Sunday, May 29, 2011

Pilihanraya Umum Malaysia Ke - 13

  1. Intuasi aku kuat mengatakan bahawa Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13 akan berlangsung dalam tahun ini juga, tahun 2011.
  2. Terdapat beberapa petanda yang agak jelas menunjukkan PRU 13 akan berlangsung dalam beberapa waktu lagi.
  3. Sebab pertama, aku mendapat sumber bahawa segala pengisian baharu jawatan Kerajaan menerusi SPA akan dibekukan bermula 1 Jun 2011 sehingga suatu waktu yang akan diberitahu. Cuma kepada permohonan yang sedang dalam status pemprosesan akan diteruskan. Logiknya, kerajaan sedang berusaha mengurangkan bajet yang dirasakan tidak berapa penting untuk digunakan ke arah yang lebih penting. Cakap-cakap belakang mengatakan kerajaan sedang menyediakan bajet untuk pilihanraya. Benar, pilihanraya umum memakan kos yang sangat tinggi. Logistik, cetakan, keselamatan, rasuahan dan sebagainya...memerlukan dana yang besar...
  4. Kedua, Encik Najib Tun Razak menerusia media-media arus perdana mengatakan bahawa MT UMNO akan mengadakan simulasi Pilihanraya. Aku ingat nak uji yield stress fail je gunakan simulasi perisian Nastran/Patran @ Abacus @ CATIA, rupenya nak buat PRU pun nak pakai simulasi. Nampaknya mereka benar-benar goyang kali ni. Tak cukup konfiden untuk menang undi 2/3 bagi membolehkan mereka mendapat mandat membentuk kerajaan Pusat..
  5. Walau apapun yang terjadi, kita tunggu dan lihat.......








































Aku cuma berharap peristiwa 13 Mei xkan berulang....

No comments:

Post a Comment