Monday, January 23, 2012

Put the Politic aside
































Dah tengok?
Tahukah anda kalau berdasarkan laporan kerajaan yang menyatakan kadar inflasi di Malaysia setiap tahun adalah dalam kadar 2% - 4%..maka setiap tahun anda yang bekerja makan gaji hendaklah memastikan mendapat increment paling kurang 4% dan 8% minimum kalau nak merasa apa itu penambahan pendapatan sebenarnya.


Ramai orang berkata, seandainya pihak pembangkang diberi mandat untuk memerintah negara, mampukah mereka melakukakannya seperti pihak pemerintah kerajaan sekarang? Pada aku, kenapa tidak kita memberi peluang kepada mereka, sama seperti kita telah memberi peluang kepada pihak pemerintah sekarang selama 50 tahun lebih lamanya? Jika dirasakan tiada perubahan, gunakanlah saluran yang disediakan, pilihanraya umum.Tukar kerajaan. Kerajaan yang paling bagus adalah kerajaan untuk rakyat.


Aku tidak mahu terlalu melibatkan isu politik dalam posting kali ini. Cuma apa yang aku sangat harapkan, agar  kehidupan para marhaen akan lebih terbela. Cukuplah dengan retorik2, propaganda dan sebagainya. Mungkin kepada golongan monarki dan 'ruling class' ini tidak kisah dengan perbezaan harga karipap di pasaran. Bahkan mungkin mereka juga tidak akan perasan, yang kuih karipap bersaiz standard sekarag sudah berharga 3 ketul Seringgit!

No comments:

Post a Comment