Thursday, May 5, 2011

Mari belajar inflasi...

  1. aku bukanlah orang yang mengambil pengkhususan ekonomi. Kalau anda nak belajar lebih tentang ekonomi dan kira-kira uang, boleh bertanya dengan lebih lanjut kepada Encik Akauntan Nazmiy. Tapi ilmu ekonomi aku bolehlah takat nak ramal harga unjuran kuih karipap dalam tempoh empat suku tahun kewangan.
  2. kembali kepada topik utama. mari belajar inflasi. topik yang aku nak ulas ni berdasarkan pemahaman aku sendiri ye..sila jangan gelakkan ilmu ekonomiku yang diperolehi dari universiti kehidupan (pergh ayat...hahaha).
  3. seperti yang telah aku kongsikan dalam post aku sebelum ni berkenaan fiat money, aku nak kongsikan cara pemahaman mudah aku berkenaan inflasi.
  4.  fiat money seperti yang kita ketahui kadar susut nilainya adalah berkadar langsung dengan inflasi sesebuah negara.
  5. contohnya kalau inflasi tahunan Malaysia 4%, bermakna nilai fiat money malaysia akan berkurang sebanyak 4%. Example: Nilai duit kertas RM10 tahun ini xakan sama nilainya RM10 pada tahun depan. Pening? Ok..katalah tahun 2011 wang kertas RM 10 bernilai sebanyak RM10. Maka pada tahun 2012, dengan beranggapan nilai inflasi Malaysia sebanyak 4%, maka nilai baharu sebenar sehelai kertas yang dicetak RM10 telah benilai (RM 10 - (4/100 x 10)) = 9.6...yang pada tahun 2012 nilai kertas yang dicetak dengan RM10 sebenarnya cuma bernilai RM9.60.
  6. Orang x akan nampak apa sebenarnya yang terjadi. Di sinilah sebenarnya punca sebenar kepada kenaikan harga barang. Nilai barang itu sebenarnya adalah sama pada zahirnya. Tetapi kerana nilai fiat money kita telah menyusut, maka para peniaga akan menaikkan harga barang untuk menyamakan nilai barangan itu dengan tahun lepas. Contohnya, harga sekotak Rokok Dunhill 20 batang bernilai RM 10 pada tahun 2011. Tetapi memandangkan pada tahun 2012, nilai fiat money kita telah menjadi sebanyak RM 9.60 sahaja, mana mungkin kita dapat membeli sekotak rokok Dunhill 20 batang yang nilai sebenarnya adalah RM10. Jadi pada tahun 2012, harga rokok Dunhill 20 batang pon akan dinaikkan kepada RM 10.40.....
  7. Nak tahu betapa dahsyatnya nilai fiat money kita menyusut? Pegi pasaraya pada hari biasa semasa tiada kempen harga murah, potongan harga, etc..bawak RM50 dan beli barangan yang jumlahnya semua sama dengan RM50. Catat dan rekodkan...Bulan depan..ulang semula standard operation procedure anda di tempat dan waktu yang sama..catat lagi jumlah barangan yang anda beli..coba bandingkan..kalau ada penyusutan jumlah barangan memang sahlah duit kita dah susut nilai...
  8. Jadi jangan salahkan makcik nasi lemak yang menjual nasi lemak yag sekali ngap dengan harga RM 1.50 berbanding dengan nilai nasi lemak yang sama 3 tahun lepas sepenuhnya...salahkan the system........
  9. Apa itu system? Gi tonton citer trilogi Matrix......


No comments:

Post a Comment