Tuesday, May 24, 2011

The 100th post: The Promised Land

Fuh..memang aku kagum dengan diri aku sendiri kerana berjaya membuat posting yang ke 100...Clap..clap..clap..












Baiklah, untuk tampalan (posting) ke 100 ni, aku nak kongsi tentang apa itu The Promised Land..

The Promised Land adalah satu tempat yang istimewa..

Tempat di mana menjadi tanah suci bagi tiga agama utama di dunia zaman berzaman.

Islam, Yahudi dan Nasrani, semuanya pernah memerintah dan memakmurkan tanah ini.

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah tempat pertama kiblat untuk umat yang menyembah Allah.

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah tempat lahirnya Isa Ibnu Maryam, di Baitul Laham..

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah kebanyakan nabi-nabi dari kaum Yahudi dimakamkan..harus diingat, kaum Yahudi ini adalah kaum yang paling banyak diutuskan para Nabi dan Rasul...

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah pernah menyaksikan peristiwa Genocide oleh para kesatria Nasrani semasa mereka mula-mula sekali menakluk tanah suci ini...

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah melihat bagaimana hebatnya Saalahudin Al-Ayubi memimpin tentera Islamnya dalam kemuncak Perang Salib yang berlangsung menghampiri 2 abad...

Kerana Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah, salah seorang Khalifah Khilafah Uthmaniah pernah bersumpah untuk mempertahankan setiap inci tanah ini dengan nyawanya daripada dimiliki oleh Zionis Laknatullah semasa di era penghujung zaman kegemilangan Uthmaniah...

Kerana Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah, berapa ramai para Amir Dunia Islam masa kini yang begitu lantang menunjukkan kepada dunia betapa Islamiknya mereka menjadi lemah longlai...

Di Tanah Yang dijanjikan ini jugalah menjadi saksi kebenaran perjalanan Muhammad ke langit, apabila sehingga kini batu yang ingin mengikut Baginda masih terapung2 tanpa sebarang tongkat ataupun tali...

Di Tanah Yang dijanjikan ini jugalah, betapa dunia Islam disajikan berita kebimbangan runtuhnya Qiblatul Ula dek kerana kerakusan Zionis menggali mencari Haikal Sulaiman..






Nah. Andai seluas lautan dijadikan tinta, andai saujana mata memandang warkah yang disediakan, belum tentu akan mencukupi untuk mencoretkan segala bait-bait kisah berkenaan Tanah Yang Dijanjikan ini....

Dan kini, betapa Tanah Yang Dijanjikan ini menjadi bukti sabda Muhammad yang antaranya bermaksud umat Islam di akhir zaman itu seperti buih di lautan. Meriah tapi lemah! Betapa Tanah Yang Dijanjikan ini menjadi saksi penindasan umat Islam oleh segerombolan kaum yang begitu obses dengan kehebatan kendiri.

Jadi, sebagai umat yang mengaku Allah itu satu, Muhammad itu pembantu-Nya, apakah peranan yang telah dan boleh kita lakukan? Aku menyeru kepada kalian dan juga kepada 'Man In The Mirror' depan aku ini, supaya kita memberi sumbangan dalam usaha membebaskan Palestin. Andai kita tidak terdaya Jihad Fi Sabilillah bersama Intifada di sana, cukuplah sekadar berdoa kepada Allah. Tiada maknanya seandainya kita sekadar beretorik dengan slogan-slogan dan sticker-sticker di cermin-cermin kereta seandainya untuk menuturkan "Allahumansuril mujahideen fil Falestin" ataupun dalam Bahasa Melayunya "Ya Allah, Kau bantulah para pejuang-pejuang agama-Mu di Palestin" acap usai solat fardhu amat payah!

Kalian boleh terus meluangkan masa mempelajari sirah-sirah Tanah Yang Dijanjikan ini kalau mahu. Untuk rujukan, aku cadangkan juga kalian nonton filem Kingdom Of Heaven. Ini karya Hollywood yang aku rasa lebih banyak jujurnya daripada autanya. Tidak begitu mengobah sirah.






Tajdid paradigma, mulakan langkah kita sekarang. Aku pun bukan perfect tapi sekurang-kurangnya kita saling mengingati..


Sedikit halwa telinga, dengarkan alunan nasyid keamanan ini....








































P/S: sebenarnya aku nak ulas topik lain sempena ulang-tulisan ku yang ke 100...tapi aku rasa nak kongsi lebih isu Palestin ni dulu...tengokah nnt aku letak dalam tampalan ke 101.2563 ke...

2 comments:

  1. Tidak ketinggalan juga yang The Promised Land ini adalah tempat suci untuk agama Kristian. Kat sini lahir agama Kristian, agama yang dibawa oleh Nabi Isa AS yang kemudiannya telah terpesong setelah ketiadaan baginda.

    Perang Salib (Crusade) juga bermula disini.

    ReplyDelete
  2. Memang begitu istimewa The Promised Land ni...

    ReplyDelete