Thursday, January 5, 2012

Wayarless

  1. Aku bersyukur kerana teknologi berkembang dengan sangat pesat. Selaku seorang tidak rajin, teknologi ini sangat membuatkanku gembira.
  2. Teknologi yang aku amat gemari sekarang adalah teknologi tanpa wayar ataupun wayarles ataupon wireless.
  3. Serius bukan tahi teknologi wayarless membantu aku beralam maya dengan lebih pantas, tuntas, tangkas.
  4. Bermula dengan penukaran sistem Broadband internet Streamyx aku daripada berwayar kepada wayarles.
  5. Kemudian dengan pembelian pertama peripheral untuk Desktop usang tapi masih releven, berkuasa dan berada dalam kelasnya yang tersendiri iaitu wayarless mouse. Serius, menggunakan wayarless mouse memberikan aku lebih kebebasan. Lebih gembira bila aku buat design dalam CATIA, Autocad dan yang paling penting, aku lebih selesa bermain permainan video..
  6. Kemudian dengan rezeki yang diberi tuhan, aku membeli laptop baharu yang dilengkapi teknologi wayarless (Wifi + Bluetooth). Oh lagi senang aku beronline. Dengan hanya sambil bergolek2 di atas tilam aku yang hempuk, aku masih lagi boleh bergosip dengan istiqomah di alam maya.
  7. Kemudian untuk menambahkan lagi kemalasan, aku beli pula set keyboard dan mouse wayarless untuk laptop aku. Maklumlah nak main FIFA 12 punya pasal, kenalah cari keyboard luaran. Kalu x mahu jahanam laptopku punya papan kekunci...
  8. Next plan ingat nak beli wayarles printer plak...mwahahaaha...aku memang malas...
  9. End

No comments:

Post a Comment