Saturday, June 11, 2011

Kemahiran Yang Semakin dilupakan

Zaman sekarang zaman IT. Orang kata kalau kau xada Facebook ko memang kuno..orang katalah..tapi aku x kata apalah...

Untuk topik kali ini..aku ingin membawa sedikit illumination (pencerahan) tentang kemahiran yang semakin dilupakan. Ya..sebagai anak-anak yang keluar-keluar sedut oksigen dah ada air dalam besi, api dalam kaca, aku pasti kita sekarang sedar x sedar semakin melupakan kemahiran yang bolehlah di kelaskan sebagai warisan zaman berzaman...

Baiklah...sila rujuk kepada list di bawah ke untuk kemahiran yang semakin dilupakan..


  1. Kemahiran menganyam ketupat. Ku yakin budak2 zaman sekarang ramai yang x tahu menganyam ketupat. Kalau setakat mengumpat tu memang hebat. Dengan kemajuan industri pemesinan dan makanan, kebanyakan makanan sekarang dah boleh dapat dalam bentuk segera. Ketupat segera sekarang dah bersepah2 kat pasar-pasar raya dan juga kedai-kedai runcit. Tahukah anda menganyam ketupat sempena hari raya kadang-kala boleh membuatkan pahala puasa kita susut nilai dek kerana menyumpah2 daun kelapa tersebut? Al-maklumlah, ketupat ni official food lebaran di Nusantara kan. Jadinya Lebaran pon datang setahun sekali so menganyamnya pon setahun sekalilah jugak..har har har...Sejujurnya ku hanya berjaya menguasai kemahiran menganyam ketupat versi sate..ni ketupat paling senang nak anyam...aku berjaya menguasai kemahiran ini semasa tahun menduduki SPM suatu masa dahulu....ketupat ini pulak terdapat beberapa versi seperti ketupat bawang, mercun ketupat dan juga ketupat bantal...dalam bahasa Jawa, ketupat dikenali sebagai 'KUPAT', kalau dalam bahasa Jerman pulak dikenali sebagai Diamant (bukan aku cakap..Haji Google Translate yang cakap)..hahaha
  2. Kemahiran membuat kelim karipap. Karipap memang sedap dimakan. Lebih-lebih lagi kalau dimakan sewaktu panas2 bersama kopi ataupon teh panas sambil duduk2 di amben depan laman bawah pohon merimbun di petang hari bertemankan tiupan angin sore yang nyaman dan sepoi2 bahsa sambil usya2 anak jiran sebelah yang ayu sedang menyapu dedaunan kering di laman rumah beliau sambil control cun....zaman sekarang ni dah banyak dah orang buat bisnes karipap frozen....actually, terdapat 2 SOP (Standard Operation Procedure) dalam membuat kuih karipap ini. Satu dengan menggunakan acuan (wong jowo panggil "CITAK-AN"). The advantage of using this CITAK-AN is we can save more time on producing karipap...The disadvantage of using this CITAK-AN is, if during clamping the dough, the technique is not appropriate, the karipap will be self-opened while in frying process. This will resulting our frying oil become 'ngeres' or messy. Futhermore, the karipap will be considered as rejected, but still can be eaten...Understand?..mwahahaha cakap London gituww... Satu lagi SOP adalah dengan teknik men'gelim' sisi karipap..Siapa biasa makan karipap dan 'hantu karipap' pasti anda dapat membezakan kehalusan seni men'gelim' sisi karipap ini.....sekilas karipap panas dalam kuali, sudah kutahu SOP'nya CITAK-AN or KELIMAN...mwahahahaha....seni mengelim sisi karipap ini pon aku dah master....(ayat riak..hahaha)
  3. Seni membuat nasi himpit...kuyakin anak2 millenium lebih banyak yang tahu makan nasik himpit daripada ghairah untuk mengetahui asal-usul nama Nasi Himpit...secara jujurnya...aku tak sempat mengambil kursus amali mahupun MLVK Tahap 4 dalam proses pembuatan Nasi Himpit ini...tetapi aku sempat mengambil short course ataupun dalam bahasa melayunya kursus pendek berkenaan teori pembuatan nasi himpit ini....lecturernya pulak ialah arwah nenekku..time tu aku masih lagi bocah-bocah...aku pernah tengok bagaimana arwah nenek aku mengaplikasikan Hukum Pascal di mana Pressure equal to Force over Area...eh..dah macam system Hydraulic plak...ok2...fokus2..yang aku ingat apparatus yang arwah gunakan dalam proses pembuatan nasi himpit konvensional ini adalah loyang bulat, daun pisang, plastik dan juga cutting board berbentuk bulatan...aku rasa bentuk fizikal loyang dan cutting board itu bukanlah pembolehubah malar..so bolehlah jugak kalau nak guna selain bentuk bulatan...antara modus operandi yang aku ingat skit2 ialah..nenek aku masak nasik dulu dalam periuk nasi 'karan'..lepas tu beliau senduk nasik2 tersebut dan ratakan dalam loyang tu...then beliau tutup nasik tersebut dengan lapisan dedaunan pepisangan...then letakkan plastik atas lapisan dedaunan pepisangan tu..then letakkan cutting board pada level atas sekali...kemudian beliau pon memulakan operasi press and shape (tekan2 cutting board tu) untuk mengubah struktur fizikal dan molekul bijian nenasi itu...dari sinilah nama Nasi Himpit muncul..al-maklumlah..kena himpit semasa proses pembuatan..anda boleh mencubanya sendiri di rumah..x jadi sendiri tanggung..hahahaha



Begitulah adanya...mungkin banyak lagi kemahiran yang semakin dilupakan..tapi aku dah malas nak menaip..hahahahahaahaha...

Renung2kan..dan selamat beramal....

No comments:

Post a Comment