Friday, June 24, 2011

Yes or No?

  1. Bila aku guna gambor sendiri sebagai profile Fesbuk, makin ramai plak factory-mate (ala-ala office-mate gak ni..haha) yang ingin menjadi teman aku.
  2. Setahun lebih lamanya aku coba merahsiakan identiti aku di Fesbuk. Aku hanya berkongsi profile dan menjadi teman kepada insan-insan factory-mate yang rapat dengan aku sahaja.
  3. Kerna apa? Kerna apa aku begitu merahsiakan identiti aku di fesbuk daripada Factory-mate? Adakah kerana aku salah seorang ahli peringkat ke 13 Freemason? 
  4. Enggakkk..bukan begitu maksudku..Aku mengamalka dasar sediakan payung sebelum hujan dan juga dasar trust nobody but urself...bukan I want nobody-nobody but you...I want nobody-body but you...x kuasa aku..hahaha
  5. Fesbuk umpama sisi aku di dunia maya. Walaupun ia adalah hak mutlak Ahli Freemason Mark Zuekerberg, tapi dengan dasar murah hatinya beliau telah membenarkan aku untuk membuka akaun secara percuma dan digunakan seadanya. Jadi ikut suka akulah nak guna camne...hahaaahaha
  6. Aku pulak jenis bangsa yang kadang2 suka "post" lepas kat dinding fesbuk (umpama cakap lepas tetapi disebabkan fesbuk mengaplikasikan luahan secara "post" maka jadilah ia "post" lepas...Bayangkan aku tgh bengang dengan hal kilang..aku ghasa nak hapdet kat Fesbuk..contohnya ayat macam.."Eee..x sukewlah dengan derang ni..nyampahnyeww...aku dah nak balik tiba2 ada breakdown...sebab operator bangang macam unta x pandai kontrol mesin sampai mesin tercabut...eee...x sukew..x sukew....kena stayback lah camni"...pehtu member aku pon Like status ni kat fesbuk..lepas tu plak member aku ni jenis suka gosip..pastu esok masa aku cuti die jadi Melodi kat kilang..pastu ..pastu....ah..korang pikirlah sendiri.....Xke haru tu namanya...kang kalau management tau mau effect aku punya appraisal..kalau appraisal effect x naiklah gaji aku..x naik gaji aku jawapnya lambatlah aku naik pelamin..
  7. Aku sangat berhati dalam benda2 social application ni...sape2 yang jadi fren aku kat fesbuk mesti kalu korang baca description aku cam haram...boleh katakan xde yang ada kaitan dengan hidupku jua..yaa..sebenarnya aku buat itu semua dengan sengaja...dunia internet sekarang semakin maju..kemampuan SEO (search engine optimization) dan bot crawling milik Google memang kadangkala menakutkan (Bot crawl ialah definisi yang digunakan kepada enjin carian seperti Google dalam usaha meerka mendapatkan maklumat di alam maya)..dengan hanya menaip AC Mizal Jutawan Gelang dah berjuta info keluar..dan kebanyakannya sangat tepat..byangkan kalau ex girlfriends aku taip nama penuh aku kat Google mahupun Facebook search..mana aku nak lari?..ini sbg contoh...contoh...Aku dah melakukan kesilapan ber'kata' benar dan sebenar2nya semasa di frenster dulu..90% data peribadi aku adalah benar dalam description di frenster...sbi baik frenster dah x popular skrg..so google bot crawler pon dah x mncari secara insentif di frenster.....
  8. Sebagai kesimpulan, aku akan berkata Yes kepada teman factory-mate yang aku dah kenal budi bicaranya dan on-hold kepada teman yang gitu2 je...
  9. Sebagai halwa telinga dengarkanlah lagu yang aku embedkan ni...


View dia dah capai setengah billion kat youtube..bilangan yang menci dia je dah sejuta lebih (salah satunya akulah tu..mwahahahahaha)..Apa makan budak ni?

No comments:

Post a Comment