Monday, March 14, 2011

Agak-agaklah bro!

Kita tahu bencana alam ini diluar bidang kawalan manusia. Kerana manusia itu tergolong dalam 'Makhluk'. Makhluk ini adalah kata terbitan daripada Bahsa Arab Kholaq. Makhluk bermaksud ciptaan, manakala Kholaq ialah cipta. Allah The Great pula dikategorikan sebagai Khaliq. Normally para ulama akan menggunakan perkataan Al-Khaliq. Khaliq ini maksudnya pencipta, kalau dalam bahasa PPSMInya creature.

Secara logiknya, takkanlah benda yang dicipta mampu nak mengatasi kuasa sang pencipta atau dalam bahasa kasarnya mana boleh lawan taukey!

Umum mengetahui bahawa negara Jepun baru sahaja dilanda bencana berganda, gempa bumi berskala 8.9 skala Ritcher + ombak Tsunami yang melanda dan meratakan sebagian besau kawasan utara Jepun. Banyak kemusnahan dan kemalangan jiwa yang berlaku. Takziah diucapkan kepada mereka atas musibah yang melanda.

Tapi di 1Malaysia lain pula ceritanya. Apa ceritanya? Cer citer, cer citer.

Al-kisahnya dihikayatkan sebuah hikayat, yang tidak segah Hikayat Merong Mahawangsa mahupun Hikayat Tuhfat An-Nafis tapi khabarnya Hikayat ini telah mendapat perhatian seanteeo dunia. Dikisahkan melalui naskhah terbitan Berita Minggu 13 Mac 2011, sebuah komik telah diluluskan untuk dicetak oleh pihak pengarang untuk tatapan umum. Apekebenda kartunnya tu? Tengok bawah ni:



Mungkin bagi sesetengah orang ini humor. Tapi tolonglah. Bukan semua benda boleh dilawakkan.Bayangkan, kau ada sedara mara kat Jepun semasa kejadian itu, dan kemudian disahkan telah terkorban. Apa mungkin ketika itu baru kau nak pakai otak? baghal!


Aku x salahkan kartunis tu langsung. Yang aku salahkan kepada Sang Ketua ataupun sape2 sahaja yang berkuasa untuk meluluskan kartun ini dicetak. Kenapa? Sang kartunis cuma menghantar artworknya utk memenuhi slot yang telah diperuntukkan utk dia setiap minggu. Sudah tentu draft itu perlu dihantar dan disemak oleh ketua dan kemudian kalau dia rasa kartun itu x sesuai, dia boleh maki kartunis itu sendiri sambil meminta beliau melukis kartun yang lain.


Ini susahnya kalau dapat ketua yang bangang tahap mengalahkan unta padang pasir. Kalau bab keje nak hentam pembangkang selamba biawak padang pasir sanggup mengedit berkali2 berita, material agar segalanya nampak buruk.

Ya aku tahu mereka telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf di sini. Tapi berita ini telah pun menyebabkan nama Malaysia jadi busuk, hancing, berulat dan sebagainya. Buktinya di sini.


Aku cadangkan agar Ketua  yang meluluskan terbitan kartun untuk akhbar ini meletak jawatan, dan kemudian dihantar ke Jepun sebagai menebus dosa-dosa kerana kebaghalannya dengan membantu menyelamatkan mangsa2 Tsunami di sana, tanpa gaji.

Time tu baru kau tahu apa rasanya duduk dalam kasut orang jepun!

No comments:

Post a Comment