagaimana aku berusaha agar ia pergi, aku coba,
Oh Oh Kucoba!

(maaf andai terjemahan kelihatan seperti jahanam. Sebab aku malas nak pikior betui2 maksud sebenarnya)

Lagu ini adalah dendangan penyanyi kelahiran Australia yang menggunakan nama Lenka. Pertama kali lagu ini menusuk gegendang telinga aku adalah semasa di awal tahun 2009. Semasa itu aku bekerja sebagai seorang tukang fotostat di salah sebuah pusat pengajian di kawasan Bangi sana, jadi aku pun menggunakan kereta sebagai alat pengangkutan utama aku. Hobi aku kalau memandu kereta memang suka pasang radio kuat-kuat. Salah satu stesyen radio kegemaran aku adalah Mix.Fm dan Mix.FM ni memang best susunan lagu2 antara jam 6-10 pagi (slot Mix.FM Breakfast)

Bagiku, lagu ini sangat merdu untuk dijadikan halwa telinga aku. Susunan lagunya begitu ringkas tetapi catchy. Sangat santai. Penulisan liriknya pula sangat mudah dan senang untuk diingat dan seterusnya dinyanyikan berulang-ulang kali. Suara sang penyanyi juga menjadi antara de facto kenapa aku meminati lagu ini. Suara Lenka amat kena dengan music arrangement lagu ini. Walaupun kedengaran seperti mendatar namun masih ada alunan kelenggokan di situ. Kesimpulannya aku bagi  ☆. 

Aku tahu aku bukan M. Nasir, malah kalau nak dibandingkan dengan Mohd Faizal Maas, jarak ilmu kami bagaikan jarak tebing ke tebing di Selat Inggeris, namun aku pedulik hapa, telinga aku, aku punya sukalah..hahaha

Kembali ke tajuk utama, cuba kita renungkan sejenak barang Seminute.com, masalah ialah kawan kita. Kalau nak diikutkan oleh bait-bait lagu Lenka, beliau seakan berbolak-balik pendirian dan perasaan apabila berhadapan dengan masalah. Antara intipati yang dapat dilihat dalam penyampaian lagu ini adalah bagaimana mengenal masalah, masalah dalam menghadapi masalah, dan bagaimana masalah itu dapat memberi masalah kepada kita. Apakejadahnya banyak gila masalah dalam masalah? Masalah betullah!

Masalah akan mencari anda tak kira kemana anda pergi, oh oh 
Tidak kira anda laju ataupun perlahan, oh oh
Pusat perselisihan ataupun menangis dalam ratapan,
Anda akan elok sebentar tetapi mula hilang kawalan.

Rangkap pertama lagu ini. Masalah digambarkan sebagai sangat memberi masalah. Kelihatan seperti kita tak dapat lari daripada masalah. Walau macamana kaedah sekalipun, masalah tetap akan berjaya memberi masalah kepada kita. Dalam realiti kehidupan, kita sebenarnya telah mula bermasalah sejak dari kita masih di alam rahim lagi. Apa masalahnya, korang cariklah sendiri, sendiri punya masalah sendiri lah tahu. Kita akan mula hilang kawalan dan bermasalah seandainya kita tak dapat mengawal masalah kita.

Ia ada di dalam kegelapan, ia ada di dalam hatiku,
Ia menanti dengan sayapnya, ia akan memainkan peranannya,
Masalah ialah kawan, yeah masalah ialah kawanku, oh oh!

 Perlambangan dalam bait-bait ini menunjukkan yang masalah sentiasa ada sangat hampir dengan kita, dan sentiasa menanti untuk mengambil peluang dan memberi masalah dan susah kepada kehidupan kita. Dalam realiti kehidupan kita, ini memang adalah suatu yang benar. Berapa punya hampir masalah dengan kita? Sangat hampir. Biasa masalah punya pusat operasi berada dalam minda dan pemikiran kita. Dan cawangan utamanya di dalam hati kita. Setelah kedua2 lokasi strategik ini berjaya ditawan, maka jalinan kemusnahan kepada si pemasalah akan berlaku. Cuba kita ingat kembali, kenapa kita ada masalah dan bagaimana perasaannya bila bermasalah. Bila kita ada masalah, secara automatik kita akan sentiasa teringat, ok. Semasa ini masalah telah memasuki ruangan minda kita. Apabila kita terlalu memikirkan masalah, hati kita tidak akan tenang. Kadang-kadang nak menenangkan hati walau Seminute.com dua pon x boleh. Masalah betullah! Anda mesti perasan, kalau anda sedang berada dalam masalah, kadang-kadang tempat lain boleh bermasalah. Contohnya kalau anda tiba-tiba menghadapi masalah kantoi usya awek ala-ala Diana Danielle depan mata anda, anda akan berasa tersipu-sipu malu sendirian, ataupun tingkahlaku anda akan berubah secara drastik dan paling dahsyat apabila pipi anda berubah menjadi kemerahan, macam pakai blushers (cis, x sangka aku taip ayat ini, kelihatan seperti sangat gay...haha). Lihat. Inilah jalinan kerosakan yang aku maksudkan itu tadi. Tempat-tempat dan keadaan lain boleh jadi bermasalah. Apa-apapun, walaupun masalah sering memberi kita masalah, namun ia tetap seperti kawan kita.

Masalah ialah kawan tetapi adalah musuh, oh oh
Tak kira apaku suap ia terus membesar, oh oh
Ia lihat apa yang kulihat dan ia tahu apa yang kutahu, oh oh
[Lawati www.seminute.com]
Jadi jangan lalai semasa menyusuri jalan

Personafikasi masalah dijelaskan dengan lebih dalam rangkap ini. Menyamakan masalah seperti kawan dan juga musuh. Realitinya ini yang kita hadapi dalam hidup kita. Kita seringkali tersalah menjustifikasikan masalah kita. Dari yang paling kurang bermasalah sehingga yang paling kronik. Kita sering menjustifikasikan semua masalah sebagai enteng dan kurang, tetapi kita akan sedar yang kita sebenarnya dalam masalah yang sangat kronik. Dalam rangkap ini juga menekankan bagaimana pentingnya untuk kita mengawal dan sentiasa peka dengan masalah yang kita hadapi. Tidak kira apa yang kita lakukan, masalah yang tidak terkawal akan menjadi lebih bermasalah dan akhirnya menyusahkan kita. Jadi sentiasalah awasi belakang anda apabila berjalan atau kata orang putihnya "always watch your back!" 

Ia ada di dalam kegelapan, ia ada di dalam hatiku,
Ia menanti dengan sayapnya, ia akan memainkan peranannya,
Masalah ialah kawan, yeah masalah ialah kawanku, oh oh!

Si penulis sekali lagi menegaskan betapa hampirnya masalah dengan kita.

 Jadi jangan khuatir jika dibawa oleh tangannya,
Aku tak akan benarkannya menang, namunku mudah tertarik pada pesonanya,
Masalah ialah kawan, yeah masalah ialah kawanku, oh oh!

Di sini, bait-bait lagu coba memberikan motivasi kita dalam menghadapi masalah. Bait-bait lagu juga cuba menggambarkan hakikat yang kita sebenarnya x suka akan kewujudan masalah dan akan sentiasa berusaha untuk tewas ditangannya, namun kadangkala godaan yang dibawa oleh masalah itu sangatlah dahsyat. Contohnya, kita tahu kita terpaksa mengeluarkan duit yang lebih dalam memenuhi nafsu kita untuk bergayutan di telefon bersama dengan ehem-ehem. Kita tahu yang duit kita akan menyusut jika berterusan seperti ini. Ini boleh memberi masalah kepada kedudukan kewangan kita. Tetapi kita sering tewas kepada godaan dan kenikmatan bergayutan itu. Al-maklumlah, orang kata tengah hangat bercinta, jadi kalau boleh setiap saat nak dengar sore ehem-ehem kita tu.Inilah masalah godaan dan juga godaan masalah.

Oh betapa aku membenci caranya membuatku merasanya,
dan bagaimana aku berusaha agar ia pergi, aku coba,
Oh Oh Kucoba!

Kita tahu bagaimana rasanya menghadapi masalah dan kita kalau boleh x nak berhadapan dengan masalah. Begitu juga dengan bait-bait lagu Lenka di atas, betapa Lenka cuba menegaskan dalam ekspresinya untuk tidak menghadapi masalah. Begitu juga kita, kita mestilah dan perlulah untuk berusaha untuk menyelesaikan dan mengelakkan masalah yang sama berulang, dengan BERSUNGGUH dan PENUH KEAZAMAN.

Kesimpulannya, jangan lari daripada masalah, hadapi masalah dengan bijaksana.

Bonus!!

Video klip Trouble is a friend versi YouTube.

Gile ah comel si Lenka yang penuh makeup ni! Memang gegerlah jantungku. Masalahnya, aku x cukup duit nak pegi Australia. Maklumlah keje pomen je!

No comments:

Post a Comment