Wednesday, October 5, 2011

Projek

  1. Zaman belajor memang banyak kenangan.
  2. Ada kenangan indah, manis, masam, masin, kurang gula dan macam-macam lagi.
  3. Salah satu kenangan yang pasti susah untuk dilupakan adalah menghadapi Final Year Project @ Projek Tahun Akhir...
  4. Al-kisahnya beberapa hari lepas aku sedang melayari internet mencari bahan-bahan rujukan untuk menyelesaikan masalah di kilang.
  5. Sedang mencari2 bahan ilmiah untuk di selidiki, terjumpa satu link ke perpustakaan menara gading gajah afrika aku. Artikel berkenaan subjek bendalir. Setelah menerobos laman sesawang tersebut, aku cubalah klik pada seksyen yang berkaitan dengan Jabatan aku, iaitu Jabatan Kerja Raya Rekabentuk..mana tau tesis aku dimuat naik ke laman web ini.
  6. Tengok2 nama aku xde tapi tesis milik kawan aku ada dimuat naik..Bangga aku weooo..dahlah budak rumah aku, budak group aku pulak tu...hahaha
  7. Projek dia memang mencabar. Sepanjang tempoh yang diberikan aku tengok dia dah macam orang yang tak terurus, macam orang baru lepas putus tunang sebab tunang dia lari ikut balak lain yang kacak ada iras-iras Dafi Bayikkk Punyaaa...hahaha..
  8. Aku nak share sikit pengalaman aku menghadapi dugaan akhir zaman ni.
  9. Mengikut sistem pembelajaran tempat aku ini, projek akhir tahun dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Penggal ke 7 dan penggal ke 8. Penggal ke 7 lebih kepada kajian ilmiah ataupun dalam bahsa Inggerisnya dipanggil literature review dan penggal ke 8 lebih memfokuskan kepada penghasilan akhir sama model, keputusan ujikaji, prototaip ataupun extend satu semester lagi menjadi super junior senior sebab gagal dalam projek tahun akhir...
  10. Saat paling kritikal adalah saat pemilihan tajuk untuk projek. Tempat aku mengamalkan sistem siapa lambat die makan asap sambil makan hati sebab dapat tajuk susah + ntah hape2 ntah + lecturer non-favorite..hahahaah
  11. Seawal minit pertama aku dah menanam azam dan tekad, "Katakan tidak kepada projek yang memerlukan penghasilan sebarang prototaip" kerana aku adalah salah satu daripada makhluk tuhan paling malas...hahahaha
  12. Aku telah berjaya mendapat tajuk yang sangat senang pada dasarnya tapi x de orang nak amik (sebab fobia kena buat automasi dalam perisian CATIA dan juga bahasa pengaturcaraan bahasa komputer. Semua masih fobia dengan kenagan pahit subjek C++..hahahaha)   
  13. Baik dipendekkan cerita, kami semua diberi peluang samarata sebanyak 4 bulan untuk menyiapkan projek masing-masing termasuk aku. Ok fast forward. Aku sebenarnya hanya menyiapkan projek aku dalam tempoh seminggu sebelum deadline nak kena hantar draft kepada supervisor aku. Cer bayangkan, orang lain buat dalam tempoh 4 bulan tapi aku cuma amik masa seminggu je. Gile genius malas aku ni!
  14. Tapi seminggu tu aku memang macam orang dalam gua..Kehidupan betul-betul x terurus..hahaha..Dok depan PC sambil buat coding, trial and test program...dalam seminggu cuma perkataan Debug, debug, debug, debug, arghh..debug,debug,debug...cilakamenyesalakuxsiapkanawal2macamdinsebabsekarangdiatengahnyenyaktidurakuplakdokdpnpcngadapmenatangni, debug, debug, error, debug dan seterusnya......
  15. berkat keizinan tuhan aku berjaya juga menyiapkannya on the time..muehehe
  16. Lepas tu kena buat presentation plak. Antara tips utama semasa pembentagan projek tahun akhir adalah sentiasa senyum dari awal hingga akhir presentation. Insya Allah, markah anda akan cantekk..bukan apa, dorang ni kadang suka sangat provoke2 student, dah tu bila dah kena provoke mulelah menggelabah, patuh bila dah menggelabah mulalah tersasullah, salahkan kerajaan lah..hahaha..jk2....jangan terkejut, ada beberapa student yang menangis semasa pembentangan projek ni kerana provokasi2 ni..maklumlah perempuan..jiwa mereka kan banyak taman...ekekeke
  17. Ah ya...seandainya anda mahu membuat hardcover, saya akan mencadangkan anda pergi ke UPM, maksud saya taman perumahan disebelah UPM tu..nak dijadikan cerita, memandangkan aku ni memang sejak azali malas tahap gaban, aku pon lambatle nak hantor buat hardcover..bila aku tanya semua kedai di Melaka yang menawarkan perkhidmatan membuat hardcover, mereka cakap aku punya cuma boleh siap dalam tempoh seminggu lebih skit sebab kena tunggu turn daripada politeknik2 dan universiti2 lain yang budak2 dorang hantar projek wat hardcover gak....gile..aku nak kena hantar dalam tempoh 3 hari lagi je..dengan menggunakan segala sumber networking yang ada, aku pon contact memember disekitar UKM dan UPM....aku memilih untuk ke UPM..bayangkan naik motorsikal 4 lejang secara solo, dengan membawa 4 salinan laporan tahun akhir untuk dihardcoverkan yang total ada dalam anggaran 400 helai, merentas membelah Lebuhraya Utara Selatan...nasib baik cuaca masa tu panas terik..ni satu lagi kenangan aku xleh lupa....sampai UPM lepas jumpe member aku, member aku cakap aku gila...hahahaaha...tapi hasilnya memang berbaloi2...dapat cari kedai yang bersetuju mengecas hanya RM60 untuk complete set 4 copy hardcover masa tu, dan hanya perlu menunggu dalam masa lebih kurang 2 jam sahaja serta kualiti kerja yang marbeles....tapi sebelum balik, tokeh tu sempat pesan, "ini nanti u balik, u jangan bukak2 u punya buku ini ha..die punya gam bulum butul2 keling..takut nanti lia punya cover ada tanggal...lu kena tunggu satu malam lebih kulang itu macam balu boleh bukak2"..hahaha..x kisahlah pek..aku x heran pon nak selak2 tesis aku tu...balik dari UPM singgah umah aku kat Land of Kancong terus shoot balik Melaka malam tu jugak...sampai umah sewa melaka aku tindih set tesis aku dengan segala macam buku rujukan tebal2 dan berat2 aku jumpa dalam rumah sewa aku..konon2 xnak kasi gam2 die x tertanggal..hahahahaha.....member aku ada yang bengkek sebab aku dah siap menghardcoverkan cuma tinggal hantar sebab dia kena tunggu 2 minggu, bayar kena cas satu buku 30 ringgit pulak tu + dia cuma akan dapat betul2 hari nak kena submit semua tesis tu..inilah yang dinamakan rezeki...hohohoho....
  18. Dan sebelum markah official keluar, aku dah usya2 line berapa aku dapat untuk markah akhir projek tahun akhir penggal ke-8 aku ni..daripada supervisor aku, aku berjaya dapat A- sebab para penilai kagum dengan hasil projek aku tu..ekeke, tetapi supervisor aku cakap kalau ikut dia, dia nak bagi aku B+ je...kejam gak hati supervisor aku ni..ekekeke..tau lah dia tu ex-engineer Perusaahan Otomobil Nasional....tapi xpe...aku tetap respect dia ni..sebab dia ni memang otai dalam bidang2 design ni..lagi2 guna software CATIA..makanan die je tu..hahaha
  19. Aku betul bersyukur dan puas hati..ok le..macam orang gila 1 minggu tapi dapat result best..ekeke..member serumah aku bengkek je...dorang penat2 buat satu penggal, ada yang dapat B+ ngn A- je..hahaha..itulah rezeki namanya...
  20. tapi bila aku tengok2 balik projek yang aku buat tu dulu sekarang ni, rasa kelakor plak. Kalau macamni hasilnya dalam seminggu, bayangkan kalau aku mendapat pencerahan untuk menyiapkan projek aku sejak dari awal penggal lagi....mesti lebih gempak dan mungkin aku sekarang dah keje kat Pininfarina sebagai Designer...hahaha..mimpi le...
  21. Nak tengok contoh projek aku?




Nampak je bodoh, tapi total coding page je dah makan 14 muka.......Maaf sebab kualiti video macam haramjadah sebab saiz asal video sangat besar, jadi aku kecikkan saiz dan kualiti gambar pon menjadi hampasgas...







Morale of the story:


  1. Jangan malas sangat.
  2. Tuhan sayangkan hamba-Nya yang selalu memohon petunjuk
  3. Rezeki ada di mana-mana...
  4. Sayangi sungai kita....hahahaha

No comments:

Post a Comment