Thursday, June 30, 2011

Eccident

  1. Aku kemalangan.
  2. Kejadian mengambil tempat di Jalan Kampung Olak Lempit berhampiran Darus Syifa'. Waktu kejadian lebih kurang 8.30 pagi, Hari Isnin. Time tu aku nak gi keje dan hujan turun renyai. Jalan licin
  3. Time tu depan aku ada traktor. So bile ada traktor depan ko, secara otomatik pandangan ko akan jadi limited kerana kehadiran objek besau. Nak dijadikan citer ada anjing dah terbujur kat atas jalan. Aku coba elak dari langgar, namun nasib kureng baik. Aku terlanggar sikit dan motor aku hilang kawalan. Terus aku terjatuh dan menyembah bumi. TIme jatuh tu aku dah x ingat apa dah. Dada aku terasa sakit sangat. Aku jatuh sambil dada aku terhempap ke atas jalan dulu.Sakit sangat woo. Nak bernafas waktu itu rasa sangat susah. Pandangan aku pon dah agak gelap. Tetiba aku teringat macam dah nak mati.
  4. Aku sangat bernasib baik. Waktu tu hujan. Jadi kereta di belakang agak perlahan. Dan aku juga jatuh lebih mengarah ke tepi bahu jalan. Yang aku agak ingat tentang kejadian di jalanan itu adalah bagaimana prihatinnya masyarakat sekitar situ. Ada 2 orang melayu menunggang motosikal dari Arah yang bertentangan yang sanggup berhenti dan melintas jalan untuk menolong aku. Beberapa buah pemandu kereta turut memberhentikan kereta di tepi untuk membantu aku. Beberapa orang membantu mangawal lalulintas. Sewaktu kejadian juga aku x mampu nak berdiri. kaki kanan aku kena hempap moto dan terasa sangat sakit. Ku terpaksa dipapah ke tepi jalan. Ingat kaki aku dah patah ke apa ke. 
  5. Aku dibawa ke hospital banting untuk rawatan lanjut. Gi hospital naik Satria member aku yang kebetolan lalu di situ. Motorsikal apa ke aku dah x bicara. Yang penting aku nak cek dada aku dulu. Sampai hospital terus gi Kecemasan. Memandangkan ak x bisa jalan, aku pon dibawa dengan menggunakan kerusi roda. Sampai terus baring atas katil dalam ER tu. Datanglah beberapa orang untuk memeriksa keadaan aku. Macam2 ditanyanya aku. Aku pon menjawab dengan sore yang lemahlonglai sebab menahan kesakitan.
  6. X lama lepas tu terus aku kena bawak gi X-ray. X-ray dada and kaki kanan aku. Then, lepas dah siap aku dibawa kembali ke ER. Baring di atas katil sambil menunggu tindakan selanjutnya. Waktu aku berbaring di atas katil itu, selang 2 katil tu ada pesakit sedang menerima rawatan kecemasan. Aku x nampak lah sangat apa dorang buat sebab dorang tutup katil tu dengan langsir sekeliling. Suasaana memang sangat sibuk di sekeliling katil tu. Misi2 ulang alik keluar masuk kawasan katil tu. Sambil2 tu aku inform kat management aku yang aku x dapat datang keje sebab eccident. 2nd bos aku terus SMS tanya aku status, Any Serious Injury?..hahaha...sayang gak bos aku ni ngn aku..=p
  7. Aku sempat tertido. Rasa letih sangat. Biasalah, kalau badan ko sakit, ko akan merasa sangat letih sebab tenaga banyak digunakan untuk melawan kesakitan. Bila aku tersedar, suasana menjadi kembali sepi. Aku ternampak yang seorang doktor keluar dari kawasan kepungan langsir katil yang aku nyatakan tadi dan memaklumkan sesuatu kepada seorang ibu tua dan seorang lelaki di hujung katil itu. Terus aku terlihat lelaki tersebut menangis dan memeluk bahu perempuan tersebut yang aku assume sebagai ibunya.
  8. Balik dapat MC 2 ari. Lepas tu ari Rabu datang balik sepital. Niat di hati nak dapatkan MC barang sehari dua sebab kaki aku x tiptop lagi. Camne nak keje dengan penoh dedikasi? Dahlah keje aku banyak ronda kilang. Turun naik tangga. Nak naik ofis aku je dah kena panjat tangga sampai tingkat tiga. Untuk rawatan susulan aku dikehendaki ke bahagian pesakit luar. Orang ramai gaks walaupun hari itu hujan dengan lebat di waktu pagi. Daftar, tunggu punya tunggu akhirnya tibalah giliranku. Masuk2 tengok doktor perempuan incharge. Tetiba rasa macam nak menggedik2 plak. Skali tengok jari ada cincin langsung malas nak menggedik. Mana tau suami beliau seorang guru silat. Mau masuk emergency room lagi gamaknya aku..hahaha...Doktor tu tanya mana sakit. aku pon berekspresi dan menunjukkan lokasi2 tempat sakit. Yang kelakar boleh pulak doktor tu tanya perlu ke tambah ubat? Dalam hati aku cakap aik kan ke ko doktor, awat tanya aku yang keje pomen ni perlu tambah ubat ke x? Last2 aku mintak tambah obat tahan sakit. Mana tau tetiba sakit2 kembali anggota aku.Doktor tu tanya lagi nak MC ke?Aku pon jawablah nak doktor. Keadaan saya ini tidak mengizinkan saya berkhidmat. Doktor kata ok, sila tunggu di luar sebentar. Aku pon keluar dengan kaki yang terhincot2...tumit aku masih lagi sakit so x dapat nak jalan dengan sempurna..bila berjalan secara biasa mak datok dia punya bisa terasa menjalar ke segenap resiptor2 dan urat sarafku ini...Duduk dalam 10 minit makcik misi keluar dari bilik doktor sambil membawa kertas Medical Certificate..bila aku tengok je MC tu rasa gembira plak..x sangka bley dapat 3 hari extra,,bajet dalam 2 hari je mulanya..maklumlah..hospital gomen..bukan boleh beli2 mc....jadi genaplah seminggu aku bercuti sakit..kebetulan sabtu ni aku off...
  9. Sampai ketika post ini ditaip dadaku dan kaki masih lagi sakit. Sakit dadaku memang mencucuk..hilang nikmat batuk dan bersin..bersin sekarang kena kontrol..kalau x sakit tu begitu mencengkam dada..sebab tu aku ngelak dari menghidu benda2 yang bisa membuatkanku terbersin selepas kemalangan ni...serius..bersin secara kontrol x syok langsung..menyebabkan kepala aku pening dan sakit..huhuhuu
  10. Walaubagaimanapon ini semua dugaan tuhan untuk aku...DIA bagi aku ujian..untuk menghapus dosa2 di dunia ni sebenarnya....ni ujian berat mesti ada dosa2 aku x sedar main buat je ni..x pon ni bayaran secara compounding interest kepada nilai dosa2ku...bak kata pepatah..setiap yang terjadi tu ada hikmahnya..mana tau lepas ni aku dapat kebaikan yang masyuk ke..mana tau dapat special adjustment ke..menang peraduan dapat duit RM1 juta ke..mana tau kan....itu semua kerja dan ketentuan-NYA.............

No comments:

Post a Comment