Friday, January 21, 2011

Tips Menjimatkan Bahan Api Kereta Anda Sehingga 90%

Kita sering mengeluh kerana boleh dikatakan, saban tahun harga bahan api kenderaan di Malaysia semakin meningkat. Ya, sebenarnya jaminan kerosakan ataupun collateral damage daripada kesan peningkatan harga komoditi ini di Malaysia sangat meluas. Kenapa? Kerana bahan api kenderaan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Komoditi ini amat diperlukan untuk menggerakkan komuniti kita pada masa kini, yang kebanyakannya digerakkan dengan aplikasi mekanikal bermotor seperti motokar, motosikal, bas, keretapi dan sebagainya.

Kita sering melihat dan mendengar, sayugia dengan kenaikan harga bahan api harga barangan lain turut akan terkena tempiasnya. Kalau dahulu kita masih mampu menikmati karipap sebanyak 5 ketul bersaiz medium dengan harga RM 1.00, tapi kini? Alangkan karipap bersaiz mini pon telah dihargakan sebanyak 40 sen seketul. Ini adalah hakikat kehidupan di Malaysia pada masa kini. Mestikah kita menyalahkan makcik penjual karipap itu? Mungkin agak zalim meletakkan segala kesalahan di pundak jemala beliau. Beliau selaku peniaga sudah pastinya memerlukan keuntungan, kalau x sebanyak komisyen pembelian kapal selam terpakai TLDM pun, barang 10 sen sudah memadai bagi beliau. Kita juga perlu memahami konsep perniagaan, di mana untuk meraih keuntungan, perkiraannya adalah seperti berikut, harga jualan - harga kos = untung. Nah disini kita dapat melihat, untuk mendapat untung yang barangkali bernilai 10 sen itu, makcik penjual karipap terpaksa menjual dengan harga yang lebih sedikit daripada harga pasaran karipap di Malaysia untuk tahun kewangan berakhir pada Suku Kedua 2009. Di sini juga kita dapat melihat rasionalisasi di sebalik kenaikan harga karipap ini kerana harga kos yang semakin tinggi.

Jadi, apa kaitannya kenaikan harga kos bahan membuat karipap dengan kenaikan harga bahan api di Malaysia. Memang ada kaitannya. Kedua-dua benda ini saling berkaitan, malah berkadar terus. Kerana apa? Ok. Kembali kepada salah satu pernyataan di atas di mana pada masa kini komuniti di Malaysia kebanyakannya digerakkan dengan aplikasi mekanikal bermotor. Ambil contoh tepung gandum, salah satu bahan mentah utama dalam penghasilan karipap. Sebuah kilang tepung gandum yang berorientasikan ekonomi kapitalis akan sedaya upaya untuk mencapai keuntungan maksimum. Untuk mengangkut tepung-tepung gandum dari stor ke kedai-kedai di seluruh negara,sudah pastinya kenderaan bermotor akan digunakan. Kebiasaanya adalah lori dan van. Kedua-dua jenis kenderaan bermotor ini menggunakan bahan api fossil sebagai sumber utama janaan kuasa. Oleh yang demikian, apabila harga komoditi bahan api kenderaan bermotor dinaikkan atas nama pelarasan subsidi negara, maka secara sukarela dan senang hatinya mereka akan menaikkan harga tepung gandum tersebut, atas alasan untuk menampung kos operasi yang telah meningkat dek pelarasan harga subsidi harga bahan api kenderaan di Malaysia. Ya benar mungkin mereka terpaksa menampung dan menanggung kos operasi yang lebih tinggi, tetapi kebiasaannya mereka akan menaikkan harga melebihi daripada tahap yang sepatutnya.

Tanpa memerlukan Ijazah Kedoktoran Universiti Atas Talian pun kita sudah dapat tahu, semakin tinggi harga bahan api kenderaan di Malaysia, semakin mahallah barangan kita dan semakin susutlah nilai matawang kita. Jangan pandang rendah dengan fenomena karipap kecil yang terpaksa dibayar pada harga yang mahal. Karipap ini boleh dikategorikan sebagai status sosial rakyat Malaysia. Kuih karipap itu sendiri sudah lama mempraktikkan wacana 1Malaysia lebih awal daripada pengasasnya. Lihat sahaja rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu, India, Cina, Jawa, Banjar, Kadazan, Dusun, Temiar dan macam-macam sudah lama menikmati kuih karipap. Status sosial dan sosioekonomi rakyat Malaysia bolehlah diperlambangkan terus kepada nilai kuih karipap itu sendiri, bukan kepada fakta-fakta pernomboran atas kertas tentang GDP, FDi dan sebagainya. Makcik dan pakcik kampung tidak begitu memahami dan arif dengan itu semua. Ambil sahaja contoh yang mudah, kuih karipap. Semakin kecil dan mahalnya kuih karipapnya di Malaysia, semakin susahlah kehidupan kita sebenarnya. Jangan sampai suatu hari nanti, kuih karipap hanya mampu dinikmati oleh golongon-golongan elitis dan aristokrat di Malaysia, sedangkan asal kejadian kuih karipap itu sendiri adalah hidangan yang mampu dinikmati oleh Marhaen pada masi dulunya.

Kembali kepada topik perbincangan utama kita. Cukuplah untuk mukadimah yang berjela-jela diatas. Fikirkan sejenak barang Seminute.com tentang status sosial dan sosioekonomi kuih karipap itu. Ok. Kembali kepada core business kita. Bagaimana menjimatkan bahan api kereta kita sehingga 90%. Harus difahami di sini bahawa kereta adalah salah satu daripada aplikasi mekanikal bermotor di Malaysia, dan kebanyakan rakyat di Malaysia memiliki kereta. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah dan senang untuk mengambil kereta itu sebagai satu bahan kajian kes untuk kali ini.

Sebenarnya telah terdapat bermacam cara, tips dan kaedah yang ditemui dan diamalkan dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar api. Ada sebahagian daripadanya telahpun dibuktikan praktikal dan berkesan, tetapi ada juga yang sekadar myth ataupun mitos sahaja. Antara tips-tips yang biasa kita dengar adalah seperti menggunakan bahan tambahan rawatan minyak ataupun oil treatment dalam enjin kereta kita, menggunakan kedudukan gear yang betul untuk RPM yang betul dan kelajuan yang betul, mengurangkan penggunaan penghawa dingin, memastikan tekanan angin dalam tayar adalah mencukupi, merancang perjalanan, mengurangkan beban yang tidak diperlukan daripada dibawa oleh kereta kita dan banyak lagi. Benar, manusia itu sifatnya berakal dan mereka akan sentiasa mencari akal untuk memberi keuntungan kepada mereka. Hampir kebanyakan tips diatas tidak difikirkan dalam tempoh Seminute.com, bahkan mungkin mengambil masa dan pemerhatian yang lebih lama.

Namun demikian, telah terdapat satu kaedah yang baru ditemui oleh seorang Prof. PHD daripada Perancis yang bakal menggembirakan kita. Lebih membanggakan, kaedah ini sangat sesuai diamalkan di Malaysia, ya hanya di Malaysia, berdasarkan kepada demografi dan habit warga Malaysia itu sendiri. Hasil kajian ini masih dalam peringkat akhir kajian sebelum dipatenkan oleh beliau sendiri. Khabarnya beliau ingin menawarkan kepada mana-mana syarikat Automotif di dunia hasil kajian beliau ini agar dapat diimplimentasikan dalam rekaan kereta mereka pada masa akan datang. Harapannya agar Proton dapat mengambil inisiatif dan bertindak agresif dalam usaha untuk mendapatkan teknologi tersebut. Adapun penulis ingin berkongsi dahulu dengan teman-teman. Tak salah rasanya untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Mana yang baik dijadikan teladan, yang jahanam dijadikan sempadan.

Penemuan ini memang sangat hebat dan menggemparkan industri automatif. Lebih berkesan daripada penggunaan X-1R dan juga Surbo. Bersama dengan post ini aku akan letak bersama beberapa hujah dan rumusan yang telah aku terjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Prof ini memang sangat hebat dan dahsyat, Sehingga kini beliau telah memiliki 8 Ph.D, pengkhususan kepada bidang automatif. Aku akan nyatakan juga sedikit latar belakang Prof ini di akhir artikel ini.

Baiklah. Kajian ini dilakukan dengan mengambil Malaysia sebagai kajian kes untuk meneruskan kajian ini. Kajian ini dilakukan dalam tempoh satu semester. Para pensyarah Prof ini begitu kagum dengan idea dan pandangan beliau dalam menyiapkan tesis dan laporan beliau ini. Aku pun x ingat bila dan kat mana aku dapat laporan ini. Oklah. Kite teruskan kepada intipati laporan tesis beliau ini.

Malaysia, sebuah negara yang terletak di kawan Asia Tenggara. Sebuah negara Islam yang mampu mengeluarkan minyak dan gas dari muka bumi. Malaysia juga telah menjadi antara pemain industri automatif utama di dunia dengan tertubuhnya PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional) pada tahun 1980 an, hasil gagasan dan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan Malaysia. Boleh dikatakan industri automotif di Malaysia dikuasai oleh PROTON di dalam segmen-segmen tertentu. Perkembangan industri automotif di Malaysia memang membanggakan. Di mana-mana sahaja dapat dilihat model keluaran PROTON. Sebut sahaja, Saga, Iswara, Wira, Persona, Inspira? Sesuatu yang sepatutnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berkaya menjadi antara negara umat Islam yang mampu mengeluarkan kereta sendiri. Jualan produk PROTON juga amat rancak di dalam Malaysia. Terima kasih kepada dasar kerajaan yang meletakkan cukai yang sangat tinggi ke atas kereta-kereta import yang berjaya menobatkan PROTON sebagai jaguh kampung untuk tempoh menghampiri dua dekad. Tapi jagan risau, penulis telah dapat melihat perubahan positif dalam produk-produk tempatan PROTON dibawah pengurusan baru.

Malaysia, juga selaku antara pengeluar minyak di dunia, sekali lagi boleh berbangga dengan tertubuhnya PETRONAS, sebuah syarikat petroliam milik negara yang menguruskan segala aset dan komoditi yang berkaitan minyak dan gas di dalam negara dan juga di kawasan luar negara. Ironinya, selaku negara pengeluar minyak, jualan harga bahan api di MAlaysia boleh dikategorikan sebagai tinggi dan membebankan. Telah banyak keluhan dan cetusan ketidakpuasan hati dari kalangan penduduk dan rakyat di Malaysia itu sendiri. Oleh kerana yang demikian, penulis telah melihat ini sebagai peluang untuk melanjutkan dan menjalankan kajian kes berkenaan tesis yang sedang dijalankan ini.

Kajian kes ini mengambil tempat di kawasan utama laluan kereta. Varians lokasi juga di aplikasikan seperti memilih lokasi yang berbeza. Antara lokasi yang dipilih adalah laluan selekoh, simpang tiga, simpant empat, bulatan dan juga jalan lurus. Proses pengumpulan data juga dilakukan mengikut jadual yang dilakukan. Jadual dibahagikan kepada empat keadaan iaitu siang, malam, waktu puncak dan waktu lengang. Untuk menguatkan lagi hujah dan kajian kes, pemerhatian dilakukan setiap Seminute.com semasa waktu puncak. Kaedah persampelan juga dilakukan dalam kajian kes ini. Penulis telah melakukan pemerhatian secara insentif dalam usaha untuk membuktikan hipotesis yang akan dibincangkan kemudian, dengan memerhatikan cara dan kaedah pemanduan rakyat Malaysia dalam usaha mengurangkan penjimatan minyak petrol kereta.

Setelah melakukan segala ujian dan pemerhatian, penulis mendapati bahawa Hipotesis penambahan isyarat elektrik yang berulang dalam selang masa yang singkat, yang seterusnya mencetuskan satu fenomena baru iaitu cas-cas elektropetrolitif (EPF) dan mengakibatkan peningkatan penggunaan minyak petrol pada kereta secara mendadak sehingga 90% lebih banyak adalah BENAR dan TEPAT!

Penulis berasa cukup yakin kerana berdasarkan sepanjang tempoh kajian kes, pemandu-pemandu di Malaysia secara purata telah menyedari fenomena ini dan telah mengambil langkah utama untuk mencegahnya. Mengikut Hipotesis penulis, cas-cas EPF ini HANYA akan dihasilkan apabila terdapat aktiviti penambahan isyarat elektrik yang berulang dalam masa yang singkat. Dan pada sesebuah kereta, punca dan sumber yang paling besar, terang, nyata dan jelas untuk penghasilan cas-cas EPF ini adalah pada lampu isyarat kereta (signal indicator).

Tujuan asal dan utama lampu isyarat dicipta adalah untuk memberitahu niat kita untuk menukar arah, membelok kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Sifat asalnya dicipta berkelip adalah agar dapat menarik perhatian orang lain. Namun tanpa disedari, teknologi dan penciptaan ini telah membawa kesan buruk kepada pemilik2 dan pemandu-pemandu kereta di Malaysia. Mereka menyedari dengan meggunakan lampu isyarat telah mengakibatkan penggunaan minyak kereta meningkat secara mendadak shingga 90%. Kesan ini lebih teruk apabila waktu malam kerana kekurangan sumber cahaya dan menyebabkan cas2 EPF lebih terang dan aktif. Dipercayai kesannya lebih buruk sehingga 2 kali ganda.

Oleh yang demikian, pemandu-pemandu di Malaysia memilih untuk dimaki, dicaruti, terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi dengan mengamalkan gaya pemanduan bebas penggunaan lampu isyarat. Mungkin tekanan dan kesan pelarasan subsidi harga minyak kereta ke atas dompet-dompet mereka telah memaksa mereka memilih gaya pemanduan ini.

Penulis juga berharap untuk meneruskan kajian ini dengan lebih lanjut untuk sesi Ph.D ke 10 nanti dengan mengaitkan hipotesis kadar pecutan dengan kadar pelepasan cas2 EPF. Diharap agar segala kajian ini dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang.


Penulis dikenali sebagai Prof. dR. Sir Sam Bang LeBart. Anak jati Perancis dengan beberapa Ijazah dokterat (Ph.D) seperti di bawah:

  1. Ph.D Automotive Engineering ( A theory of Electropetrolitif) from Everyone Online University (2002)
  2. Ph.D Automative Engineering ( Electropetrolitif Disaster) from FrontPC Online University (2003)
  3. Ph.D Mechanical Engineering (Bad Design Signal Indicator) from MyOnlyOnline University (2003) (Dean list)
  4. Ph.D Mechanical Engineering (Why Need Signal Indicator) from Everyone Online University (2004)
  5. Ph.D Automative Engineering ( Indicator, Electropetrolitif) from SureOri Online University (2004)
  6. Ph.D Petrochemical Engineering ( Electropetrolitif & Isotop 333-8) from FrontPC Online University (2004-2005)
  7. Ph.D Automative Engineering (EPF, Good Meh?) from OkLor Online University (2004)
  8. Ph.D Automotive Engineering (EPF, Indicator and Habit ) NotFraud Online University (2008) (1st class Honour)
  9. Ph.D Automotive Engineering (EPF, Indicator and Habit II) NotFroud Online University (2009-2010)




Hebat kan? 9 Ijazah Kedoktoran daripada Online University. Dahsyat.........














####Terima kasih kerana membaca. Jangan Marah..nanti kena jual dengan Abdul Wahub...hehehe = P####

2 comments: